Khamis, 4 Mei 2017

Aksi Mahathir Troll MB Pahang Dapat Perhatian Netizens.

"Saya selalu berbasikal. Bukan sahaja pada masa tertentu," ringkas tapi tajam dan cukup mendalam. Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir apabila berkongsikan beberapa gambar beliau yang sedang berbasikal.

Mahathir  - Twitter
Kenyataan Mahathir itu dipercayai ditujukan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Rata-rata yang memberikan respon turut mempunyai pandangan yang serupa.

Reaksi balas netizens
Bulan lepas aksi berbasikal Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mendapat kecaman netizens. Ini gara-gara tindakannya yang berbasikal sehingga menyusahkan pengguna kenderaan yang lain. 

Beliau dihadiahkan sebuah basikal Nordic Track yang bernilai RM1,600 oleh Yayasan Pahang bersempena harijadinya yang ke 67 tahun. Selepas menerima hadiah tersebut, Adnan kemudiannya berbasikal mengelilingi Wisma Sri Pahang sebelum berbasikal hingga ke rumahnya.

Ketika berbasikal menuju ke rumahnya itulah yang membuatkan pengguna jalanraya menjadi marah berikutan terpaksa menunggu di belakang seorang 'pemandu basikal' yang berbasikal di jalan utama.

Aksi itu dikecam malahan ada yang beranggapan ia kempen murahan menjelang pilihanraya.  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...