Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Media Sosial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Media Sosial. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Jun 2018

Inilah Bukti Kos Sebenar Perbelanjaan Agong Untuk 16 Bulan Ialah RM79,284,717.50 & Bukannya RM250 Juta Kata Penyokong Istana.

Friends Of Istana Negara mendedahkan kos sebenar perbelanjaan yang digunakan untuk membiayai operasi Istana Negara dan Agong ialah sebanyak RM79,284,717.50 dan bukannya RM250 juta seperti yang didedahkan oleh bekas pengarang NSTP, A.Kadir Jasin sebelum ini.

Berikut dibawah ini adalah penjelasan mereka;

Oleh : Friends Of Istana Negara

Kami sangat kecewa bahawa blog dan berita yang tidak disahkan baru-baru ini menyebarkan tentang perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Berita-berita ini seolah-olah menimbulkan syak-wasangka mengenai pentadbiran dan perbelanjaan Istana Negara.




Ia seolah-olah satu usaha oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan reputasi Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong dan peranan Baginda sebagai pembela perlembagaan Malaysia dan hak-hak Melayu dan Bumiputera dan semua warganegara Malaysia. Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara Malaysia yang kita cintai.


Terdapat kenyatan yang dibuat oleh bekas ketua editor NST yang menyebut bahawa perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong adalah melebihi 250 juta ringgit untuk tujuan penginapan, kediaman dan istana, barangan peribadi, pesawat dan peralatan pengangkutan, latihan dan pengiring, pakaian dan upacara, hadiah dan cenderahati, lawatan ke luar negeri dan gaji kakitangan istana.




Kami ingin menegaskan bahawa perbelanjaan rasmi Yang di-Pertuan Agong dari 16 Disember 2016 sehingga 30hb April 2018 (tempoh 16 setengah bulan) adalah RM79,284,717.50. Ini adalah kos sebenar yang disahkan oleh kakitangan Istana Negara dan bukannya berita palsu dan tidak disahkan.

Perbelanjaan termasuk kos untuk menjalankan tugas rasmi yang termasuk lawatan diplomatik oleh Yang di-Pertuan Agong kepada pelbagai ketua negara untuk menjalin hubungan baik antara Malaysia dan negara-negara lain.

Perbelanjaan juga mencerminkan kos upacara Penabalan Yang di-Pertuan Agong dan juga kos penyelenggaraan keselamatan dan latihan pasukan keselamatan yang melindungi Yang di-Pertuan Agong.

Jika dilihat dari perspektif lain, kos ini sebenarnya sangat sederhana jikalau dibandingkan dengan kos yang ditanggung oleh Monarki dari negara lain.

Sebagai contoh, Reuters melaporkan bahawa bajet untuk Raja Thailand adalah USD123 juta iaitu sebanyak setengah bilion ringgit. (sumber: https://www.reuters.com/.…/thailand-proposes-palace-budget-o...). Ini tidak termasuk kos untuk mengekalkan kepentingan perniagaan-perniagaan kerabat diRaja Thailand.

Menurut Republic Campaign Ltd, sebuah organasasi non-profit di UK, kerabat diRaja United Kingdom menelan belanja UK sekitar 345 juta pound setiap tahun iaitu lebih dari 1.8 bilion ringgit. (sumber https://www.republic.org.uk/.../Royal-Expenses-Report-2017_0....
https://www.coventrytelegraph.net/.…/how-much-royal-family-c...)

Kami ingin menyeru kepada rakyat Malaysia untuk mengabaikan laporan berita-berita dongeng yang diviralkan sekarang yang bertujuan untuk melemahkan peranan Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi Malaysia dan kepentingan semua rakyat Malaysia. Sila laporkan semua berita yang palsu dan tidak disahkan kepada pihak berkuasa yang sesuai bagi mereka untuk mengambil tindakan yang diperlukan.

Daulat Tuanku

#IstanaNegara
#DaulatTuanku
#iwillstandbymyking

Jumaat, 22 September 2017

Tahun Lepas Lagi Saya Dah Jumpa Dan Ingatkan Noh Omar Kata Pakar Kewangan & Anti Scam.

