Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 5 September 2012

Penyokong UMNO cabar Penyokong PR buat report polis isu hina pemimpin PR!

Pergi la report polis.

Ada ke penyokong pr report polis pasal tu? Takde kan. So macam mana pdrm nak bertindak?

Kenapa semua tuduh PDRM? Kan ada orang umno buat report sebab tu PDRM siasat. Yang kencing kat gambar tuk guru tu takde orang report so buat apa polis nak siasat? 

Polis siasat berdasarkan kepada laporan. Bak mai sini kalau ada laporan polis. Buktikan yang polis tak siasat selepas kes tersebut dilaporkan. Ada ke buktinya?

Antara komen2 yang aku baca dia media sosial. Sejujurnya aku tak pasti ada atau tidak laporan polis mengenai lelaki2 yang kencing ke atas gambar tuk guru. Lelaki yang cuba memijak gambar khalid samad. Lelaki yang pijak gambar lim guan eng. Aku tak pasti.

Tapi isu "berak" kat muka najib dan pijak gambar pemimpin ketika perhimpunan janji demokrasi memang ramai yang buat report polis. Jumlah terkumpul sehingga petang semalam ialah

39 laporan polis.

Ada dua kemungkinan kenapa tiada penyokong2 pr yang buat laporan polis ;

1. Malas layan. 

2. Malas nak percaya kepada kredibliti polis.

So aku cadangkan lebih baik penyokong2 PR bawa gambar kat bawah neh then report polis. Report polis lawannya report polis. Persepsi kita boleh tolak tepi. Soalnya samada polis akan buat siasatan terpilih ke apa ke itu belakang citer. Yang penting sekarang laporan polis harus dibuat jika seriyus nak suruh polis buka kertas siasatan.




Ehh japp..

Lepas report polis, baru boleh marah pdrm kalau dia tak siasat kan? Ooo oke. Janji mesti ditepati ek penyokong2 umno.


kah kah kah

Apa pun suka aku nak petik nasihat tuk guru. Aku harap tak kira siapa yang korang sokong pas ka, dap ka, pkr ka, bersih ka, bebas ka, atas pagar ka, umno yang anti najib ka apa ka tak payah larh nak buat benda2 merepek yang boleh menjejaskan haluan kita. 

Kalau kita mengaku kita orang islam plus rakyat malaysia tak kira bangsa dan agama, cuba kita tunjukkan bantahan kita menggunakan cara yang betul. Tak pijak gambar tak mengurangkan pun kebencian kita terhadap penyelewengan. So, buat apa cetuskan sesuatu kontroversi yang akhirnya mencacatkan perjuangan kita? Fikirkan oke. Fikirkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...