Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 21 November 2011

Dosa besar mereka tidak takut, dosa kecil lagi mereka tidak takut - Najib


Apa dia Najib?

Najib : Dosa besar mereka tidak takut, dosa kecil lagi mereka tidak takut.


Apa dia Najib? Tolong ulang balik. Aku kurang jelas beb.


Najib : Dosa besar mereka tidak takut, dosa kecil lagi mereka tidak takut


Apa? Najib cakap pasal dosa besar dan dosa kecik? Biar betul. 


kah kah kah 


Baca bawah neh ; 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak terkecuali daripada menjadi mangsa fitnah serta kepalsuan media-media sosial di negara ini. Antaranya, beliau dituduh melakukan tawaf secara berseorangan bersama rombongan sambil diiringi oleh pasukan keselamatan Arab Saudi ketika mengerjakan haji baru-baru ini dan disebabkan itu jemaah lain telah dihalang untuk melakukan ibadah berkenaan.

Tegas beliau, dakwaan tersebut bukan sahaja tidak benar dan tidak berasas malah ia merupakan satu fitnah yang amat besar. ''Saya pergi buat ibadah haji mendapat taraf tetamu diraja. Bukan kita minta tetapi ditawarkan oleh Raja Arab Saudi. Antara kemudahan diberikan apabila kita melakukan tawaf ada beberapa anggota tentera menjaga keselamatan kita.

''Apabila keluar dalam media sosial mereka padamkan jemaah haji yang lain seolah-olah saya dikepung dan diberikan keistimewaan hingga jemaah lain tidak boleh buat tawaf kerana saya buat tawaf. Ini satu kepalsuan dan fitnah besar,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. <-- erkk..? Dia cakap pasal apa neh? Ada ka isu neh?

Perdana Menteri berkata, mereka yang melakukan fitnah itu langsung tidak takut kepada dosa-dosa besar ekoran daripada perubatan tersebut. ''Dosa besar mereka tidak takut, dosa kecil lagi mereka tidak takut,'' katanya lagi.

Begitu juga katanya, fitnah terhadap anak perempuannya yang dikatakan telah berbelanja di Perth ketika beliau menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), baru-baru ini. <-- dosa besar dan dosa kecik? Macam merompak dan mencuri duit rakyat ka?

''Walhal anak saya berada di negara lain untuk menjalankan pekerjaannya dan tidak ada di Perth,'' katanya. Sungguhpun begitu, beliau mengakui media sosial banyak memberi manfaat terutama dalam usaha merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat. <-- pergi sound akhbar australia sana.

''Saya ada blog sendiri, Facebook dan Twitter sendiri. Kebanyakannya saya twit sendiri dan ada kala pegawai menjalankan tugas ini bagi pihak saya. Saya mahu berhubung dengan rakyat. Saya mahu meletakkan hati saya dengan rakyat,'' katanya. <-- Owhhh... seronoknya aku..

Dalam pada itu Perdana Menteri turut menceritakan bagaimana beliau telah menggunakan iPhone 4 untuk merakamkan mesejnya untuk rakyat Malaysia pada sambutan Aidiladha di Padang Arafah, baru-baru ini. ''Disebabkan urusan peribadi, tiada peruntukan jurukamera RTM dan TV3 untuk mengikut saya. Namun saya teringatkan dan rindukan rakyat Malaysia dan berhasrat untuk menyampaikan mesej Aidiladha kepada mereka.

\''Akhirnya, saya terfikir untuk mengggunakan iPhone 4. Dengan iPhone 4, video dirakam dan ketika itu saya memakai ihram di Padang Arafah. Selepas selesai rakaman, ia dihantar menerusi e-mel dan kemudian disiarkan di RTM dan TV3. Gambarnya cukup jelas. Inilah manfaatnya kita gunakan teknologi baru,'' jelasnya <-- Owhhh.. bangganya akuuu.... tapii.. apsal hari2 tv3 pongpang pasal ko ek?Kata takde peruntukkan liputan dari pemberita tv3 dan blablbla..?

Sumber utusan.

Well najib, aku rasa tak guna kowt aku nak hurai panjang2 bab pembinaan hub hiburan malam + tanah kasino di sg + NFC + PKFZ + rumah mewah pemimpin bn + projek kroni + projek terbelangkai + enjin jet lesap + rekod altantuya lebur + kapal selam rosak + makmal sekolah terbakar + lembah judi di genting + judi bola sepak + guna wang rakyat pergi sana sini + penyelewengan dalam kerajaan + gejala rasuah dalam parti + kongkongan media + fitnah bn terhadap pr + sekat pengembangan islam disini dan lain2 lagi, Ye tak?

Nasihat aku simple jek. Ko pergi masuk bilik, cari cermin. Lagi besar cermin lagi bagos. Lepas tue ko ulang balik ayat ko yang neh ==> 'Dosa besar mereka tidak takut, dosa kecil lagi mereka tidak takut,'' . Ulanglah seberapa yang boleh di depan cermin tue ek. Ye Najib. Okey bai. 

Ameno : Dia neh buat lawak ka apa?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...