Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 22 Oktober 2012

Hudud dan Politik.

Hudud.

Hudud topic yang sangat popular di malaysia. Lazim orang2 politik je yang dilihat keterdepan bercakap mengenai hudud. 





MCA dan perhatian umum.


Baru2 ini CSL dan Heng Seia Kie telah mengeluarkan satu kenyataan kontroversi mengenai hudud. Kata CSL hudud akan menyebabkan 1.2juta pekerja hilang pekerjaan. Kata Heng pula TGNA membenarkan bukan islam dirogol. 


Mari kita perhalusi komen CSL terlebih dahulu. 



Pekerjaan di malaysia.

Jumlah pekerja di malaysia ialah 12.5juta. Aku tak pasti bagaimana kerajaan membuat perkiraan ini tetapi inilah yang direkodkan bagi awal tahun 2012.


3juta dari 12.5juta adalah warga asing. Ini bermaksud pekerja warganegara malaysia ialah 9.5juta. Dari 9.5juta, 2 juta darinya bayar cukai. Tinggal 7.5 juta. 7.5juta pekerja ini lah gaji yang direkodkan kurang daripada 2,500 sebulan.

MCA kata 1.2juta akan kehilangan pekerjaan jika hudud dilaksanakan. Ini bermaksud daripada 12.5j - 1.2j = 11.3j = pekerja akan kekal dengan pekerjaan mereka jika hudud dilaksanakan.

Kenali hudud.


Zina.


Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan.

Qazaf ( Menuduh berzina )  

Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.

Minum Arak.

Minum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.

Mencuri.

Mengambil harta orang lain secara senyap atau bersembunyi.

Merompak.

Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. Hukumannya ialah:  

Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh. 

Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kaki secara bersilang seperti tangan kanan dengan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan yang seterusnya selepas melalui proses penghakiman. Faktor jenayah berulangan juga diambilkira bagi menjaga kepentingan umum.

Sekiranya hanya mengganggu ketenteraman awam dendaklah di ta'zir seperti dipenjara dan lain-lain lagi. 

Murtad.

Keluar dari agama Islam terang-terangan sama-ada dengan perkataan atau perbuatan. Hukumannya ialah bunuh ( setelah diberi tempoh untuk bertaubat ). Faktor sampingan diambilkira semasa proses keadilan berlangsung.

Kaitan kenyataan MCA dan fakta semasa. 

Ini bermaksud bahawa 1.2juta pekerja di malaysia melakukan mana2 satu perkara di atas mahupun kesemua perkara di atas yang menyebabkan mereka akan kehilangan pekerjaan di malaysia.


Bagaimana mereka boleh kehilangan pekerjaan semasa mereka? Mereka mungkin merompak, mencuri, berzina, murtad, minum arak atau tuduh orang berzina. 

Jika ko bekerja di kasino hudud tak boleh buat apa2 kat ko melainkan ko berzina, menuduh orang berzina, mencuri, merompak, murtad ataupun minum arak. Hudud tidak akan menghukum ko hanya kerana ko berkerja di kasino maksudnya kita bekerja di kasino ka karaoke ka apa ka ko takde effect satusen pun dengan hudud selain tak melakukan apa2 perbuatan di atas.

Ameno, ko neh biar betul. Muslim mana bleh kerja2 kat tempat tue beb.

Oke fine. Aku takmo ulas bab halal or haram. Aku cuma nak tekankan bahawa CSL salah faham. 1.2juta itu samada muslim mahupun non-muslim mereka takan terjejas satusen pun selagi tak melakukan apa2 perkara di atas. 

Dan itupun untuk umat islam jek. Untuk non muslim yang terpakai hanya merompak dan mencuri. Non muslim nak murtad 10 kali pun sapa peduli? Dia nak keluar buddha masuk kristian ka keluar hindu masuk buddha ka keluar kristian jadi atheis ka sapa nak heran? 

Dorang nak minum arak pun sapa halang? Janji jangan menyusahkan orang dengan mabok2 kat tengah jalan sudah la. Usahkata 1.2juta pekerja di malaysia bahkan 12.5juta pekerja dan 28juta rakyat di malaysia juga akan terjejas jika mereka mencuri dan melakukan mana2 satu jenayah di atas.

