Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 31 Januari 2012

Rosmah Mansur tak beli 61 helai kain pun - Rezza Shah.


Rosmah tak beli. Tapi dia yang beli. Dia beli khusus untuk stok kedai nya di london. Itu sahaja. Apa kena mengena dengan rosmah? Apahal rosmah hadir bersama dia? Ataupun apahal dia hadir bersama rosmah? Mana wa tahu.

kah kah kah

Kenapa kain itu dibeli? Rezza Shah cakap untuk stok kedainya. Okey. Lantaklah bisnes dia. Apahal kita nak semak sangat sampai sibuk dalam urusan bisnes orang kan? Tapi kita hairan gak. Mula2 rosmah nafi. Patutnya dia bagitau larh ini cuma salah faham. Yang beli kain tue rezza shah. Bukan nya saya. Saya tukang teman jek. Adoiiyaii media aussie neh. Kang kena saman kang..

Tapi dia tak cakap macam tue pun. Dia menafikan. Sambil tue dia bagitau yang pereka fashion bakal buat press statement. Ini yang buat makin heran. Media aussie tetap pertahankan dakwaan selepas rosmah nafi. Selepas tue pereka fashion keluarkan kenyataan media bahawa rosmah ada buat pembelian tetapi jumlah pembelian tidak sebagaimana yang digambarkan. Ia dirahsiakan demi menjaga hak para pelanggan.

Jadi kita disini makin terpinau2 pening. Apahal2 begitu? Apahal2 begini? Kenapa kejap begitu dan kejap begini? Ada atau tidak membuat pembelian? Rosmah nafi dan kemudian nya pereka fashion sahkan ada. Dan terkini rezza shah cakap yang buat pembelian tue dia bukan nya rosmah. Hait? Pelik beb.

Pereka fashion tak mengatakan pun bahawa rosmah ada membuat pembelian 61 helai kain. Dia cuma mengesahkan bahawa rosmah ada buat pembelian di butiknya. Pihak lain yang dipercayai kumpulan IFF pun ada buat pembelian. Pembelian dibuat secara berasingan. Ini yang di keluarkan oleh si kapp tue.

Jadi sampai disini aku dah faham bahawa ;

1. Ya, rosmah buat pembelian.

2. Ya, kumpulan iff pun ada buat pembelian.

3. Pembelian dibuat secara berasingan.

4. Jumlah yang rosmah dan kumpulan iff beli tidak dapat dinyatakan.

5. Namun yang sahihnya isu pembelian neh wujud dan bukan nya fitnah or rekaan.

6. Cuma jumlah perbelanjaan dan sumber wang perbelanjaan [samada wang rakyat or wang sendiri] sahaja menjadi tanda tanya.

Tapi bila reza shah keluarkan statement terbaru dia, dia buat aku makin pelik. Kenapa? Ini bermakna dia pun turut sekali ke sdyney kan? So dia naik kapal terbang sekali ka? Dia pun menetap di penthouse tue sekali ka? Arhh sudah. Jangan guna wang rakyat sudah larh woit. Berbelanja sebagaimana yang ko suka dengan syarat guna duit ko rosmah, bukan duit rakyat. Itu je yang penting pun. Bai.

Ameno : Rezza shah bukan bagi tambah reda.. bagi tambah bingung lagi ada..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...