Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 20 November 2011

Skuad negara naik baracuda ke stadium esok!





Tak boleh blah berita yang aku baca dari bernama neh beb. Walaupun depa tulis berkias tapi aku percaya permintaan neh memang penting sebab ada kemungkinan penyokong2 indonesia akan main kasar dengan pemain bolasepak malaysia. Dan andaikata indonesia kalah, confirmlah depa akan lagi mengamuk. 


Baca bawah neh ;

Pasukan bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Isnin, kata pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Beliau berkata keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu.
“Malah kita harap PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) dan polis dapat berbincang bagi memudahkan pasukan kita pergi dan balik kerana esok, persekitaran stadium pastinya akan sesak dengan sekitar 100,000 penyokong mereka yang hadir ke stadium,” katanya.
Mengulas mengenai perlawanan akhir yang akan bermula pada pukul 7 malam Isnin waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia), Hamidin berkeyakinan Malaysia mampu menundukkan tuan rumah di gelanggang mereka sendiri.
“Kita telah belajar dan mengambil pengalaman daripada perlawanan sebelumnya, bertemu Indonesia di peringkat Kumpulan A pada Khamis dan saya lihat pemain kita mempunyai semangat yang kental dan diharap mereka mampu pamerkan aksi yang terbaik dan mencipta kemenangan esok.-bernama

Tolonglah penyokong indonesia. Tolonglah act bagaimana manusia normal patut act. Tak guna korang pongpang marahkan malaysia. Kalah menang adat dalam mana2 pertandingan. Janganlah buat macam kita neh sedang berperang pula. Orang bersukan je beb.  Sampai bila larh korang boleh buang perangai2 bodoh macam neh. 

Rakyat malaysia dah lama sabar sebenarnya. Kalau pasal penderaan dan sebagainya, ia berlaku di mana2. Bukan aku nak menghalalkan perbuatan tue, jangan salah faham. Aku cuma nak bagitau bahawa jangan menilai semua rakyat malaysia sebagai jahat hanya kerana ada maid indonesia yang kena dera. Salurkan kemarahan korang kepada individu yang buat onar. Tak adil korang marahkan semua rakyat malaysia tak pasal2 sebab bukan semua rakyat malaysia yang mendera maid2 indonesia.

Kalau pasal pembunuhan dan sebagainya pun, bukan malaysia jek, singapore pun pernah. Tapi takde pun aku nampak korang marahkan singapore kaw2 macam marahkan malaysia? Lagipun singapore tue kawan baik israel taw. Apsal korang sayang sangat? Arhh sudah. Aku bukan nak suruh benci singapore. Jangan salah faham. Cuma nak bagitau kalau dengan singapore korang boleh act rasional, maka apa sebab korang tak boleh act rasional dengan malaysia pula? Budaya singapore pun sama macam malaysia beb. Apa kes?


Ameno : Pilih kasih.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...