Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 6 September 2012

Mahasiswa tunjuk bontot dibuang kolej dan diberhentikan pinjaman PTPTN.

Wowww



Pihak kolej telah buang mahasiswa tersebut daripada kolej sedangkan budak tue dah nak habis belajar dah. PTPTN juga bertindak balas menghentikan segala pinjaman kepada pelajar tersebut. Ini bermaksud ;

1. PTPTN hentikan pinjaman pelajaran

2. Barulah pihak kolej terpaksa nyahkan budak tue dari kolej.

Jangan larh nak buat ayat kekonon nya budak tue kena buang dari kolej dan ptptn pun bersetuju hentikan pinjaman pelajaran kepada tersebut student. Ayat menteri yang aku tak minat nak beli. 


"Saya percaya keputusan memberhentikan pelajar itu telah dipertimbangkan sebaik-baiknya sehingga membawa kepada pemecatan itu," katanya kepada pemberita di Bangi malam tadi.


Difahamkan pelajar itu diberhentikan serta merta untuk mencerminkan pendirian pihak kolej yang tidak akan berkompromi dengan sebarang tingkah laku menyalahi undang-undang negara.

Ditanya sama ada pelajar itu boleh merayu untuk menyambung semula pengajiannya, Khaled berkata ia terpulang kepada budi bicara kolej berkenaan.

Beliau, bagaimanapun berkata pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar terbabit, juga telah diberhentikan serta merta. -MKINI-


Keputusan = hukuman yang budak neh terima sangat teruk. Tidak setimpal dengan perbuatan nya. Sepatutnya kaunseling jek dah cukup. Tak payah meleret nak buang dia dari IPTS. Dia kan student. Kena fikirkan masa depan dia juga. 

Bukan budak merogol jek ada masa depan yang cerah. Dia budak yang "memberak atas gambar oppa najib" juga ada masa depan yang cerah. Tindakan tidak bermoral itu sepatutnya diatasi dengan ajar dia jadi lebih bermoral. Ajar dia agar menunjukkan protes menggunakan cara yang betul. 

PTPTN dan pihak pengurusan kolej terlalu bertegas ke atas pelajar yang marahkan perdana menteri. Pelajar tersebut ada sebab yang tersendiri kenapa dia marah. Kalau kita hukum dia menggunakan cara lain tak bererti kita sokong tingkah laku dia sebaliknya kita melihat efektifnya hukuman kaunseling itu berbanding hukuman buang kolej dan tarik semula pinjaman ptptn.

Jangan hukum seseorang berlandaskan emosi. Walaupun tindakan dia tidak betul, tetapi tindakan kerajaan menanggani isu neh juga tidak cekap. Sekurang2nya dia dah sanggup mengakui kesalahan dan apa hak kerajaan untuk rosakkan masa depan dia? 

Ini yang korang canangkan rakyat didahulukan? Kerajaan yang baik tidak akan membiarkan masa depan seseorang mahasiswa hancur dek kerana perbezaan politik. Ini bukan kerajaan yang baik. 

Ini kerajaan yang suka menghukum. Oleh kerana itu wajar juga bagi kami untuk menghukum kamu. Satu masa depan rakyat yang kamu rosakkan, kami akan balas beribu kali ganda. Tunggu dan lihat.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...