Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 3 September 2012

Video yang membuatkan Umat Islam Malaysia menangis.

Kita dah kembali ke satu zaman yang mana kita susah nak bertolenrasi dan berfikiran terbuka dalam bab politik. Kita dah sampai ke satu tahap yang mana semua yang berbeza dengan kita adalah merupakan seorang pesalah dan kita harus bermatian2 menentang mereka.

Barangsiapa yang mempunyai fahaman politik yang berbeza dari aku, dia lah kafir segala kafir, yahudi segala yahudi, israel segala israel, komunis segala komunis, sesat segala sesat dan syaitan segala syaitan.

- Petikan dari kitab politik tapak kaki -

Mari kita lihat situasi yang menyedihkan kat bawah neh sebentar ;

 

Punca kekecohan ; 

1. TV3.

2. Utusan Malaysia.

3. Penipu politik. 

Aik. 

Macam mana aku boleh heret tv3 dan utusan malaysia dalam bab neh? Aku akan terangkan kenapa. Korang baca dulu sampai habis. TV3 + Utusan wadah berita majoriti orang umno. Orang umno takmo dengan harakah sama seperti orang pr takmo dengan tv3 plus utusan.

Apa yang tv3 hari2 jaja akan terserap dalam minda mereka. Persepsi sudah terbentuk. Kebencian sudah terhasil. Mereka cakap noo politik kebencian tapi macam mana noooo politik kebencian kalau hari2 media kaw menyerapkan unsur2 bencikan pemimpin pembangkang? Orang yang berbeza aliran politik dengan kita tak patut dibenci sebaliknya kita kena hujahkan point masing2.

Macam mana kita nak saling bertukar2 hujah kalau belum pape korang dah ajak benci membenci? Kemon larh. Pakcik2 kat dalam video atas dah terhasut. Jangan kita salahkan mereka kenapa mereka tak dapat bezakan salah betul ini kerana kita tidak tahu bagaimana mereka hidup.

Tahu kah kita bahawa mereka pandai menggunakan komputer? 

Tahu kah kita bahawa mereka kenal internet?

Tahu kah kita kalau mereka dihasut2 oleh penipu politik?

Oleh kerana kita tidak tahu maka kita jangan menilai. Kadang2 kurangnya usaha untuk menterbalikkan fitnah dari umno ke atas pr menjadikan orang2 umno semakin jauh ke dalam. Kita boleh cakap arhh padan ar muka ko termakan hasutan fitnah tetapi kita juga kena salahkan diri kita sebab tidak menggunakan kaedah yang strategik untuk menerangkan apa sebenarnya yang telah berlaku.

Walaupun mempercayai fitnah itu tidak betul tetapi berbuat acuh tak acuh untuk menerangkan perkara yang betul juga tidak tepat. Sebab tue aku seringkali cuba sedaya upaya terangkan kat member2 umno aku apa itu apa neh. Samada mereka boleh terima atau tidak itu last citer. Yang penting mereka nampak aku ada usaha. 

Dan tak perlu kita gadoh2 sampai bertumbok sebab nak terangkan sesuatu. Tak payah sampai nak kafirkan or syaitan kan orang. Kalau ko tak suka dikafirkan pasai pa ko nak kafirkan orang? Semua orang adalah kawan sehingga terbukti musuh. Dengan umno ke mca ke bn ke dap ke pas ke takde parti ke apa ke semua adalah kawan sehingga terbukti musuh. Bukan semua adalah musuh sehingga terbukti kawan.

Media kita cukup pandai menyemai kebencian. Oleh kerana itu insiden di atas amat wajar sekali dicampakkan kesalahan nya ke atas media. Namun dalam waktu yang sama orang2 umno kena belajar berlapang dada.

Kenapa?

1. Pemimpin pembangkang juga ada yang islam.

2. Pemimpin pembangkang ada juga yang layak sampaikan tazkirah.

3. Dan bila sampaikan tazkirah di masjid tak semestinya dia berpolitik or berceramah politik hanya semata2 dia berkerja sebagai ahli politik.

4. Sama kes nya dengan anwar ibrahim.

5. Benci sangat ke kat anwar ibrahim? Jangan la dengar. Lepas solat balik la. 

6. Tiada sesiapa cakap tak boleh berbeza pendapat dengan dsai. Aku pun banyak jek berbeza. Tapi salurkan pendapat tue menggunakan cara yang bertepatan la. Tak suka dsai sebab sentimen politik? Oke takdak hal. Tapi time solat takan tak boleh duduk dalam satu masjid, satu saf kot?

7. Kalau dsai cakap benda betul, amek la. Kalau dia cakap benda salah, jangan ikut. Kat masjid semalam dia bukan citer pasal politik. Pasai pa tak boleh berlapang dada? Jijik sangat dengar ilmu agama dari pemimpin yang ko benci? Takpe. Keluar dari situ.

8. Bukan hanya dsai jek masuk masjid. Najib pun ada. Bahkan najib sembang pasal politik. Dsai mana ada. Bertolenrasi susah sangat ke untuk dibuat? Hari neh ko jemput dsai. Takpe2, nanti aku nak jemput najib pula datang. Nah, simple as that. Buat apa ko bertekak dalam masjid? 

Bila ko bertekak dalam masjid disebabkan ko tak boleh nak bertolenrasi akhirnya sapa yang rugi? Siapa yang akan dipandang hina? Siapa yang akan melihat islam begitu begini? Siapa yang akan menjadi mangsa? Bukan umno bukan pkr dan bukan juga pas tetapi ISLAM itu sendirilah yang akan dipandang serong.

Islam sepatutnya menyatukan aku dan ko. Politik memang tak boleh bersatu. Tapi islam boleh dan memang itu peranan nya pun. Bagaimana seseorang yang mengaku seorang muslim boleh bersikap biadap terhadap umat islam yang lain hanya semata2 berbeza pandangan politik?

Belajarla. Belajar berlapang dada. Belajar terima yang pembangkang itu juga manusia. Anwar ibrahim juga seorang muslim. Benci sekalipun kat dia jangan sampai dalam hal2 macam neh ko nak heret dan babitkan apa bagai.

Ingatlah, takde sesiapa pun yang paksa ko undi PR or undi anwar ibrahim walaupun aku galakkan korang undi PR. Jadi, tunjukkan kebencian korang tue di tempat yang betul. Tak suka PR? Benci dsai? Jangan undi PR. 

Bukan bergaduh di masjid. Suasana seperti neh aku tak suka. Dan aku percaya majoriti umat islam juga tak suka bahkan dorang sedih. Bagaimana islam yang sepatutnya menyatukan kita dalam satu kumpulan boleh berpecah angkara politik. Fikirkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...