Dalam erti kata lain jika ko penjenayah ko terjejas. Jika ko muslim yang engkar dengan perintah Allah swt ko terjejas. Jika ko bukan berada dalam kedua2 kelompok di atas ko satusen pun tak heran. Hudud ke tak hudud ka ada kaitan ka dengan ko?

Adakah CSL nak bagitau bahawa 1.2juta = penjenayah2 yang melakukan mana2 perkara di atas? Dan adakah ini bermaksud CSL sedang melindungi perompak, pencuri, penzina, kes mabok2 sampai rogol orang dan etc2 supaya no hudud bagi membolehkan mereka tak kehilangan pekerjaan? Besar sangat kah mereka neh sehingga membahayakan keselamatan rakyat malaysia yang lain?

Kita ada 28juta. Menghampiri. Tolak 1.2juta. Berapa banyak kat situ yang terpaksa digadaikan keselamatan mereka hanya semata2 mahu 1.2juta kekal bekerja sambil melakukan jenayah disebabkan CSL anti hudud dan anti islam.

Itu jika CSL benar2 mampu membuktikan bahawa 1.2juta akan kehilangan pekerjaan selepas hudud dilaksanakan. Almaklumlah bila penjenayah ditahan penjara mana bleh kerja macam biasa di tempat biasa lagi.

Bagaimana dengan Heng?

Heng sukar memahami bahasa malaysia. Ya, sebab tue aku cakap hapuskan sekolah jenis cina. Tengok orang cakap apa ko tak faham. Ko kata ko rakyat malaysia. Ko boleh suka dan ko boleh tak suka tapi ini adalah faktanya. Kita mempunyai bahasa malaysia sebagai bahasa rasmi aka bahasa kebangsaan.

Mengetahui dan bertutur dalam bahasa malaysia tidak akan membuatkan identiti ko luntur sedikit pun.

Hai hari neh saya dah makan. Nama saya john chang.

Hoii john. Napa u cakap melayu? Ko mao jadi melayu meh?

No no.. i cakap melayu ka cina ka india ka apa kata i tetap cina. Dan i tetap malaysian. Dan bear in your mind oke, i cakap bahasa malaysia. Bukan bahasa melayu. Dan bahasa malaysia adalah untuk rakyat malaysia.  Peace yorr..

Saranan najib suruh orang cina bertutur dalam bahasa melayu itu salah. Yang sepatutnya bertutur dalam bahasa malaysia. 

Bila heng cakap tgna cakap perempuan yang tutup aurat tue padan muka la kena rogol dia anggap tgna cakap rogol la pompuan non muslim.

Apa faktanya?

Aurat = Khusus untuk wanita muslim. Adakah mana2 wanita non muslim terikat dengan aurat? Hey heng, i ada suruh u tutup aurat ka? I ada suruh you pakai tudung ka? Apa kena mengena aurat muslim dengan non muslim? Look carefully sis. Takde single connection pun statement tgna tue ditujukan kepada anda.

Then, y bother?

Tak sepatutnya heng terasa sebab memang tiada apa yang perlu dirasakan. Orang kata kita makan cili patut rasa pedas tapi heng makan cili dia rasa gula. Memang pelik. 

Tindakan PAS.

Membalon CSL dan MCA. Macam biasa. Dan sekali lagi pas dilihat keterdepan dalam bab2 hudud jek. Sapa nak cerita pasal penyelewengan bien apa bagai? PKR.

Sapa nak citer pasal kemajuan projek dan idea2 yang hebat dan bernas? DAP.

Sapa nak berdemo guling2 atas jalan? PAS.

Tak salah sebenarnya PAS bersuara membetulkan kesalahan CSL. Tapi sampai bila? Sampai bila PAS harus meleret melayan karenah politik MCA? Kita tahu. Kita seme tahu. MCA hanya mengeluarkan statement2 anti hudud atas tujuan politik. Attention seeker orang kata.

