Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 31 Ogos 2011

Luahan : Bil elektrik melambung - Anda pun sama gak ke?

Saya ingin membuat aduan mengenai kenaikan bil elektrik saya yang bagi saya adalah merupakan penipuan terancang. Saya tidak berpuas hati kerana bil elektik kami kebiasaannya di bawah paras RM70. Apabila TNB melaksanakan kadar tarif baru dan bacaan meter pos. Bil elektrik kami melambung sehingga RM300.

Kenaikan seperti ini tidak munasabah langsung kerana tiada peralatan elektrik baru yang dibeli dalam tempoh tiga bulan ini.

Tiada pertambahan penghuni rumah malah kami mengurangkan penggunaan penghawa dingin dari tujuh jam sehari kepada hanya empat jam sehari.

Kami juga telah membuat aduan kepada TNB Sungai Petani malah telah menukar meter kepada meter baru.

Bapa kami sudah pencen dan perkara seperti ini sememangnya membebankan beliau yang merupakan pesara bomba. 

Diharapkan pihak aduan rakyat dapat membantu kami dalam menyelesaikan hal ini. -MKINI-

Terus terang cakap aku tak kena apa yang dia kena neh. Tapi sejak beberapa bulan neh dah banyak kali aku nampak orang komplain pasal neh kat facebook. Terutama nya sekali kat group saya benci harga barang naik. Neh aku nak kasi suggestion sikit. Apa kata korang tangkap gambar bil sebelum dan bil selepas tukar meter baru. 

Then upload gambar dia kat facebook saya benci harga barang naik bagi tujuan kajian. Tutup larh nama dan address pun takpe. Yang penting bil dan kadar tue jangan ditutup. Mari kita bongkarkan misteri disebalik charge luarbiasa dari TNB neh. 

Bukan apa, sebab TNB dah menafikan benda neh. Dia cakap runggutan tentang meter baru itu adalah tidak benar sama sekali.. so apa lagi, korang kena hadirkan bukti lah. Ada bukti baru leh cakap beb. Okey.

Ameno : Kalau banding dengan bil elektrik najib, tue kira murah larh tue.. kah kah kah

Siapa kata UMNO merdeka kan negara pada 31 ogos?

Adalah amat normal bagi mereka yang membaca sejarah dari kesemua segi akan mempersoalkan apa yang aku persoalkan kini. Kenapa aku mesti mengupas isu neh? Kenapa aku mesti mempersoalkan isu neh?

Kenapa?

Pemimpin makan duit rakyat.. buat bangunan tinggi2 bagi kroni.. sendiri kaya..  <-- aku

oittt sedarlah ko tue menumpang. Kalau umno tak merdeka kan malaysia neh merempat larh ko. <-- umno

1. Yang pertama bila aku meluahkan kepincangan dalam kerajaan, aku meluahkan ia dari sudut pandangan rakyat. Pandangan aku sebagai rakyat adalah yang di atas. Kemudian baru lah sudut politik pro pembangkang aku hadir.

2. Namun persepsi orang di sebelah sana melihat aku hanya pongpang2 pasal aku pembangkang. Mereka tak nampak aku sebagai rakyat. Mereka tak anggap aku neh rakyat biasa yang berhak bersuara membidas kerajaan andai kerajaan dilihat tidak rasional dalam membuat keputusan. Asal cakap je, hah memang pembangkang. Belum pape dah kata pembangkang. Memang betul aku pembangkang, tapi belum tentu betul semua orang yang mempersoalkan kepincangan kerajaan ialah pembangkang.

Hah yer menara merdeka itu pembaziran. <-- ini pembangkang

Email 50juta? What's that? <-- ini pembangkang

What the hell ? 1.8juta for facebook update? <-- ini pembangkang

Bersihkan spr <-- ini pembangkang

Senario biasa pandangan politik di malaysia. Yang sampaikan orang yang sokong kerajaan dan pembangkang majoritinya dah takut nak bersuara. Salah cakap kang dapat label pembangkang. Lebih cakap kan mula larh dikatakan kena bayar duit. Di malaysia neh mesti mao ada samada you pembangkang or you pemkerajaan. Tak boleh kalau you segroup dengan PR tapi idelogi you nampak berbeza, terma sama digunapakai dari side kerajaan.

Choiiii!

Patchisowai.

Inilah minda yang aku paling benci. Aku ulang, 

Aku paling benci.

Bagi aku kita semua patut bersuara tanpa dilihat or dinilai berdasarkan label2 neh. Bersuara larh kita dan nilai larh kita sebagai rakyat malaysia. Memegang pemikiran di atas, maka aku bersuara kenapa aku cakap umno bukan pejuang kemerdekaan.Tidak aku bercakap atas kapisiti pembangkang. Orang yang membaca blog ini sedia maklum yang label pembangkang di depan aku sekadar label tapi aku lebih suka menulis berdasarkan otak aku sungguhpun kalau isu tue langgar pembangkang. Heh.

Berikut di bawah ialah sebab kenapa aku menolak umno sebagai parti yang memerdekakan tanah melayu pada tahun 1957.

1. Buku teks sejarah tidak menulis hakikat sejarah berpandukan fakta sebenar.

2. Sejarah tentang pengorbanan komunis dimatikan.

3. Sejarah mengenai kejahatan komunis dicanangkan. Memang benar komunis menjadi jahat sesudah mereka ditipu.

4. Sejarah bahawa orang melayu terlibat dalam komunis disembunyikan.

5. Mengungkit dan mengaitkan cina dengan komunis bagi menyebarkan elemen kebencian melayu terhadap cina.

6. Ramai cina kena pancung ketika jepun tawan malaya tidak dikisahkan dalam sejarah. Ketika itu china berperang dengan jepun dan orang cina di tanah melayu dibunuh bagi membalas dendam.

7. Jepun bukan kejam pada orang melayu sahaja. Jepun kejam pada cina, pada india, pada semua penduduk tanah melayu. Sejauh mana sedihnya ahti orang melayu pada ketika itu, sama banyak sedihnya ahti bangsa2 lain di tanah melayu. Sama2 menderita dan sama2 tersiksa. Sama2 memberontak dan sama2 bersatu melawan kezaliman. Kuantiti bukan ukuran tetapi keazaman itu lambang betapa rakyat tanah melayu pada ketika itu berkongsi suka dan duka yang sama banyak.

8. Ketika itu komunis dilihat harapan oleh rakyat tanah melayu untuk disandarkan keyakinan bagi membebaskan mereka dari kezaliman.

9. Jangan dilupa pada melayu talibarut. Melayu talibarut neh sapa? MELAYU YANG TIKAM MELAYU dan berkerjasama dengan tentera jepun bagi menyeksa rakyat pada ketika itu.. Ia wujud sejak dahulu dan masih ada sehingga kini.

10. Ramai tidak tahu bahawa komunis pada ketika itu dibantu oleh british dari segi alatan.senjata dan taktikal perang. Ia pernah didedahkan di dalam astro discovery channel. Ya, jangan pernah mimpi tv1 nak siarkan benda neh. 

11. British juga berjanji bahawa komunis akan jadi kerajaan sementara setelah jepun dikalahkan.

12. Tetapi jepun undur diri dari tanah melayu dan menutup pintu kepada dunia luar setelah diserang amerika.

13. Pemimpin komunis pada ketika itu memegang janji2 british yang mahu merdeka kan tanah melayu dan membiarkan komunis menjadi pemerintah negara.

