Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 26 Januari 2011

Rakyat malaysia, usah jadi dayus!

Cuba korang perhatikan beberapa kronologi kebangkitan dan revolusi yang tercetus daripada negara2 yang bermajoriti neh islam kat seluruh dunia neh? Korang perasan tak apa yang aku perasan?

Pada korang yang kurang gemar nak amek tahu meh lar aku highlightkan serba sedikit yang aku tahu.. tapi tak banyak lar sebab aku tahu pun sikit2 je.

Revolusi palestine. Setelah hamas menang, macam2 taktik fatah gunakan untuk mengulingkan dan menyusahkan pemerintahan hamas di palestine. Hamas neh lebih kurang ala2 pas dan fatah pula lebih kurang sepupu terdekat umno. Heh. Hamas neh pula cukup kuat menentang israel. Hamas neh membuka mata rakyat dunia kepada permasalahan yang kita abaikan selama neh.

Disebabkan berlakunya revolusi kat palestine neh lah, kita yang dah berzaman2 tidur mula bangkit. Mula lah kita konvoi ke gaza berkali2 untuk bantu palestine. Nak bantu palestine, dalam masa yang sama, kita lihat terdapat beberapa unsur2 kesedaran tentang islam mula timbul. Ini bagus.

Terdapat beberapa negara yang mula sedar, betapa sudah terlalu jauh kita meninggalkan islam yang hakiki. Dan revolusi demi revolusi mulai berjangkit dari satu negara ke satu negara selepas itu.


Revolusi turki pula. Kalau dulu turki terkenal dengan pemerintahan sekular, tapi sekarang parti islam dah menguasai parlimen turki beb. Memang betul terdapat sedikit kesulitan untuk parti islam kat sana mengubah mentaliti beberapa rakyat yang dah terbiasa dengan sikap2 sekularisme, tetapi mereka sedang usaha. Lagipun, bilangan rakyat yang menolak islam neh tak seramai yang menerima islam. Tentangan terhebat mereka parti-pro-sekular [yang aku lupa nama] yang lebih kurang bersikap seperti umno lar.. [buat bayangan korang, heh]. Kalau nak tahu, isteri kepada pm turki tue, pakai tudung beb. Walaupun dia diboikot sebab pakai tudung dia still pakai juga. Nak harapkan rosmah? Usah mimpi beb. Heh.

Revolusi tunisia. Kat tunisia sekarang sentimen keislaman dah semakin bangkit. Walaupun ben ali dah dihalau dari negara sendiri, akan tetapi rakyat tunisia masih melakukan beberapa tuntutan terhadap kerajaan tunisia. Di antara nya mereka mempersoalkan kenapa parti pro islam tidak diberikan peluang untuk memerintah negara. Ini titik tolak. Mula2 mereka mempersoalkan, lama2 mereka akan memperjuangkan pula. Berbeza dengan kita, kita tolak terus parti PAS, meskipun PAS tampil diri mahu memerintah malaysia. Heh.

Terbaru revolusi kat mesir pula. Sekarang neh rakyat mesir masih protes. Merujuk kepada berita semalam, protes tersebut dah berlangsung selama dua hari. Protes bertujuan untuk menumbangkan pemerintahan zalim hosni mubarak neh. Sapa hosni? Sapa? Heh. Hosni neh pro kuat israel beb. Mesir, korang mesti pernah baca kan? Kisah mesir yang tolong israel dan us untuk serang iran, iraq dan halang bantuan tiba ke palestine? Heh. Inilah dia pemimpin nya, hosni. Hosni neh mmg kejam bhai. Kejam kat penganut islam sendiri plak tue. Siap bersetongkol menindas rakyat palestine dan umat islam. Tapi memang tak hairan beb, sebab dia pun kejam kat rakyat sendiri. Yang mana anti dia, seme dia kasi hapus. Kalau bik mama dengan c4, dia neh lagi dasat. Bukan c4 je, penentang2 tersebut akan hilang tanpa dikesan, even sebutir debu pun tarak. Dasat kan? Heh.

Memang tak mudah nak jatuhkan pemerintahan zalim seperti hosni neh. Tapi kita kena bantu dan sebarkan revolusi mesir neh kat seluruh internet. Biar sentimen revolusi ini berterusan dan bersambung. Biar mereka sedar mereka [rakyat mesir] di sokong 100% oleh kita, paling koman pun rakyat islam malaysia sokong revolusi mesir.

Kalau ikut seme revolusi2 di atas bermula sebagai tindak balas protes kepada pemimpin2 yang zalim. Dalam pada protes, dalam pada itu juga sentimen islam semakin meluas. Mungkin inilah dia revolusi islam ataupun zaman kebangkitan islam. Ingat, kita masih ada banyak tahun untuk menderita. Mengikut kronologi, masih ada banyak perkara lagi yang belum kita lepas untuk mengecapi semula zaman kegemilangan islam. Mungkin di zaman ini, adalah zaman awal revolusi islam. Pastikan nama kita, malaysia tercatit sebagai antara yang terawal menumbangkan rejim ganas dan zalim seperti bn dan umno untuk masuk ke dalam catatan sejarah revolusi islam.

Jangan biarkan kita ketinggalan dari negara2 yang telah berubah dan mula mahu berubah. Jika hosni memerintah selama 30 tahun pun dah dibenci rakyat, apatah lagi bn dan umno yang pegang negara selama hampir 54 tahun. Habis seme musnah. Habis rosak umat islam dikerjakan umno. Mari kita bangkit dan protes bersama mesir. Kesusahan hari neh adalah untuk kesenangan masa hadapan.

Tolak umno!
tolak bn!
tolak kezaliman!

Nota penting : sini

Ameno : Revolusi malaysia.. nama neh cantik. Tak sabar tunggu ia menjadi nyata.

Share this

5 Responses to " Rakyat malaysia, usah jadi dayus! "

  1. umat islam mula nak bersatu.. :)sq

    BalasPadam
  2. jangan lupe Yaman.orang marah sbb presiden die minum arak

    BalasPadam
  3. org melayu nk revolusi..cehh..bnyk sngt hiburan masuk kt pale otak nk revolusi mende nyer..malu aku dlm ic tulis melayu..tp aku bangga dlm ic aku tulis islam..biar mati adat jgn mati iman!!!

    BalasPadam
  4. Algeria juga Jordan turut turun ke jalanraya

    BalasPadam
  5. jangan lupe Yaman.orang marah sbb presiden die minum arak

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...