Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 26 April 2011

Hot : Speed trap hapus, saman ekor kekal.



Aku rasa ramai kot dah tahu yang baru2 neh pdrm dah buat annoucement bahawa speed trap [perangkap kelajuan ] dihapuskan. Ramai gak yang bersorak happy pada benda yang bagi aku tak patut untuk dihappykan. Aku mempunyai pandangan yang berbeza kenapa aku tak setuju speed trap dihapuskan.

Tapi sebelum aku elobrate lanjut pasal tue, aku nak korang baca bawah neh dulu ;

Kase gesa PDRM hapus semua saman perangkap laju
Oleh Syed Mu’az Syed Putra April 25, 2011


KUALA LUMPUR, 25 April – Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menyambut baik langkah Polis Diraja Malaysia menamatkan sistem perangkap laju, yang menjadi punca rungutan notis saman ekor sambil mendakwa ia membuktikan dakwaan pihaknya selama ini adalah benar.


Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, pengumuman yang dibuat Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar membuktikan sistem perangkap laju dikuatkuasakan selama dua dekad sebenarnya sesuatu yang tidak wajar dan mahu semua saman kerana perangkap laju dibatalkan.


“Pengumuman Timbalan Ketua Polis Negara itu juga telah membuka pekung mereka kerana jelas selama ini mereka melakukan tindakan secara tidak wajar.


“Undang-undang dan peraturan bukan untuk mengenakan mana-mana pihak, tetapi bertujuan mengawal keharmonian dan keselamatan masyarakat, tindakan menyorok di belakang tiang dan sebagainya yang dilakukan polis selama ini bukan pendekatan yang baik dan wajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Kelmarin, Khalid berkata pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.


“Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” katanya.


Selama ini banyak pihak mempertikaikan notis saman dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.


Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu, antara Kase yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor.


Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, langkah terbaru yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menimbulkan beberapa persoalan baru termasuk status saman ekor yang telah dikeluarkan sebelum ini.


Justeru beliau mendesak agar saman-saman ekor sebelum ini dihapuskan kerana ia dibuat secara tidak telus.


“Apabila Timbalan Ketua Polis Negara mengumumkan teknik menyorok tidak akan digunakan, apakah status saman ekor yang dikeluarkan dahulu? Apakah status ‘saman ekor’ yang sudah dibayar ekoran paksaan PDRM dengan ugutan menyenarai hitam pemilik kenderaan?


“Kase berpendapat bahawa saman ekor yang dikeluarkan dan terdapat di dalam sistem PDRM sebelum pengumuman Timbalan Ketua Polis Negara dibuat hendaklah dihapuskan.


“Ini kerana saman-saman ekor tersebut dikeluarkan secara tidak telus malah lebih kepada penyalahgunaan peraturan oleh pihak PDRM. Adalah lebih baik melupuskan sahaja daripada membuang masa dan tenaga untuk menguatkuasakan sesuatu yang tidak betul,” katanya.


Selain itu tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu, pihaknya juga mahukan penjelasan daripada PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung penguatkuasaan had laju yang berkuatkuasa Februari lalu menggunakan Sistem Penguatkuasaan (AES).


AES dikendalikan oleh dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.


“Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 mula berkuatkuasa pada 1 Februari 2011 dengan menggunakan AES di mana ia merangkumi kesalahan-kesalahan seperti memandu had laju, tidak mematuhi lampu isyarat dan memandu kenderaan selain bas di lorong bas.


“Apakah status saman-saman yang dikeluarkan oleh PDRM sejak Februari lalu? Tidakkah ia bertindih dengan AES? Penjelasan perlu diberikan supaya tidak ada penguatkuasaan bertindih dilakukan di mana pengguna akan terbeban dan dizalimi. “Adakah dengan pengenalan dan pelaksanaan AES ini bermaksud PDRM tidak lagi menjalankan operasi perangkap had laju?” soal Mahfuz.


Selain mendesak kerajaan menghapuskan saman ekor, Mahfuz berkata pihaknya juga menuntut agar lebih banyak kempen penerangan dibuat berkaitan AES dan Akta Pengangkutan Jalan kepada rakyat.


“Kase berpendapat Akta Pengangkutan Jalan 2010 yang diperkenalkan masih tidak difahami oleh rakyat. Bagaimana hendak kuatkuasakan undang-undang jika rakyat tidak pernah diberikan pemahaman dan maklumat.”


Memang aku tunggu2 gak mahfuz omar bagi statement pasal neh. Aku nak tengok mahfuz masuk perangkap pdrm ke tidak. Sangka aku mahfuz mesti tahu yang penghapusan speed trap neh tak bagus. Malahan speed trap sepatutnya dipasang di setiap jalanraya kecuali jalan kampung bagi menangkap pesalah traffic.