14. Lalu mereka menjadi kerajaan sementara selepas jepun undur diri. Tetapi tidak lama selepas bristish kembali. Terlalu banyak kerugian yang mereka tanggung pada ketika itu dan mereka tidak boleh membiarkan tanah melayu merdeka sekurang2nya sehingga mereka mendapat kembali kerugian mereka.

15. Komunis marah kerana janji dimungkiri. Di sini silap komunis apabila dia marahkan british, lalu rakyat yang jadi mangsa. Dia boleh balon bristish hanya dengan balon british, dia tak boleh babitkan rakyat tak kira lah apa sebab yang dia pegang. Talibarut ka, informer ka, apa ka, kekejaman ialah kekejaman. Pembunuhan ialah pembunuhan. Dari saat komunis menembak rakyat tanah melayu yang mempertahankan mereka daripada dihidu oleh tentera jepun, ialah saatnya perjuangan komunis telah tersasar.

16. Gerakan2 islam lahir ketika neh. Mereka memperjuangkan apa yang komunis juangkan dari sudut fahaman islam. Pendek kata ia adalah alternatif kepada fahaman komunis yang agak ektreme pada ketika itu akibat janji yang british tidak tunaikan.

17. Gerakan islam neh sendiri berpuak2. Ada banyak kumpulan, nama dan misi. Ada yang mahu satukan singapore + indonesia + tanah melayu.

18. Ada yang focus pada tanah melayu + selatan thailand + sabah + sarawak.

20. Ada yang cuma mahukan kemerdekaan tanah melayu dan perintah ikut acuan islam.

21. Saat neh british melihat mereka ditekan dari semua segi. Yang india sibuk nak merdeka. Yang tanah melayu tengah kacau bilau. Kerugian mereka bertambah besar. Apatah lagi british pada ketika itu sedang dalam krisis kepimpinan. Saat neh kerjasama mereka dengan china juga di ambang kehancuran. Banyak aset mereka di china juga musnah akibat pemberontakkan.

22. Pada ketika ini british memperkenalkan malayan union bagi meredakan rakyat tanah melayu sekaligus mengurangkan kerugian mereka.

23. Puak2 yang baru habis belajar dari london, yang kaya raya, yang tak pernah hidup susah, yang tak pernah faham apa erti pengorbanan tubuhkan umno menentang agenda malayan union. Dan tiba2 mereka ini di angkat menjadi pejuang kemerdekaan dengan meminggirkan pejuang sebenar.

24. Tidak pula mereka berpadu dengan gerakan islam yang wujud pada ketika itu walaupun mereka sebangsa. Ini disebabkan pemikiran sekularisme yang dibawa dan di dokong oleh umno. Apabila yang sekular pegang kuasa, maka inilah kita hari neh. Habis rosak umat islam di bawah akidah umno.

25. Bristish memang anti islam pada ketika itu akibat dendam lama.[ Tak silap aku pasal kekalahan. Tapi aku agak lupa dan tak boleh ingat secara tepat, sapa2 yang tahu please ingatkan aku balik. Thanks.] Di sebabkan itulah british menolak untuk berkerjasama dengan mana2 gerakan islam. Kelahiran umno sebenarnya mengembirakan british. Bagi mereka umno ialah melayu yang mampu dimanipulasikan dan tidak pula terlalu islamik. Senang cakap, mudah kena control. 

26. Bila umno wujud dan ia di bawa oleh melayu yang berpendidikan barat [british], british melihat ini ialah peluang.

27. Lalu kerjasama dengan umno dibentuk sehingga mencapai kemerdekaan. Ketika ini komunis semakin menganas apabila mereka diketepikan, dan umno di angkat oleh british. Mereka marah kerana rasa dipermainkan sedangkan mereka telah banyak berjuang demi tanah melayu.

28. Airmata pejuang komunis, penangkapan dan pembunuhan pejuang2 islam [gerakan islam] oleh tentera british, penderitaan rakyat biasa yang bukan sokong umno sikitpun tak masuk dalam teks sejarah umno. Umno juga bersetuju mengharamkan PAS yang pada dulu nya dikenali sebagai hizbur muslimin. Ini semua antara perjanjian suka sama suka, tukar neh dapat itu antara umno dan british.

29. Sejarah2 mula ditulis dan dilencongkan faktanya. Memang ya secara zahir umno memperjuangkan kemerdekaan negara tetapi pada hakikatnya perjuangan memerdekakan tanah melayu secara berpelan bermula sejak kewujudan komunis. Dan membebaskan tanah melayu secara rambang dari penjajah bermula sejak zaman2 kejatuhan empayar melayu melaka lagi.

30. Dan berpegang kepada buku teks itu akhirnya umno mula mengugut rakyat agar jangan cakap banyak sebab umno yang merdeka kan negara. Umno yang menyebabkan rakyat membongkarkan hal sebenar dalam isu kemerdekaan negara neh. Mereka sering mengugut2 kita bila kita dedahkan kepincangan dorang. Akhirnya ramai di antara kita mula mengkaji sejarah kemerdekaan. Akhirnya penipuan umno terbongkar. Mereka bukan pejuang kemerdekaan. Mereka cuma pemegang kunci kemerdekaan. Yang merdeka kan negara ialah pejuang2 haluan kiri yang di anggap jahat dan penganas.

Umno juga adalah alat penjajah apabila mengamalkan undang2 penjajah. Umno juga setuju mengikut syarat2 penjajah dan merdeka secara aman [kononnya] dengan mengorbankan pihak2 yang tidak bersalah. Secara logiknya malaysia merdeka hanyalah sekadar atas kertas. Pada hakikatnya ia ibarat peralihan pemerintahan dari british ke umno dengan mengamalkan dasar, polisi dan undang2 yang sama dengan sistem penjajah yang cuma di ubah suai sedikit.  [Actually, ubah atau tak ubah bukan isu, isu nya ialah pemegang amanah tidak amanah].

Sejarah harus ditulis berdasarkan hakikat. Tak perlu cakap aku bagus, ko tak bagus. Aku, umno parti yang begitu bijaksana dan pandai memerdekakan tanah melayu. Ini semua bullshit. Sebagai rakyat aku tak hadap umno memuji diri sendiri dalam teks sejarah. Aku cuma mahu mereka menulis kandungan sejarah yang benar dan berdasarkan kronologi kejadian yang berlaku pada ketika itu. Jangan menghakimi satu2 hal bagi pihak rakyat malaysia. 

Biar kami, rakyat malaysia menghakimi dan menilai bagaimana malaysia neh terbentuk. Biar kami tahu baik buruk sejarah tentang malaysia. Biar kami kenal diri kami. Biar kami kenal asal usul kami. Biar kami sedar siapa kami. Biar kami kenal siapakah yang memperjuangkan hak2 kami. Kami berhak mengenali mereka sebab mereka memperjuangkan hak2 kami. Dan mereka mati untuk itu. Sekian.

