Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label NFC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NFC. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Oktober 2012

Shahrizat Mengulas pasal banner lembu..

Mampos.

Tak pasal2 dengan aku sekali kena. Cinabeng punya mangkok ayon. Shahrizat, aku takde kaitan dengan banner tersebut walaupun aku yang sebarkan oke. Klik sini. First, sebab member baik sebarkan so aku fikir ia original. So aku tumpang kutuk je la kan pasal memang kelakar siot. Aku tatau pula ia super impose dan penipuan. Ampun ek.

Kat bawah neh shahrizat perli2 dan sindir2 sebab sapa tah mengenakan dia.. actually dengan aku2 sekali terkena oke. Demm.. tatau plak super impose. Sapa la yang pedajalkan kita neh.. siot je wehhhh..




Memang aku siyes ingat banner tue original. Tue yang aku siyes pergi sebarkan. Sekali dem. Memalukan aku jek lahai. Ampun shahrizat ampun.. jangan marah oke. Kita sayang shahrizat taw.. dan2 jek..

kah kah kah

Rabu, 21 Mac 2012

Siapakah Pandikar Amin Mulia yang menghalang siasatan PAC ke atas NFC?


Speaker jek pun.

Tapi kenapa sibuk campur tangan? Sudahlah takley dibahas dalam parlimen atas alasan tah hapa2. Korang bayangkan ek, kalau benda neh takley dibahaskan di parlimen so macam mana kita nak tahu beberapa fakta yang penting berhubung kes neh?

Contoh kes sekarang neh kita dah bangkitkan beberapa bukti yang mengaitkan dana nfc digunakan oleh family shahrizat untuk bina kekayaan di singapore. So pr nak bentang bukti2 neh dalam parlimen. 

Bila pr bentang bukti2 neh dalam parlimen kita boleh lah nak fahamkan orang lain bahawa isu nfc neh memang ada bukti kukuh. Ini yang kita nak tekankan sangat. Dorang mungkin boleh sorok rekod mahkamah tapi rekod parlimen ramai orang boleh akses. So ini antara sesuatu yang kita boleh tayang dan tayang selagi isu nfc tidak diadili.

Tapi sekarang neh speaker tak bagi pr bahas isu nfc dalam parlimen. Bila kita takley bahas dalam parlimen maka penyokong2 umno akan sentiasa bercakap bahawa isu nfc ialah satu propaganda pembangkang walaupun terbukti kita cakap berdasarkan bukti yang lengkap.

Bila dah bahas dalam parlimen, masa tue boleh tengok macam mana pemimpin2 kita akan menjawab isu neh. Kita nak harapkan mahkamah? Berapa ramai sangat yang boleh ikuti prosiding mahkamah? Itupun dengan peraturan2 yang melecehkan disamping penggunaan ayat2 yang jelas aku takan faham sebab bukan belajar undang2 beb.

Kalau dibahaskan dalam parlimen masa tue memang direct arh boleh tengok air muka menteri2 bien nak menjawab dalam isu neh. Menghalang ia daripada dibahaskan dalam parlimen adalah perkara yang memalukan. Jelas bien melindungi shahrizat sampai ke saat2 akhir. Kalau tidak buat apa siasatan nfc dipulangkan semula dua kali kepada polis diraja malaysia sebelum di heret ke mahkamah? 

Nak jadikan ia macam kes khir toyo? Ada sesiapa tepuk tangan masa khir toyo didenda setahun? Takde kan? Kena booo lagi ada. Sebab apa? Sebab orang takan terbeli dengan wayang bien lagi. Sedar lah weh. Kes nfc neh membuktikan yang bien bukan sahaja dilihat sebagai menyokong pengsonglap malahan terbukti juga sebagai pengsonglap. Neh bukan tuduh2 der. Bukan. Aku dah lakukan pemerhatian terperinci. Siyes neh. Aku keji gile larh dengan kerajaan macam neh.

Dan berbalik kepada isu pasal speaker yang menghalang siasatan pac ke atas nfc, aku baca dari tmi. Baca bawah neh ;

Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah mengarahkan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) untuk menghentikan inkuiri terhadap penyalahgunaan RM250 juta dana awam oleh Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).

