Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 27 April 2011

Zamihan : Syeikh AbdulRahman Sudais bukanlah seorang yang maksum dan tidak boleh dikritik.

Sesiapa sahaja boleh mengkritik dan dikritik kecuali para Nabi dan Rasul yang diberikan ismah (kemaksuman) oleh Allah SWT. Kritikan beradab adalah amalan sihat dan digalakkan dalam Islam kerana ia boleh dijadikan mekanisme penentuan baik-buruk atau benar salah sesuatu perkara. Ia juga digunakan sebagai instrumen penambahbaikan bagi seseorang. Justeru kita melihat sesiapa sahaja yang berharta, berkuasa atau bertahta tidak sunyi dari kritikan. termasuklah kritikan saya terhadap Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Aziz As-Sudais yg memegang jawatan Imam Besar dan Khatib Masjid Haram di Mekah al-Mukarramah. Beliau seorang tokoh yang seringkali mengkritik ulamak sunni, kerajaan saudi dan umat Islam...tentunya tidak terlepas dari kritikan.
Saya tidak kisah jika beliau hadir ke Malaysia membicarakan tentang dakwah, pembangunan modal insan dan ketamadunan Islam. Malah saya menyanjunginya atas usaha dakwah, nasihat dan bimbingan berkenaan. Jazakumullah khayran ya Syeikh. 
Namun jika beliau hadir dalam Seminar Berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah di Royal Chulan hotel pada 22-24hb April lalu bertujuan memberi sokongan dan kredit kepada speaker-speaker berfahaman Wahhabiy dan menyokong dakwah Wahhabiy ia adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Ini kerana : 
1) Fahaman Wahhabiy tidak diterima pakai di negara ini 
2) Fahaman Wahhabiy bukanlah satu mazhab yang setaraf dengan mazhab muktabar Ahli Sunnah Wal Jamaah.
3) Metodologi Fahaman Wahhabiy sering bertentangan dengan Fatwa dan metodologi pengurusan Islam di negara ini. 
4) Sering menimbulkan kerancuan terhadap umat Islam dengan isu remeh (khilafiyyah). 
Tambahan pula, beliau merupakan tetamu kerajaan dan tidak wajar jika ingin bersikap campur tangan dalam urusan hal ehwal Islam negara kita. Apatah lagi menghadirkan diri ke seminar yang dianjurkan tanpa permit dari Jabatan Agama dan pihak keselamatan negara kita.
Saya pun hairan mengapa JAWI tidak mengambil tindakan pada Seminar yang dianjurkan tanpa permit dan tauliah berceramah. Dan Saya yakin bahawa kebanyakkan speaker yang bercakap (samada penceramah tempatan, Thailand dan Arab Saudi) tidak ada tauliah berceramah. Ia berbeza dengan JAIS. dan saya difahamkan sebelum ini penganjur bercadang untuk mengadakan seminar di De Palma, Ampang. Namun, atas arahan Tuanku Sultan Selangor, seminar tersebut terpaksa dialih ke Royal Chulan Hotel. Mungkin area Kuala Lumpur lebih 'selamat' berbanding Selangor. Memang pelik jika ada peruntukan undang-undang dan aduan..tetapi tidak ada penguatkuasaan terhadapnya.
Berbalik kepada isu Syeikh al-Sudais. Secara peribadi saya katakan bahawa beliau salah seorang Syeikh Salafi yang bercakap tidak serupa bikin. Semasa dia di Malaysia di ceramah-cerahamnya & khutbah di Masjid Wilayah, beliau berkata :

Tetapi dalam masa yang sama beliau juga yang bersifat melampau dalam menghukum. Buktinya : 
1- Syeikh As-Sudais menghukum secara melampau kononnya AMALAN MAULID RASUL sebagai amalan yang SALAH. Bahkan menganggap sambutan MaulidurRasul sebagai BID'AH yang SESAT. Dan sesiapa yg menyambutnya dikira SESAT. Beliau juga secara terang-terangan menyatakan amalan sambutan Maulid itu adalah perbuatan MUNGKAR dan perlu dicegah. Tidak cukup dengan itu, beliau secara tegas mendakwa sambutan maulidRasul adalah AMALAN SERUPA AHLI KITAB DAN SERUPA GOLONGAN KAFIR. Subhanallah.
Tidak cukup dengan dakwaan di atas, beliau secara keras mendakwa TIDAK SAH IMAN (JADI KAFIR) SESIAPA YG BUAT BID'AH INI & MAULID. La haula wala quwwata illa billah. Bukankah ini dari jalur fahaman ekstrem? Dan apakah fahaman jenis ini tidak boleh dikritik memandangkan beliau tetamu Kerajaan dan berjawatan Imam Besar Masjidil Haram. Dan apa pula kesannya kepada umat Islam sedunia yang menyambut MaulidRasul saban tahun? Dan bagaimana pula dengan pemerintah kita yang menyambutnya? Bukankah beratus dan beribu ulamak sunni mengharuskan kita menyambut maulidRasul? Apakah jenis fahaman beliau? Sesuaiakah fahaman jenis ini disampaikan di negara kita? 
Justeru, tidak hairan jika beliau hadir ke seminar untuk bersama-sama dengan orang yang se pemikiran dengannya. Jika tidak, untuk apa belia hadir ke seminar berkenaan dan turut menyampaikan kata-kata aluan. 
Semua kenyataan dan ucapan di atas boleh didapati secara jelas dalam Khutbahnya sendiri yg disampaikan utk semua umat Islam ketika beliau berkhutbah di Mekah al-Mukarramah.Berikut merupakan link&download rakaman khutbah Syeikh al-Sudais..Sila dengar baik2 dan faham betul2 :

