Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 17 Disember 2010

Lagi kantoi! Nik Aziz beri rasuah pula!

Ini berita yang saya baru terima. Tuan guru nik aziz telah merasuah parti pas. Ini memang melampau. Memang geram betul sebab baru-baru neh SPRM siap lepaskan tuan guru nik aziz dan menantu beliau daripada tuduhan fitnah rasuah. Pada saya fitnah rasuah haruslah diteruskan tanpa kompromi dan campurtangan pihak tertentu dalam SPRM. Jika tuan guru nik aziz dilepaskan daripada tuduhan fitnah rasuah, maka imej tuan guru nik aziz akan terlihat bersih. Ini yang kita tidak mahu sebenarnya. Ini yang kita geram dengan sprm sebenarnya. Sepatutnya mereka berada di side kita untuk menjahanamkan parti islam. Cis.

Lihat bukti printscreen di bawah ini ;

Saya percaya ini bukan derma. Kalau pun ini derma kita kena fikir strategi baru untuk divert kepada rasuah. Kita mesti berbuat demikian. Sebagai pembodek dan pengampu tegar umno kita mesti berbuat demikian. Fitnah adalah darah daging kita.Meneruskan kerjaya fitnah memang adalah sangat dimestikan.  Sekarang neh saya akan havockan posting ini dengan fitnah. Saya akan cuba memanipulasikan rakyat marhaen bahawa tuan guru nik aziz sebenarnya memberi rasuah bukan derma. Sama ketika kempen PRK di galas. Bijak fitnah, saham kita naik. 

Oleh itu saya telah menyiapkan beberapa plan fitnah. Pertama sekali perkasa kelantan mesti report polis. Cakap tuan guru nik aziz merasuah parti pas. Kedua, umno kelantan pun kena report polis. Juga atas alasan yang sama. Ketiga mesti muncul di tv. Mesti masuk buletin utama. Jangan berita yang lain. Takde kick. Awani pula lebih suka bebas. Kerjasama antara umno-awani dilihat tidak menjadi. Persetankan awani. Kita sokong tv3 suku sudah.  Lagipun tv3 milik umno yang pro umno. So itu bukan masalah besar. Selepas itu masuk dalam utusan.Minda rakyat harus di jajah. Ingat, selagi rakyat malaysia melayu-muslim bodoh dan sering mencaci maki tuan guru nik aziz selagi itulah kita akan rakus menjahanamkan negara neh. Mesti sokong umno jika mahu melayu terus jahanam. 

Tengok lagi printscreen bawah neh ;



Baca betul-betul apa yang terkandung dalam artikel di atas. Petikan ini dipetik dari utusan. Bukan dari harakah. Tetapi dari utusan. Lihat sini
Nisbah pemilikan tanah malaysia : non-malaysia ialah 70 : 30.

Daripada 70 itu pula berapa ramai melayu yg memiliki? Lebih tepat berapa ramai islam yang memilikinya? Kira balik betul2 berapa rizab melayu. Terima kasih kepada umno. Jasa mu tetap ku kenang sampai mati.

Baca betul2. Tiada had pelaburan oleh warga asing untuk memiliki tanah di malaysia. Tiada had. Apa? Tiada had. Ya, tiada had. 30 percent dari bumi malaysia dimiliki oleh warga asing. Apa? 30%? Lagi 20% maka malaysia kini dimiliki oleh warga asing tak lama lagi. Siapa yang jual negara neh? Apa? DSAI? Memang mangkok ayun punya menteri!! Berani lue jual negara neh kat warga asing. Cikabeng lue! Mari kasi ajar pengkhianat negara ini!



Ameno : 30% tanah di malaysia dimiliki oleh warga asing. adakah itu satu peratusan yang kecil guys?

Sumber : sini dan sini

Anak adun pas kantoi pakai rantai dan warna rambut!

Jangan main-main. Ini berita pecah panggung. Berita ini memang berita yang mengoncang seluruh keimanan team pas. Saya minta UMNO sebarkan berita neh diseluruh berita dan media massa yang didomininasikan oleh kerajaan. Sebab tue saya dah pesan banyak kali dekat PAS. Jangan berlagak hero. Jangan berlagak baik. Jangan ceramah berkobar-kobar tapi dalam masa yang sama, anak-isteri sendiri tah kemana-mana hala. Jangan suka kutuk umno dalam tv. Jangan suka hentam umno yang memang terbukti juara islam. Jangan suka halang umno buat kerja-kerja dakwah. Jangan roboh masjid sebab orang masjid lebih pro umno dari pro pas. Jangan suka super-impose gambar pemimpin umno. Dan jangan suka menempelak umno dalam paper-paper terbitan mereka. Lihat gambar di bawah ini.



