Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 11 April 2012

SPM 2011 : Sains 52 pun boleh dapat A?


Sains antara subjek yang aku minat. Dan selalunya bila kita minat subjek neh kita memang akan score baik punya dalam subjek neh. Sains aku standard 80 ke atas setiap kali ujian. Tak kiralah ujian mengejut ke ujian berjadual ke apa ke. Aku memang terer dalam subjek sains dan sejarah. Sekarang aku dah menyesal sebab terer sejarah. Aku tak menyesal sebab suka sains. Nasib baik bien tak boleh menipu dalam sains sebab ia subjek yang satu dunia belajar. 

Kalau bien boleh menipu dalam sains aku percaya sangat dorang akan memandai2 cakap manusia di malaysia neh, dorang larh yang cipta. Ini boleh jadi der. Siyes. Berdasarkan kajian ilmiah aku beberapa tahun neh ke atas pemimpin2 bien aku sangat2 percaya dorang boleh bertindak sejauh itu kalau mereka boleh memandai2 me-reka2 isi pembelajaran sains di dunia neh.

Sekarang neh aku bukan nak cakap pasal sains dan bien. Itu satu gabungan yang sangat tidak ilmiah. BN lebih sesuai digabungkan dengan perompak dan pencuri tapi bukan dengan sains. Kalau rujuk paper kat atas neh, di mana ianya telah tersebar meluas ke serata wall fb dan twitter, aku dapati semakin lama semakin rendah markah yang diperlukan untuk mendapat A. Demm.

Kalau sains 52 boleh dapat A time neh, maka matemarik aku pun dah lebih2 layak dapat A der. Tue standard markah matematik aku jek. Aku memang lemau matematik der. Cakap terus terang. Aku tatau larh apa masalahnya aku dengan matematik tapi aku tak pernah benci pun subjek matematik neh. Cuma aku lemau gila dalam subjek neh. Aku sendiri pun rasa tak boleh blah der.

kah kah kah

Sekarang neh kalau sungguh lah dokumen kat atas neh benar2 mewakili pengiraan markah
untuk SPM 2011, bukan kah semakin lama semakin rendah tahap kepandaian budak2? Bukan nya semakin pandai?  Tapi aku tak berapa kesah sangat der dalam isu neh. Kalau dalam matematik apa seme aku berpendapat tahap pengiraan markah memang penting. Tapi kalau dalam subjek sejarah dan perlukan daya hafalan apa seme, itu seme tak penting. Sistem pendidikan di malaysia neh lebih kepada menghafal,ini sebenarnya satu sistem yang aku sendiri kalau mampu ubah memang nak ubah. 

Kalau bercakap pasal sistem pendidikan impian aku, aku impikan sistem pendidikan yang terbuka. Maksudnya sejak kecil lagi budak2 harus diberikan pilihan apa yang dorang minat nak belajar dan apa yang dorang tak minat nak belajar. 

Aku fikir perkara neh akan memudahkan mereka lebih mahir dalam satu2 bidang. Ia akan membantu mereka menguasai satu2 perkara dengan mendalam dan seterusnya membantu mereka menjadi kreatif dan inovatif. 

Biasanya bila mereka dah jadi kreatif dan inovatif mereka akan mampu mencipta apa2. Itulah pendidikan yang aku ingin sangat diamalkan di malaysia neh. Bagi aku mana2 pelajar tak perlu dipaksa untuk belahar apa2 subjek yang mereka tak minat dan tak pandai. Daripada buang masa dok study benda yang tak minat kan better study subjek2 yang memang minat dan boleh pergi? Akal, bakat dan kecenderungan setiap manusia neh berbeza2 tapi apahal mereka perlu belajar perkara yang sama sepertimana orang lain?

Tapi perkara neh akan memakan masa yang sangat lama. Mula2 kena tumbangkan bien dulu. Selepas tue baru boleh fikir macam mana nak propose idea neh kat pr untuk dilaksanakan. Kena buat kajian mendalam bagaimana kita boleh laksanakan benda neh. Apa pun selagi bien kerajaan selagi itu perkara2 macam neh takan terlaksana. Percayalah.

 

Ameno : Bukan main cerdik walaupun makin banyak dapat A.. kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...