Ameno : Fakta ialah fakta. Umno ialah kerajaan sekarang, hormat mesti mao, tapi dalam masa yang sama sejarah harus ditulis semula berdasarkan kronologi kejadian yang betul. Aku takmo dengar alasan memang logik yang menang akan tulis acuan sejarah ikut otak dia dan ini akan sama jika komunis menang dan etc.. bagi aku itu pemikiran dangkal. Yang terang dan hakikat disini ialah umno lencongkan sejarah dan kita rakyat malaysia kena betulkan ia bukan memegang kepada mana2 persepsi bagi melindungi penipuan neh.

Isu hajjah sitt - Orang politik diam lebih baik.

Isu hajjah sitt neh dah mula memasuki ruang dimensi politik. Dan macam biasa bila politik mula menyemak maka tunding menunding akan berlaku. 99.9% ahli politik memang begitu. BN begitu. PR pun begitu. Dan begitulah pemikiran ahli politik. Mereka fikir mereka politician maka berpolitik itu tak pelik. Yang pelik bila rakyat mengharap agar mereka tidak berpolitik sedangkan memang bidang kerja mereka berpolitik.Tapi yang sebenarnya ahli politik sendiri pun tak faham apa itu politik. Contoh ;

Islam = ada politik

Islam = ada hiburan

Islam = ada kehidupan

Islam = amal ibadat

Tapi bukan politik ;

Politik = ada hiburan

Politik = ada amal ibadat

dan blablablabla..

Bukan begitu beb. Jangan mencabangkan politik sebagaimana korang mencabangkan islam. Politik is politik. Politik berkaitan dengan pentadbiran negara. Isu murtad neh menjadi masalah serius sebab tiada perundangan tegas untuk membanteras mereka. Ini memang ada kaitan dengan politik.

Jika ini isu yang dipersoalkan, memang baik. Tapi kalau yang dipersoalkan ialah kenapa bila ada orang murtad tapi dihalang2 pula? Macam mana kalau isu neh yang dimainkan oleh ahli politik? Pernah fikir? Sebab itu jika anda ahli politik, lebih baik berambos jauh2. Isu neh tidak patut memasuki dimensi politik. Tak kiralah side BN or PR, TV1 sampai ke astro, jangan melibatkan politik dalam isu neh. 


Sebab itu aku kurang setuju bila umno pongpang menyalahkan dap dalam isu group murtad melalui tv1. Dalam masa yang sama adalah amat mustahil untuk aku mempercayai dap tidak menyukai agenda permurtadan umat islam. Bercakap berdasarkan akal realiti melalui fahaman islam, pemikiran aku neh pemikiran yang normal.


Adalah lumrah jika orang2 bukan islam tidak menerima hujah2 islam. Tetapi belum tentu mereka tidak menghormati fahaman islam. Mereka mungkin rasa owh bagus ada yang murtad tapi belum tentu mereka terlibat dalam gerak kerja murtad. Maksud aku disini belum lagi dapat dibuktikan secara fakta bahawa dap secara majoritinya terlibat dalam agenda memurtadkan umat islam.


Mungkin wujud gerakan murtad yang menyokong agenda dap, tetapi belum tentu agenda kumpulan murtad itu mewakili agenda dap juga. Akan tetapi tidak pula aku menyebelahi mana2 pihak dalam isu neh. Paksi aku dalam isu akidah cuma satu iaitu islam.

Sekarang fahami isu neh dari awal. Dari awal supaya korang faham.

1. Segala group murtad yang wujud di facebook neh ialah atas kapasiti individu tertentu.

2. Individu2 neh boleh memiliki fahaman politik yang berbeza. Ada pro pembangkang, ada pro kerajaan.

3. Individu2 neh juga boleh geng2 dengan marina mahathir ataupun tony pua. Ikut atas kawan masing2.

4. Tak hairan kalau ada geng2 dari murtad tue support bersih sebab mereka menyokong agenda bersih. Menyokong agenda bersih belum tentu menyokong pakatan rakyat tetapi menyokong pakatan rakyat selalunya memang akan sokong bersih.

5. Dalam masa yang sama, juga tak hairan kalau ada geng2 dari situ yang cenderung berpihak kepada kerajaan.

6. Dan juga tak pelik kalau geng2 murtad neh bullshit kan semua parti politik.

7. Juga tak pelik kalau ada geng2 murtad neh minta tolong ahli2 politik untuk bersuara bagi pihak mereka.

8. Kalau ada ahli politik yang membela mereka, maka selayaknya kita maki. Jangan kita bagi can. Buat masa sekarang belum ada, tapi kalau ada kita boleh sediakan peluru maki hamun sebab menyemak dalam isu neh. Nak berpolitik, ko politik, kalau ko bersuara menyemak dalam isu neh, kena pijak sampai mampos baik belajar redha.

Macam dah aku pernah tulis dulu, lue [hajjah sitt] nak murtad, itu lue punya pasal, tapi apsal bila lue murtad lue mesti ketuk islam? Apsal lue mesti bina open group di facebook? Apasal lue mesti raih perhatian? Lue cari attention kan? So bila lue dah dapat attention yang lue nak, maka lue redha larh kalau kena cekik sampai mampos sebab itu lue yang cari pasal ma.

Bukan wa kacau lue. Bukan wa siasat diri lue dalam2 sampai wa tahu lue murtad. Tapi lue sendiri kecoh satu dunia sampai maki hamun islam dan isytihar perang. Lue yang kacau orang islam ma. Cuba lue diam2. Neh lue nak kecoh bagai nak rak pasai pa?

Lue gay ka, murtad ka,  berzina ka, main atas bawah ka, lue punya pasal. Lue tak perlu buat case di media online ;

Saya murtad, saya hina islam, saya maki Nabi saw, saya hina Allah swt dan saya ok.

Kepala hotak kau !

Menghormati agama orang lain ialah sifat perikemanusiaan. Ko [hajjah sitt] kena faham sensitiviti agama disini. Ko boleh je cakap ko nak murtad, tapi apa pasal ko mesti kutuk islam dan segala bagai? Aku tak berapa nak peduli sangat kalau ko murtad dan ko duduk diam2, asal ko tak kacau or hasut orang tapi aku tak suka bila ko dah murtad lalu ko hina islam bagai rak then pongpang2 cakap ko membela murtad. 

Walaupun kecil tapi aku percaya ada gak kot orang yang terpengaruh dengan ko neh. Pengakuan murtad dan hinaan ko kepada islam dengan membawa ajaran yang jelas serong dan memutarbelitkan hadith neh sebenarnya menyebabkan kekeliruan dan boleh menghadirkan salahfaham besar.

Sebab itu ko mesti faham kenapa ko harus diperangi. Ko fikirkan diri ko seekor ular. Kalau ko duduk diam2 di tempat ko dan tak patuk orang, ko fikir manusia akan bunuh ular tue? Asalkan ko ular yang bersembunyi dan tak kacau orang, sudah tentu tiada mana2 manusia pun akan kacau ko. Tapi bila ko tiba2 muncul depan orang dan kerja nak mematuk je, of course memang lumrah manusia akan defend diri dia sendiri ma daripada mampos dipatuk. 

Sama gak macam kes kemurtadan ko. Ko dah murtad, duduk diam2 sudah larh. Atasi larh masalah ko sendiri. Apa pasal mesti ko pongpang hina islam dan segala bagai then cakap hak ko untuk bersuara di tindas. Waklue. 

