Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 23 Januari 2011

WTF!! Mohammed bouazizi hero?


Terdapat cakap2 belakang yang berbentuk sindiran dan sinis terhadap hero di kalangan rakyat tunisia iaitu mohammed bouazizi yang membakar diri nya sendiri akibat kebiadapan pihak penguatkuasa tunisia yang menyekat usaha boauzizi untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga nya.

Siapakah muhammed boauzizi boleh click sini untuk bacaan lanjut. Yang saya nak ulas ialah tindakan bauazizi yang membakar diri. Bagi saya tindakan dia ialah tindakan yang murni dan patut di sanjung tinggi.

Ya, ya saya tahu. Anda ialah orang islam yang alim bukan? Yang tak pernah buat dosa bukan? Yang hidupnya 100% perfect mengikut landasan islam bukan? Sebab itulah anda dengan sewenang-wenangnya mengutuk tindakan mohammed boauzizi bukan?

Izinkan saya ulas isu neh menggunakan sudut akal penderitaan, kezaliman dan kekejaman pemerintahan tunisia. Saya takan ulas berdasarkan sudut islam. Kalau pun saya go through melalui sudut islam, saya cukup2 yakin mohammed boauzizi juga tidak akan diperlekehkan oleh Allah swt sebagaimana kamu memperlekehkan arwah mohammed bauzizi neh.

Bagi korang, tindakan bauozizi yang membakar diri akibat ditindas dengan pihak penguatkuasa tunisia mungkin satu tindakan yang bodoh. Tetapi tahu kah korang sebodoh2nya tindakan dia itu, dialah pencipta revolusi jasmine. Yang korang kutuk2 dia, apa revolusi yang korang dah buat? ada? ada ke?

Jika korang di tempat boauzizi pun, aku tak percaya korang akan bertahan ditindas bertahun2 lamanya. Baozizi neh lepasan ijazah yang dah bertahun2 lamanya mencari kerja. Sebelum dia, pemuda2 [senior] yang melepasi ijazah pun masih tak dapat2 kerja. Punyalah sabar, sanggup usaha sendiri cari rezeki biarpun meniaga kecil2 untuk menampung kehidupan asalkan tak mencuri.

Tapi bagi korang yang lebih islam dari orang islam yang lain hanya tahu pandang sudut yang negatif. Yang bab bakar diri neh, korang memang hebat cerca cerci orang. Hebat wa cakap lue. Lebih hebat dari orang yang lebih alim dari lue. Hebat! Baca betul2. Hebat!

Tapi ble bab maksiat depan mata, korang juga yang tutup mata. Ble bab zina, korang juga yang tumpang sekaki. Ble bab hiburan, korang lebih havoc dari yahudi. Tapi ada ahti nak kutuk mohammed baouzizi. Heh

Korang neh spesis umat islam yang tak sedar diri. Siyes aku cakap. Tak sedar diri. Boleh baca sini. Ble korang tak sedar diri yang korang neh berpijak kat bumi sebab tue korang suka cakap meninggi diri.

Tindakan mohammed baouzizi pada aku ialah satu tindakan yang kita mesti puji. Aku peduli apa kalau korang nak analisis aku punya mentaliti. Mentaliti aku, adalah hak aku sepenuhnya. Aku memahami penderitaan rakyat tunisia yang terdesak perlu kepada satu revolusi. Revolusi ini adalah lazim jika menuntut pengorbanan. Dan mohammed baouzizi sanggup menjadi tema pengorbanan bagi satu perjuangan di tunisia. At least, walaupun dia mati akhirnya, dia mati dengan penuh terhormat. Kalau korang nak cerca tindakan dia yang bakar diri adalah satu tindakan yang takde tamadun, baik korang cermin diri korang dulu.

Kita pun tak setamadun dan sebagus mana. Pemimpin kita main arak main betina. Kita pun bersubahat dengan mereka ble tak buat revolusi. Berjuanglah bagai nak rak sekalipun, selagi kita masih diperintah oleh pemimpin2 islam yang pinggirkan islam kita tetap berdosa bhai.

Kita nak kutuk orang memang cukup senang. Kita cukup mudah menghakimi tindakan baouzizi konon nya adalah satu tindakan bunuh diri. Tapi pernah tak kita fikir, tindakan kita pun bukan lebih baik dari bouazizi? Malahan kita lebih hina dan lebih keji. Kita mengutuk mereka yang telah mula sedar akan islam hakiki. Sedangkan kita semakin lama semakin t0lak islam sejati.