HARI INI 20 September 2017 Genap satu tahun yang lalu . Saya telah datang berjumpa sendiri dengan TSNO atas kegusaran saya akan lebih ramai orang akan menjadi mangsa puak ini . Ini lebih kurang dialog Saya dalam pertemuan tersebut.
"Kenapa Tan Sri launch syarikat DBI Properties tu ? Tan Sri tau tak syarikat tu rangkaian yang memasarkan syarikat Juta Kelulut yang didalangi sindiket2 penipuan yang tegar? Dari gambar Tan Sri launching Syafikat mereka tu , mereka dah jaja nama Tan Sri merasmikan Syarikat mereka ke seluruh negara dan media seolah2 Syarikat ini diiktiraf oleh pihak Tan Sri sebagai Menteri di KPKT (Kementerian Perumahan & kerajaan tempatan. Dari jajaan tersebut dah ramai yang terpengaruh menjadi pelanggan mereka. Mereka bakal dianiaya Tan Sri. Takkan pihak Tan Sri tak menyiasat dulu perkara ni sebelum Tan Sri sebagai Menteri KPKT merasmikan syarikat ini ".
TSNO Jawab , "Saya hanya datang atas jemputan jamuan Hari Raya oleh DBI Properties , kemudian saya diminta merasmikan Office mereka . Saya datang sekejap jer , office mereka pon Saya langsung tak masuk".
PA kepada TSNO menambah " Patut la Saya rasa tak sedap hati itu hari"
"Sepatutnya pihak Tan Sri kena siasat dulu sebelum rasmikan apa-apa syarikat. Puak-puak macam ni akan cuba mempergunakan Tan Sri " tambah Saya lagi .
TSNO mencelah "Awak tolong tulis kat FB cakap Saya hanya datang atas jemputan Hari Raya".
Jawab Saya ,"Saya boleh tulis macam tu Tan Sri tapi pihak Tan Sri perlu keluarkan kenyataan media @ rasmi menyatakan Pihak Tan Sri & KPKT tidak pernah mengiktiraf syarikat tu dan Tan Sri datang hanya atas jemputan Hari Raya. Tan Sri Kena buat kenyataan ni sendiri supaya orang ramai tidak terkeliru".
TSNO, "Baik, (PA Take note) , ambil nombor telefon dia (key).
Dalam whatapps Saya dengan PA TSNO bertarikh 30 September 2016 , Saya tulis panjang berjela mengenai sindiket tersebut dan Saya merayu TSNO keluarkan kenyataan media Bagi menafikan pihak KPKT dan Tan Sri tidak mengiktiraf syarikat tersebut . Itu sahaja sahaja Saya minta supaya tidak lebih ramai orang yang akan terpedaya . Text panjang yang Saya tulis hanya dijawab "Noted". Tapi.... Sampai sekarang saya tak nampak kenyataan Rasmi @ media tersebut.
Tan Sri tolonglah ... Rakyat sedang teraniaya.
Terima kasih banyak kepada YB Budiman Mohd Zohdi yang banyak membantu memudahkan pergerakan saya menentang penganiayaan puak ini.
--------------

Gambar : Kenyataan Dari Tan Sri Noh Omar (21 September 2017)
Kenyataan ini yang saya mahu Tan Sri Noh Omar keluarkan sejak Satu tahun yang lalu supaya dapat menyekat puak tersebut dari terus memanipulasi perasmian majlis tersebut seolah-olah TSNO selaku Menteri KPKT memberikan pengiktirafan kepada Syarikat tersebut (DBI Properties Sdn Bhd).
Kita boleh terima TSNO hanya dipanggil untuk Jamuan Hari Raya dan hanya merasmikan Pejabat Baru Syarikat tersebut. Memang Tidak salah. Tetapi persepsi orang ramai yang tidak mengetahui modes operandi syarikat ini akan mengakibatkan ribuan orang akan terpedaya dengan helah "Power of Authority" ini. Alangkah baiknya status ini disebarkan satu tahun yang lalu . Bukan kita tidak pesan. Hari ini TS Jangan melenting bila dikaitkan dengan DBI walaupon TS tidak mempunyai kaitan dengan mereka . Saya tahu TS tak tau kegiatan sindiket sebelum setuju hadir Jamuan Hari Raya dan merasmikan Syarikat tersebut, TS kena 'Game' dengan mereka, Sebab itu juga saya usaha jumpa dengan TS pada tarikh 20 Sept 2016 atas bantuan YB Budi untuk selamatkan TS dari dikaitkan dengan sindiket ini. Tetapi TS sendiri menolak bantuan tersebut dengan tidak mengeluarkan kenyataan media @ rasmi menyatakan keadaan sebenar.
Hari ini 'damage has been done' . Ratusan mangsa telah pun menjadi mangsa . Mereka ramai yang menderita TS , walaupon tindakan akan dibuat namun mereka sudah berputih mata kehilangan wang mereka.
Apa yang TS boleh lakukan sekarang , tolong gunakan kuasa yang ada pada TS ambil tindakan wajar & tegas untuk hentikan kegiatan puak-puak ini yang rebrand sindiket baru dan bantu mereka-mereka yang telah teraniaya seperti special case seperti kuota rumah mesra rakyat kepada mereka-mereka yang telahpon teraniaya ni diberi keutamaan. Saya rayu pada TS supaya dapat ambil perhatian atas tulisan saya kali ini .