The Malaysian Insider difahamkan panel sedang mengadakan mesyuarat tergempar untuk menolak arahan Speaker Dewan Rakyat sehari selepas keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, pemilik syarikat tersebut, enggan berhadapan dengan jawatankuasa berkenaan.

“Speaker mengarahkan untuk ‘menghentikan’ inkuiri terhadap NFC dan keputusan itu adalah sub judis,” menurut sumber melalui pesanan ringkas. -TMI-
Ini apa? Ini bukti campurtangan. Speaker, ko dah jadi pembela shahrizat pula ke? Sapa arahkan speaker berbuat demikian? Dan jawapan pac selepas habis bermesyuarat ada kat bawah neh ;

Jawatankuasa Kira-Kira Awam menegaskan akan meneruskan siasatan terhadap inkuiri pertuduhan penyalahgunaan dana awam RM250 juta oleh Pusat Fidlot Corporation (NFCorp). 

Bagaimanapun, Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata kepada pemberita mereka akan mematuhi arahan Speaker Dewan Rakyat yang perkara menjurus kepada dakwaan jenayah dihadapi Pengarah NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail adalah subjudis.

“Tan Sri Pandikar Amin Mulia menasihatkan kami menuruti Dewan,” kata Ahli Parlimen Padang Besar itu (gambar). “Tapi saya dimaklumkan perkara berkenaan Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang tidak berkaitan perkara mahkamah boleh dibincangkan.

“Apa yang akan kami sentuh adalah bagaimana dana awam digunakan, diluluskan, kajian bagaimana akan dibuat dan masalah bagaimana akan timbul. Perjanjian persetujuan tidak akan berubah sekiranya mereka dibawa berjumpa PAC. Tiada subjudis di sini.”-TMI-

Siasatan akan diteruskan walaupun wakil nfc tidak terlibat. Peh. Siapa shahrizat neh yang dorang begitu beria2 melindungi dia hah? Tak puas ahti betul aku. Begini ke layanan nya bila orang2 besar, vvip, kenamaan buat salah? Rakyat yang sokong bien. memang sedang dipersampahkan. Dan korang memang bebal. 

Gua takmo dipersampahkan oleh pemimpin2 bien. Siyes. Tolak bien. Satu undi kepada bien bererti kita mengkulibatakkan diri kita demi kerakusan pemimpin2 bien merembat dana awam untuk membina kekayaan peribadi. Siyes gua bukan kulibatak. Siyes, gua juga bukan sampah. Sapa terasa padan muka.

Green Car? Apa tue? 

Ameno : Keji siot.

Selasa, 13 Mac 2012

Pemimpin umno semuanya BODOH NAK MAMPOS ke?

Bengangnya aku.

Pemimpin umno neh semua nya bodoh ke apa? Tanya jek neh. Bukan tuduh. Tanya dulu. Betul ke tak betul dorang tue seme bodoh ataupun tidak? Sebenarnya dari semalam lagi aku rasa nak pijak2 mulut orang yang meroyan atas kes shahrizat.

Kenapa?

Baca bawah neh ;


Ini baru satu statement. Belum lagi 3 statement lain dari najib, muhyiddin dan ahmad maslan. Aku dah malas nak petik. Yang neh pun aku ciplak dari beritasemasa. Jadilah buat modal mengutuk pemimpin2 bien atas perkara yang memang perlu dikutuk pun. Bukan suka2 nak kutuk der.

Kalau sapa tengok tv semalam, mereka akan tahu semua pemimpin2 umno bangga dengan pengunduran shahrizat dari jawatan menteri bermula 8 april neh. Macam2 komen yang keluar. Soh menghargai lah, satu tindakan terpuji lah, satu pengorbanan lah dan etc2. 

