Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 20 November 2011

Bukti Yayasan Noah terlibat dengan Genting.

Ada orang marah. Kata dia hujah mengatakan umno terlibat dengan kegiatan perjudian sebagai "cakap tak pakai otak". Di zaman teknologi canggih manggih neh, info di hujung jari jek. Dengan jari kaki pun berlambak2 info yang korang boleh dapat asalkan pandai cari dan faham matlamat pencarian korang.

Sekarang neh aku bagi bukti betapa tak pakai otaknya hujah aku neh.

Lihat bawah neh ;


Ini structure organisasi genting pada tahun 2000. Selepas itu organisasi mereka berubah. Pada tahun 2001, rekod yayasan noah sebagai pelabur dalam syarikat neh tiada. Sebaliknya nama2 syarikat baru pula muncul dalam listing. Apa sebab dan punca tidak pula diketahui.

Tetapi tahun2 seperti 1999 - 2001 ialah antara tahun2 umno mendapat kecaman hebat dari rakyat berhubung isu dsai dipecat dari tpm. Boleh jadi ia antara isu yang berjaya meraih perhatian rakyat bilamana mereka dapat tahu bahawa umno ada terlibat dengan syarikat perjudian genting.

Sila baca sini dan sini. Nama Tan sri noah kurang menonjol dalam syarikat neh walaupun dia adalah pengasas bersama [baca link pertama]. Pandangan aku, ini mungkin disengajakan sebab noah ;

- orang islam + melayu
- terlibat dengan umno
- terlibat dengan parlimen malaysia.

Matlamat syarikat neh pada asalnya ialah berkaitan percutian dan hiburan. Dan ia akhirnya berkembang menjadi hiburan berasaskan perjudian. 

Adalah kurang elok nama Noah disebut2 sebab dia dah meninggal. Tetapi menulis semula kisah neh adalah sebagai pengajaran kepada kita semua. Bukan nak mengungkit ataupun mengutuk2 arwah. Harap maklum.

1. Memang Tan sri noah = pemilik yayasan noah = pengasas bersama genting, yang mana matlamat asal dia ialah hiburan santai.

2. Di samping itu, noah juga terlibat dengan umno dan pernah menjawat jawatan speaker dewan. Dia adalah orang kaya. Disebabkan itulah dia boleh buka syarikat bersama dengan lim goh tong.  

3. Tidak tahu samada tanah di pahang [genting] itu, diberikan kepada syarikat dia dengan telus ataupun disebabkan dia berlabel umno pada ketika itu.

4. Kalau dibaca dari profil awal, kita dapati genting sepatutnya involved dengan resort dan pusat percutian. Selepas itu perniagaan genting nampaknya mula berubah haluan dan kerajaan tidak berbuat apa2 untuk mencegah industri perjudian. Hasilnya zaman sekarang ramai orang cina bunuh diri dan dibunuh akibat judi.

5. Memang Tan sri noah ialah datuk kepada hishammuddin dan najib. Mereka jadi cucu kepada noah sebab isteri razak dan isteri tun hussein on, kedua2nya kahwin dengan anak noah. Rahah dan suhaila adalah adik beradik kandung hasil perkahwinan pertama noah.

 6. Yayasan noah kemudiannya diwariskan kepada pewaris noah. Yayasan noah masih wujud. Cuma tiada profil lanjut mengenai yayasan neh. Ia tidak dihebahkan. Atas sebab apa aku kurang pasti. Tapi dua perkara yang aku tahu mengenai yayasan neh ialah ;

- Noah telah membina masjid pertama di genting supaya memudahkan urusan solat umat islam.

- Yayasan noah terlibat dalam aktiviti menderma / membantu pihak yang memerlukan. 

"Kilang" judi mereka bukan sahaja beroperasi di malaysia. Di luar negara pun mereka ada [buka link kedua]. Kalau diperhatikan, yayasan noah hilang dari senarai pemilikan saham genting pada tahun 2000. Boleh jadi dia bertukar duduk bawah resort world [antara anak syarikat genting yang uruskan projek resort, hotel].

Sebaliknya beberapa nama baru muncul seperti syarikat cartaban nominees sdn bhd, malaysia nominees sdn bhd, maybank bhd. Bila korang search cartaban blablabla di internet maka korang akan dapati ia ada kaitan dengan axiata. Axiata neh sapa yang punya sapa? Klik sini dan sini. Lihat sendiri pemilik dan saham apa yang mereka pegang di malaysia neh. BOD Axiata bukan calang2 orang beb. Klik pada gambar depa untuk baca profile mereka dan penglibatan mereka dengan kerajaan.

Bila aku perhatikan structure syarikat nfc yang berbelit2, maka aku dapati memang tak hairan lah kalau ada orang lain [syarikat lain ] boleh membelit2 semata2 untuk menyorokkan diri mereka ada kaitan dengan syarikat judi. Bukan semua perniagaan genting berasaskan judi. Ada juga perniagaan mereka yang bagos seperti terlibat dalam industri perhotelan, pelancongan dan taman tema.

Jika najib and family, umno dan kerajaan mahu terlibat dengan genting, mereka mesti belajar untuk mengasingkan perniagaan2 yang halal dan perniagaan yang haram. Kalau pun pr amek alih putrajaya, bukan mudah kerajaan nak lepaskan pegangan saham mereka dalam syarikat2 seperti neh kerana ia adalah tindakan bodoh. Sapa pula nak lepaskan saham yang boleh bagi keuntungan berjuta2 ringgit setahun?

Tetapi lebih bodoh kalau kita mengalakkan judi [melalui pemilikkan saham] dan kemudian-nya dalam masa yang sama buat kempen jauhi judi. Heh. 

Nota : Annual report genting tahun 1999 dan 2000.

Nota : Nama syarikat2 yang terlibat dengan genting bhd tidak semestinya sama pada tahun 2011. Nama anak2 syarikat genting tidak semestinya sama pada tahun 2011. Genting bhd dan world resort sdn bhd telah mengalami beberapa perubahan organisasi dari tahun 2000 - 2011. Sekian.

Ameno : Sekarang aku cakap tak pakai otak ka?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...