Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 24 April 2011

Panas : Aksi ganas kedah lawan harimau muda A

Tadi kan aku tengok tv3. Tengok berita lah. Then nak masuk babak sukan neh. Korang tahu apa yang pemberita tv3 cakap sebelum tue? Meh sini aku tulis balik ala-ala mereka. Tapi belum tentu mereka guna perkataan yang aku guna neh. Cuma maksudnya lebih kurang gitu juga lah.

Pemberita lelaki : Saya dengar ada insiden yang tercetus semalam di satu perlawanan bola sepak tempatan.

Pemberita wanita : Aha, ye saya pun dengar. Pergaduhan di padang bola malam semalam.

Pemberita lelaki : Agaknya pasukan dari negeri tue ya. Mari kita sama2 saksikan.

Pemberita sukan : Memang betul tue. Aksi panas di stadium alor setar [yeke alor setar? ingat2 lupa enh, betulkan kalau salah] membabitkan pasukan kedah yang menentang pasukan harimau malaya.. blablablablabla..

Sudahlah dipukul.. teruk berlatih.. penat bermain.. blablablabla.. lantaklah korang isikan sendirilah di tempat kosong ataupun pandai2 reka ayat yang sesuai bagi ganti perkataan blablablabla.. tue okeyh.

Aku faham sangat taktik tv3 tadi. Aku stalker mereka yang terhebat. Aku peminat mereka no1. Tak kira macam mana pemberita tv3 cuba cover ayat dan main mengelecek minda2 penonton, tv3 takan berjaya memanipulasikan minda aku. Pasal aku dah makan penawar. So racun2 tv3 takan berkesan buat aku. Heh

Aku faham sangat tv3 memang saja highlightkan perkataan "negeri mana tue agaknya". Tapi takpe. Kali neh aku memang tak salahkan tv3. Walaupun mereka mengambil kesempatan untuk mencipta persepsi buruk terhadap pasukan kedah [sama seperti persepsi kelantan haters], aku tak boleh salahkan tv3. Sebab kali neh memang pasukan kedah bermain sangat kasar dan ganas. Ini bukan cara nak bola beb. Ini nak main kungfu neh. Sampai terbang2 nak luku orang. Gila beb. Gila.

Aku yang tengok berita sukan tadi terus tak puas ahti. Panas beb panas. Bengkek siot tengok pergaduhan tanpa babak ulang tayang. So aku dengan segera nya mencari video terbabit di internet supaya boleh tengok banyak2 kali sambil gelak + kutuk mengutuk. Heh

Neh video nya. Agak amek masa untuk aku berjaya tonton disebabkan data broadband aku dah lebih limit akibat layan citer korea awal2 bulan hari tue, hah padan muka aku. Sendiri tanggung akibatnya. Nasib baik aku pandai2 ping google bagi mengurangkan masa terbuang aku semata2 nak tonton video neh. Tengok bawah ;


Bagi mereka yang mana tahap internetnya juga lemau macam aku, takpe. Meh aku kasi terangkan serba sedikit perkara2 penting kat sini.

1. Mula2 pemain kedah neh telah terlanggar skuad harimau muda A.

2. Yang dilanggar tengah sakit. Yang melanggar pun masih terduduk. Tapi pemain2 lain especially kedah cam panas je. Aik.. yang melanggar tue pemain kedah beb.

3. Yang peliknya tiba2 pemain kedah dari mana2 hala datang tolak pemain harimau muda. Fuyoooooo.. takutnya aku.

4. Then si botak neh, tah apa2 pasal tah tiba2 dia buat flying luku. Dia flying sambil meluku pemain harimau muda dua @ tiga kali aku rasa sebelum rakan dia tarik member dia jauh2. Itupun si botak neh masih kejar nak luku2 budak tue.  [gambar 4 dan 5]









Adoii.. ko nak main bola ko buatlah cara main bola. Neh ko dok bergaduh atas padang kenapa? Akal tak cerdik lah macam neh beb. Mana semangat kesukanan korang? Kat mana korang campak? Cuba lah jaga imej sendiri dan pasukan. Kesian pula aku tengok pemain harimau muda kena balon tak pasal2 akibat ketidak profesionalnya pasukan kedah pada perlawanan malam semalam. 

Dan yang paling aku rasa entah hapa2 lah, ada lah penyokong kedah [aku suspect] dok api2 pemain kedah. Ada ka patut dorang soh pemain kedah taboh dia.. taboh dia lagi.. taboh tue bukan ke perkataan kedah beb? Hehehe.. Jangan2 admin apc dari kedah kot yang hasut2 tue? Dorang kan mmg expert bab2 neh. APC jangan marah naaa.. heheheh..

