Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 22 November 2011

Bola sepak ialah sukan rakyat dan bukan sukan politik, Razali.

Razali.. razali...

Adakah ko berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan seperti neh?

Opsss.. maaf. Bian. Silap sendiri. Memang aku jadi bengap bila mengharapkan pemimpin macam ko untuk berfikir. Aku sepatutnya faham apabila satu2 pemimpin itu dilabel dari jenama parti umno, kebanyakkan dari mereka hanya suka bercakap tanpa berfikir. Ko adalah dari jenis itu. Salah sendiri bila memandang tinggi pada ko. Sorry razali, sorry.

Ko sebenarnya tidak tahu. Tapi takpe. Jangan pernah risau. Kerana aku ada disini. Aku sudi bagitau ko. Itupun dengan percuma. Okey. Baca betul2. Ia percuma. 

Wahai razali,

Isu bola sepak dari dulu lagi bukan isu politik. Dan sampai bila2 pun tidak akan menjadi isu politik. Tidak akan sebab tidak boleh. Tidak boleh kerana sejak dari awal lagi bola sepak ialah sukan rakyat dan bukan nya sukan politik.

Menyalahkan pembangkang atas sikap biadap Indonesia kepada Malaysia ialah tindakan bangang. Boleh aje aku huraikan satu persatu punca kepada masalah neh. Asal sahaja ko mahu aku memang boleh buat.

Nak aku ungkit pasal tarian poco-poco? Nak aku buka kitab sejarah dangdut? Nak aku dedahkan kesilapan tourism Malaysia = kerajaan Malaysia? Nak aku cungkil keluar semua permit2 dan konsert2 artis Indonesia yang pernah diluluskan kerajaan? Nak aku siasat pasal pekerja2 Indonesia yang dianiaya oleh kroni2 umno? Ataupun pasal pengundi import? Nak ke?

Tapi, tak perlu semua itu razali. Tak perlu. Mencari salah dan masalah memang mudah. Tapi kita disini bukan untuk itu. Terutamanya ko. Ko disini sepatutnya mengatasi apa yang sedang berlaku. Bukan sibuk mencari salah dan menyalahkan orang lain. 

Jangan sesekali ko samakan diri ko dengan rakyat biasa macam aku. Aku neh tiada jawatan dalam kerajaan. Tugas aku mencari salah kerajaan supaya kerajaan boleh nampak di mana kesilapan mereka agar boleh di atasi oleh menteri macam ko.

Itulah dia kita panggil pengkhususan. Supaya urusan negara neh berjalan dengan lancar. Ko patut bersyukur sebab orang macam aku neh masih hidup di malaysia neh. Bayangkan sahaja jika tiada mana2 manusia yang menceritakan kepada kerajaan apa masalah2 yang dihadapi oleh rakyat kepada kerajaan? 

Sudah tentu ko kena melantik banyak kakitangan untuk mencari dan mengkaji masalah2 yang berlaku di malaysia neh. Oleh itu bersyukurlah razali.. bersyukurlah kerana rakyat spesis aku neh ramai di malaysia dan sanggup ceritakan semua masalah2 itu secara percuma pula.

Kalau nak diikutkan untuk menjalankan satu2 projek akan melantik pakar perunding bagi mengkaji apa2 masalah yang akan / boleh timbul andai projek dilaksanakan kekal. Kajian neh kajian yang berbayar. Dan rakyat sekarang bagi ko kajian neh. Kajian neh pula kajian percuma. 

Rakyat ialah perunding ko. Satu sen pun ko tak bayar kami. Kami pula yang bayar ko untuk bekerja. Masih lagi tatau bersyukur hidup di bumi malaysia neh sebagai menteri tapi ada ahti nak salahkan pembangkang aje 24 jam?

Kita sama kita sebenarnya sudah faham. Sudah jelas. Terang lagi terbukti. Semua kebencian itu datang dari mana. Berpunca dari siapa. Nak dengan taknak mengaku je. Tapi itupun tak berapa penting sebenarnya. Apa yang penting sekarang ialah bola sepak bukan sukan politik. Bola sepak ialah sukan yang boleh mengembirakan seluruh rakyat malaysia.

Kecik, besar.
Tua, muda.
Hitam, putih.
Gemuk, kurus.
Islam, bukan islam.
Dap, umno, pas, pkr, mca, supp dan apa sahaja parti.
Cina, india, melayu, iban, mamak, orang asli dan apa sahaja bangsa.
Laki, pompuan, pondan, pengkid, gay dan apa jenis seksualiti.

Semua boleh duduk dalam satu table pasal bola sepak. Semua bersatu dan berpadu atas nama bola sepak.

