Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 27 April 2011

Nurul izzah : Penduduk setinggan kampung kerinchi perlukan anda kini.



Geram betul aku baca kisah penduduk kampung kerinchi yang di aniaya oleh pihak pemaju. Dan lebih geram bila kerajaan buat2 taktahu. Bagi aku kerajaan mungkin taknak bantu sebab tempat tue nurul izzah yang pegang. Biar penduduk merasai akibat sebab memilih untuk mengundi nurul izzah. Inilah yang mereka [bn] nak rakyat rasakan. Whatdefuck!! Ko nak naya rakyat sebab mereka tak pilih ko, inilah yang sebenarnya buat orang meluat kat ko. 

Sebagai pemimpin ko kena tolong orang tanpa kira label. Itulah pentingnya islam dalam tubuh badan ko. Bila ko amal islam ko tahu lah rasa takut pasal nayakan orang. Tapi ble ko pakai islam cam ko pakai baju inilah akibat yang rakyat dapat. Pemimpin jahil menindas rakyat. Aku hanya boleh membaca kisah mereka tapi nak bantu memang tak mampu. Oleh itu aku harap nurul izzah boleh bertegas sket dengan penganiayaan ini. Cari jalan dan cari ikhtiar lah untuk bantu mereka neh. Baca bawah ;


