Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 4 September 2012

Wajah-Wajah Kacak Ahli PERKASA tersebar.

Takde tauliah.

Itu alasan yang PERKASA bagi selepas mereka dikecam teruk kerana melakukan provokasi dalam masjid. Tapi tahu kah anda tujuan mereka berdemo yang sebenar-benarnya? Aku tak tuduh. Bahkan aku ada bukti. Aku cabar perkasa nafi. Buktikan persepsi dan hujah aku salah. Silakan.



Ini adalah keratan printscreen yang diambil dari sini. Saksikan sendiri.

Tujuan mereka berdemo terang2 tertera di banner yang mereka sendiri bawa. Bukan aku yang bawa. Tapi dorang. Dorang cakap ;

Menentang penggunaan masjid sebagai pentas politik. 

Alasan?

Sebab mereka fikir anwar ibrahim = ahli politik = masuk masjid = mesti bercakap soal politik. Tapi apa yang berlaku dan kenapa mereka tiba2 tukar alasan mereka selepas insiden tersebut kecoh?

Pertama mereka tiada bukti yang dsai menggunakan masjid untuk berpolitik. Tiada rakaman. Tiada hujah. Bahkan tiada apa2 pun yang boleh menuduh dsai sedang berpolitik di masjid. Sebaliknya kita ada banyak bukti bahawa ahli2 perkasa berpolitik di masjid. 

Baling kasut.
Pegang batu.
Bercakap kasar.
Memaki hamun.
Pakai baju perkasa.
Bawa banner berhimpun depan masjid.
Bercerita pasal politik.

Itu seme dilakukan di kawasan masjid. Mereka bawa banner bercakap no politik di masjid tetapi mereka sendiri berpolitik di masjid? Adakah mata aku menipu aku? Adakah video yang tersebar itu palsu? Adakah telinga aku juga berbohong dengan aku?

Dan selepas itu semua berlaku mereka tetap menegakkan kesalahan mereka dengan mengalihkan alasan kepada tiada tauliah. Hey.. jangan paksa aku selongkar gambar najib di masjid. Jangan paksa aku selongkar gambar rosmah di masjid juga. Jangan bagi aku ruang untuk selongkar gambar2 pemimpin bn di masjid. 

Sesungguhnya jika aku mao aku boleh buat dan tunjukkan ko beratus2 bukti mengenainya. Usah kata najib, bahkan imam masjid negara juga berpolitik atas pentas khutbah jumaat. Minggu lepas dia citer pasal janji ditepati blablabla.. NKRA pun ada masuk terselit. Bukan sekali bahkan banyak kali. Kenapa tidak perkasa buat demo balon imam masjid negara pula?

Bukan sekali bahkan banyak kali perkasa memalukan imej orang melayu dan islam. Hentikan sebelum orang melayu dan muslim yang lain bertindak berdemo menentang PERKASA secara terang-terangan. Kami mungkin bukan majoriti tetapi PERKASA terbukti minoriti.

Walaupun anwar ibrahim tiada tauliah dari mana2 jabatan agama islam sekalipun itu bukan bermaksud perkasa ada hak melakukan provokasi. Jika rasa perkara tersebut salah, jika rasa anwar ibrahim menyesatkan orang, rakam takzirah tersebut, bawa ke jabatan agama islam dan report. Lakukan ikut prosuder yang betul. 

Kerana orang yang benar akan memilih cara yang betul untuk memerangi kebatilan. Tetapi orang yang salah cenderung memilih cara yang batil untuk melepaskan nafsu kemarahan. Anda yang mana yang satu perkasa? Mungkin wajah2 kat bawah boleh memberikan kita jawapan yang sebenar. 


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...