Kain rentang anti hudud konon.
Cari la idea lain. Idea2 begini dah lapok. Seme orang tahu ini ialah provokasi kain rentang. Ingat DAP bodoh sangat ka nak buat kain rentang provokasi anti hudud untuk hilang sokongan dan undi dari kaum melayu khususnya yang menganuti islam? Akai tue guna la weh.
Rekod, mostly chinese tak give a damm la bab hudud. Bukan pasal dorang terima hudud atau apa tapi dorang belajar fahami fakta sebelum melulu mengamok plus meroyan. Dorang tahu even PR amek alih putrajaya sekalipun hudud tidak akan dilaksanakan. Tidak dalam masa terdekat. Tidak tanpa latihan, kertas kerja, pembentangan, kajian dan kelulusan.
PAS pun bukan mampu nak laksanakan hudud semudah ABC. Ia perlukan masa. Macam yang aku dah selalu sebut. Paling2 koman 10 tahun. Itupun kalau PAS kekal mentadbir. Pelaksanaan hudud harus dimulakan dengan sesi pemahaman sehinggalah kepada sesi latihan seterusnya kepada kaedah pelaksanaan. Ia perlukan proses dan peringkat tertentu.
Disebabkan majoriti cina memahami ini maka isu2 hudud dorang sikit pun tak terkesan. P mampos la dengan dakyah mengarut anti hudud. Automatik orang yang buat banner di atas adalah orang yang bodoh. Sapa buat aku taktau. Tuduh2 tanpa bukti pun tak guna. Kalau aku jadi individu terbabit [dap] aku siasat jek. Macam2 boleh kita siasat berdasarkan kepada kain, tulisan even kalau ada kelengkapan senang2 jek nak dapatkan cop jari kat kain rentang tue.
Selain dari banner bodoh kat atas neh, banner kat bawah neh sedang tersebar gak ;
Kain rentang provokasi.
Tak dapat dinafikan dalaman PKR bergolak. Aku takmo pusing cerita. Seme neh pasal calon2 yang bertanding. Usahkata PKR, even DAP dan PAS pun sama. Bahkan sesama mereka bertiga "bergaduh manja tak manja" pasal kerusi dan kawasan masing2 pun ada.
kah kah kah
Tapi meskipun begitu, aku agak sangsi mereka mahu memperlihatkan mereka sedang bergolak mengenai kerusi dengan menyebarkan banner2 seperti di atas. Lagi kita bergolak, lagi kita nak sorokkan. Mana nak dedahkan pula. So aku agak sangsi ia dilakukan oleh PKR. Tapi tak tolak kemungkinan itu ada.
Cuma aku rasa ia lebih kepada provokasi. Kalau korang jumpa mana2 satu kain rentang di atas ataupun kedua2 sekali cabut dan buang ke longkang. Jangan risau. PR takan marah korang pun kalau korang buat begitu.
Sumber : Rakan blog dan JKKK.