Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 3 Februari 2012

Papa gomo minta tolong. - URGENT!

Beb, 

Korang baca bawah neh jek. Neh versi copy paste sebab nak cepat. Kenapa nak cepat? Tah. Aku pun taktau padahal bukan aku nak kemana2 pun lepas update blog neh.

KAH KAH KAH

Hari ni hari Jumaat dah tentu ramai yang akan keluar ke Masjid Masjid dalam menunaikan Solat Jumaat. Jadi Gomo dengan rendah hati ingin meminta bantuan dari pembaca untuk sama sama kita mencari seorang remaja lelaki yang Hilang. Berikut makluman yang diberi:

Disini kak Su ingin memohon jasa baik semua untuk menolong mencari anak saudara Kak Su Mohd Nor Fitri bin Marzuki seorang syndrom down (gambar diatas). Beliau telah hilang semenjak 23/1/2012 hingga sekarang. bermacam-macam cara telah kami sekeluarga lakukan termasukan menghubungi TV3 pada 26/1/12 dan 28/1/12 (3 kali) dan pada 31/1/2012

TV3 telah menghantar reporter untuk mebuat liputan di rumah keluarga Fitri. tetapi hingga sekarang berita kehilangan beliau belum disiarkan. kami ada menghubungi TV3 untuk bertanya tentang tarikh siaran, dan jawapan mereka "mungkin besok". menurut kru TV3 yang datang kerumah kakak saya, mereka telah menghantar rakaman ke TV3 head office pada hari yang sama 31/1/12. Report polis telah dibuat pada hari sama kehilangan nya. Harian metro juga datang tetapi berita belum disiarkan lagi.

Kami ada mendapat maklumat bahawa kemungkinan Fitri berada di pulau pinang bahagian Jelutong. Kak su amat-amat berharap pembaca Blogger Jalanan dapat menolong membantu kami sekelurga menghebahkan kepada umum tentang kehilangan Mohd Nor Fitri.

Pertolongan dari rakan Blogger Jalanan amat-amat kami sekeluarga harapkan.

Kak suraya.

019-5449170

Taman Semarak
Sungai Petani Kedah.

Jadi kalau ada yang ternampak, terperasan, terlihat sila hubungi no yang tertera di atas neh gak. Anda juga dialu2kan untuk share benda neh via fb, twitter, blog, forum sebab nak memperluaskan carian. Manalah tahu kot2 ada yang perasan dan terlihat individu yang hilang di atas neh, ia mungkin memudahkan untuk mengesan dia dengan lebih cepat. Tolong ye. Artikel di atas neh dicopy paste blog papagomo untuk tujuan sebaran. Bai.

Ameno : ........

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...