Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 17 Mac 2011

Ummi hafilda saman malaysiakini.



Ummi kini kembali menyaman manusia lagi. Heh. Dia neh memang kaki saman lher. Baca bawah ;

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tingi di sini hari ini melibatkan tuntutan ganti rugi RM100 juta terhadap bekas rakan perniagaannya dan laman berita Malaysiakini. 
Ummi Hafilda, 43, memfailkan saman tersebut melalui Tetuan Sahrihan & Hamdan di kaunter Mahkamah Sivil dengan menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda sebagai defendan pertama dan Mkini Dotcom Sdn Bhd yang menyelenggarakan laman berita Malaysiakini sebagai defendan kedua.
Ummi Hafilda dalam saman pemula berkenaan mendakwa defendan dalam satu temuramah di lobi Bangunan Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi.Beliau mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Nor Azman adalah semata-mata untuk memalukannya dan bermotifkan niat jahat. 

Ummi Hafilda juga mendakwa kenyataan Nor Azman seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal dan amat tidak jujur, serta terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengakibatkan pertuduhan meliwat terhadap Anwar. 

Beliau mendakwa defendan kedua pula telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di web portal www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu. 

Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, plaintif memohon satu injunksi untuk melarang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan-kenyataan berbau fitnah terhadapnya.  Ummi Hafilda juga turut memohon ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk, serta lain-lain relif yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA  

Pelik aku tengok manusia zaman sekarang. Saman menyaman macam satu budaya pula. Mungkin ini budaya ummi hafilda kot. Tapi persepsi manusia pada zahirnya selalu begini ;

- pihak yang memulakan saman = pihak yang benar.

Entah betul entah tidak. Tapi aku tak percaya kat ummi hafilda neh. Aku tak percaya bukan pasal dia musuh anwar ibrahim. Enh betul ke dia musuh DSAI, ataupun DSAI musuh dia? Entah! Lue fikir sendiri enh..

Aku tak percaya pasal aku dah syak sesuatu kat perempuan neh. Kalau nak tahu dia sebenarnya terlibat dalam skandal rasuah dalam tourism malaysia. Sepatutnya dia didakwa tahun lepas tapi sampai sekarang isu tue cam terbiar.

Then sebulan dua tiba-tiba dia buat comeback dan attack DSAI mengenai isu liwat. So kat situ aku dah rasa ada sesuatu yg fishy sebab tue aku tak leh percayakan perempuan neh. Perempuan ini, azmin ali dan azwan ali ketiga-tiganya aku tak percaya. Cuma tahap ketidakpercayaan aku terhadap mereka tue berbeza ikut tingkat.

Ummi hafilda = 99% aku tak percaya.
Azwan Ali = 90% aku tak percaya.
Azmin Ali = 80% aku tak percaya.

Katakanlah ummi bakal menang dalam kes saman fitnah neh.. adakah ini akan membuktikan dia di pihak yang benar? Belum tentu beb. Kepercayaan aku terhadap sistem mahkamah malaysia dah hilang. Mungkin kerana ini sistem sekular.

Baginda neh pun aku tak percaya. Dia pernah masuk islam dan kemudiannya keluar islam. Orang macam neh dia nak suruh aku percaya kat dia? Tolonglah, aku masih manusia normal. Sejahat-jahat aku di dunia ini, aku belum sampai tahap mengagungkan orang yang murtad. Maaf cakap, aku jujur.

Aku neh belum lhar masuk taraf budak baik, tetapi jalan untuk menjadi baik itu aku sedang buat. Insya-Allah sebelum kubur buka pintu untuk aku, aku akan pastikan aku akan pilih jalan yang orang islam wajib pilih.

Selain dari saman, ummi juga melarang malaysiakini daripada menyiarkan apa-apa kenyataan baginda terhadap ummi. So kira nya macam neh lhar..

- media arus perdana berhak siar apa2 kenyataan dari ummi tak kiralah samada dia menfitnah ataupun menuduh dan etc.

- baginda tak boleh cakap apa2 pun pasal ummi

Heh. Pelik. Awat takut sangat ummi? Tapi apapun sandiwara korang berdua..
ia memang lawak...

Ameno : Takut di fitnah tetapi menfitnah?

Share this

6 Responses to " Ummi hafilda saman malaysiakini. "

  1. umi dh d lindungi dgn undang2 kebal dri puak2 umngok..buatlah ape pn prkara mungkar sume akn senyap sbb die dh byk 'tolong' umngok...bile die ne nk lenyap dri muka bumi ne..??

    BalasPadam
  2. ala.. anwar penah maen saman. dap pon saman. karpal pon saman. teresa kok pn saman. xbiseng pulak kn??? ni sume jenis manusia bodoh. igt saman2 bole buat org caye ke? ummi ke anwar ke same je.. yg org2 bodo dok caye tu lagi bodoh. prcaye buta tuli. felda saman. pkr saman. sume bnda nk saman. tp sape yg start dlu? xsilap aku anwar yg start saman smpi berjuta-juta. tlg igtkn aku kalo silap

    BalasPadam
  3. nak percaya sape lagi?17 Mac 2011 pada 10:18 PTG

    apsal admin kata tak percaya pada Naib Presiden PKR~azmin?? bahkan saya rasa admin tak percaya pada PKR langsung..so. whats the point..tolong jelaskan..

    BalasPadam
  4. It's all about politik. Kalo nama pun politik, buat apa nk percaya sgt.... sesama depa (azwan, hafilda n azmin) pun gaduh2....

    BalasPadam
  5. kat ALLAH je aku percaya 100%

    BalasPadam
  6. nak percaya sape lagi?6 Mei 2011 pada 10:15 PTG

    apsal admin kata tak percaya pada Naib Presiden PKR~azmin?? bahkan saya rasa admin tak percaya pada PKR langsung..so. whats the point..tolong jelaskan..

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...