Babi anakharamjadah sial muka hodoh nak mampos. <-- Ini maki bhai. Bukan hak bersuara.

Saya murtad, dan saya nak keluar dari islam tapi macam mana.. <-- Ini baru kebebasan bersuara.

Walaupun ko mungkin akan dimaki dan macam2, tapi at least ko tak hina islam dan menyakitkan ahti orang. Dalam 1000 orang yang baca hanya ada 2 je yang maki hamun ko, selebihnya akan mendoakan ko diberikan hidayah dan cuba cari ruang untuk selamatkan akidah ko.

Cuba larh tukar sikit kaedah perjuangan ke arah murtad secara sah ko tue. Aku bukan penyokong murtad, jangan salah faham. Aku cuma menyokong ko untuk memperjuangan misi ko ikut cara yang betul. Walaupun murtad neh ialah perkara yang tak betul. Tapi bagi aku umat islam tak perlukan geng2 macam ko. 

What? Ko nak murtad? Okey fine, sila berambos. Bagi aku umat islam tak perlu ramai. Apa yang diperlukan ialah kesefahaman atas akidah yang satu. Kuantiti bukan ukuran. Kecil tapi teguh adalah lebih baik daripada ramai tapi berpecahbelah. Buat apa nak simpan orang munafiq? Buat apa nak simpan orang yang dah tiada islam di ahti nya?

Orang munafiq neh cuma akan menyusahkan perjuangan kita je. Dah terang2 dia tunjuk, maka biarlah dia berambos. Cara mana kerajaan nak hukum itu kerajaan punya pasal. Undang2 bukan aku yang punya. Tapi cara mana ahli politik nak mempolitikkan isu neh adalah concern aku. Aku akan perhatikan. Sekian.

Ameno : Report gereja-jais akan selesai akhir bulan 9. Lambat gile pr buat kerja. Agaknya file case kena naik tingkat setinggi klcc kot. Heh

Selasa, 30 Ogos 2011

Cincin USD 24j - Besan rosmah mansur salah letak alamat rumah.

Geng, aku dalam cuaca berhari raya neh sebenarnya. Aku saja masuk2 online neh untuk baca apa2 yang patut tapi bila aku terbaca berita dari utusan neh aiiiittt.. jari aku automatik beb.. automatik ter update blog pasal politik.  Belum lagi aku bercadang nak tukar kepada mode manual pasal duit belum cukup.  Dah habis ke aku merepek? Ya, dah habis.

kah kah kah

Korang tengok bebawah neh bebaik beb. Wajib baca dan faham. 



Dah baca? Okey good. Perhatikan ;

1. Nilai cincin. Di tulis dalam apa? Ya.. yesss.. correct correct correct.. so penyokong umno totok yang dok maki hamun aku segala bagai ari tue pergi mana? Mai komen kat thread neh. Mai larh komen. Wa cabar sama lue. Sebab itu wa awal2 sudah bilang sama lue ma. Wa spekulasi saja itu cincin bernilai rm72juta. Tapi lue hamun cakap wa tuduh2 dan fitnah segala bagai. Padahal wa bagi pandangan wa berasaskan bukti printscreen. Itu pun wa bukan letak tuduhan. Tapi tanyaan. Betul ka itu cincin nilai 72juta? Then sesusahpayah lue dan orang2 lue nafi bagai nak rak, tapi akhirnya utusan lue sendiri bongkar nilai sebenar cincin itu.. apa macam? Sedap meh? Jangan maki wa, lue orang please maki utusan.

kah kah kah

2. Cincin itu dah dipesan oleh bakal besan rosmah mansur? Bila masa besan rosmah mansur duduk kl beb? 

Bila masa? 

Lue bagitau sama wa anuar oittt.. bila masa? Lue kena faham anuar shaari. Lue kena faham. Memesan dengan memiliki ialah dua perkara yang berbeza ;

1. Saya, amenoworld memesan sekian2 cincin neh.

2. Saya, pekedai yang menerima pesanan cincin neh telah mengepost cincin neh kepada sedara amenoworld.

3. Saya, sedara amenoworld telah difitnah dan malas nak layan.

kah kah kah

Sekarang lue faham tak anuar shaari? Lue boleh pesan cincin tapi belum tentu lue dapat milik cincin tersebut. Memang normal orang lain yang pesan, orang lain yang terima barangnya. Kan? 

kah kah kah

Okey, wa nak sambung raya. Pembaca amenoworld,  please sebarkan benda neh pada sedara kat kampung tue. Yang ada mobile ka apa ka, please tunjukkan penipuan neh, kali neh biar 1malaysia tolak bn. Dah cukuplah tue kita di aniaya, kesabaran kita patut ada button 

STOP.

Sekian.

Selamat hari raya geng.

Ameno : Lue buat lawak ka anuar?

Okey tol baru dah start operasi.

Apa pandangan korang sendiri baca sendiri fikir? Nak cuba? Terai tengok bawah  neh ;

Pengguna Lebuh raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) milik Kuala Lumpur Selangor Expressways Berhad (KLSEB) tidak akan dikenakan bayaran tol selama dua bulan bermula pembukaannya tengah malam ini sehingga 31 Ogos.


Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata langkah itu menunjukkan bahawa kerajaan prihatin dalam membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat pada masa ini.

Di atas neh berita dua bulan yang lepas. Yang kat bawah neh berita baru lepas masuk bernama tadi. Lihat bawah ;

Kutipan tol bagi pengguna Lebuhraya Latar akan bermula pada 12.01 tengah malam 1 Sept ini.KL-Kuala Selangor Expressway Berhad dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata tol berkenaan dikutip di tiga plaza sepanjang lebuh raya terbabit.

Caj di setiap plaza tol ialah antara RM1 hingga RM6 bergantung kepada jenis kenderaan, kata kenyataan itu. Lebuhraya Latar merangkumi empat persimpangan yang membenarkan akses ke pantai barat menerusi Kuala Lumpur di Taman Templer, Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Koridor Guthrie. – BERNAMA

Kesian, dua bulan je kerajaan prihatin kat rakyat.

Kah Kah Kah..

Malas cakap banyak. Orang sibuk sambut raya. Sekian.


Sumber : sini

Ameno : Selamat hari - hari

Sabtu, 27 Ogos 2011

Najib : Saya bayar zakat, saya masuk paper dan saya ok.


AmenoWorld : Najib, dia bayar zakat, dia masuk paper dan aku tak ok.

Punca2 kenapa aku tak ok ;

1. Najib, adakah ini first time ko bayar zakat?

2. Najib, apa motif dan aim ko bayar zakat?

3. Najib, kenapa semua media tahu ko nak bayar zakat pada sekian2 hari dan sekian2 lokasi?

4. Najib, kenapa media kerajaan siarkan neh dalam berita?

5. Najib, kenapa ko bagi aku menyampah dengan ko?

Dulu ko upload gambar ko bersolat di twitter. Aku bengkek. Dan aku kena sound pasal isu tue. Tapi aku tak kesah pasal aku punya jari aku punya blog dan aku punya suka larh.

Then aku nampak lagi ko pongpang pasal zakat melalui media kerajaan yang dilantik untuk up kan imej ko. Dan aku sejujurnya tak suka. Aku ulang lagi ;

TAK SUKA.