Nasib bek aku tak sokong kedah. Aku cuma sokong ;

1. johor 

2. kelantan

3. sabah

Yang aku anti sekarang cuma perak je. Sebelum neh selangor. Aku anti selangor walaupun aku orang selangor sebab selangor asyik menang bola masa aku kecik2. Aku bengkek beb. Hehehe. Sebenarnya saja je teman anti pasukan perak. Kat rumah teman sekarang 3 lawan 1. 3 orang sokong perak dan teman sorang anti perak. Pasal 3 orang tue orang perak. Teman bukan orang perak. Hari tue teman kena kutuk kaw2 pasal booo perak menang kat perak pula tue. Hehehe.. Padan muka aku. Sapa soh cari pasal ngan orang perak.

Tapi aku tak tengok pun perlawanan kedah vs harimau muda. So malas lah aku nak buat apa2 kesimpulan yang negatif walaupun sikap pemain kedah bagi aku memang negatif malam semalam. Dalam pada itu tv3 juga paparkan berita yang johor fc bergaduh dengan pasukan t-team semalam. Tapi dia tunjuk sikit je. Takde pula aku tengok perlawanan tue. Kalau ada ulangan nak juga aku tengok. Mungkin tersiar kat arena dan aku tak perasan kot. Almaklumlah aku mana ada astro sport.

Tv3 macam tak highlightkan sangat pergaduhan johor fc dengan pasukan  t-team. Taktahu napa. Tapi paparan yang tv3 tunjuk walaupun sikit tak silap aku lah ada main maki2 bhai. Aku cadangkan kepada mana2 pemain bola sepak yang nak jadi jaguh lawan2 join je sukan kungfu dengan sukan maki [akan datang punya sport okeyh]. Then korang lawan lah puas2 sampai mati. Hehehe. Amacam? Marah? Ada aku kesah? Heheheh..

Ameno : Nak gaduh buat cara gaduh, nak main bola sepak buat cara main bola sepak beb.

Share this

12 Responses to " Panas : Aksi ganas kedah lawan harimau muda A "

  1. wah wah..sivik mmg zerolah..wakaka
    n ttp x minat sgt bola
    bebola xpe :D

    BalasPadam
  2. pengadil pon ngok...

    BalasPadam
  3. amenoworld, ceq amik info dari sinih lam post ceq yang ni...

    http://nubmohdtahir.blogspot.com/2011/04/haayang-ni-tak-baguih.html

    ceq mintak izin la na..ceq orang kedah..tak syiokk bila benda2 lagu ni jadi...

    BalasPadam
  4. tetiba aku teringat cite kungfu soccer..
    shoalin kung fu hoi yee..

    http://www.youtube.com/watch?v=qdJeICnOcDs&feature=related

    BalasPadam
  5. klau bab bola dpolitik ni..aku kesian kat geng2 umngeok klntan..
    dr dulu lg media pencacai duk heboh,besarkan keburukn penyokong klntan,(nak tanam kebencian kat org klntan),memang diakui penyokong klntan lebih skit bab2 huru-hara ni..tp sikap melampau media(sbab anti ngan nix aziz),langsung x jaga perasaan geng umngeok klntan..keh3..padan muka..negeri lain pun ada msalah jgak(teruk lg ada),tp senyap sunyi je..lpas ni kedah akn menyusul..
    bukan gua nak sokong yg jahat2,cuma tengok bgimana prnan media cuba jlnkan peranan untuk menanam kebncian trhdap musuh politiknye..
    bg org pas dah biasa la,dr dlu lg dianaktirikan,diburukkan oleh segala macam pencacai gerombolan..alah bisa,tegal biasa..

    BalasPadam
  6. again..haha,, please.. aku org kedah.. aku tau team kedah x mcm ni,, unless ada org kacau,, spa kacau pecah. :D

    BalasPadam
  7. Ganas sgt la diorg ni. Masa lapang blaja tomoi ke? Wakakakaka (Teringat Arwah Ayah aq...die peminat bola sepak Malaysia sejati....tak kira ape team yang main..die mesti tgk)

    BalasPadam
  8. Ganas sgt la diorg ni. Masa lapang blaja tomoi ke? Wakakakaka (Teringat Arwah Ayah aq...die peminat bola sepak Malaysia sejati....tak kira ape team yang main..die mesti tgk)

    BalasPadam
  9. wah wah..sivik mmg zerolah..wakaka
    n ttp x minat sgt bola
    bebola xpe :D

    BalasPadam
  10. husainibaharin6 Mei 2011 10:15 PTG

    again..haha,, please.. aku org kedah.. aku tau team kedah x mcm ni,, unless ada org kacau,, spa kacau pecah. :D

    BalasPadam
  11. Kepada penyokong Kedah,

    Takyah korang nak auta tengok 90 minit ka? tengok 190 minit ka?... 5 minit tu dah cukup nak kata pemain botak kedah tu pengganas... takdak pasai2 hang pi luku kepala org tu buat apa... jangan main bola la, hang pi main tomoi kalu nak luku kapla org... kalau hangpa dok sokong benda ganaih mcm ni, patut sgt la asyik dok kena bala... banjir saja... ingat2 lah...

    drp: bekaih penyukong kedah (team kedah dulu2 la yg main baguih bukan main ganaih)

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...