Sebelum nak kutuk/menghakimi org lain yang berkorban demi sebuah revolusi, aku nasihatkan jangan ingat peribadi diri sendiri sangat sempurna dan sangat suci. Apa yang Allah swt nak buat kat mohammed boauzizi yang telah pergi, adalah hak Allah swt sepenuhnya. Tapi apa yang kita nak buat kat negara kita yang makin menjadi2 menghina islam, adalah hak kita sebagai orang islam untuk membuktikan kepada Allah swt bahawa kita bukan setakat pandai berkata2 tetapi pandai juga bertindak.

Dan kalaupun ada orang yang nak bakar diri kat malaysia untuk menuntut satu perubahan, aku tetap akan sokong dia biarpun korang akan menghentam aku bertubi2. Ingatlah, keimanan aku, hanya Allah swt je berhak decided. Sehebat mana pun korang, korang belum layak lah nak tentukan aku masuk ke syurga atau neraka!

Ameno : Umat islam malaysia, berhentilah jadi hipokrit. Korang neh mmg meloyakan..

Ulasan di atas ditujukan khas kepada pengutuk2 mohammed bauazizi, hero kesayangan aku.

Share this

19 Responses to " WTF!! Mohammed bouazizi hero? "

  1. aku antara yg follow kisah arwah bouazizi ni. pada pendapat aku, bila suara rakyat tidak didengari, inilah yg bakal berlaku. aku bersependapat dengan ko dalam hal ni.

    BalasPadam
  2. mhm.. bagi aku, dari membunuh diri untuk nak bagi start revolusi/chaos baik guna cara bunuh terus ben ali dan konco2nya tak gitu.. tapi kalau next pemerintahan jadi negara islam yang sebetul2nya, Insyaallah orang akan mendoakannya..

    BalasPadam
  3. Yala mmg terharu. Terharu die tinggal kan anak bini die terkontang kanting xde org nk tlg sebab die dh mampus. Die lak senang lenang masuk "syurga" sebab tlg org lain. Ya mmg pandai. Jom sanjung org camtu reramai.

    BalasPadam
  4. assalammualaikum..

    aku ade terbaca satu artikel ni.aku tak ingat tajuknye.tapi yang pasti dalam artikel tu ade menyebut bahawa nabi SAW bersabda agar tidak memberontak terhadap pemerintah sama ada yang zalim atau tidak.tetapi sekiranya kezaliman atau kekafiran mereka terbukti benar maka pemerintah itu haruslah dibunuh sekiranya mampu.

    nanti aku bagi link artikel tuh.

    BalasPadam
  5. wat pe r bunuh dri...baik dye berusaha je cri keje lain...islam nih rasional...so kte kne pkir cre rasional dlm mmbuat sesuatu hal...bkn men tibai je...lgpun ak x pnh dgr bnuh dri tuh 1 jihad...baik dye wat kempen ke ape ke...dri bnuh dri...ank bini dye 1 hal ag...ksian tggl dorg cmtuh je...spe nk tggung...btolkan sye jika sye de trsilap ckp...

    BalasPadam
  6. bodonyer pemikiran...semakin ramai yang suker memesongkan akidah umat islam...saper hipokrit 2 bukn jadi persoalan...bunuh diri itu memang2 sah masuk neraka...atas alasan aper skali pun...neraka tempatnya...paham...bg satu ayat Al-Quran or hadis yang mengatakan boleh membunuh diri atas aper sebab skali pun...jangan pandai bercakap...orang cam ngko nie...samer jer ngan orang yang ngko cakap hipokrit tu...bezanyr...orang yang hipokrit tu...insyallah akan ader pluang ndak bertaubat...tp orang yang bunuh diri nie...memang xder langsung...aper pun...kita hanya merancang...Allah s.w.t menentukan...

    BalasPadam
  7. niat xmghalal kn cara....
    dari ayat suci Al-Quran...
    salam
    sekian..

    BalasPadam
  8. bunuh diri adelah berdosa besar.

    BalasPadam
  9. ko adalah org paling sengal pernah aku jumpe...ko ada baca balik x apa yg ko tulis ni?