Dorang neh taktau lah macam mana jadi menteri aku tapi jelas disini mereka mempunyai otak2 yang senget. Kenapa senget? Nak tahu? Mudah ;

1. Shahrizat berundur = terpaksa letak jawatan = sebab terpalit dengan skandal penyelewengan nfc = yang kini juga sedang menjadi kes mahkamah = maksudnya pertuduhan ke atas mereka selama neh adalah benar dan betul. Faham? 

Maksudnya selama apa yang kita dok pongpang2 tue ada kes lah. Bukan takde kes. Kalau takde hujah macam mana boleh jadi kes di mahkamah? Pembangkang bukan saiful bukhari. Saiful bukhari takde bukti pun takpe. Guna hujah mulut jek. Isu nfc ada bukti, keterangan, saksi serta dokumen yang kuat. 

2. Selepas difahami kenapa shahrizat terpaksa berundur = tiba2 semua pemimpin umno menyalak suruh kita menghargai pengorbanan shahrizat. Betul ke pemikiran macam tue? Takde rasa malu dan segan ke suruh org menghargai seseorang yang dah menyalahgunakan dana awam untuk membina kekayaan peribadi? 

Dia berundur adalah sesuatu yang lebih dari patut dia kena buat. Bukan sekadar berundur, pulangkan balik NFC dan wang rm250juta disamping perlu didakwa dan harus dihukum di mahkamah kerana menyeleweng. Ini adalah prosuder biasa bila melibatkan penjenayah. 

Dia, sudah dibuktikan oleh kita sebagai penyeleweng tetapi mahkamah belum memuktamadkan hal tersebut untuk membolehkan dia dihukum. Itu sahaja. Songlapan dia dah terbukti. Tak payah nak cakap banyak cakap ia tak terbukti. Ia dah terbukti cuma mahkamah belum memutuskan ia. Samada dia dihukum or tak dihukum pandangan kita terhadap dia tetap sama. Iaitu penyonglap wang rakyat. Ia takan berubah. 

3. Lepas tue depa dok kait2 dengan isu peribadi pula. Elizabeth wong berbogel dan beromen dalam kawasan peribadi dia yakni dalam rumah dia. Dia bukan orang islam. Dia nak beromen sampai mampos apa hak kita nak kaco? Dan yang lebih keji ialah tangkap gambar2 bogel dia untuk disebarkan bagi mengaibkan dia, logik ka??

Adakah dia menggunakan wang rakyat ketika beromen? Takde. Dia beli kondom guna wang rakyat ka? Pun takde. Isu peribadi nak dibandingkan dengan isu songlap? Bodoh ke ko?

Takde apa pun pengorbanan yang shahrizat buat atau mana2 pemimpin buat terhadap rakyat malaysia selama neh. Apa yang dilakukan ialah satu bentuk pengkhususan sahaja. Aku jadi rakyat, ko jadi pemimpin. Aku nak kan kemajuan dan ko cari jalan untuk realisasikan apa yang aku inginkan. Itu sebab aku undi ko dan bayar wang cukai kepada ko.

Dan bila ko salah urus aku berhak marah dan hukum ko. Itu tindakan yang patut sebab ko dah lari daripada perjanjian kita. Pemimpin dan wakil rakyat seme sama saja statusnya bagi aku. Mereka tak buat kerja dengan free. Mereka dibayar untuk itu. So takde lah istilah pengorbanan, tindakan terpuji dan harus berterima kasih sekalipun. 

Jadi tak perlu lah beria2 nak suruh org menghargai, memahami pengorbanan ataupun memaksa orang berterima kasih dan etc2. Benda tue harus direct datang dari rakyat bukan disuruh oleh mana2 pemimpin or pembodek2 mereka. Yang bos ialah rakyat, bukan pemimpin or mana2 wakil rakyat sekalipun. So inilah pandangan aku. Jelas.

Ameno :  Bodoh gila nak hargai pengorbanan seseorang yg meletak jawatan sebab menyonglap!

Khamis, 23 Februari 2012

Wakil kerajaan dalam NFC tatau NFC beli kondo walaupun dibayar rm700 untuk hadir mesyuarat der..


