Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 April 2011

Ismail Sabri : RON 95 Bakal naik!

Mula-mula aku nak korang tengok gambar kat bawah neh ;




Okey dah tengok kan? Lepas tue korang baca pula berita kat bawah neh ;

Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga petrol RON 95 buat masa ini sekalipun harga semasa minyak mentah di pasaran dunia semakin meningkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kerajaan tidak dapat menjamin perkara tersebut pada masa depan jika krisis di negara pengeluar minyak berterusan.


"Sekarang ini kita (kerajaan) tanggung subsidi bagi RON 95 sebanyak 79 sen, tambahan subsidi sebanyak RM4 bilion,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2011, di Kuala Lumpur hari ini.

Ismail Sabri diminta mengulas kenaikan harga petrol RON 97 sebanyak 20 sen seliter yang berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, sekalipun kerajaan sebelum ini pernah menyatakan subsidi melebihi 30 sen ditanggung pengguna, namun demi kepentingan rakyat kerajaan tidak berbuat demikian menyebabkan beban subsidi yang ditanggung semakin besar. 

Ditanya sama ada kenaikan harga RON 97 akan meningkatkan harga barangan, Ismail Sabri berkata tidak ada sebab untuk perkara itu berlaku memandangkan lori pengangkut menggunakan diesel
Pada masa yang sama beliau turut meminta masyarakat mengubah sikap terlalu bergantung kepada subsidi kerana tindakan sedemikian mampu membantutkan usaha kerajaan membantu golongan yang benar-benar memerlukan.

"Rakyat juga perlu tanya pada diri sendiri adakah perlu RM4 bilion itu kita nak tanggung subsidi minyak atau nak gunakan untuk pembangunan lain," katanya.

Mengulas perkembangan lain, Ismail Sabri berkata sebuah jawatankuasa kerja bagi meneliti cadangan mewujudkan kedai menjual bahan makanan pada harga diskaun sudah ditubuhkan.

"Kita akan bincang dengan beberapa pihak luar, peniaga dan sebagainya. Banyak perkara yang perlu kita lihat dari segi kedai mana yang hendak digunakan, apa produk yang hendak dijual. Tapi yang jelasnya produk yang nak dijual itu nanti mestilah betul-betul produk keperluan kita," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenalkan pembukaan kedai yang menjual bahan makanan pada harga diskaun untuk dijual kepada rakyat bagi membantu rakyat menghadapi inflasi.


Nampaknya ron 95 bakal naik. Bila naik? Entah taktahu bila. Tetapi menteri dah bagi hint dah. Mungkin kah alasan kenaikan 95 nanti adalah untuk merapatkan jurang harga dengan ron 97 kot?

Hahahah.. tapi dalam pada itu, menteri cakap nak buat kedai untuk jual makanan pada harga yang murah.. boleh percaya ke dengan rancangan neh?

Ameno : Minyak dah naik tapi rakyat masih takmo naik minyak lagi.. mungkin dah biasa kot dengan karenan kerajaan.. 

Share this

10 Responses to " Ismail Sabri : RON 95 Bakal naik! "

  1. pada pandangan aku la kn.. subsidi tu patot dilupuskan.. tapi naekkan gaji sepadan dgn kos idup la... mcm mne la rakyat nk blaja idup tnpa subsidi kalo pendapatan asek byk tu je.. tp pkerla gk.. cbe pker balek org yg dok merungut ni.. pker balik tme kecik2 dlu apesal xnak blaja btol2? klo blja bgus dpt kje besa xde nk bseng2.. ni pndangan aku je.. spe2 yg xpuas ati xyh nk maki2.. ckp elok2.. ok? jgn tnjuk perangai buruk memaki2 nih..dok kondem org laenpandai dri sndri kuat memaki pe cte kn..? hehe :)

    BalasPadam
  2. kalo subsidi dihapuskan n gaji dinaikkan, mmg nampak OK hanya untuk org yg mkn gaji...camana ngan petani, nelayan yg xmkn gaji... kena naikkan pendapatan per kapita rakyat seimbang ngan kenaikan kos sara idup, then baru leh hapuskan semua subsidi... pendapat aku la... peace..

    BalasPadam
  3. MINYAK PETROL SEPATUTNYA TAKKAN NAIK SEBEGITU DAN IKUT HARGA DUNIA KERANA KITA ADA PETRONAS.

    KECUALI PETRONAS TU DIPEGANG OLEH ORANG ASING. TAPI KATA JE PETRONAS HAK MILIK MALAYSIA PADAHAL TIDAK.

    -MENTERI PASOLA-

    BalasPadam
  4. kera jaan dh xder duit klau bukan duit rakyat duit sape lg dorang nk kebasssssssssssssssss.

    BalasPadam
  5. ala..subsidi 4bilion tu duit aku gk, duit korang gk, duit dia gk.. dgn kate lain duit rakyat gk...

    BalasPadam
  6. ntah papae;p

    LOL klu dihapuskn;p ko rs harga barang naik x?ko rs tol naik x?klu subsidi dihapuskn bleh x...aku nk hapuskn kerajaan sekali;p...apa tugas kerajaan sbenarnya kpd rakyat?so klu dh rakyat pun susah nk jg bek xyah de kerajaan;p pe daaa

    BalasPadam
  7. nk ubah ckit ayat ni jadi:
    "Rakyat juga perlu tanya pada diri sendiri adakah perlu RM4 bilion itu kita nak tanggung subsidi minyak atau nak gunakan untuk poket kami-kami sendiri," katanya..ahahah

    BalasPadam
  8. ala..subsidi 4bilion tu duit aku gk, duit korang gk, duit dia gk.. dgn kate lain duit rakyat gk...

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...