Untuk rekod : Adun Pas ini ialah yang bertanggungjawab menaikkan harga barang dan menipu seluruh rakyat malaysia. Saya tak tipu. Boleh lihat sendiri di sini. Inilah dia adun pas yang tak tahu malu. Siap sound peniaga lagi jangan naikkan harga barang. Saya tak tipu. Boleh tengok sini. Malahan siap suruh tanam sayur sendiri. Saya tak tipu. Boleh tengok sini

Sebab tue lah saya minta media jangan bias. Jangan berat sebelah. Jangan asyik bela pembangkang je. Saya tak boleh tahan dengan media macam neh. Siyes. Boleh ke muslim pakai rantai, makeup dan mewarna rambut? 

Jangan salah faham. Kami pun takdelah baik sangat. Kami pun kena tarbiah gak. Kami pun selalu dengar ceramah gak bagi memperbaiki diri sendiri. Sebab tue lah kami tak suka cakap besar. Kutuk2 orang dalam tv tapi bila terkena batang hidung sendiri, boleh pulak buat sembunyi2. Sebab tue dah pesan banyak kali, jangan serang peribadi. Heh.


Ameno : Jangan serang peribadi pemimpin. Jangan serang peribadi mereka. Mereka pun ada keluarga.Kita pun ada keluarga. Keluarga kita tak perfect. Sebab tue jangan serang peribadi pemimpin dengan niat licik. Iman tak boleh diwarisi, oleh itu jangan suka cakap besar dan cakap berapi2 depan tv konon nya pas parti sesat. Sekian.

Sumber maklumat : Rakan fb dan blog ini

Roboh rumah rakyat, bukti kerajaan prihatin.

Kerajaan selangor buat kecoh lagi. Kepimpinan khalid Ibrahim buat hal lagi. Pakatan rakyat memang tak serik-serik lagi. Sudahlah baru-baru ini mereka dihalau dan digantung dari parlimen masih lagi cuba nak berlagak hero dan memperjuangkan keadilan demi rakyat. Agaknya mereka belum sedar lagi kot sejauh mana BN mampu bertindak untuk hapuskan mereka. Mereka tak tahu kuasa apa yang ada pada BN. Mereka tak tahu apa yang UMNO mampu buat untuk mengenakan mereka. Mereka cuba pandang rendah kepada UMNO. Takpe, saya percaya Najib ada strategi sendiri untuk menunjukkan dia lebih berkuasa. Dan Najib ada strategi sendiri untuk menundukkan kemaraan pakatan rakyat. Dan dengan taktik-taktik licik dan keji saya percaya PR akan terkubur. Padan muka. Berani cari pasal dengan UMNO. Itulah pembalasan nya. 




Saya minta korang jangan percaya kat PR bulat-bulat. Mereka memang suka sangat menyibuk. Cerita sebenarnya macam neh ;

1. Kerajaan BN nak merobohkan 80 buah rumah kat taman bakti, ampang.

2. Kerajaan BN ada niat yang tertentu untuk robohkan perumahan tersebut.

3. Niat tersebut ialah nak membangunkan kawasan tersebut.

4. Mereka bercadang nak bina lebuhraya.

5. Ada lebuhraya mestilah ada toll.

6. Ada toll mestilah ada peluang pekerjaan.

7. Tapi kerajaan PR neh manalah nak nampak semua neh.

8. Minda mereka dibutakan untuk berbakti kepada rakyat marhaen. Ceh.

9. Kerajaan PR telah campurtangan atas kes ini dengan menghalang cadangan tersebut.

10. Cadangan ini telah diluluskan oleh kerajaan negeri selangor dibawah pimpinan khir toyo terdahulu. Yakni di bawah BN.

11. Namun sejak khalid masuk campur, dia telah membuat beberapa plan dan mesyuarat dengan syarikat yang akan bina lebuhraya.

12.Antara plan tersebut ialah memastikan tiada rumah yang akan dirobohkan.

13. Selain itu khalid telah menukar arah laluan lebuhraya yang sepatutnya. Jika ikut pelan asal, sebanyak 80 rumah rakyat wajib di nyahkan.

14. Namun atas campurtangan kejahatan khalid, 80 rumah rakyat ini dia pertahankan.

15. Namun khalid mungkin syok sendiri, sebab menteri kerja raya akan melawat kawasan taman bakti. Dan jika menteri tidak bersetuju dengan cadangan khalid, ini bermakna 80 rumah rakyat tetap akan dimusnahkan sepertimana yang pernah dipersetujui oleh khir toyo.