Sedihnya baca laporan berita kat atas neh. Dibayar rm700 untuk hadiri mesyuarat pun tak reti buat kerja. Tak pasti samada bayar rm700 untuk sekali mesyuarat ataupun sebulan rm700 tapi yang penting duit rakyat dibayar kepada kepala hanggok yang tak reti buat kerja dengan betul.

Beginilah, dengar nasihat aku kali neh. Ketiga2 wakil kerajaan neh sila beramboskan mereka dari jawatan yang mereka pegang dan lantiklah aku dan tiga orang yang lain. Sekurang2nya aku ada kejujuran untuk menjaga hak rakyat meskipun tiada pengalaman dan bukan arif dalam bidang neh. Itupun lebih baik sebab pengalaman boleh dicari dan ilmu boleh ditimba.

Tiga individu neh makan gaji buta dan tak buat kerja. Kalau kerajaan simpan mereka maka kerajaan juga mengiktirafkan tiga individu yang tak reti buat kerja neh. Macam mana dia boleh terlepas pandang laporan perbelanjaan nfc sejak tahun pertama lagi ketika nfc beroperasi?

Kalau pun dia terlepas pandang pembelian kondo macam mana pula dia boleh terlepas pandang isu soal kad kredit sedangkan hal tersebut jelas ternyata dalam cashbook nfc? Bagaimana pula dengan pengakuan salleh bahawa pembelian kondo merupakan satu pelaburan adalah tindakan yang bijak? Bukan kah ketika itu ketiga2 individu neh sepatutnya sudah boleh menyemak apa yang mereka terlepas pandang in order untuk menjaga amanah rakyat?

Macam mana pula dengan pembelian tanah2 di putrajaya yang jelas menggunakan dana nfc? Macam mana ketiga2 individu neh langsung tak reti nak pergi godek info pasal laporan kewangan perbelanjaan keluar masuk nfc sedangkan mereka duduk dalam bod nfc?

Bagaimana mereka neh boleh jadi bod tanpa buat kerja? Tidak kah peranan bod neh memastikan segala apa yang dilakukan oleh pengurusan nfc berada dalam pengetahuan mereka supaya tiada kerugian yang berlaku? 

Bukan kah sesetengah perkara perlukan kelulusan bod sebelum ia boleh di proceed apatah lagi dana rm250juta itu dinyatakan dengan jelas ia diasingkan dalam satu akaun khas yang mana memerlukan kelulusan2 pihak tertentu termasuk bod untuk dikeluarkan? Jika bod proceed maka baru hantar usul kepada kementerian kewangan sebelum di approved untuk dikeluarkan?

Hey.. aku keji gila dengan dorang neh. Bahasa baik memang takde arh. Bila nak mampos? Terjunlah bangunan sekarang. Pilihlah mana2 sprm yang berdekatan. Bai.

Ameno : Makan gaji buta jek.

Jumaat, 3 Februari 2012

Rafidah SOUND Shahrizat!

Hah

Hambek kau.

Rafidah sound shahrizat. Baca bawah neh ;

Rafidah: Leave if you are a burden!

KUALA LUMPUR: Former Wanita Umno chief Tan Sri Rafidah Aziz has launched a scathing, thinly-veiled attack on her successor Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, suggesting that the latter should vacate all posts in Umno and the government.

In a candid interview with The Malay Mail recently, Rafidah stopped short of naming Shahrizat but the references were clearly pointed at the Women, Family and Community Development Minister.

“If you are a problem to the party and government, please move out!

“That’s it (for) everyone, whether it’s got to do with cows or anything (else). That’s the most matured way of dealing with your problems,” said Rafidah.

“Why are you so hung up about the three-week decision (to take a break)? You’re missing the point!

“The point is: damn it, decide, don’t leave it (the decision to go) to the Prime Minister (Datuk Seri Najib Abdul Razak). Don’t leave the onus on the Prime Minister to decide for you.”

Rafidah’s remarks are bound to re-ignite talks of hostility between the two Umno heavyweights. Shahrizat had toppled Rafidah from her Wanita chief post in 2009.

The Kuala Kangsar MP said a chain was only as strong as its weakest link.