Pemangku Pengerusi Persatuan Bertindak Peneroka Bukit B Kampung Kerinchi, Hisham Hashim, 43 menjelaskan, mengikut perjanjian asal dari rundingan yang diadakan, jika mereka bersetuju dengan rundingan yang diadakan itu, mereka akan ditawarkan rumah PPR Kerinchi yang sudah dibangunkan beberapa tahun lalu. 
Menurut beliau, rundingan dan janji tersebut dibuat oleh bekas Ahli Perlimen Lembah Pantai yang juga bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan 470 keluarga terbabit di dalam Balai Islam Bukit B Kampung Kerinchi. 
Katanya, namun setelah kerusi Parlimen Lembah Pantai jatuh ke tangan Nurul Izzah, Shahrizat datang mengadakan rundingan dengan keluarga-keluarga terbabit bagi kali keeempat dengan menjelaskan yang beliau sudah tidak lagi mampu berbuat apa-apa dengan segala perjanjian yang telah dipersetuju dan ditandatangani dulu. 
"Sebaliknya, Shahrizat meminta kami mengadakan rundingan dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang juga Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai yang baru yang menggantikannya, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bagi menyelesaikan masalah tersebut yang belum sempat diselesaikannya," katanya ketika ditemui di Kampung Kerinchi, di sini, hari ini.
Dalam proses menyelesaikan segala masalah yang timbul, menurut beliau, keluarga-keluarga terbabit telah dipengaruhi oleh para pemimpin Umno agar melupakan sahaja perjanjian yang telah ditandatangi itu untuk berpindah ke PPR Kerinchi, sebaliknya diminta bersetuju untuk berpindah ke tempat lain iaitu ke PPR Chempaka yang terletak di Pantai Dalam. 
Bagaimanapun, PPR Chempaka yang ditawarkan itu terletak 15 meter dari loji najis seluas 3 ekar. Flat itu juga bertaraf pajakan selama 99 tahun dan telah berusia 45 tahun, tetapi sememangnya masih terdapat beberapa unit yang kosong.   (Gambar atas: PPR Kerinchi yang dijanjikan dalam perjanjian asal untuk diberikan kepada para peneroka bandar Bukit B Kampung Kerinchi.) 
Setelah dibantah keras oleh 470 keluarga terbabit, dalam rundingan yang diadakan kemudiannya, mereka memberikan alasan baru dengan mengatakan perpindahan ke PPR Chempaka itu adalah tawaran perpindahan yang diberikan kepada mereka, tetapi jika mereka bertegas untuk berpindah ke PPR Kerinchi, mereka mestilah membeli sendiri unit rumah yang dikehendaki itu. 
Sementara seorang lagi peneroka bandar Bukit B Kampung Kerinchi yang ditemui, Kadir Hashim, 41, berkata, alasan yang diberikan, perpindahan dengan membeli tak sama dan ini jelas membuktikan para peneroka bandar di Kampung Kerinchi telah tertipu dengan permainan politik kotor mereka. 
"Pada hal dalam borang asal yang diberikan oleh mereka untuk diisi oleh para peneroka bandar berkaitan PPR Kerinchi itu merupakan permohonan rumah untuk perpindahan," katanya. 
Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Raja Nong Chik selepas itu pula, dinyatakan pemilik-pemilik tanah sudah bersetuju untuk membeli dan menyewa (sewa beli) flat PPR Chempaka dan telah membayar RM5,000 seorang sebagai bayaran permulaan. 
"Bila kami bangkang, mereka tetap juga menyuruh kami pindah ke flat PPR Chempaka. Bila kami bangkang lagi, hak kami terus dilupuskan lalu diberikan kepada penduduk flat PKNS Kampung Kerinchi.  
"Inilah permainan politik jahat para pemimpin Umno bersama pihak DBKL dan pihak pemaju terhadap kami. Akibat tekanan demi tekanan yang dikenakan, akhirnya 453 dari 470 keluarga peneroka bandar Kampung Kerinchi telah bersetuju berpindah ke PPR Chempaka," jelasnya yang juga adik kepada Hisham.
Untuk mendapatkan haknya seperti yang dijanjikan itu, 17 keluarga terbabit terus mengadakan bangkangan, tetapi akhirnya berkesudahan dengan tragedi kebakaran rumah setinggan yang didiami Hisham dan kelurganya. 
"Pihak kami memang tahu siapa yang mencetuskan tragedi itu. Report polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Pantai Baru tapi tetap tak ada apa-apa," katanya yang juga AJK Cabang PKR Lembah Pantai 
Akibat kejadian itu, Hisham dan keluarganya hanya tinggal sehelai sepinggan sahaja dan terpaksa menumpang tinggal di Balai Islam Bukit B Kampung Kerinchi selama 2 bulan, sebelum berjaya membeli sebuah rumah setinggan lain yang telah dikosongkan ekoran perpindahan pemiliknya ke PPR Chempaka berharga RM500. 
"Kini walau apa pun yang terjadi, kami tetap melawan untuk mempertahankan hak kami. Kami tetap akan teruskan bantahan kami sehingga kami memperolehi satu keputusan yang adil antara kami para peneroka bandar, pemaju dan pemilik tanah. 
"Namun sekarang rundingan telah tersangkut. Raja Nong Chik membiarkan sahaja perkara ini tanpa sebarang penyelesaian sehingga sekarang. Kami sendiri pun tak tahu sampai bila perkara ini akan diselesaikan," katanya. 
Masuk bulan April 2011, bermakna masalah mereka itu sudah berlarutan sehingga setahun enam bulan. Untuk menyelesaikannya memerlukan rundingan bersama antara 17 keluarga peneroka bandar terbabit, pihak DBKL, pemilik tanah, pihak pemaju dan Raja Nong Chik.  
"Disebabkan masalah menjadi dah semakin rumit, jika nak diadakan rundingan dengan kami sekarang, rundingan itu mestilah hanya antara kami, pemilik tanah dan DBKL sahaja. 
"Kami dah tak mahu lagi mengadakan sebarang rundingan dengan Raja Nong Chik kerana dia tetap gagal menyelesaikan sebarang masalah kami. Kehadirannya ke dalam mesyuarat rundingan yang hendak diadakan itu mestilah sebagai pemerhati sahaja," tegasnya. 
17 keluarga peneroka bandar terbabit membabitkan sekitar 37 penghuni setinggan Kampung Kerinchi yang menjadi mangsa akibat perancangan pembangunan di kawasan itu ketika Lembah Pantai berada dalam penguasaan Umno BN dulu, yang masih belum diselesaikan oleh para pemimpin Umno BN hingga kini 
Kejadian itu bukan sekadar berpunca dari dolak dalih para pemimpin Umno BN untuk tidak memberikan rumah PPR Kerinchi kepada mereka seperti yang terdapat dalam perjanjian asal dengan mereka, tetapi juga berkaitan dengan pengambilan tanah yang tidak betul dengan membelangi akta peneroka bandar dan akta tanah. 
"Kami memang ditekan dengan pelbagai tekanan oleh para pemimpin Umno BN sejak kami mula membangkang tindakan-tindakan mereka yang tidak betul itu.
"Namun inilah liku-liku perjuangan kami yang tak boleh mengalah untuk mempertahankan hak kami sebagai warganegara Malaysia berketurunan Melayu yang sememangnya mempunyai keistimewaan tertentu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, termasuk dari segi agama, kemudahan perumahan, pendidikan, kesihatan, kemudahan-kemudahan asas dan sebagainya. 
"Kesemua itu adalah tanggungjawab pemimpin negara terhadap kami. Jadi tidak ada sebab untuk kami mengalah jika hak-hak kami itu diabaikan oleh pemimpin negara," tegas beliau. 
Manakala seorang lagi peneroka bandar Bukit B Kampung Kerinchi yang ditemui, Wan Yusoff, 39, menjelaskan, rakan-rakan mereka yang telah bersetuju dengan tawaran perpindahan ke flat PPR Chempaka kini amat menyesal kerana terpedaya menerima tawaran itu. 
"Menurut mereka yang telah berpindah itu, lebih baik tak pindah daripada pindah kerana flat yang diduduki sekarang amat tidak selesa. Disebabkan terletak di tepi loji najis, mereka sentiasa terhidu bau najis sejak tinggal di flat itu. 
"Selain itu, ada juga yang berasa amat terkilan kerana loji najis itu terletak di sebelah kiblat, sehingga menjadikan mereka seperti menghadap loji najis apabila mendirikan solat," katanya
Beliau turut kesal dengan pembinaan flat tersebut kerana ia dibina amat dekat dengan loji najis, sedangkan loji najis itu sudah dibina terlebih dahulu daripada flat tersebut di kawasan itu. 
"Ini jelas menunjukkan perancangan yang tidak betul yang semata-mata dibuat untuk kepentingan peribadi mereka sendiri, tanpa mempedulikan kepentingan orang ramai terutama para penghuni flat PPR Chempaka itu sendiri," ujar beliau.