Apakah MCA begitu bodoh mahu menafikan undi orang islam ke atas parti mereka? Sudah la mereka hilang sokongan dari kaum cina. Kini mereka mahu hilangkan sokongan umat islam pula ka? Sudah tentu tidak. Mereka hanya mahu mengheret pas. Mereka hanya mahu pas sembang pongpang2 pasal hudud dan diperlihatkan hanya bercakap pasal hudud jek 24jam.

Sebab tue sudah sampai masanya untuk pas merombak strategi baru. Nak bercakap pasal hudud? Marah MCA dok pongpang2 pasal hudud? Fine. Ajak MCA debat pasal hudud. Buat satu forum terbuka. Bertekak la kat situ pongpang2.

Tindakan PAS dilihat menghentam MCA keterlaluan dalam isu hudud dan memilih bulu terhadap DAP terutamanya karpal singh di anggap melemahkan pas. Ini yang MCA sedang buat. Mereka mahu persepsi itu timbul. Ironinya, PAS tak belajar dari pengalaman dan kesilapan lampau.

Non muslim keliru.

Siyes. Dorang pening kepala tengok. Aku yang muslim pun rasa keliru. Kenapa la pemimpin2 parti politik bergaduh atas isu hudud yang hanya 00000000000.1 dalam islam bak kata presiden pas?

Kekeliruan ini la yang akhirnya akan menyebabkan orang terpengaruh. Jika ada yang lebih memahami hudud bagusla. Tapi bagaimana pula jika ada yang bertambah2 keliru

Orang2 bukan islam membaca the star, NSTP dan paper2 macam tue tak sedikit pun elobrate apa itu hudud. Jauh sekali nak tarbiah mereka. Sebaliknya mereka takut2kan rakyat malaysia dengan sentimen anti hudud lagi la ada. Termasukla paper cina apa seme.

Bila kita tak tarbiah dap, mca dan mereka2 yang bukan islam bab hudud, pasal apa2 mengenai islam bukanlah mereka yang menghina tue kita patut marah tetapi diri kita sendiri yang kita patut marah sebab tak pernah jalankan peranan tersebut.

Sebab tue sudah sampai masanya untuk kita ubah pendekatan kita. Kita dah market pasal hudud guna cara lama. Adakah ia berkesan? Jauh sekali. Sebaliknya ia jadi topic yang melaga2kan sesama muslim dan non muslim.

Perbuatan itu akhirnya mendatangkan fitnah terhadap islam itu sendiri. 

Kesimpulan.

Buatlah kertas kerja. Forum. Berbincang. Perangkap.

Hudud menyebabkan 1.2juta hilang pekerjaan. MCA cakap.

Yeke? Apa buktinya CSL? Boleh bagi? Apa kata saya anjurkan satu forum dan awak bawa bukti yang awak nyatakan tue. Perangkap.

Ini cara kita menjawab mereka. Gunakan pendekatan baru. Gunakan kaedah baru. Kita tak perlu sibuk susah payah tekan dan hina CSL.       

CSL babi bukan fakta.

CSL suka beromen bukan juga menjawab isu.

Jom je la demo bantah CSL le pula. 

Mainkan video porno dan mainkan kisah peribadi CSL sebenarnya tak membantu mengclearkan suasana.

Tapi tarbiah boleh mengubah sesuatu. Jangan baca tarbiah itu sebagai dakwah semata2. Tarbiah itu konsepnya luas. Heyy awak pakai baju terbalikla. Itupun tarbiah juga. Kita betulkan orang pada saat kita tahu dia lakukan perkara yang salah.

Kita kena faham apa itu strategi. Budak2 tak suka makan ubat. Kita tak perlu bagi ubat dalam bentuk ubat untuk budak2 telan ubat tersebut. Kita boleh tukarkan bentuk ia. Apa yang penting dia makan ubat. Bukan bentuk ubat.  

Perkara yang sama kita boleh buat terhadap MCA dan mana2 non muslim yang anti hudud. Kita tak perlu tekan, marah dan demo hanya semata2 mereka anti hudud. Sebaliknya kita boleh lakukan sesuatu yang akhirnya memaksa mereka terdiam dengan sendirinya walaupun kita tak pernah suruh mereka diam. Renungkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...