FAHAM?

TAK SUKA.

Ko bukan tuk guru najib. Ada sebab kenapa tok guru dipongpangkan sedemikian rupa. Mari aku ajar ko. Di setiap ahti umat islam kita sendiri automatik akan suka perhatikan tokoh2 terkenal dalam bidang agama. Kita nak perhatikan cara mereka hidup, cara mereka berkomunikasi, amal ibadah, makan dan etc.

Ini kerana kita nak belajar. Tak dapat jadi alim macam dia pun, atleast kita dekat dengan orang alim. So automatikk kita akan snap gambar bila tuk guru bayar zakat, tuk guru solat, tuk guru makan, ini tindakan semulajadi akibat kasih kita terhadap golongan ulama. Kasih itu menjadikan kita perhatikan dan snap setiap perbuatan tuk guru dalam bentuk gambar. Even tuk guru menangis pun kita tangkap gambar sebab ia ... ia kasih sayang ma.

Dan tuk guru tiada pula media2 lantikan untuk up imej dia. Gambar dia ditangkap oleh rakyat dan jurugambar yang bukan dibayar untuk up imej tuk guru. Tapi ini beza dengan ko najib. Beza sangat dan beza besar. Ko bukan tuk guru. Takde sapa nak perhatikan apa yang ko buat. Even ko bayar zakat dan masuk paper pun orang akan cakap

Ada aku kesah?

Ya, ada aku kesah? Itulah respon aku najib. Dan aku yakin  respon kebanyakkan rakyat malaysia.

Ameno : Amal untuk tayangan.

Najib, lue bagi rm400 neh pada sapa?

2011/8/25 hazaha haris

salam tt,

selamat menyempurnakan ramadhan dan selamat menyambut shawal...insyAllah.

saya baru saja jumpa kawan saya pemandu teksi kl pada lbhkrg pukul 9.30 tadi.

1. kawan saya kata, dia berbuka di masjid putrajaya dan lepas tu ada acara bertemu najib dan seterusnya 'angpau' rm400 diagih2kan
kepada yang hadir. 

2. 'angpau' itu dalam envelope bercop JABATAN AGAMA ISLAM WP , JPM. 

3. anggaran drebar teksi yang hadir ialah 3,000 orang. 

4. dan ada juga jururawat2, bekas2 askar dan beberapa lagi kakitangan2 kerajaan.

bayangkanlah berapa banyak rm dihulurkan...klu drebar teksi je 3,000, dah rm1 juta lebih tu !!!

bagi saya, drebar2 teksi dll dapat duit tu, saya tak kesah..bagus jugak boleh ringankan beban menyambut hariraya.

tetapi apa cerita orang2 susah lain terutamanya orang2 islam ??? , kerana rm yang diberi tu duit kerajaan jugak duit kita, rakyat.

sekian, harap siasat dan komen.

wassalam.
hazaha haris
hazaharis@yahoo.com

Aduan di atas di ambil dari blog tukartiub.

Ulasan aku? Lue fikirlah sendiri. Ini wang kalau diberikan kepada yang berhak dan susah wa no hal. Tapi ini wang kalau diberikan pada yang tidak berhak dan senang lenang wa maki lue sampai wa mampos. Dan wa pun dah bosan membaca isu murtad akibat miskin neh najib. Wa bagitau wa dan bosan. Seriyus bosan neh. Sekian.

Ameno : Bagi duit amek, undi pilih pr, biar bn bungkus.

Polis kenalpasti syarikat kurier hantar peluru hidup - lawak bangang PDRM.


Pagi2 buat aku bengang. Rasa nak maki tapi baik sabar dulu. Awalnya isu neh memang tak menarik jiwa aku. Bukan mao tuduh beb. Tapi aku tak percaya ada orang hantar peluru hidup kat hishamuddin. Sungguh, seriyus, yakin dan pasti amat aku bahawa neh hanya lah perkara bangang yang dibuat untuk meraih simpati.

Dan aku pula cakap 

jangan harap

pergi mampos

toksah mimpi

Aku nak simpati

kah kah kah

Aku bengang pasal polis seolah-olah cuba membangangkan rakyat malaysia. Dari semalam lagi aku dah nampak berita neh. Aku siap mengumpat2 lagi dalam ahti. Bodoh bangang siak. Dan aku tak baca pown berita pasal neh. Pasal aku tahu nak menyiasat kurier mana yang pos peluru hidup neh tak memerlukan kepakaran pihak polis pun. Apa yang diperlukan ialah kepakaran membaca dan mengamati logo syarikat.

Sebelum polis pongpang pasal dah mengenalpasti kurier mana yang pos benda alah tue aku percaya hishamuddin sewajibnya dah tahu syarikat apa yang pos benda alah tue. Sampul aka sarung yang membalut peluru hidup itu sepatutnya tercatat nama syarikat. 

Kalau pun tiada sampul, ia sekurangnya2 ada slip yang terlekat kuat atas kotak. Ini wajib. Tak percaya korang pergi siasat sendiri kat semua kurier di malaysia. Kalau penghantaran surat pula ada yang tiada slip tapi ia selalu nya di langgan oleh syarikat yang memang berlanggan dengan syarikat kurier tertentu. Pendek kata memang ada akaun kurier yang mana every month baru bayar payment.

Aku terlibat dalam kerja2 perkeranian dulu so aku tahu serba sedikit pasal benda neh. By the way tanpa melibatkat pengalaman aku neh pun honestly semua orang sedar akan hal neh pasal benda neh dah jadi macam public knowledge. Memang wajib setiap syarikat kurier letak logo syarikat or nama syarikat atas slip ataupun sampul mereka.

So macam mana isu macam neh pun polis beria2 bangga pongpang dalam media? Aku tak faham mentaliti polis malaysia. Aku bukan polis tapi aku lebih bijak dari polis. Hakikat. Dan tadi aku nampak pula rakan blogger semut dan papan kekunci punya tajuk entry pasal isu neh. Bengang gak aku masa tue. Apsal plak dia boleh tulis pasal isu bodoh neh. Lepas aku baca baru aku faham..

kah kah kah

Otak dia sama macam otak aku rupanya.. tak hairan lah kenapa kami sokong pakatan rakyat..

Isu neh mudah jer. Bagi aku cukup mudah.

1. Setiap barang yang post ada no khas

2. No khas ialah identiti barang tersebut.

3. Perlu identiti khas bagi mengesa

4. Harus di ingat polis malaysia sebut kurier.

5. Dia tak sebut pos biasa.

6. Setiap kurier memang wajib ada no khas.

7. Berdasarkan no khas neh dia leh detect lokasi pengepost.

8. Dan tak semua rakyat malaysia boleh memiliki peluru hidup.

9. Orang yang boleh memiliki peluru hidup mesti lah boleh akses kepada benda tue.

10. Setiap peluru hidup yang di buat pun ada identiti tersendiri.

11. Sesetengah syarikat yang membuat peluru hidup dihadirkan dengan no khas yang dicetak atas peluru dengan warna peluru itu sendiri.

12. Ini memudahkan mengesan dari mana peluru itu datang. Peluru hidup juga boleh dikesan dari segi usia. Model lama or model baru seme boleh detect. Macam2 boleh siasat berdasarkan peluru hidup sahaja.

