Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 14 Januari 2011

Saya ikhlas suka maksiat dan saya ok.

Betul ke

bila nak pakai tudung kena ikhlas?
bila nak bayar zakat kena ikhlas?
bila nak solat kena ikhlas?
bila nak berpuasa kena ikhlas?
bila nak baca Alquran kena ikhlas?

Kalau betul maknanya aku nak bagitau aku tak ikhlas langsung buat semua kerja2 di atas. Siyes. Gila arh. Neh pengakuan berani maut. Mampos aku satgi.

Perkara yang selalu perempuan bagi ble tak bertudung ialah nak tunggu ikhlas. Aik. Perlu ke tunggu ikhlas? Kalau ikhlas tak kunjung tiba sampai ke mati tak tutup aurat ke? Heh

Sebenarnya ada member aku juga mengakui kat aku bahawa dia tak ikhlas ble pakai tudung. Malahan ble pakai tudung dia rasa leceh nak mampus. Daripada warna tudung, bentuk tudung, padanan warna, dan aksesori tudung seme melecehkan dia. Itu tak termasuk bab penjagaan rambut. Dan itu tak termasuk hal2 teknikal seperti tudung2 yg perlu digosok.. etc. Lalu aku tanya dia, dah tak ikhlas persal ko sibuk2 pakai tudung ngok? Dia balas, kepala hotak ko, nak pakai tudung syarat wajib bukan ikhlas tapi tutup aurat. Sapa punya kitab ko pakai yang kata nak pakai tudung kena tunggu ikhlas? Mesti ko bodoh bab2 islam kan? Dah lah bodoh tp berlagak pandai. Heh

Cinabeng punya member. Nak salahkan aku plak. Mana aku tahu. Dah selalu aku baca perempuan kata nak tunggu keikhlasan sampai sebelum tutup aurat. Heh

Neh aku nak pecahkan rahsia besar. Ble bayar zakat aku sebenarnya rasa tak ikhlas. Siyes. Aku benar2 harap boleh menyuarakan ketidak-ikhlasan aku di akhirat kelak. Ya Allah swt saya sangat tidak ikhlas bayar zakat, saya rasa geram dengan kerajaan sebab gunakan wang zakat digunakan untuk pelaburan daripada membantu orang2 miskin secara terus. So Allah swt, siyes saya rasa tak ikhlas sangat2 bayar zakat.. boleh tak sekiranya saya mendapatkan kembali wang2 tersebut ketika di akhirat kelak? Heh. Nampak tak? Betapa aku tak ikhlas langsung? Heh

Mana datang bahawa kita mesti ikhlas ble berbuat perkara wajib? Heh. Aku rasa orang yang tunggu keikhlasan untuk buat perkara yang wajib adalah orang yang poyo. Nasib baik aku tak ikhlas ble buat perkara2 yg wajib sebab tue aku tak poyo. Heh

Bab puasa lagi parah. Bukan je aku tak ikhlas malahan aku sebetulnya tamak haloba. Gila betul aku. Aku beria2 nak kejar pahala time bulan ramadhan. Sebab tue walaupun sukar macam mana pun saya pastikan saya tak tinggal puasa walaupun ada hari2 yang aku tak layak puasa pun aku tetap tak ikhlas tak tinggalkan puasa. Heh. Ikhlas takde dalam tema kehidupan aku. Ikhlas aku dah buang jauh2. Aku mesti mau buat baik kerana pahala. Memang tamak nak mampos kan?

Neh yang paling ngeri aku sebut. Siyes. Aku sangat ngeri dan takut bila buka Alquran. Lebih2 lagi bila baca penterjemahan Alquran. Memang masa tue takde timbul niat untuk ikhlas ke tak ikhlas. Yang ada ialah perasaan takut. Heh. Mana lari keikhlasan aku neh?

Yang aku tahu sebagai manusia, aku ialah manusia yang rakus. Nak cakap pasal ikhlas pergi jauh2. Neh untuk manusia yang tamak2 belaka. Tamak cari pahala. Kedekut buat dosa. Soal ikhlas ke tak ikhlas bukan isu. Buat kerna tanggungjawab. Dah biasa buat, jadi suka. Dah suka buat baru datang ikhlas. Nak tunggu ikhlas sampai bila? Sampai mati? Kalau ikhlas tak kunjung tiba, tak payah buat ke? Heh.

Dan samada korang perasan ataupun tidak, seringkali kita nampak ble buat perkara2 yg baik, buat perkara2 yg wajib, orang islam akan yang enggan buat akan menekankan konsep keikhlasan? Mereka akan banyak cakap pasal ikhlas, ikhlas dan ikhlas.

Adakah apabila melaksanakan perintah Allah swt perlu ikhlas? Jika tak ikhlas tak payah buat? Dan bagaimana dengan perkara maksiat yang mereka sering buat? Disebabkan ikhlas maka mereka buat dosa? Heh

Dan adakah bila dia memilih untuk melanggar arahan Allah swt itu bermaksud dia ikhlas memilih kejahatan berbanding kebaikan? Heh. Ikhlas juga tue kan? Sama macam aku. Aku juga sangat ikhlas ketika menulis pasal aku tak ikhlas berbuat perkara2 baik. Heh

Sebenarnya perkara ini cukup mudah. Perkara2 yg melalaikan aku juga suka. Benar. Aku suka dan ikhlas melakukan perkara2 tersebut. Perkara2 yg baik, yang mencegah aku dari kemungkaran aku tak ikhlas buat tapi aku kena buat bagi memastikan aku tidak terus lalai di buai khayalan dunia. Kalau aku terbuai dengan kata2 mesti ikhlas untuk kerjakan perintah Allah swt maka sampai ke mati belum tentu perasaan ikhlas akan hadir. Ikhlas datang kemudian. Even dalam kehidupan harian kita, kalau member kita nak pinjam pen pun ble kita bagi, belum tentu terbukti 100% kita ikhlas bagi dia pinjam. Kalau benda sekecil2 itupun kita ragui keikhlasan kita, so memanglah tak mustahil untuk perkara2 yg lebih besar, kita juga was2 akan keikhlasan kita. Tetapi mempersoalkan keikhlasan kita bukan bermaksud kena tinggal terus perintah Allah swt. Salah. Itu cara yang tidak beretika.