“If your toe has gangrene, you don’t chop off the whole leg, you just amputate the toe!”
Hence, she said leaders who have become a liability to their respective political parties should take the right step and leave the party or at least resign from their posts rather than passing the burden to party leadership as they do not fit Najib’s definition of a “winnable candidate”.

The Prime Minister had on several occassions stressed that the Barisan Nasional would only field what he termed as “winnable candidates” in the next general elections.

“Whoever is in the wrong, please do the needful. But do not use the same brush stroke to tarnish the government.That’s why I say if you’re a bother to the government, you are a liability to the government and to the party, (and should) make the decision to move away,” she said.

Known as the Iron Lady, Rafidah was also quick to slam anyone who intends to open old wounds such as the allegations of the awarding of Approved Permit (APs) that was used against her during her time in government.

She said it was unfair to equate the two incidents.

“There was no evidence and there was no link to any family member,” she said.

“You think I’m not a God-fearing woman and do all these things? It’s a sin, you know!”

Shahrizat, who is currently abroad, did not respond to calls and text messages.

The Malay Mail

Point penting ;

1. Rafidah walaupun tidak menamakan shahrizat dalam artikel di atas neh tetapi jelas dia menujukan statement neh khusus buat shahrizat.

2. Rafidah menegaskan bahawa individu yang memberi masalah kepada parti dan kerajaan harus meninggalkan jawatan nya samada dalam kerajaan, parti ataupun kedua2nya sekali. Ini barulah tindakan yang matang. Buat apa sibuk amek cuti 3 minggu pula?

3. Rafidah juga menegaskan jangan susahkan najib untuk selesaikan isu neh. Dah sendiri yang bermasalah, sendiri out lah. Jangan susahkan parti. Jangan kerana dia, parti pula musnah.

4. Rafidah juga menafikan skandal ap sama seperti skandal lembu. Berbeza dengan skandal lembu, skandal ap tidak melibatkan mana2 ahli keluarga rafidah. [suami dia itu bukan kah terbabit sekali dengan skandal ap?]

5. Shahrizat sekarang neh kat luar negara, dia juga mengabaikan semua panggilan telefon dan sms.

Kesimpulan nya?

UMNO pun marah shahrizat duduk dalam umno, jadi ada logik kah kalau pembangkang dan rakyat rasa tak marah dengan shahrizat? Mesti tak logik punya. So blah larh shahrizat, belah larh woitttt..

Ameno : Berambos je larh.. tunggu pr amek alih baru lah kami boleh hukum ko.

Ahad, 22 Januari 2012

11 NGOs dan PERKASA puas hati dengan penjelasan NFC.

Owhh ye?

Sorry. Aku sebagai rakyat tak puas ahti plak. Kepuasan ahti ko hanya mewakili ngos dan perkasa ia bukan mewakili majoriti rakyat malaysia. Lihat bawah neh ;


Tak guna lah ko pongpang2 pasal nfc selepas tue dalam dua hari tiba2 ko setuju plak dengan nfc ibrahim weh. Buat lawak je lah ko neh. Sebab tue orang ejek2 ko katak. Pendirian ko asyik melompat2 jek. Langsung tak konsisten. Tapi ada aku kesah dengan persefahaman ko dengan nfc? Tak heran sebab kredibiliti ko dan perkasa dah lama jahanam.

Yang penting dalam isu nfc, si salleh neh kena jelaskan pada rakyat terbanyak dan bukan pada ngos or rakyat terpilih. Laporan sprm dan polis pula kena telus dan open kepada orang ramai supaya kami seme boleh menilai adakah sprm dan polis benar2 buat kerja or sekadar wayang. 

Sebagai rakyat kami berhak tahu apa yang kerajaan buat dengan duit hasil negara dan bagaimana cara mereka belanjakan ia. Samada ia benar2 mengikuti piawaian or main langgar ja. So, jangan nak pandai2 halang ia guna akta bodoh nama OSA plak. Bai.

Ameno : Ibrahim ali selalu setuju dengan benda yang salah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...