13. Jenis peluru hidup boleh menentukan jenis senapang yang digunakan.

14. Mengenalpasti jenis senapang akan mengecilkan skop sasaran yang dicari.

15. Contohnya kalau peluru hidup yang di pos, datang dari kegunaan pistol polis biasa, maka sudah tentu lah orang yang pos benda neh ada kaitan dengan polis. 

16. Mengenalpasti no kurier pula boleh mengesan daripada pengepost neh post peluru hidup dan sudah tentu lah boleh rujuk cctv. Biasa nya kaunter hadapan memang ada cctv. Tapi ada juga syarikat yang tidak meletakkan cctv.

17. Sudah semestinya identiti pengpost peluru hidup neh adalah unik. Kalau dna dia tidak ditemui di atas sampul itu, sudah pasti dia pakai sarung tangan. Bukan kah penjaga kaunter akan mudah mengesave perbezaan dan keunikkan seperti neh dalam akal mereka? Sudah tentu mereka akan perasan dan pelik apsal pengepost neh pakai sarung tangan. Ini akan mengecilkan skop sasaran samada laki or perempuan, tinggi or kurus, hitam or putih, jenis bangsa dan etc.

18. Dan kalau pun dna dia tidak ditemui atas sampul [jika guna sampul sendiri, slip pos], sudah tentu ada dna orang lain kan? Dna orang yang jual sampul? Boleh amek cop jari dia. Kalau makmal forensik polis lengkap larh kan. 

19. Selain itu dna persekitaran juga memainkan peranan. Contohnya kalau ada banyak dna nenas atas sampul tue, sudah tentu lokasi pengepost berhampiran tempat nenas-nenasan ataupun sekurang2nya sampul itu pernah berada di tempat nenas-nenasan.

Pendek kata nak menyiasat seme benda neh semudah ABC.  Yang penting samada orang yang siasat perkara neh ada akal ke ataupun takde akal. Tapi aku rasa dorang takde akal. Pasal  apa, benda yang semudah seperti mengesan kurier neh pun boleh masuk paper. Sedangkan tiada kepakaran siasatan khas yang diperlukan untuk detect benda neh. Umur umur 3 tahun pun boleh detect. Heh.

Ameno : Tak boleh pakai punya polis. Lantik aku je jadi polis. Arh sudah. Seme aku nak jadi. Polis larh, peguam larh, menteri agama larh, pekerja zakat larh.. kah3x

Jumaat, 26 Ogos 2011

Sperma milik saiful, sample di ambil sebelum report polis - Terbaru dari liwat II


Ini kerja gila bhai. Ini betul2 kerja gila. Mengikuti sorotan twitter demi twitter pemimpin dan rakan2 yang berada di mahkamah tadi aku dapati bahawa ;

1. Pakar mengatakan bahawa dna yang di ambil tidak semestinya berasal daripada sperma. So kenapa pula umno menyalak seolah2 ia semesti nya berasal daripada sperma dsai? Dna maa.. mana2 pun boleh amek. Tarik rambut dsai pun dna juga. Saiful neh bekerja dengan dsai. Kalau setakat dna, usah kata dsai punya satu family dsai pun dia boleh rembat sebab dia keluar masuk pejabat dan rumah dsai.

2. Sperma yang ditemui di dubur saiful dipercayai ada kemungkinan  milik saiful sendiri beb. Arhhh sudah. Sendiri tettttt sendiri letak ka? Pakar juga memberitahu bahawa penganalisa kimia kerajaan tidak mengasingkan / ekstrak dna yang ditemui. Maksud dia macam neh ;

- dekat tetttt si saiful tue ada dna

- seme dna di collect

- dan ujian dilakukan bagi mengesan dna

- namun doktor yang mengesan tue dia tak asingkan dna yang di jumpa di tett saiful tue dengan teliti

- sepatutnya dia asing dulu. Dna yang berasal dari sperma lain, dna yang berasal bukan dari sperma pula lain. 

- kemudian nya dna2 yang berasal dari sperma, di ektrak lagi mencari bukti siapakah pemilik dna tersebut. Maksudnya nak cari penyumbang sperma tue larh yang mana ia berada di tettt si saiful.

- dan dna2 yang berasal bukan dari sperma pula di uji juga bagi mencari pemilik dna.

- jika dna dsai berasal daripada sperma maka ada kemungkinan besar si saiful di liwat. Ini sebab dna itu sperma ma. Lue ingat sperma rambut meh? Bukan suka2 boleh keluar punya. Sorry larh yerr. Cakap benda betul neh.

- jika dna dsai yang di temui berasal dari sumber bukan sperma maka ada kemungkinan besar dsai kena frame. 

Boleh nampak dan faham tak napa isu dna dan sperma neh penting kat sini? Benda neh dah masuk berita, baca sini.

3. Sample di badan saiful di ambil terlebih dahulu sebelum report polis. Menurut twitter saifuddin nasution disini

Lihat bawah neh ;


 Saifuddin Nasution 


Benda neh seme disebut dalam mahkamah beb. 

Bukan nak tuduh2 itu ini konspirasi tapi masalah nya isu neh memang dah nampak sangat kekonspirasian nya. Nyata lagi terang. Kalau tak nampak lue bukan buta tapi bahlol. 

kah kah kah

Ameno : Dasat beb, sendiri tettttt sendiri letakk sendiri claimed kena liwat.. giloss..

Sijil kimia itu palsu ka bloggers umno? - Kes liwat II

Kelmarin doktor novandri dan geng2 mereka dok pongpang2 pasal sijil dari jabatan kimia. Lihat bawah neh ;


Dan ini


Dorang hebohkan sijil neh sebab peguambela anwar mempertikaikan kredibliti penganalisis kimia yang mewakili kerajaan dalam kes liwat II neh. Baca bawah ;


Kewibawaan Jabatan Kimia kerajaan dalam mengendalikan analisis DNA dibangkitkan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ─ dengan pasukan pembela mempertikaikan sama ada ia memenuhi standard antarabangsa.
Pasukan peguam Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dokumen-dokumen menunjukkan makmal kerajaan itu, yang terletak di Petaling Jaya, belum lagi menerima tauliah American Society of Crime Lab Directors (ASCLD). – Malaysia Insider“.

Then selepas itu mereka pun galak dok hebohkan bahawa jabatan kimia kerajaan memang dah dapat sijil segala bagai dan memenuhi standard. Masalahnya sekarang neh sijil yang dihebahkan itu di katakan palsu beb...

PALSU?

Betul ka palsu? Korang baca sini dan sini  <--[ wajib baca yang no 2 neh ] untuk info lanjut. Blog2 neh bongkarkan penipuan dia. Tapi still tak cukup kukuh. Aku siyes tak reti check macam mana nak tahu ia palsu tapi aku pohon pada sesiapa yang terer teknik2 macam neh please larh bongkarkan penipuan neh, kalau takde blog takpe, aku leh siarkan bagi pihak korang no hal. 

Daripada apa yang aku fahamkan ialah mula2 depa dah salah tarikh then depa republish balik tarikh sijil the latest. So please pada sesiapa yang pakar, tunjukkan kepakaran dan skill korang leh?

