Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 26 November 2011

Rakyat harus insaf - Rais Yatim.

Aku berani nak anggap Rais Yatim neh bodoh nak mampos. Sorry rais, aku bersikap jujur disini. Pasal apa aku cakap begini dengan ko? Mudah. Sila ko baca balik statement ko di bawah neh terlebih dahulu ;

Rakyat harus sedar tentang objektif program-program yang diperkenalkan kerajaan seperti Program Transformasi Kerajaan yang bertujuan mahu membantu mereka memiliki masa depan yang lebih baik. <--  Sedar. Dah lama sedar. Program2 yang dianjurkan oleh kerajaan memang ada yang bagos tapi tak seme. Tapi masalah pokok ialah bukan pada program. Masalah pokok ialah pada pelaksana.
Tukang pelaksana program tidak jujur dan tidak amanah. Dia buat satu program dan war2 di media tapi golongan yang dibantu adalah sangat sedikit. Ambil satu contoh mudah, rumah pprt. Program bagos tapi ramai yang tidak layak pun dapat pprt sebab apa? Sebab tukang pelaksana itu tidak jujur. Bila kita komplain, kemana naiknya komplain kita? Tidak kemana2 pun.
Dulu2 pernah kita [rakyat] fikir bahawa alah, kerajaan taktahu ada kakitangan mereka yang jahat tapi sampai bila? Sampai bila alasan neh boleh bertahan dalam dunia yang serba canggih neh? Walaupun beribu complain yang naik ke pihak atasan tapi masalah sama masih berbangkit, kenapa? Sebab, undang2 yang digunakan untuk menghukum mereka yang menyeleweng tidak dikuatkuasakan sepenuhnya.
Pasal tidak dikuatkuasakan kerana ia melibatkan orang dalam sehingga ke peringkat atasan, penyelewengan dana kerajaan berleluasa dan masih terus berlaku. Isu sekarang, bukan rakyat tak percaya pada program kerajaan tapi rakyat hilang hope + trust pada kerajaan yang sedang memerintah. Bagi lah, buat lah apa sahaja program pun, jangan pernah mimpi rakyat nak terbeli balik pasal dah muak. Jadi, kesimpulannya kita [rakyat] tiada masa depan yang baik dengan bien.


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, justeru rakyat perlu memberi sokongan dan dokongan kepada program-program ini agar ia dapat diterjemahkan dengan lebih baik.

"Pembangkang tidak dapat buat perkara-perkara seperti ini walaupun mereka mempunyai pelbagai teori, jadi kita harus insaf bahawa di bawah gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi, kita harus memberi dokongan kepada yang benar. <-- Insaf? Apa dia? Insaf??? Adakah rakyat sedang tersasar dari landasan sebenar hingga perlu kepada insaf? Siapa yang kena insaf neh wehh? Program2 yang dilaksanakan oleh pr ada banyak especially PAS.
Walaupun medium sebaran seperti tv dan paper dikuasai oleh umno dan bn. Walaupun dalam keadaan yang sangat menghimpit pas mampu hidupkan PASTI dan SAR. Walaupun dalam keadaan yang serba membebankan PAS mampu membina rangkaian perniagaan untuk memberikan sumbangan kepada masjid2 dan mengimarahkan masjid2 setempat. Walaupun dalam keadaan yang serba dihina dan dicaci media umno, pas mampu mengutip zakat dan terus beri kepada asnafnya.
Ko takmalu ka umno? Dalam keadaan kaki, tangan, mulut pas yang diikat, pas lebih baik menghidupkan program berbanding umno. Jadi, siapa yang perlu insaf sekarang neh? Andai pas ialah pusat, lebih baik lagi dari ini dapat dilakukan oleh pas. Tapi sayang, orang islam sendiri hanya pandai pongpang pasal islam tapi bila mengundi.. mereka tetap pilih yang sebaliknya. Allah swt menguji anda disitu. Jadi, siapa yang perlu insaf sebenarnya?


"Ini saya rasa salah satu pencernaan perjuangan rakyat sendiri selain kerajaan juga memberi bantuan kepada rakyat seperti bantuan kepada isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3,000 dan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jelebu 2011, di sini semalam. — Bernama

Bantuan 100.00 dan 500.00 akan dicanang oleh umno untuk seumur hidup neh sampai naik kematu telinga kita mendengarnya. Percayalah. Allah swt pun tak pernah berfirman begini berkali2 dalam Alquran. Tatau dasar mengungkit umno neh ditiru dari mana. Heh.

Tiger Balm kini dalam bentuk plaster! Nak tengok ? 

Ameno : Pergilah mampos dari menyusahkan orang lain.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...