Itulah cerita sebenarnya. PR memang suka menyibuk tak tentu hala.Naik geram dibuatnya. Saya harap menteri jangan ikut terpengaruh dengan mereka. Robohkan aje rumah rakyat tue. Buat apa rumah tepi lebuhraya. Nanti mereka claim takmo bayar toll pula bila ulangalik kerja. Lagi payah nak handdle masa depan. Untuk elak kesulitan saya cadang hapuskan semua mulut2 yg berbunyi. Jangan takut. Iblis sentiasa bersama kita. Mudah-mudahan dirahmati Iblis dan Syaitan. Mari kita sama2 doakan. Iblisssss... (ganti amin)


Ameno : WOW, kampung baru, taman bakti kedua2 nya dalam bahaya!

Khamis, 16 Disember 2010

Facebooker's hina islam demi negara?

Sila baca petikan printscreen di bawah, lihat betul-betul apa yang dia perkatakan ini.



Sabar dulu. Jangan cepat tangkap mereka orang umno. Ini yang saya geram neh. Memanglah saya pengampu umno. Tetapi saya pengampu yang rasional. Bukan pengampu yang main serbu aje. Heh.

Saya pada mula nya ingatkan si penulis komen adalah satu spesis dengan saya, iaitu spesis pengampu umno yang bodoh dan tegar. Tetapi setelah berfikir dan meneliti komen dia, saya dapati ada keraguan dalam cara dia menyampaikan 'mesej'. Lebih-lebih lagi cara dia memaki malaysia dan melihat singapura. Heh. 

Dia neh saya percaya orang indonesia. Sabar dulu orang indonesia. Jangan marah saya melulu. Kalau nak marah, marahlah nick di atas. Sebab apa? Sebab mereka memprovokasi rakyat malaysia. Tindakan dia ini sebenarnya dia lakukan dengan sengaja. Dia tahu UMNO vs PAS di malaysia. Dia mengambil kesempatan itu. Dan apa yang kelakar, dia tersilap percaturan. Dia siap maki islam lagi. Dalam banyak-banyak rakyat indonesia yang saya kenal, selalu nya yang beragama islam agak rasional dan tidak suka memaki rakyat malaysia. Ini berbeza bagi mereka yang bukan beragama islam. Rakyat indonesia yang beragama islam mereka sangat baik dan ramah.Malahan mereka sangat suka berkongsi ilmu dengan saya. Hingga kadang2 dicemburui oleh rakyat indonesia sendiri. 

Saya juga dapati ada beberapa group anti negeri-negeri lain di malaysia. Ini kami percaya (rakan2 dari malaysia) bahawa group2 tersebut kemungkinan di tubuhkan oleh orang indonesia bagi membuatkan rakyat malaysia saling bertelagah di facebook.

Usah kata anti-negeri lain, malahan kemungkinan besar anti kaum juga mungkin di tubuhkan oleh mereka. Mereka ini sangat licik. Mereka banyak kali mengatakan kepada saya, mereka akan guna pelbagai cara untuk menyerang malaysia. Dan ini salah satu cara nya. Sebodoh-bodoh orang umno, mereka pun tak akan maki malaysia membuta tuli seperti di atas. Heh.

Indonesia, janganlah benci kami. Kami tak benci kamu. Percaya cakap saya. Daripada kamu benci kami, ada baiknya kamu luangkan masa kamu untuk ubah negara kamu dengan memilih pemimpin yang berkaliber. Dengan melihat kami sebagai musuh ianya sebenarnya mensia-siakan masa emas kamu. Heh.

Ameno : Provokasi ini saya dah faham.

Sumber dari sini

Selamat tinggal melayu kampung baru.

Kini melayu kampung baru boleh merasa lega. Lega kerana mereka sudah tidak lagi dilindungi oleh UMNO. Umno yang menerajui kerajaan akan tolong penduduk melayu di kampung baru membubarkan dua akta penting. Dua akta penting ini sebenarnya dipertahankan selama ini demi melindungi penduduk melayu di kampung baru. Namun dengan penghapusan dua akta penting ini, saya percaya melayu di kampung melayu juga akan turut terhapus. Syabas Najib. Kerja dia semakin cekap. Dia semakin menyerupai Mahathir. Lihat bawah ini ;