Dan andai benar lah sijil neh terbukti palsu, memang keji gila arh perbuatan umno neh dalam nak memenangkan saiful dalam kes neh. Cuba fikir ye kenapa saiful di wakili team kerajaan dalam isu neh? Apa yang special sangat si saiful neh? Punya lah berlambak2 jenayah dan mangsa jenayah, takde sekalipun kerajaan beria2 bela mangsa melainkan mangsa ialah geng2 VVIP. Itupun andai boleh larh geng2 VVIP neh dilabelkan as mangsa. Lue fikirlah sendiri.

Ameno : desperate nya

Ahmad Maslan cabar langgar AUKU - Mesti baca dan sebar!

Artikel neh artikel copy paste, sumber sudah di nyatakan kat bawah neh, korang nilaikan sendiri perangai ahmad maslan neh.. ingat baca mesti mao sampai habis kalau tak korang takan dapat feel kebodohan ahmad maslan neh. Baca bawah ;




Baru-baru ini saya menghadiri sebuah majlis dialog dan berbuka puasa antara wakil-wakil mahasiswa daripada beberapa universiti dengan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Saya sudah biasa membuat liputan berita yang membabitkan beliau dan faham sangat apabila rakan-rakan media selalu “fobia” nak bertanya soalan pada dia. Selalunya jawapan dia memang jarang boleh pakai.


Tetapi pada majlis dialog itu barulah saya nampak “his true colours”. Terserlah amat sangat bukan sahaja kecetekan PRnya, tetapi juga kejahilannya mengetepikan isu dan kesombongannya sebagai seorang wakil rakyat.





Pertanyaan wakil pelajar yang disampaikan dengan tertib dan berhemah dibalasnya dengan jawapan bangang dalam nada sinis dan tidak sesuai bagi seorang berstatus Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri.


Cara Ahli Parlimen Pontian itu berinteraksi dalam dialog itu bukan sahaja memalukan dirinya, tetapi juga menjatuhkan air muka UMNO. Beberapa kali saya menepuk dahi kerana terkejut dengan cara dia menjawab soalan mahasiswa.





Selain gagal menjawab pertanyaan dengan bijak, Ahmad Maslan juga tidak pandai mengawal emosi. Apabila fikirannya tersangkut mencari jawapan, dia menggunakan pendekatan memperkecilkan mahasiswa dan mendabik dada mengenai kejayaan peribadinya.


Saya tak tahu bagaimana nak gambarkan dalam Bahasa Malaysia. Tapi yang jelas, Ahmad Maslan had made a fool of himself and UMNO sehinggakan beberapa pelajar mengadu kepada saya, “akak, malunya kami mendapat menteri seperti ini.”





Berikut adalah antara ringkasan beberapa soal jawab antara Ahmad Maslan dengan beberapa pemimpin Mahasiswa yang membuat saya dan suami berdekah-dekah ketawa dan ramai hadirin terpinga-pinga dan ada yang menepuk dahi!


Pemimpin Mahasiswa:
“Bagaimana sebenarnya sistem demokrasi di negara kita berfungsi? Mengapa setelah pelbagai dasar dan agenda dilakukan sejak merdeka hingga sekarang, kaum Melayu masih terkebelakang di segi ekonomi. Bagaimana pemimpin mahu menjelaskan proses demokrasi kepada mahasiswa, remaja dan pelajar sekolah? Mengapa pelajar universiti tak dibenarkan berkempen?”


Ahmad Maslan:
“Saya tak takut dengan sesiapa. Saya hanya takut dengan Allah. Saya langsung tak gementar kerana saya tahu perjuangan kami adalah perjuangan yang benar. Sebab itu di Dewan Rakyat saya minta naikkan soalan saya supaya dapat berdepan dengan Anwar Ibrahim.


“Tahun ini soalan saya naik ke nombor 2 saya dapat berdepan dengan Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat sebab saya tak takut berdepan dengan manusia. Saya hanya takut Allah.


“Mengapa kita tak kuasai ekonomi? Ketika dijajah Inggeris, kalau orang Melayu dan India awal-awal lagi ditempatkan di bandar, kita pasti tak ada pilihan lain, kecuali berniaga sebab kita tak boleh bercucuk tanam di atas jalanraya.


“Tetapi mereka diletak di kampung, nak jadi apa? Mereka jadi penoreh getah, macam mak ayah saya. Mereka jadi peneroka dan nelayan. Itu kesilapan pertama dalam proses demokrasi.


“Kemudian negara ditadbir urus oleh kerajaan mengikut sistem demokrasi berparlimen, demokrasi terpimpin. Semua orang demokratik di negara kita boleh menjadi calon dalam pilihanraya. Siapa saja boleh jadi calon berdasarkan akta-akta yang ada.”


Pemimpin Mahasiswa:
“Tahun lalu beberapa mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dikenakan tindakan di bawah AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) kerana didakwa berkempen pada pilihanraya kecil (PRK) Hulu Selangor.


“PRU 2008 berat sebelah sehingga membuatkan orang tidak mahu mengundi pihak tertentu kerana meluat. Mengapa pihak pembangkang susah dapat permit dibandingkan kerajaan. Apakah peranan mahasiswa dalam membantu memperbaiki demokrasi dalam negara kita.”


Ahmad Maslan:
“Malaysia adalah satu-satunya negara yang membenarkan berkempen 365 hari 7 kali seminggu 24 jam sehari. Asalkan ada permit, boleh buat ceramah. Pembangkang juga boleh kata apa sahaja dalam internet. Boleh keluarkan suratkhabar tiap-tiap hari. Kenapa kerajaan negeri Selangor tak keluarkan suratkhabar hari-hari dan bagi kepada rakyat Selangor? Kalau mereka nak buat, silakan.”


Mahasiswa:
“Mengikut AUKU pelajar tak boleh jadi calon atau berkempen.”


Ahmad Maslan:
“Akta itu ciptaan manusia. Kenapa kamu mesti takut dengan ciptaan manusia? Langgar ajalah. Jangan takut pada manusia. Terus langgar sajalah. “


Pemimpin Mahasiswa:
Pada PRU 2008 di Kepala Batas mahasiswa cuba menjadi calon menentang Tun Abdullah Badawi tetapi digagalkan oleh SPR.”


Ahmad Maslan:
“ Pada saya kalau rasa nak bertanding, langgar aja. Kemudian kalau dibuang dari universiti, pergilah belajar di universiti luar negara. “ <-- dia bagi green light ka neh? kah3x


Pemimpin Mahasiswa:
“Tujuan kami adakan dialog dengan pemimpin bukan untuk menakutkan sesiapa. Kami hanya mahu dua perkara. Pertama, suara kami didengari dan kedua, mahasiswa mahu peranan kami diiktiraf. Adakah kerajaan selepas ini bersedia membenarkan mahasiswa bertanding dalam pilihanraya. Adakah Datuk bersedia berdialog dengan Mazlan Aliman?.”


Ahmad Maslan:
“Saya dah berjanji untuk berdialog dengan Mazlan Aliman dan bila masanya, terpulang pada dia. Tetapi untuk berdebat, saya rasa dia tak layak. <-- kah3x


“Kalau saudara nak terus adakan dialog dan dapat pandangan orang-orang tertentu, silakan. Yang saya khuatir ialah demonstrasi kerana bila berlaku demonstrasi boleh berlaku orang bakar bangunan dan ketawa selepas membakar bangunan itu. Bila berlaku demonstrasi jalananan dan melihat orang cedera, daripada nak tolong orang cedera, dirompaknya pula. <-- ini Ugut ka apa ? Dia ingat kita neh kaki bakar bangunan ka?