Ameno : Mentang2lah melayu senang je pemaju neh nak aniaya kan. Apasal lah susah sangat kerajaan nak amek tindakan. Kalau aku perdana menteri sekarang juga aku nyahkan syarikat pemaju tue dari malaysia. Silap2 aku kompaun dorang sampai bankrup. Erkk perkasa takmo buat demo ka? Heheheheh..

Share this

4 Responses to " Nurul izzah : Penduduk setinggan kampung kerinchi perlukan anda kini. "

  1. sebagai ahli parlimen yang sepatutnya membela rakayt, nurul izzah patut turun padang dan bantu menyelesaikan perkara ini, kesian pada para penduduk ni, jangan hany harapkan raja nong sahaja...

    BalasPadam
  2. Errr...keje cmni dpt rm 3 ribu..mcm diragui..senangnye.cmtu ke??bnyknye duit pkr semata2 utk menggaji seseorang utk bercerita ttg keburukan org lain.ruginye..klau rmai2 cmni pas2 sume bnda plak bg free..x lama lg bankrap la malaysia ni...ckp x mewakili mna individu tp kt ats dpt duit sbb sokong pkr.klau dh sokong pkr dh sah2 kutuk kerajaan.means ada kaitan la dgn parti politik..berbelit2..mna 1 ni...

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...