PAS Wilayah Persekutuan kesal dengan hasrat kerajaan untuk memansuh dan membubarkan Enakmen Malay Agricultural Settlement (MAS) dan Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu (Lembaga MAS) apabila Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 dikuatkuasakan kelak.
Rang Undang-undang Akta tersebut telahpun dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen pada Selasa lalu oleh Datuk Raja Nong Chik, Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Rang undang-undang tersebut akan dibahaskan pada sesi Parlimen bulan Mac akan datang.
Seksyen 57(1) dan (2) Rang Undang-undang tersebut secara jelas menyatakan berkenaan pembatalan dan pembubaran enakmen dan Lembaga MAS tersebut dan perkara ini mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap survival pemilikan hartanah orang-orang Melayu di Kampung Baru.
Menurut Penasihat Undang-Undang PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, ini kerana kaedah-kaedah yang digariskan di bawah Enakmen MAS tersebut secara jelas memperuntukkan bahawa hartanah di Kampung Baru hanya boleh dimiliki dan dipindahmilik oleh orang-orang Melayu sahaja.
“Apa yang dibimbangi ialah dengan pemansuhan tersebut, tidak ada jaminan lagi hartanah Kampung Baru akan terus kekal seratus-peratus milik orang-orang Melayu di masa akan datang,” ujarnya.
Tambahan pula, jelasnya tafsiran “kepentingan orang Melayu” yang dimaksudkan dalam akta tersebut hanya merujuk kepada budaya, adat resam dan seni bina bangunan masyarakat Melayu sahaja dan tidak secara jelas menyatakan berkenaan pemilikan hartanah mesti kekal di tangan orang Melayu.
Ini, tambahnya diperkuatkan lagi dengan fungsi perbadanan yang dinyatakan di bawah Seksyen 14 akta tersebut bahawa perbadanan boleh berurusan dengan “mana-mana orang” untuk mengurus serta memindahmilik dan melupuskan aset Kampung Baru.
Kesudahannya, kata beliau jika rang undang-undang ini diluluskan kelak, maka milikan hartanah orang Melayu di Kampung Baru akan terancam dan tidak ada jaminan ia akan terus kekal.

Saya memang suka sangat lah dengan pelan tindakan kerajaan di bawah najib. Seronok sangat tengok melayu semakin me-la-yu di bawah pimpinan najib. Namewee tidak didenda. Aset melayu berpindah milik kepada bangsa lain. Penganut islam yang semakin tertindas. Negara yang semakin dipenuhi dengan korupsi. Pemimpin pembangkang yang tiba-tiba dikenakan hukuman gantung parlimen. Termasuk beberapa ahli parlimen pembangkang. Pendedahan wikileaks tentang najib yang sampai sekarang tiada maklum-balas dari najib. Dan terbaru najib bangkit bilamana singapura menyerang kepimpinan najib menerusi wikileaks. Tindakan pantas najib saya puji. Disebarkan menerusi tv3 dan diperluaskan pula oleh utusan. Rujuk gambar di bawah ini ;



Baca betul-betul apa yang najib cakap. Najib cakap ;



Malaysia di pimpin oleh ahli politik yang cekap mentadbir negara.


Bukti sememangnya malaysia di pimpin oleh ahli politik yang cekap boleh rujuk di link bawah ini. Hah. Apa lagi yang pembangkang nak cakap? Mesti kering idea nak kutuk najib kan? Padan muka lue!


Ameno : Tengah tunggu perkasa mengamuk sakan. Ishhh.. mungkin ke? Kah kah kah

Sumber artikel ialah sini dan sini

Rabu, 15 Disember 2010

Must read !! Minyak indonesia lagi murah! WOW.

Aik.. jangan salah sangka. Saya tak buat artikel ini untuk kutuk UMNO. Pada sapa yang sangka begitu nanti saya ketuk dia dengan botol baru dia tahu. Cis. Berani salah sangka sama saya. Saya neh dah lah pembodek tegar umno. Memang mahu cari pasal rupanya. Tengok printscreen kat bawah neh ;



Nampak tak beberapa perkataan yang saya highlightkan tue? Hah. Baca betul-betul lah. Indonesia pun sibuk nak kurangkan subsidi. So ini bermaksud kerajaan mempunyai niat yang suci bersih murni mulia sebab tue lah mereka mengurangkan subsidi. Rakyat malaysia di minta untuk buka minda sket. Jangan pandang negatif je beb. Kah kah kah

Dan kepada blogger umno seperti saya,  kalau boleh kita jangan hebohkan citer neh. Kita taknak nanti rakyat bandingkan minyak malaysia dan minyak indonesia. Rakyat malaysia neh jenis cerdik. Nanti mereka tangkap muslihat kerajaan kan naya kita nak TWIST situ sana sini. Dediam sudey. Berita neh patut diselindungkan. Hermm.. geram juga aku dengan kosmo-kismis neh. Apsal dia dok paparkan citer neh kat dalam paper dia. Memang cari nahas. Kosmo neh harus di ajar. Harap KDN boleh amek tindakan tata-tertib kat kosmo-kismis neh. Saya percaya dia ada niat nak jatuhkan najib. Jika najib-rosmah jatuh tahun depan kita mungkin tidak akan menyaksikan penurunan cukai ke atas barangan branded yang di import.

