Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 3 Februari 2012

Dr Khir Toyo : Saya Menteri Besar Selangor Yang Jalankan Tugas dengan Baik.

WOW..


Bekas menteri besar telah memuji dirinya sendiri di dalam artikel di bawah neh. Ini sesungguhnya bukan sesuatu yang mengejutkan. Budaya naik lif sendiri tekan button adalah normal di dunia neh. Aku pun selalu buat. 
Tapi sekarang neh dia bukan buat budaya naik lif tekan butang sendiri sebaliknya dia bawa budaya sendiri pecahkan cermin dan orang nampak dia pecahkan cermin tersebut kemudian nya salahkan [tuduh] orang lain yang pecahkan cermin. Ini budaya yang sangat2 tidak sihat untuk di amalkan. Jangan korang tiru ye.

kah kah kah 

SHAH ALAM: Dr Mohd Khir Toyo berkata beliau serik menjadi menteri besar Selangor yang disandangnya selama lapan tahun.
“Tidak ada satu pengiktirafan yang saya dapat, sebaliknya cacian walaupun saya menjalankan tugas dengan baik.
“Saya jalankan amanah, ekonomi baik, pekerjaan banyak setinggan saya hapuskan sehingga 98 peratus. Semua baik waktu itu.
“Saya bekerja 18 jam sehari sehingga tidak ada masa untuk bersama keluarga dan anak isteri,” katanya,” katanya ketika ditemui di pejabat perniagaannya di Glenmarie di sini.
Bekas menteri besar Selangor itu menjadi ahli perniagaan sejak tiga tahun lalu setelah BN tumbang dalam pilihan raya umum 2008.
“Saya berniaga sejak tidak menjadi menteri besar, untuk mencari makan. Saya lebih senang begini.
“Ada masa untuk bersama isteri dan anak-anak,” kata Adun Sungai Panjang itu lagi.
Dr Khir menjadi menteri besar Selangor pada 2000 ekoran perletakan jawatan Tan Sri Abu Hassan Omar.Waktu itu beliau berumur  36 tahun – menteri besar kedua termuda selepas Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dr Khir mengesahkan beliau  tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke 13.
“Saya tidak akan mempetahankan kerusi DUN itu walau yakin menang jika saya bertanding. Berilah kepada orang lain. Serik,” tambahnya sambil tersenyum.
Bagaimanapun, Dr Khir berjanji akan terus membantu BN merampas semula kerajaan negeri Selangor dari Pakatan Rakyat.
Beliau kini berdepan hukuman penjara setahun ekoran kesalahan memiliki rumah lebih murah dari harga sebenar.
Bagaimanapun, bekas menteri besar Selangor itu yakin akan bangkit lagi dalam politik.
“Saya masih muda, 45 tahun banyak masa lagi. Jalan saya masih panjang untuk pergi…
“Lihat Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) dipecat dan kemudian menjadi perdana menteri,” katanya.
Dr Mahathir kalah dalam pilihan raya umum 1969 dan dipecat dari Umno kerana mengkritik Perdana Menteri waktu itu, Tunku Abdul Rahman.
Bagaimanapun, beliau diterima semula Umno semasa  Tun Razak Hussein menjadi perdana menteri.

Cakap bolak balik plak tue. Tue yang aku tak tahan sampai tergelak2 baca artikel neh. Nak tahu sebab apa? Sebabnya ialah ;

1. Mula2 dia puji diri sendiri hebat sangat time jadi menteri besar. Puji setakat puji aku pun reti buat. Kalau hebat sangat bagi lah fakta dan dokumen yang membuktikan kata2 dia di atas tue. Yang sorok dokumen selepas selangor kalah teruk tue sapa? Aku ka? Bukan ko ka? Bekas menteri besar yang jalankan tugas dengan baik di selangor?

kah kah kah

2. Then dia cakap takmo bertanding dah walaupun yakin menang besar. Yang neh betul2 buat aku tergelak. Siap mengaku serik lagi beb. Lawak siot.

3. Then dia cakap dia masih muda. Bandingkan diri sendiri dengan mahathir. Perjalanan dia dalam politik masih jauh. Errr jap. Tadi sapa cakap takmo bertanding lagi? Serik? Aku ka? Rasanya.. errr ko kan? 

kah kah kah

Sebab tue aku kata dia neh cakap bolak balik. Aduiiii.. dia ingat rakyat selangor neh kalau baca, main baca tanpa ada tafsiran ka di akal masing2? Betul2 kuat puji diri sendiri larh dia neh. Even kalau dia tak buat apa2 salah pun aku fikir dia tetap jatuh gak sebab suka puji diri sendiri. 

kah kah kah

Ameno : Naik lif suruh org lain tekan butang ..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...