“Saya tidak khuatir dengan pandangan berbeza. Saya berdebat sejak sekolah menengah. Pada 1983 saya masuk final debat. Pendebat pertama dari Kolej Islam Kelang ialah Idris Ahmad. 27 tahun selepas itu beliau menjadi ketua penerangan PAS dan saya jadi ketua penerangan umno. Perdebatan tak jadi hal bagi saya.


Pemimpin Mahasiswa:
“Semasa PRK Hulu Selangor, ada mahasiswa kena tangkap di bawah AUKU. Mereka ditangkap dengan alasan pelajar universiti tak boleh masuk politik.”


Ahmad Maslan:
“Kalau anda semua nak masuk politik, silakan. Apa nak ditakutkan AUKU. Ia adalah akta-akta di atas kertas. Yang korang takut sangat, kenapa? Masuk ajalah dalam politik. Itu jawapan saya.


Pemimpin Mahasiswa:
“Kita tak takut, tetapi kita fikirkan mak ayah yang susah payah cari duit nak hantar kita belajar.”


Ahmad Maslan:
“Masuklah IPTS dan kemudian bekerja. Saya buat MBA tak ada siapa sponsor pun. Saya bekerja sambil belajar dan jadi pelajar terbaik UKM dan dapat 3.85 CGPA. Saya dapat anugerah emas pelajar. Masa itu pelbagai jawatan politik saya ada.” <-- masa tue ada AUKU ka? Masa tue dia SOKONG PR ka?


Pemimpin Mahasiswa:
“Benar, kami tak takut AUKU, tetapi kami tertakluk kepada undang-undang. Jika langgar, masa depan habis.”


Ahmad Maslan:
“Saya dulu bekerja sambil belajar. Saya pernah sembelih biri-biri di New Zealand untuk cari duit lebih. Itu kat luar negara. Apa hal korang manja sangat.” <-- BODOH giler jawapan dia neh !


Pemimpin Mahasiswa:
“Datuk cakap mengenai kebebasan media, kenapa letak syarat? Kenapa pembangkang susah nak dapat permit buat ceramah. Datuk suruh langgar AUKU, tapi di peringkat kerajaan sendiri, apa kah penyelesaiannya? “


Ahmad Maslan:
“Tunjukkan kepada saya permohonan ceramah dari mana-mana parti pembangkang yang tak dapat kebenaran polis? Bagitau pada saya bila dan tempatnya.

“Saya boleh bagitahu Ketua Polis Negara, apahal tak bagi dia orang ceramah? Nak ceramah siang malam, pagi petang, silakan. Yang tak boleh demonstrasi jalanan. Sebab ia merosakkan ketenteraman awam. <-- bahasa maki terbayang di dalam otak aku time neh


“Ceramah pembangkang jauh lebih banyak dari ceramah kerajaan. Kalau parti pembangkang buat 100, parti kerajaan baru buat satu. Saya tahulah sebab saya Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Kalau pembangkang tak dapat permit buat ceramah, bagi tahu pada saya. Saya akan telefon Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein supaya bagi permit. <-- kah3x waklue larh


“Kita tak takut dengan ceramah. Kita takut orang yang memanupulasi kebenaran. Perkara yang tak betul diadakan-adakan. Fitnah bermaharajalela. Apalah kau orang takut dengan AUKU. Ia adalah kertas-kertas yang ada tulisan. Langgar ajalah kalau kamu anak jantan.” <--


Pemimpin Mahasiswa:
“Tadi Datuk sarankan kami langgar akta. Ini bukan cara kita. Akta perlu dihormati. Kita sepatutnya perjelaskan akta ini secara betul. Tadi Datuk pun persoal kenapa Kerajaan Negeri Selangor tak terbit akhbar hari-hari. Tahukah Datuk bahawa kita ada akta mesin cetak dan penerbitan? Dalam akta itu, setiap akhbar harian mesti mendapatkan permit daripada menteri.


“Dalam AUKU, seksyen 15 hanya menyebut mahasiswa tak boleh nyatakan pandangan atau simpati kepada mana-mana parti politik. Tetapi sekiranya orang bertanding atas tiket bebas, bolehkan mahasiswa menyokong mereka? Adakah ia bercanggah dengan AUKU?


“Jangan salah tafsir atau seleweng maklumat kepada mahasiswa. Saya yakin mahasiswa berfikiran terbuka dalam isu atau pandangan yang disebutkan oleh parti-parti yang berkempen dalam pilihanraya. Tetapi kenapa UMNO guna RTM untuk berkempen kerana ia hak rakyat Malaysia yang membayar cukai . Mengapa mereka tak buka media kepada semua orang, temasuk mahasiswa?”


Ahmad Maslan:
“Kalau saudara tak suka melihat apa yang ada di TV tutup ajalah TV itu. Tengok internet atau Harakahdaily atau Suara Keadilan. Silakan. Saya tak takut melihat internet sebab tak ada siapa yang boleh mengawal. Silakan. Kalau saudara nak layari blog, saya pun tak takut langsung.” <-- akal cetek punya jawapan


Pemimpin Mahasiswa: (menyindir, tapi sindiran itu nampaknya tak difahami Ahmad Maslan)
“Saya seronok mendengar penjelasan YB yang suruh kita main langgar aja.”


Ahmad Maslan:
“Ya, boleh langgar saja. Kalau kena saman, bayar sajalah. <-- Ya, bayar guna duit ko


Pemimpin Mahasiswa:
“Perdana menteri kata PRU ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan tak terikat kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen. Kenapa tak tunggu dulu penubuhan jawatankuasa itu?”


Ahmad Maslan:
“That is the priviledge of incumbency.”


Mahasiswa 1:
“Maaf, kami kurang faham.


Ahmad Maslan:
“Hai! Belajar Inggeris 13 tahun tak faham lagi?”


Pemimpin Mahasiswa:
“Di Singapura setiap parti politik diberikan ruang nyatakan manifesto di media, berbanding di Malaysia hanya sebelah pihak. “


Ahmad Maslan:
“Utusan Malaysia suratkhabar UMNO, tak kanlah nak masuk cerita pembangkang. 60% UMNO punya. Kalau saudara tak mahu beli Utusan Malaysia, tak ada hal. Orang lain boleh beli <-- hah.. mengaku pun utusan tue milik umno. apa lagi kasi tukar itu nama kepada utusan umno, jangan babitkan malaysia dalam permainan politik keji dan jijik ko umno weh!


Selesai majlis dialog itu saya sempat bersembang dengan beberapa mahasiswa. Ramai daripada mereka kecewa dengan cara Ahmad Maslan menjawab soalan. Malah mereka terkejut Perdana Menteri boleh melantik menteri yang pada pandangan mereka, kurang pandai.


Lantas saya memberitahunya, tidak semua pemimpin UMNO berfikiran cetek macam Ahmad Maslan. “Lain kali kami akan jemput Menteri yang pandai sikit,” kata mahasiswa itu.


Ameno : Tak pelik..dalam umno yang pandai memang sedikit.. kah3x
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...