Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 17 Disember 2010

Roboh rumah rakyat, bukti kerajaan prihatin.

Kerajaan selangor buat kecoh lagi. Kepimpinan khalid Ibrahim buat hal lagi. Pakatan rakyat memang tak serik-serik lagi. Sudahlah baru-baru ini mereka dihalau dan digantung dari parlimen masih lagi cuba nak berlagak hero dan memperjuangkan keadilan demi rakyat. Agaknya mereka belum sedar lagi kot sejauh mana BN mampu bertindak untuk hapuskan mereka. Mereka tak tahu kuasa apa yang ada pada BN. Mereka tak tahu apa yang UMNO mampu buat untuk mengenakan mereka. Mereka cuba pandang rendah kepada UMNO. Takpe, saya percaya Najib ada strategi sendiri untuk menunjukkan dia lebih berkuasa. Dan Najib ada strategi sendiri untuk menundukkan kemaraan pakatan rakyat. Dan dengan taktik-taktik licik dan keji saya percaya PR akan terkubur. Padan muka. Berani cari pasal dengan UMNO. Itulah pembalasan nya. 




Saya minta korang jangan percaya kat PR bulat-bulat. Mereka memang suka sangat menyibuk. Cerita sebenarnya macam neh ;

1. Kerajaan BN nak merobohkan 80 buah rumah kat taman bakti, ampang.

2. Kerajaan BN ada niat yang tertentu untuk robohkan perumahan tersebut.

3. Niat tersebut ialah nak membangunkan kawasan tersebut.

4. Mereka bercadang nak bina lebuhraya.

5. Ada lebuhraya mestilah ada toll.

6. Ada toll mestilah ada peluang pekerjaan.

7. Tapi kerajaan PR neh manalah nak nampak semua neh.

8. Minda mereka dibutakan untuk berbakti kepada rakyat marhaen. Ceh.

9. Kerajaan PR telah campurtangan atas kes ini dengan menghalang cadangan tersebut.

10. Cadangan ini telah diluluskan oleh kerajaan negeri selangor dibawah pimpinan khir toyo terdahulu. Yakni di bawah BN.

11. Namun sejak khalid masuk campur, dia telah membuat beberapa plan dan mesyuarat dengan syarikat yang akan bina lebuhraya.

12.Antara plan tersebut ialah memastikan tiada rumah yang akan dirobohkan.

13. Selain itu khalid telah menukar arah laluan lebuhraya yang sepatutnya. Jika ikut pelan asal, sebanyak 80 rumah rakyat wajib di nyahkan.

14. Namun atas campurtangan kejahatan khalid, 80 rumah rakyat ini dia pertahankan.

15. Namun khalid mungkin syok sendiri, sebab menteri kerja raya akan melawat kawasan taman bakti. Dan jika menteri tidak bersetuju dengan cadangan khalid, ini bermakna 80 rumah rakyat tetap akan dimusnahkan sepertimana yang pernah dipersetujui oleh khir toyo.

Itulah cerita sebenarnya. PR memang suka menyibuk tak tentu hala.Naik geram dibuatnya. Saya harap menteri jangan ikut terpengaruh dengan mereka. Robohkan aje rumah rakyat tue. Buat apa rumah tepi lebuhraya. Nanti mereka claim takmo bayar toll pula bila ulangalik kerja. Lagi payah nak handdle masa depan. Untuk elak kesulitan saya cadang hapuskan semua mulut2 yg berbunyi. Jangan takut. Iblis sentiasa bersama kita. Mudah-mudahan dirahmati Iblis dan Syaitan. Mari kita sama2 doakan. Iblisssss... (ganti amin)


Ameno : WOW, kampung baru, taman bakti kedua2 nya dalam bahaya!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...