Kita bergaduh pasal pelbagai perkara di malaysia neh. Pasal akidah pun kita bergaduh. Tapi bila masuk bab sukan bola sepak dan badminton kita letakkan perselisihan dan pergaduhan kita ke tepi. Pasal apa? 

Pasal sukan bukan politik. Kita tahu pasal itu. Kita dah mendidik diri kita sendiri pasal itu. Bukan pemimpin yang mendidik. Tapi rakyat yang mendidik diri mereka sendiri akan garisan neh. Rakyat sendiri yang mahukan ruang neh. Sebab ini lah pendirian rakyat tak kiralah samada mereka pembangkang, kerajaan ataupun bebas.

Kita letakkan satu line panjang untuk bola sepak. Ini sukan. Ko seronok aku pun seronok. Ko bn dan aku pr. Kita boleh bergaduh pasal apa sahaja di malaysia neh tapi bila bab bola sepak mari kita janji kita bersatu untuk negara. Bukan atas nama barisan nasional. Ataupun atas nama pakatan rakyat. Tapi atas nama Malaysia.

Jadi rupanya bola sepak boleh mengeratkan hubungan rakyat di malaysia. Inilah rupanya kuasa yang ada pada sebijik bola. Jadi razali.. jangan sesekali mengacau benda yang boleh mendekatkan aku kepada rakan2 dari umno dan bn. Dan aku sangat percaya rakan2 umno dan bn juga tidak rela bola sepak dipolitikkan. 

Tapi bila ko pongpang salahkan pembangkang dalam isu neh, orang2 kerajaan yang sokong ko pun marah. Pasal dorang tahu dan jelas punca kepada masalah neh sebenarnya. Semua neh berpunca dari kelemahan pihak kerajaan tapi kita orang2 pembangkang tidak akan mengulas lebih2 pasal neh di depan penyokong2 Indonesia sebab sejak dari awal lagi kita dah tetapkan dalam ahti kita bahawa bola sepak ialah sukan rakyat dan bukan sukan politik.

Ko kata pembangkang burukkan kerajaan di luar negara walhal kerajaan juga buat roadtour mengherdik anwar ibrahim di seluruh dunia termasuk amerika. Jika pembangkang melakukan hal tersebut di Indonesia, ko juga tidak kurang buruknya malahan lebih dasat kerana ia melibatkan lebih banyak negara. Masa tue ko tak pernah fikir pula apa persepsi orang luar terhadap Malaysia. Kesudahan nya ko tahu apa?

Aku rasa lebih baik ko baca sendirilah komen2 penyokong Indonesia di wall mereka. Masa tue baru ko faham. Bukan hanya kerajaan jek dibalon, pembangkang pun tak kurang teruk diherdik mereka. Sebab tue dari awal lagi aku bagitau dengan jelas dekat ko bahawa sukan bola sepak neh bukan sukan politik tapi sukan rakyat. Pasal bola sepak memang sejak awal lagi bukan isu politik. 

Sebenarnya boleh jadi ko tahu. Tapi boleh jadi ko sengaja buat tidak tahu. Penyokong bola sepak sebenarnya sudah lama tahu. Terdapat campurtangan politik dalam industri bola sepak negara. Dah banyak kali kita tegur. Dah banyak kali kita marah. Ini melibatkan jaminan pemain kita. Kita mengharapkan mereka bagi kita kemenangan tapi kerajaan dan fam seringkali mengabaikan tanggungjawab mereka.

Kita selaku penyokong sudah tentu akan marah. Sudah semestinya kita kecik ahti. Pemain kita bukan kuli batak. Mereka juga ada tanggungan tertentu. Pemain kita bukan nya manusia genius. Yang lahir je terus2 boleh main bola. Mereka perlukan latihan yang konsisten. Latihan itu bukan nya murah. Ia perlukan peruntukkan tertentu. 

Itu, yang ko patut focus. Sejak dari awal lagi. Sejak ko mendapat jawatan neh. Itu..  yang ko patut focus, razali.

Jadi, razali. Jangan pernah bagi aku ruang untuk mengajar ko cara2 menjadi seorang menteri. Aku tahu berdasarkan ilmu, pengalaman, pangkat dan usia ko memang menang segala2nya disini. 

Dan.. razali, dengar sini, jangan sesekali biarkan aku mengajar ko cara2 pasal bersukan di malaysia neh lainkali yer. Bukan hanya bola sepak, tapi untuk apa jenis sukan sekalipun. Sebab dari awal lagi, sukan bukanlah alat yang patut dipolitikkan. 

Ameno : Sukan boleh berpecah dari politik kerana politik bukan agama.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...