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum w.b.t

    bro,aku memang suke post2 ko sblm nih..aku xde nk komen ape sgt,cume mcm member2 kita yg lain ckp,niat tetap tak semestinya menghalalkan cara..umpamanya bermain alat muzik yg diharamkan (bertali-gitar) semata2 nak kejutkan orang bangun sahur dibulan puasa,memang betul org yg terdengar mungkin bangun untuk sahur disebabkan usaha dia,tetapi bermain alat muzik yang diharamkan hukumnya tetap haram,xkan jadi HALAL hanya dengan niat yang baik ..TAPI kalau apa yang rakyat palestine buat selama ini (pengebom berani mati),bagi aku itu mungkin boleh diterima(mungkin ada sape2 boleh cuba tanya ustaz2 sbb aku penah dengar sblm ni)sebab orang2 palestine tu sendiri nak berjuang untuk islam,melawan musuh ALLAH tapi tak cukup senjata,so mungkin dengan bomkan diri ni sekurang2nya dia boleh mati syahid sebab bersama2 yang mati dengan dia adalah musuh ALLAH tapi apepun itu urusan si dia dengan ALLAH,kita memang xberhak nak persoalkan..ALLAH kan MAHA PEMURAH..dan untuk kes mohammed baouzizi ni,kalo dia bakar diri,dan yang mati bersama2nya adalah musuh ALLAH dan penentang ajaran islam sebenar,mybe aku ley terima..Dari sudut pejuang revolusi,yup..dia memang dah jadi pelopor dari pengorbanannya,and last but not least,daripada bertekak,maki hamun,ada baiknya kita doakan moga2 dia diterima ALLAH dan ditempatkan bersama orang2 beriman

    P/S: Aku memang sokong sgt part orang islam kt malaysia terutamanya yang atas pagar,dah terang lagi bersuluh belah mana yang menentang ajaran islam,memperlekehkan hukum dari ALLAH,mereka celik pada mata tapi buta pada hati

    Assalamualaikum w.b.t dan selamat berjihad =)

    BalasPadam
  11. tapi..
    kita x boleh letakkan posisi dia pada kita..kita letakkan posisi kita pada dia..
    ada ijazah,ada kelayakan..tapi x ada kerja..meniaga kena rampas..
    bukan masalahnya salah x salah,masalahnya kita ni faham ke tidak??hentam saja tapi x faham,x guna..dia tertekan kut..macam mana nak hidup kalau x da kerja..mmg lah boleh cakap kalau yakin pasti ALLAH bagi jalan..tapi macam saya cakap,letakkan dulu kita di tempatnya..kita x faham pemikiran dia..apa masalah lain lagi.mana kita tahu???yg sampai berita kat malaysia ni pun dah berapa orang punya cerita..yg sebenar??mana kita tahu...nasib dia di sana ALLAH tentukan..biarkan..mungkin saja terlampau tertekan sampai mental x mampu berfungsi dengan baik..satu lagi,hadis nabi SAW,"setiap perbuatan bergantung pada niat"...mungkin niat dia bukan nak bunuh diri pun..pandai2 tuduh dia bunuh diri..niat dia,dia dan ALLAH saja yg tau..kalau niat asal nak protes,tapi x sangka sampai ajal dia cara macam tu,nak kata apa??
    pendek kata,kita yg tak tau apa2 ni,lebih baik diam..masalah umat islam sekarang ni lah..sibuk yang itu kafir,ni munafik,sana fasik,situ nifak..diri sendiri???sibuk nak tentukan siapa2 tu ke syurga/neraka,cukup suka betul umat2 la ni..cermin diri dulu baru kritik orang..kalau x sia2 je beramal tapi orang yg dpat hasilnya..

    BalasPadam
  12. motif duduk dalam dunia pon utk beribadat and tempuh dugaan yang Allah swt bagi kat kite. kalo kene camtu pon xboleh nak sabar, nak bakar diri sendiri je keje, ramai orang Malaysia boleh bakar diri sendiri lepas ni. at least ade la orang buat blog puji die.
    and lupe plak, boleh dilabel pencetus revolussiii.

    ps : xgune cakap pasal orang laen kalo kite sendiri pon xtegah zina yang kite cakapkan tu. cam ludah atas muke sendiri je.

    BalasPadam
  13. tapi still, ben ali memang lah zalim. memang patot pon die kene macam tu. but, macam orang atas cakap, "niat x menghalalkan cara."
    nasib baek la arwah ade 18 hari lagi nak idop (berdasarkan maklumat link diatas.)
    dan kite sume boleh berdoa semoge arwah berade dalam golongan orang beriman.