Kita buat perkara yang Allah swt suruh bukan pasal ikhlas. Tapi pasal wajib. Allah swt tak paksa buat dengan ikhlas tapi mengalakkan kita untuk bersikap ikhlas. So, sementara untuk ikhlas hadir, kita kena buat samada kita ikhlas ataupun tidak. Jangan sampai masa ble dah mati baru kita menyesal kelak.

Ameno : Ayat ikhlas neh saya pernah pakai dulu, ketika bertekak dengan satu ustaz pada zaman jahillilah. Last2 sekali Allah swt kasi saya pengajaran berguna. Untuk mencari ikhlas kita, kena cari 'ikhlas' Allah swt dulu.

Share this

6 Responses to " Saya ikhlas suka maksiat dan saya ok. "

  1. kadang2 saya ada perasaan malas utk solat terutama waktu subuh..payah giler nak bangun solat subuh...tp sy paksa diri saya utk bangun dan menunaikan solat...nak ker tanak ker malas ker tak...sy kena PAKSA jugak diri sendiri....apakah saya dikira tak ikhlas sebab PAKSA diri saya sendiri utk solat...???

    BalasPadam
  2. to vida:
    dulu ustaz penah cakap, ikhlas bermula dengan paksaan,
    lagi2 solat subuh, mmg susah,
    solat subuh antara pengukur iman seseorg,
    klu senang bangun subuh, siap jemaah lagi, mmg good,
    tp klu susah nak bangun, tandanya iman masih t'lampau lemah, masih banyak yg perlu diperbaiki,
    macammanapun pokok yg tinggi tak tumbuh dalam masa sehari,
    teruskn usaha dan mintak Allah kurniakn kekuatan utk beribadat,
    dulu saya pun liat gak nak solat subuh,
    skng alhamdulillah dah improve...

    BalasPadam
  3. Ada logik jugak ape yg admin kata. Kalau nak tunggu ikhlas datang dalam hati kita dalam membuat suruhan Allah....maknanya selagi ikhlas tu takde...selagi tu lah kita tak nak buat suruhan Allah.

    Macam Vida cakap...aku pun dulu memang malas nak mampos nak sembahyang. Kadang2 semayang sebab nak tunjuk kat orang yg aku ni semayang, sebab takut orang kutuk aku ni tak buat suruhan Allah yang paling utama ni. Tapi dah lama2 daripada tak ikhlas...last2 jadi tabiat yang paling aku suka. Pergi mane2, telekung mesti spare dalam kreta. Subuh pun sekarang, alhamdulillah, dah tak liat lagi.

    Kesimpulannya...memang sesuatu perkara yang baik kite selalu mulakan dengan ketidakikhlasan dalam diri kita. Tapi jika niat kita suci, allah akan bantu kita dengan memberikan Hidayah dan petunjuknya agar kita berubah dan tidak lalai. Beruntunglah sesiapa yang dipilih Allah untuk mendapat Hidayahnya :)

    BalasPadam
  4. macam bayar tol. ak rase x de sape kat malaysia ni yg IKHLAS sangat bayar tol. tapi ak pelik apasal xde org yg sampai kat tol tu rempuh penghalang tol tu? walhal bayar tol tu bukn WAJIB pun. tapi menutup aurat, solat ramai org rempuh walaupun WAJIB. dengan undang2 manusia patuh walupun x IKHLAS, dengan undang2 Allah langgar dengan ikhlas.wallahualm- rb

    BalasPadam
  5. Ada logik jugak ape yg admin kata. Kalau nak tunggu ikhlas datang dalam hati kita dalam membuat suruhan Allah....maknanya selagi ikhlas tu takde...selagi tu lah kita tak nak buat suruhan Allah.

    Macam Vida cakap...aku pun dulu memang malas nak mampos nak sembahyang. Kadang2 semayang sebab nak tunjuk kat orang yg aku ni semayang, sebab takut orang kutuk aku ni tak buat suruhan Allah yang paling utama ni. Tapi dah lama2 daripada tak ikhlas...last2 jadi tabiat yang paling aku suka. Pergi mane2, telekung mesti spare dalam kreta. Subuh pun sekarang, alhamdulillah, dah tak liat lagi.

    Kesimpulannya...memang sesuatu perkara yang baik kite selalu mulakan dengan ketidakikhlasan dalam diri kita. Tapi jika niat kita suci, allah akan bantu kita dengan memberikan Hidayah dan petunjuknya agar kita berubah dan tidak lalai. Beruntunglah sesiapa yang dipilih Allah untuk mendapat Hidayahnya :)

    BalasPadam
  6. Dalam islam, benda yang wajib dibuat atau wajib ditinggal(haram) tidak mulakan dgn keikhlasan tp paksaan.. bila kita nak buat benda yg sunat or tinggalkan yg makruh,baru la bermula dgn ikhlas..mende sunat or makruh...mana bole paksa2,kan? tp kalu buat,jadi aksesori untuk amalan wajib kita...

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...