Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 23 Januari 2011

Tunisia : sekularisme, kekejaman dan akhirnya revolusi.


Pasti ramai di antara kita telah melihat vitie pemberontakan rakyat Tunisia terhadap rejim Ben Ali akibat kekejaman pemerintahan Ben Ali selama dia berkuasa hampir 23 tahun lama nya sebagai presiden di Tunisia.

Baiklah mari kita mulakan kisah ini [maaf, saya mungkin tak akan patuhi protokol penulisan dalam artikel ini seperti huruf besar bagi nama/tempat dan etc] ;

1. Nama sebenar ben ali ialah
zine el abidine ben ali.
2. ben ali mula menjadi presiden tunisia pada
7 november 1987 setelah mengulingkan presiden pertama tunisia iaitu habib bourguiba.

3. ben ali kemudian digulingkan daripada pemerintahan tunisia pada
januari 2011 setelah beberapa siri pemberontakan demi pemberontakan oleh rakyat tunisia berikutan ;

- masalah penganguran yang tinggi di kalangan rakyat [yang ada ijazah ke takde ijazah ke seme susah dapat kerja kat sana beb]

- rasuah dan penyelewengan yang berleluasa [neh buat aku teringat satu negara yang bernama malaysia beb]

- kenaikan pelbagai barang makanan dan keperluan rakyat sehingga 80% [ neh pun sama.. tetiba je teringat kat malaysia.. apasal hah?]

4. Sebenarnya
revolusi jasmine [nama revolusi yang berlaku kat tunisia baru2 neh] bermula begini kisahnya ;

- ada seorang pemuda, bernama
mohammed bouazizi yang berusia 27 tahun.
- dia ada ijazah, tapi dia takde kerja. dah lama cari kerja tapi tak dapat2 juga.

- dia takde pilihan, terpaksa meniaga tepi jalan. meniaga buah dan sayur2an. sebenarnya kat tunisia, belia2 muda lepasan u, lepasan sekolah mmg susah nak dapat kerja sebab takde kerja.

- satu hari tue macam biasalah, dia pergi meniaga. dia buka gerai utk mencari rezeki bagi menampung kehidupan dia dan keluarga dia.

- namun hari tue hari malang bagi dia. penguatkuasa tunisia [ neh spesis sial punya manusia, kalau Allah swt sound aku pun kenapa aku mencarut kat penguatkuasa tersebut, aku pun berani lah bagi alasan, dapat dosa pun aku rasa berbaloi] boleh pula rampas gerai tersebut. tempat dia cari rezeki kena rampas beb. atas alasan takde permit. takde lesen. tak boleh meniaga tepi jalan.

- dah lah dia takde duit. nak cari kerja pun tak boleh. nak taknak dia pergi balik kat pejabat penguatkuasa tue minta balik gerai dia, tapi rayuan dan permintaan dia tak dilayan. [bagi pandangan aku lah, maybe kena rasuah dulu kot baru penguatkuasa tue layan, mungkin permit sana mahal, tak pun gila babi punya biokrasi nak dapatkan satu permit]

- dia geram, dia pergi kedai. dia beli minyak tanah dua botol dia bakar diri kat depan pejabat penguatkuasa yang dia buat rayuan sebelum tue.

- dia terbakar habis. tapi nyawa masih panjang. dia sempat hidup selama
18 hari selepas nekad bakar diri. bagi kita, mungkinlah korang anggap dia neh bunuh diri kan? tapi aku ada pandangan yg len. bagi aku dia neh seorang wira. yg berkorban utk mencipta revolusi. siyes. pengorbanan dia kira berbaloilah sebab akhirnya presiden bahlol ben ali tue dah ditumbangkan cuma belum didakwa je lagi.

- kisah dia bakar diri depan pejabat penguatkuasa neh jadi isu kat tunisia. jadi isu besar kat sana. org mula bersatu dan berkumpul. orang mula peduli. orang mula berfikir. rakyat tunisia mula mencari kekuatan utk membebaskan diri daripada masalah2 mereka.

- yang si ben ali neh pula lepas dapat tahu insiden tersebut [insiden berlaku pada pertengahan bulan
disember 2010], dia buat2lah berlakon prihatin dengan masalah rakyat. dia tabur pelbagai janji. Dia cakap dia akan atasi masalah penganguran, kesihatan, pendidikan, kebuluran dan etc. Tapi rakyat tunisia dah tak percaya cakap2 dia.

- kemuncak mula berlaku pada hari kematian seseorang.
17 disember 2010 arwah bourzizi [dia org islam, malahan 99% tunisian = org islam] yang bakar diri, akhirnya meninggal dunia.

- rakyat tunisia mula marah, memberontak, sakit ahti, geram, dengan macam2 perasan lagi dah tak boleh sabar dengan rejim zalim ben ali neh.

- sehinggalah pada awal-pertengahan bulan januari 2011, akhirnya ben ali terpaksa melarikan diri daripada tunisia akibat pemberontakan dalaman rakyat tunisia terhadap kerajaan ben ali.

- habis seme aset2 ben ali dan saudara maranya seperti hotel2, pejabat2, rumah2, kedai2 diserang, dibakar, divandalismekan oleh rakyat tunisia [hah amek ko].

4. selepas di gulingkan oleh rakyat tunisia, ben ali mencari perlindungan kat kerajaan perancis, tapi perancis boh layan je mamat spedo neh.

