Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 13 April 2012

Pinggan pertabalan diraja RM6ribu sebijik..

Ini betul2 dasat der. Boleh tercekik nasi neh kalau sambil makan sambil terbaca berita neh. Siyes. Kos pinggan jek rm6juta? Ulang balik


RM6juta der..


Yang mana rm6 ribu = sebijik pinggan.


Adoiii.. adoiii laaaaaaa


Ia didedahkan oleh dr maza. Baca kat bawah neh ;
DrMAZA.com

Saya berada di UK. Satu email telah dihantar kepada saya. Saya berharap jika ada dalam kalangan yang terlibat dengan SPRM di Malaysia, tolong siasat sejauh manakah kebenaran surat ini. Ia membabitkan harta awam. Nama-nama yang terlibat dipadamkan. 
Berikut adalah surat tersebut;  

Salam Dr,
Saya ingin menarik perhatian Dr kepada satu isu terbaru. Isu ini adalah mengenai penyalahgunaan kuasa dan amalan 'kickback money' yang semakin manjadi-jadi oleh pegawai Kerajan pusat yang berkhidmat di Istana Negara.

Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda, adalah menjadi amalan bagi pihak Istana untuk memberi Pingggan Pertabalan sebagai cenderamata kepada tetamu yang hadir pada hari tersebut.

Bagaimanapun bagi Majlis Pertabalan SPB baru-baru ini, pinggan pertabalan yang dibekalkan telah mencecah harga RM 6 ribu sebiji..! Pesanan adalah sebanyak 1000 biji. Jadi kos keseluruhan adalah RM 6 juta...!

Memang benar pinggan pertabalan biasa dihiasi dengan emas, tapi walaupun begitu, harga RM 6 ribu sebiji adalah jumlah yang melampau..

Sebagai perbandingan, pinggan santapan Istana Negara, juga yang disalut emas, yang baru dibeli tetapi MELALUI TENDER JPM adalah kurang dari RM 240 sebiji sahaja... Di masa Tuanku Azlan Shah dan Tuanku Mizan pun, harga Pinggan Pertabalan tidak sampai RM 300 sebiji. Cuma pada masa ini, pegawai (tidak)bertanggungjawab tersebut menjadikan harga Pinggan Pertabalan melonjak setinggi-tinggi nya disebabkan oleh amalan 'kickback money'.

Harap perkara ini dapat menarik perhatian Dr untuk diketengahkan agar pihak yang diamanahkan sebagai pegawai Kerajaan tersebut tidak hanyut mindanya sehingga memikirkan yang Istana Negara itu milik mereka dan bajet kerajaan itu adalah hak mereka.. insyallah...

Wasallam,

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Dan respon yang dr maza dapat dari SPRM pula ;


 DrMAZA.com 

‎...terima kasih atas respons pihak SPRM mengenai isu pinggan Istana Negara yang dibangkitkan. Kita menunggu tindakan. Berikut email yang saya terima:
Assalamualaikum wrh. wbkt. 

Terima kasih atas maklumat yang disalurkan. Maklumat tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Menilai Maklumat SPRM untuk diputuskan.
Sent from my iPad 

NOR AZMI KARIM 
Pengarah / DirectorBahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat / Record Management and Information Technology Division 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia / Malaysian Anti-Corruption Commission 

Ulasan: sesuatu yang perlu ditanya juga, perlukah belanja sebanyak itu untuk pinggan cenderamata?


Respon aku? Kalau tak sakit ahti toksah cakap larh derr.. gila babi punya mahal. Geram siottt


Ameno : Baru pinggan jek tue..  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...