http://audio.islamweb.net/audio/downloadmp3_.php?audioid=28232
Manakala teks khutbah itu telah dicatat dan boleh didapati disini : http://iman.hooxs.com/t105-topic
Imam al-Sudais juga mendakwa bid'ah lagi sesat jika kita menyambut Israk dan Mikraj. Isu ini boleh didapati pada teks khutbahnya yg diletakkan dlm laman webnya sendiri: 
http://www.alsudays.com/articles.php?action=show&id=34
Imam As-Sudais juga mendakwa Org Kafir Quraish lebih memahami makna Tauhid Dua Kalimah Syahadah daripada orang Islam yang meminta pada org lain (maksud dia sudah pasti yg bertawassul itu syirik) Isu ini boleh didapati di webnya sendiri
:http://www.alsudays.com/articles.php?action=show&id=50
Sebenarnya, banyak lagi pendapat-pendapat yang pelik yang ditimbulkan beliau. nantikan pendedahan kami. Disebalik semua ini timbul persoalan : Apakah seseorang yang berilmu tidak boleh mengkritik pandangan Imam ini sedangkan beliau bukanlah seorang yang maksum.
Mengapa timbul seruan dari anak-anak Pak Wahhab yang membantah kenyataan saya. Bahkan mereka menuntut Kerajaan memecat saya semata-mata kritikan sebegini. Ternyata mereka tidak 'gentleman' dalam bicara ilmiah dan ketandusan hujjah serta begitu fanatik dengan Syeikhnya.  
Semoga Allah mengembalikan kita kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah, menjauhkan kita dari fahaman ekstrem, bersikap fanatik dan melampau batas dalam menghukum umat Islam.
kita tidak boleh melampau dalam menghukum, jgn membawa perkara yg memecah belah ummat & bersatulah. 

Kat atas neh jawapan balas zamihan sendiri. Dia ada bagi link, kalau korang nak cari kebenaran kena telitilah hujah2 dia. Aku belum tengok pun hujah2 zamihan neh. Bagi aku melihat hujah2 dia satu hal yang lain, menganalisis hujah2 dia pula satu hal yang lain. Bukan boleh main analisis je. Kena ada ilmu dan kena rujuk guru.


Apabila kita mendengar nak membaca hujah2 dia, kita kena fikirkan gak keadaan semasa ketika syeikh abdulrahman berkata demikian [jika ada]. Adalah tidak adil kita terus lompat membuat persepsi yang melulu. Sepertimana aku katakan pada entry sebelum ini disini, zamihan sepatutnya berjumpa dan berdiskusi dengan imam besar daripada membuat kenyataan di dada akhbar. Bukan kah dia mampu mencegah dengan tangan berbanding kita? 


Jawapan zamihan dipetik dari sini.


Ameno : Bila zamihan nak tarik permit mangga. Aku dah tak sabar2 neh.

Share this

7 Responses to " Zamihan : Syeikh AbdulRahman Sudais bukanlah seorang yang maksum dan tidak boleh dikritik. "

  1. Imam-imam besar Arab Saudi memang wahabi lah...kalau bukan wahabi takleh jadi Imam...
    Ya Allah...datangkanlah Imam Mahdi untuk settlekan masaalah ni

    BalasPadam
  2. udah jadi camnie pulak dah? apa kata imam besar dan mufti lain? kesian orang kampung.. walaupn tak jumpa ngan imam ni.. tapi sape tak suka dapat jumpa imam mekah..tau2 ada orang kata wahabi sesat pulak.. ermm..

    Mengapa mereka merakam 3gp lucah??

    koleksi artis seksi dalam majalah mangga

    Jom anti PAS!!!??

    BalasPadam
  3. Aku Sunni dan tidak menerima Wahabi atau Syiah atau firkah lain sebagai cara hidup ku. Tapi mengapa bab Wahabi dan Syiah ahli2 Jakim mampu bersuara tapi bab Sekular ia takut bersuara?


    Kenapa perempuan suka tayang body pada lelaki


    Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita


    Berdakwah tapi jadi ahli Neraka?


    .

    BalasPadam
  4. tak paham la dunia sekarang ni... banyak benda yg klu diikutkan semua susah.... itu tak boleh ini salah sana syirik sini kafir situ khurafat mcm ni x betul lagu ni lagi la tak betul begitu pun salah..... apa yang sebenarnya betul? makin bercelaru umat islam, dah la iman lemah. dicelarukan dengan benda2 macam ni, terganggu iman yg lemah ini.... macam ayat kat atas la.... menimbulkn keraguan dgn hal remeh....

    BalasPadam
  5. Imam-imam besar Arab Saudi memang wahabi lah...kalau bukan wahabi takleh jadi Imam...
    Ya Allah...datangkanlah Imam Mahdi untuk settlekan masaalah ni

    BalasPadam
  6. As salamu allaiqum

    sir add this link to your blog

    http://jumbofiles.com/user/amel_soname

    so people can download abdul rahman sudais quran recitation

    this is sheikh sudais complete quran in win rar link
    http://www.filejumbo.com/Download/93F7FE513D61B4B6

    BalasPadam
  7. Inilah masalah dunia zaman sekarang. Sesama muslim pun nak bertelagah. Sudah2 lah tu. KIta hanya memalukan diri pada agama lain.

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...