5. tapi alih2 si arab saudi neh plak bebal2 gi bantu presiden kejam neh. [arab saudi neh kan mmg sukeeeeee sangat taw bantu org yang kejaaaammmmm sangat.. macam US dan Israel..]

6. si isteri ben ali neh plak, bernama
leila trabelsi, umur 53 tahun.

7. dengan ben ali dia ada 3 anak, dipercayai dia isteri kedua ben ali. nama2 anak dia bersama ben ali tidak pula diketahui oleh aku buat masa kini.


8. perangai si leila neh plak suka berboros duit rakyat. hidup pula mesti mewah yang amat.

9. ketika suami dia si ben ali dok kelam kabut fikir masalah politik, dia plak bleh wat derhaka yang maha hebat. dia pergi lari dan sambil melarikan jongkong emas yang di anggarkan bernilai
171.3juta yang disimpan kat dalam bank negara tunisia.

10. kat mana dia lari, takde pula aku baca. tapi mmg bodoh bangang gila perempuan neh. nampak sangat dia sayang kat duit laki dia, bukan kat laki dia. hish. [atau boleh jadi konspirasi laki-bini neh, segalanya ada kemungkinan beb]

11. Lagi 1 aku nak ulas sket pasal tunisia neh. Kita tahu rakyat tunisia di hampir
99% orang islam.

12. tapi walaupun begitu negara mereka tak begitu islamik sepertimana pegangan agama rakyat mereka.

13. kat tunisia,
poligami diharamkan. [satu2 nya negara arab yg haramkan poligami lepas merdeka pula tue] alamak beb, sejak ble org islam sendiri haramkan poligami hah?

14. agama rasmi mereka mmg islam. dan presiden tunisia mmg wajib sangatlah org islam baru layak jadi presiden tapi pakai tudung dalam pejabat2 dihadkan, malahan kalau nak pakai tudung kat jalan2 raya, khayalak umum sangat2
tidak digalakkan.

15. dan yang lebih parah neh beb, mmg parah,
bourguiba [presiden tunisia yg 1] yang konon-nya mengaku org islam tue kan tidak mengalakkan rakyat tunisia berpuasa pada bulan ramadhan sedangkan 99% penganut islam di tunisia ialah sunni. adoiii..

16. disebabkan itulah
bourguiba tue diberikan gelaran kamal attaturk ala tunisia dek sekular gila cara dia perintah negara [enh aku teringat kat seseorang seperti itu di malaysia lah..]. Ketika era bourguiba neh sebelum ben ali gulingkan dia, dia pernah diberikan iktikad untuk dibiarkan menjadi presiden tunisia seumur hidup. Heh.

17. hah, neh kan sedang perang revolusi kat tunisia kan, walaupun ben ali dah ditendang keluar dari negara tetapi org2 pro ben ali masih ada kat sana.

18. parti2 yg pro ben ali bersama parti2 pembangkang berkerjasama utk membentuk kerajaan campuran. tapi rakyat tak ley terima parti2 pro ben ali tue. mereka tak suka sebab mereka rasa
fouad mobizza yang dilantik sebagai presiden sementara tunisia adalah boneka kepada ben ali.

19. kalau nak tahu kat tunisia tue presiden lain, perdana menteri lain. aku yang baca pun confuse mula2.

20.
presiden tunisia sekarang neh ialah fouad mobizza [pro ben ali neh, asalnya dia speaker parlimen].

21.
perdana menteri pula mohammed ghanauchi.

22. dalam masa 60 hari akan diadakan pilihanraya kat tunisia tue untuk memilih pemimpin baru.

23. tapi pelik gak pasal parti2 islam kat tunisia tak diundang utk membentuk kerajaan campuran kat tunisia. apasal hah?

24. kalau dulu aku ingat malaysia, indonesia mmg negara islam yg kategori sayur hancur.

25. tapi rupanya tunisia lagi hancur bhai. 99% rakyat islam tapi dok perlekeh undang2 islam.

Youtube mesti tengok. Pasal arwah bouazizi.
Link mesti baca. Pasal arwah bouazizi.

Ameno : macam mana lah tak teruk negara lue, wa cabar lue tunisian kalau lue berani lue kasi buang sekularisme tue sekali.. amacam? ada berani kah? malaysia sedang buat.. lue ble lagi? 99% islam tue bhai.. hahahaha..

Share this

5 Responses to " Tunisia : sekularisme, kekejaman dan akhirnya revolusi. "

  1. assalam, saya rasa ameno tak perlu lah mempermainkan nama allah dalam isu nih. 'neh spesis sial punya manusia,
    kalau Allah swt sound aku pun
    kenapa aku mencarut kat
    penguatkuasa tersebut, aku pun
    berani lah bagi alasan, dapat
    dosa pun aku rasa berbaloi'
    kalau marah pun, kata-kata tuh biarlah berlapik sikit.
    Semoga allah memberkati mu.

    BalasPadam
  2. saya sokong harith. sila hati2 dengan nama Allah.

    semoga diberkati Allah.

    sid

    BalasPadam
  3. kelak di akhirat nanti, kita tak tahu bagaimana rupa dan keadaan kita untuk menjawab soalan depan Allah,

    bukan yang semua kita plan depan Allah nanti kita boleh buat...

    geram2 pun...mari kita ingat Allah..

    BalasPadam
  4. pernahkan tuan hamba berfikir sebelom menulis?

    BalasPadam
  5. aku rase ameno da makin mengikut perasaan dari berfikir sebelu menulis,jaga2 dengan penulisan anda....

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...