Ameno : Ini sudah lebey... kah kah kah

Berita lengkap sini

Selasa, 14 Disember 2010

Lim guan eng kantoi buat kerja gila.


Kantoi! Sebab tue lah saya dah pesan banyak kali. Jangan sokong DAP. Jangan sokong lim guan eng. Tapi rakyat melayu neh lemau. Jenis tak makan nasihat. Dah terhantuk barulah nak menyesal. Itu pun masih ada yang dekat berjuta-juta kali terhantuk pun tak menyesal-nyesal juga. Apa kes? Tengok gambar bawah atas, gambar bawah atas baru sahaja membuktikan lim guan eng buat kerja bodoh. Saya ulangi BODOH!

Umno selama neh punyalah penat lelah bertahun-tahun membanteras cikgu cikgi agama neh dengan memotong gaji dan menghapuskan sekolah SAR, tapi kebiadapan lim guan eng neh senang2 je meranapkan usaha keras kerajaan selama neh. BODOH lue lim guan eng!! Lue ingat lue sapa sibuk2 bagi duit kat guru2 kafa tue? Lue bukan orang islam mana boleh kasi bonus apa jadah seme neh! Umno dan perkasa mesti mengamuk tengok lue. Lue tunggu. Wa warning sama lue. Lue tunggu situ. Tengoklah apa umno dan perkasa akan buat sama lue. Dasar cina tak sayang diri. Memang saja cari pasal dengan umno. Ayuh umno kita kena pastikan cina neh jangan menyemak dalam urusan orang melayu dan orang islam. KM pulau pinang harus di ajar!! Tengok gambar yang lagi biadap kat bawah neh ;

 

Punyalah biadap KM pulau pinang neh. Dasar low class. Makan pun nasi bungkus. Lue neh memang setaraf Nik aziz lah. Dasar low class !! Orang jadi menteri makan tempat standard. Bukan tempat macam neh. Lue neh memang memalukan menteri2 semalaysia beb! Umno kasi ajar ini orang! 

Sekarang satu je plan yang termaktub dalam kepala hotak saya. Kita kena selamatkan orang islam pulau pinang. Kita kena selamatkan maruah melayu pulau pinang. Perkasa dan UMNO kena buat roadshow satu pulau pinang. Kita kena collect balik semua duit bonus yang kerajaan pulau pinang bagi kat semua orang melayu dan orang islam pulau pinang. Amacam? Ada berani? Cepat, saya sebagai pengampu umno sampai mampos memang dah tak sabar gila neh!!  





Ameno : Kah kah kah.. woittt pencacai umno cepat mengamuk woittt.. kah kah kah

Berita penuh sini

Perkasa yang sengsara..

Baru-baru ini dunia politik perkasa telah dikejutkan dengan kezaliman nazri aziz. Nazri aziz seorang menteri yang sangat BIAS telah berbaik-baik dengan NAMEWEE yang racist berbanding dengan PERKASA yang racist. Ini menimbulkan rasa tidak puas ahti PERKASA kepada NAMEWEE dan NAZRI AZIZ. Kenapa Nazri aziz dan Najib begitu beria-ria mahu berbaik-baik dengan kaum cina sedangkan PERKASA yang selama ini begitu menyokong perjuangan UMNO. WOW! Saya sangat sedih. (Bila saya sedih saya akan berbunyi seperti ketawa).
 

Lihat gambar printscreen di bawah ini ;


Gambar printscreen di atas ialah bukti perkasa yang sedih dan sengsara akibat perbuatan nazri aziz. Kah kah kah <== neh sedih neh, sedih saya memang special sket. Dan ini pula ialah gambar ketika armand berapi2 protes pasal Namewee dan kemudian nya memaafkan namewee setelah berjumpa dengan nazri aziz. Tengok bebaik.

Gambar2 ini didapati dari sini dan sini.


Masalahnya sekarang neh apa pula perasaan ahli perkasa? Tengok printscreen kat bawah neh lagi ;


Adakah ahli perkasa sanggup menjilat balik ludah mereka terhadap namewee demi nazri aziz dan armand ketua wira perkasa? WOW! Ini betul2 WOW! Selaku pengampu tegar umno sampai mati saya memang sanggup buat kerja BODOH neh!










Ameno : Kah kah kah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...