Tapi aku silap rupanya. Sebenarnya menghapuskan speed trap takde gunanya. Isu bukan aku yang bawa kereta ketika saman dikeluarkan adalah isu useless. Dah tahu bukan ko yang bawa, ko suruh lah org yang bawa kereta ko tue bayar saman. Bukan dia pandai2 cilok amek kunci kereta ko dan ko taktahu siapa yang bawa kereta ko. Takan isu remeh macam neh pun ko nak blame pdrm? Agak bengap aku rasa. Heh.

Pdrm sebenarnya dah banyak kerja. Kalau mereka fikir dengan menarik balik speed trap membolehkan mereka mengawal perangai pemandu di malaysia, mereka silap besarlah. Perangai kebanyakan pemandu di malaysia neh sangat2 tidak educated. Yang educated ada, tapi yang tak educated jadi majoriti. Itu tak masuk lagi kerja khas pdrm yang kena jaga ceramah pakatan rakyat.

Jangan2 lepas neh pdrm nak peruntukan kenderaan khas bagi menangkap pesalah trafik dengan lebih berkesan. Arhh sudah. Parah. Peruntukan khas bermaksud wang tambahan. Wang tambahan bermaksud tenaga rakyat. Tenaga rakyat itu kita. Kes jenayah yang ada pun gagal dikawal. Ini kan pula nak pantau kes kesalahan traffic. Lagi lemau. Silap2 hari bulan gejala rasuah pula yang makin naik. Taknak saman punya pasal. Alah lepak lah bang polis.. rm50 neh buat makan pagi ya. Hehehe..

Jangan salah faham bila aku sokong speed trap neh. Aku speed trap memang sokong. Tapi cara pelaksanaan speed trap tue yang aku bantah. Sama macam AES. Aku AES memang sokong. Tapi cara pelaksanaan AES tue yang aku bantah.


PDRM memang menghapuskan speed trap. Tapi tujuan penghapusan bukan pasal kecuaian prdm sendiri. Tetapi sbb PDRM jana pendapatan melalui saman ekor dengan kaedah yang lebih efisien [kejam] lagi. Dalam erti kata lain, speed hapus mmg hapus tp saman ekor wujud dan tetap wujud. Heh


Sistem yang cantik macam mana sekalipun, kalau bagi kat orang yang cekap handle maka sia2 lah jadinya. Bagi aku speed trap dan AES patut begini ;

1. Speed trap dipasangkan di semua jalanraya dan secara terbuka. Maksudnya disini kita tahu di situ ada speed trap, disini pun ada, setiap jalan pun ada. Alamak bhaii macam mana aku nak merempit neh. Celake betul lah speed trap neh. Menjahanamkan hari rempit sedunia aku hari neh. Heh.

2. Jangan sembunyi2 bila ko pasang speed trap. Itu namanya ko menghukum. Kalau ko nak mencegah ko letak depan2. Ko fikir orang berani nak buat kesalahan traffic kalau speed trap wujud di semua jalan raya? Jangan nak harap beb. Even ko pinjam transport orang pun ko takan berani punya nak bawa laju2. Pasal yang kena bayar saman ko, bukan pemilik kenderaan. Kalau ko tak bayar saman, ko dengan dia bergaduh. Apa susah? Heh


Ibarat polis berdiri depan kita lah. Kalau ada polis depan kita takan dan2 kita nak merompak bank pula ye tak? So itulah tujuan speed trap. Letak depan2. Baru bagus. Letak belakang2 itu namanya nak amek untung atas angin.


3. Jika kerajaan buat macam neh automatik kerajaan mendidik akhlak pemandu malaysia.

4. SISTEM AES pun lebih kurang macam speed trap. Bezanya AES letak kamera di tempat2 tertentu yang mana ;

- tempat tersebut sering berlaku kesalahan lalulintas

- tempat tersebut selalu berlaku kemalangan

- tempat tersebut sering sesak dan sibuk

Sistem ini kemudiannya di pantau oleh dua syarikat utama yang diberikan tender khas oleh pdrm di mana

- ada kuota tertentu. Maksudnya syarikat2 ini mesti memenuhi target. Contoh satu bulan aku nak cari 10000 kenderaan pesalah traffic. Arhh sudah, kena capai target pula.

- keuntungan pula nanti dibahagi ikut peratusan antara pdrm dan syarikat2 ini.

- Di pantau oleh badan swasta. Dan kita taktahu mana mana merit syarikat ini. Boleh jadi mereka fitnah kita. Kita tak buat salah tapi digambarkan seolah2 kita buat salah.Boleh jadi. Pasal mereka ada target dan sasaran keuntungan. Dana yang dikeluarkan swasta harus diganti balik. Mana ada syarikat keluar modal takmo untung beb.


- Bila kita lawan [tolak] saman neh, jadi kes mahkamah. Dalam erti kata lain, kita susah nak reject saman neh. Sapa sanggup naik turun mahkamah berulang2 kali untuk saman seratus dua?

So inilah yang tak bagusnya. AES sistem cantik. Tapi cara pelaksaan-nya macam hawau. Peluang terbaru pdrm untuk cekau wang rakyat pula. Sepatutnya gini aje senang ;

1. kerajaan keluarkan peruntukan khas untuk pasang kamera di seluruh malaysia.


