Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 8 April 2012

JMM nak buat demo anti LBGT dan seks bebas..

Ini kumpulan sarkas di malaysia. Suka sangat buat lawak sarkis. Dalam dok pongpang cakap demo menyusahkan orang apa seme depa boleh lak g bantai buat demo. Tak kesah lah tue yang aku tahu depa buat demo di dataran merdeka pada 21 april neh so aku harap pembenci2 demo neh boleh lah bantai JMM sebagai ;

- menyusahkan orang ramai

- bodoh takde kerja asyik nak berdemo je

- peniaga rugi apa seme

- negara rugi berbillion2 sebab demo

- dataran merdeka bukan patut digunakan untuk berdemo = perhimpunan awam.

Aku nak komen2 macam neh timbul bagi mengecam JMM sebagaimana bersih 3 menerima kecaman yang sama. Sebab apa? Sebab lokasi demo tue sama beb. Agak tidak adil kalau bersih 3 kena kecam tapi demo JMM tidak kecam pula.

Jangan lah nak pongpang cakap JMM buat demo sebab anti LGBT apa masalahnya ? So bersih 3 pun sama juga, kami demo anti kotor apa pula masalahnya ? Jangan buat tindakan terpilih der. Aku paling benci mentaliti gitu. Arhh komputer neh payah lah. Sakit mata aku. Cepat2lah minggu depan datang nak beli komputer baru neh. Siot betul larh.

kah kah kah

Lagi satu aku percaya aku telah berjaya mengesan penipuan dalam artikel kat bawah neh ;


Sekumpulan 30 NGO di bawah gabungan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengumumkan untuk berhimpun pada 21 April untuk menentang “agenda lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT)" serta seks bebas.
Akhbar Mingguan Malaysia melaporkan pengerusi JMM Azwanddin Hamzah sebagai berkata, perhimmpunan itu akan diadakan di Dataran Merdera, Kuala Lumpur.

Azwanddin dipetik sebagai berkata, JMM juga akan mendedahkan nama NGO yang mendapat dana daripada kumpulan LGBT antarabangsa – Lesbian, Gay, Biseksual, Trans dan Interseks Antarabangsa (Ilga).

Laporan itu menyebut, dana berkenaan adalah untuk mempromosi gaya hidup LGBT, seks bebas dan perkahwinan sejenis di Malaysia.

Perhimpunan tersebut diadakan selang seminggu selepas tarikh perhimpunan pelajar untuk membantah hutang PTPTN dan juga seminggu sebelum perhimpunan BERSIH 3.0, juga di lokasi sama.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam laporannya pada 2011 menggesa kerajaan untuk menggubal undang-undang bagi melindungi hak golongan minoriti seks.

1. Aku sesungguhnya tak percaya bawah JMM ada 30 ngo yang lain. Siyes. Ahli JMM bukan ramai mana pun. Okey, tak semestinya ramai ahli = boleh tentukan bilangan NGO tapi korang percaya ke bawah JMM ada 30 NGO ? Jaringan Melayu Malaysia neh bawah dia apa jek NGO2 yang wujud? Salah sebut ke apa malaysiakini neh? 30 NGO atau 30 NGOK? Apa pandangan korang?

2. Aku percaya memang wujud LBGT di malaysia neh. Aku juga percaya LGBT neh memang sesetengah dari mereka dah cross the line dengan menuntut perkara2 yang tidak munasabah. Aku juga sokong masalah LBGT perlu diberikan penekanan di malaysia. Tapi yang aku heran ialah kenapa dan2 JMM nak demo bantah LGBT seminggu sebelum bersih 3? Oleh kerana dulu mereka pernah pongpang fitnah bersih = promote LGBT, aku suspect demo mereka sebenarnya adalah satu propa utk mengaitkan bersih 3 dengan perkara tersebut. Kali neh kena buat lebih tersusun sebab babitkan sasterawan negara yang ramai orang hormat iaitu A.SAMAD.SAID, so takley ikut taktik2 yang lepas der..

3. Tapi aku melihat JMM melakukan tindakan terpilih di mana dia mengatakan LGBT ada kaitan dengan seks bebas. Bodoh gila statement tue. Tak suka LGBT pun toksah lah tuduh2 orang nak promote seks bebas. 


Marina pun dah sound ari tue. Gila ke apa nak promote seks bebas di malaysia neh? Marina yang open minded pun cakap gila takan ada orang bangang2 yang percaya LGBT neh nak promote seks bebas? Kalau ye pun mereka amalkan seks luar nikah.. = seks bebas.. tapi bukanlah mereka ada niat nak promote. Contoh macam a berzina dengan b, mereka berzina tapi takde lah niat nak promote apa seme. Itu dah masuk kategori lain der. Tak suka takpe tapi jangan tuduh2.

Tapi apa pun aku nak tengok sejauh mana orang2 yang kritik bersih berdemo pada ari tue akan kritik JMM neh sekali. JMM tue ada niat politik. Aku tak kata demo JMM tue salah oke, aku sendiri pun tak bantah demo tersebut cuma aku nak tengok sejauh mana pengritik2 bersih 3 akan kutuk demo JMM neh gak. Benda tetap serupa der. Demo tetap demo. 

kah kah kah

Ameno : Dan2 demo anti LBGT.. sebelum neh tak terfikir pula.. 




Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...