Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 April 2012

FRU kena bantai pun nak bangga ka?

Sorry. Aku memang mempunyai pendirian yang berbeza dalam isu neh. Jadi manusia akal adil harus di depan bukan mata politik. Lihat bawah neh ;






Ini sebenarnya isu bola sepak. Bukan isu politik pun. Pakcik neh fru. Dia kena belasah. Aku tatau punca kejadian dia kena belasah tapi wajarkah gambar dia dipolitikkan hanya semata2 ko benci umno? Tah2 dia sokong pr, ko tahu ke? Ko kenal ke? Dia buat tugas dia pada ketika itu adalah atas arahan boss dia. Apabila ko menjadi pekerja, suka tak suka itu ko punya pasal. Arahan boss ko kena buat. 


Jadi apabila aku ternampak ada sesetengah orang yang menggunakan isu neh dan mempolitikkan mangsa = fru tersebut jelas orang2 tue takde rasa simpati dan tidak tahu membezakan betul dan salah satu2 kejadian. Kita harus pandai  membezakan situasi der.


Apa yang terjadi ketika demo tak kiralah demo bersih atau apa, itu adalah situasi yang berbeza dengan apa yang terjadi kat atas neh. Tak suka bien ko punya pasal tapi jangan sampai ko punya tak suka tue mendorong ko buat perkara2 yang mengarut.


Cuba bayangkan ek apa perasan ahli keluarga mangsa bila melihat gambar2 mangsa dipolitik apa seme semata2 nak balon bien? Ko ada family, aku juga ada, kita semua ada, jadi orang belajarlah bertimbang rasa. Isu neh dari awal lagi, pun bukan isu politik. 


Menggunakan gambar mangsa semata2 nak serang bien adalah satu perbuatan dayus yang dibuat oleh orang2 yang kekurangan hujah dan fakta. Kalau rasa kurang fakta dan hujah nak serang bien, jangan pernah bimbang, buka tv3 dan baca utusan sahaja dah cukup. Ko akan jumpa banyak point2 menarik untuk nak balon mereka. Jangan gunakan isu2 seperti neh. Oleh kerana yang buat itu adalah orang lain, maka jangan ko serang orang lain hanya semata2 mereka semua adalah FRU. Itu salah. 


Ameno : Taksub politik sampai tak reti beza betul salah itu bahaya der.. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...