2. Polis sendiri pantau dalam head office dorang sendiri.


3. Bila satu2 saman dikeluarkan, tangkap gambarnya sekali [sang pesalah traffic] sebelum keluarkan saman. Kalau boleh rakaman aksi dia melakukan kesalahan itu juga disimpan.

4. So bila pesalah dapat notis, dia nak elak macam mana? Bukti depan mata dah.

5. Kalau dia pinjam kenderaan orang lain, dan saman dihantar pula kepada orang lain, suruh lah org itu berkerjasama dengan pdrm bagi mendedahkan identiti pesalah traffic tue. Kalau dia berdegil sangat nak lindungi member dia ke apa ke, padan lah muka dia kena bayar saman. Hah apa nak merungut pula kat KASE? Sapa suruh bersubahat. Melainkan motor dia kena pinjam secara curi2. Tapi mesti tahu punyalah. Sebab kalau ikut idea aku, pesalah traffic di spot melalui 2 perkara ;

- imej pesalah traffic

- video ttg kesalahan yang dia lakukan

So selesai masalah.

6. Di samping dapat mengurangkan kadar kesalahan traffic polis juga dapat memantau aktiviti penjenayah lain.

7. Bila aktiviti jenayah dah reduce barulah rakyat rasa aman dan selesa. Takdelah mat rempit nak berani buat kacau lagi. Silap2 benda neh juga boleh mencegah jenayah. Bila polis lihat melalui kamera woott woott ada gengster bergaduh lah atas jalanraya, calling2 unit calling2 pergi ke satu jalan di satu tempat kerana ada pergaduhan..blablabla.. Barulah orang akan respect polis balik. Ini tidak ingat polis ingat keji. Sendiri yang bagi bad image untuk diri sendiri. Nak blame rakyat melulu kerana bagi persepsi buruk pada polis tapi polis taknak cermin kesalahan diri sendiri pula.

Kan senang je nak amek ahti rakyat? Yang jadi susah pasal takde niat dan takde minat untuk tolong rakyat. Aku tengok kat CSI selalu. Kiranya aku cilok serba sedikit lah dari us untuk cegah jenayah. Pemasangan kamera di kawasan hitam di newyork berjaya mengurangkan jenayah pembunuhan di US tahu. Dulu stastitik pembunuhan di US ialah setiap 1 minit ada satu orang dibunuh. Tapi macam mana kerajaan mereka nak tanggani krisis tersebut. Mereka buat inilah salah satu caranya. Pasang kamera sebagai langkah pencegahan.

Buat permulaan aku cadangkan kerajaan pasang je kamera pengawasan di pusat2 bandar dan perindustrian serta kawasan hitam berlaku mana tinggi risiko berlaku jenayah. Tapi takyah war2 kan dulu. Amek keuntungan dulu. Bila dah ramai tahu dan sedar kewujudan benda neh barulah buat2 mengaku memang ada pengawasan bentuk kamera. Bukan apa, ini salah satu strategi juga. Untuk mengenal perangai rakyat malaysia. Heh.

Ameno : Walaupun tanpa speed trap korang takan terlepas dari saman ekor.

Share this

7 Responses to " Hot : Speed trap hapus, saman ekor kekal. "

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. aLAHai.. apsal ngan blog neh? aku edit berkali2 dah..

    nota : nanti aku edit balik. kat sini

    ==> Nak blame rakyat, bukan tak boleh tapi cermin dulu diri sendiri.

    ayat aku tak habis. tadi elektrik terputus 2 kali then blog jadi mcm neh. k tq

    BalasPadam
  3. aku sendiri pun konpius ngan saman2 nih!aduyai...

    BalasPadam
  4. admin..ko lupa lg satu cadangan..

    memandangkan blog speed trap kau tiada sambutan hangat..maka aku simpulkan memang majoriti pembaca blog ko adalah penjenah jalanraya yakni pembaca blog ko adalah racer haram yg tegar..hahahha

    cuba ko cadangkan kpd JPJ dan PDRM bg mencadangkan kpd kementerian utk dibahaskan dalam parlimen yg mana KADAR KELAJUAN KENDERAAN DI HIGHWAY, JALAN UTAMA DAN KAMPUNG di REVISE semula..

    contoh :
    memandangkan kenderaan malaysia mengikut kebiasaan berkebolehan memecut lebih dari 140km sejam, maka kadar pecutan 110km sejam dinaikkan kpd 130km sejam utk highway adalah amat bersesuaian di zaman kini..highway kita dah lebar berbanding 30 tahun dulu..tq

    BalasPadam
  5. @Nestlo Pening

    Bukan tiada sambutan , tapi orang lebih suka membaca dari banyak cakap tapi ngok cam umnongok

    BalasPadam
  6. @Nestlo Pening

    Bukan tiada sambutan , tapi orang lebih suka membaca dari banyak cakap tapi ngok cam umnongok

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...