    *jangan lah maki orang dulu dalam proses untuk tidak dimaki. secara logiknyelah. (sume percakapan diatas pon atas logik dan perasaan kan. so, logik lah kan.)

    BalasPadam
  14. bro...kalo dah bakar diri tu...boleh ker berniat nak protes jer...kamon bro...ader otak guner kan sepenuhnya...jangan cakap guner emosi...

    BalasPadam
  15. salam.
    untuk post kali nie saya x setuju dgn Ameno.
    bg saya, mcm mana trtekan sekalipun. pasti ade cara untuk teruskan hidup, tindakan yg dia buat nie seolah2 menggambarkan yg dia dah putus asa, sedangkan kita sebagai umat Islam tak patot berputus asa, ita patot yakin Allah akan sentiasa menolong kita, cepat atau lambat, mungkin bukan di dunia, ttp di akhirat.
    walaubgimnpun, apa yang dia buat kita tak taw mcm mana Allah adili.ingat kisah pelacur masuk syurga sbb tolong anjing? apa yg jd and akan jd pd dia adalah urusan dia dgn Allah.
    wallahualam.

    BalasPadam
  16. kalo dh bunuh diri name nyer haram..memang sah le masuk neraka..x kire la letup kn diri ke bkr diri sndri ke..xde alasan yg boleh menghalalkan bunuh diri..dlm kn ilmu agama mesti korg phm...ISLAM ITU MUDAH..ISLAM ITU INDAH..jgn le kotor kn..

    BalasPadam
  17. yang patut diperang dan dibunuh tu adelah pemimpin yang zalim, yang jelas kekafirannya dan yg memecahbelahkan sesuatu kaum yang aman dan damai.

    BalasPadam
  18. Islam yg diajar oleh Rasulullah itu ada beberapa pecahan.antaranya ialah Syariat. Syariat ada beberapa pecahan iaitu Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram. dlm mengharungi hidup di dunia ini kita tidak dpt lari dari syariat. samada kita makan, minum, melihat, berjalan, bercakap atau apa saja yg kita lakukan di dunia ini tidak dpt tidak pasti ada berkait rapat dgn syariat. Syariat adalah suatu hukum hanya bagi yg hidup sahaja. Apabila bercerai nyawa dan jasad maka tiada lagi kewajipan keatasnya mengikut syariat.
    Berkenaan kesalahan membunuh diri itu adalah haramnya Mutlak dgn dalil yg jelas dlm Al Quran dan hadis. Maksud Haram Mutlak itu ialah Haram yg Kuat tanpa ada Khilaf Para Ulama
    Syariat adalah suatu hukum pada lahiriah. Manakala Hukum pada batiniah adalah milik Allah semata2. Membunuh diri itu jelas haram mengikut Syariat pada zahir kejadian dan wajib kita mengatakan Haram perbuatan itu mengikut syariat tapi samada dia ke Syurga atau ke Neraka itu bukan tanggung jawab kita utk menghukum sedemikian. samada seseorang itu ke Neraka atau ke Syurga itu hak Allah. Hak kita sebagai muslim hanyalah meletakkan hukum Haram dan berdosa besar membunuh diri.

    Sebagai contoh dulu sewaktu heboh kematian Princes Diana dlm kemalangan kereta. Ada yg mengatakan punca kematian adalah krn Princes Diana ingin memeluk Islam malah ada yg mengatakan Princes Diana telah memeluk Islam. tapi oleh krn tiada bukti beliau telah Islam maka kita letakkan Princes Diana itu belum Islam (mengikut syariat) namun jika pada hakikatnya dia sememang telah Islam, itu semua kita serahkan pada Allah samada dia Islam atau tidak.

    Jadi disini ingin saya jelaskan bahawa perbuatan membunuh diri yg dilakukan oleh rakyat Tunisia itu adalah Haram dan berdosa besar mengikut zahir perbuatannya namun saya tidak berani ingin meletakkan title "masuk ke Neraka" pada beliau krn Pengampunan itu milik Allah.
    Mengikut Syariat beliau telah berdosa besar tapi pada Hakikat semuanya milik Allah. Semoga Allah kurniakan Rahmatnya pada Allahyarham

    BalasPadam
  19. kita dah masuk zaman fitnah menfitnah. aku berharap sangat pandangan kau betul. sebab pandangan kau salah, engkau dah termasuk golongan menfitnah dlm zaman ni. fikir2kan. ni sebabnya aku xmo ada blog.

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...