Selasa, 19 September 2017

Mereka Yang Kecam Tahfiz Tu Bodoh Kata Nik Abduh.

Oleh : Nik Abduh


Maahad Tahfiz Rakyat

Anda marah Maahad Tahfiz bukan kerajaan tak lengkap dan gagal?

Begini, Maahad Tahfiz ni macam PAS-lah. Dalam banyak-banyak parti, PAS paling miskin dan paling tak cukup. Ramai hina PAS kerana kekampungannya. Boleh memerintah pun hanya negeri miskin dan serba serbi tak cukup. Bunyi dapat 90 juta dah rasa macam menang Malaysia dah..

Rupanya kaya kena fitnah, bukan kaya wang.

Warga pengurus Maahad Tahfiz jangan bersedih dimarah dan dikecam. PAS lagi kuat kena kecam dek tak cukup dan tak lengkapnya. Mereka kata nak merintah Malaysia macam mana kalau bangunan PAS pun masih cap ayam?

Saya dulu, lebih 30 tahun dulu, lepas tamat darjah 5 terus 'dimasukkan' ke sekolah ugama rakyat depan rumah. Ia milik ayahanda saya. Buruknya mengerikan sungguh. Tiris sana sini. Tutup jendela pun sama macam buka jendela. Lantai simennya pecah sana sini. Boleh luka akibat eksiden kaki tersadung atau rebah.

Kerusinya goyang menunggu patah. Mejanya berlubang-lubang sana sini macam telaga buruk sampai saya terpaksa 'drive n brake' pensil saya masa menulis takut terjatuh dalam telaga buruk tu, lalu koyaklah buku tulis saya. Sedih saya, budak cerdik bergeliga lagi bijaksana macam saya ni patutnya ayahanda saya sediakan meja berkilat-kilat, berwarna-warni dan kalau boleh ada komputer di atasnya. Masa tu, asyik teringat saya masa sekolah kebangsaan milik kerajaan. Di kampung saja, tapi lengkap dan sempurna. Menitis air mata saya..

Tapi entahlah, apalah ayahanda saya ni? Dia nak suruh saya jadi bodoh agaknya. Marahnya saya masa tu..

Warga Tahfiz usahlah gundah gelana. Mereka yang kecam dan hina Tahfiz ni bodoh macamlah bodohnya saya hari itu. Bezanya satu saja, masa tu saya masih kecil. Mereka pula dah dewasa. Tak sama bodoh masa kecil dengan bodoh masa dewasa. Rasanya lah..

Bila saya dah besar dan cerdik otak saya tu dah nampak liklak-liklaknya, barulah saya tahu, begitulah jihad sekolah ugama rakyat. Dapat buat sekolah ada atap tu dah kira A. Kalau dapat sediakan meja kerusi dan papan hitam yang cukup tu kira A+ lah. Kalau ada lagi wang lebih barulah jendela dan lain-lain disempurnakan.

Rupa-rupanya ia bukan hanya cerita sekolah ayahanda saya. Bahkan itulah halnya sekolah ugama rakyat yang lain. Bukan hanya di negara kita, bahkan begitulah di negara lain juga. Oh bukan hanya sekarang, bahkan sejak beratus-ratus tahun dulu lagi, begitulah halnya madrasah-madrasah ugama rakyat. Mereka hidup dengan bantuan orang ramai yang sudi.

Akhirnya, semakin lama, apabila madrasah itu semakin dikenali dan mula menuai hasil, maka bertambahlah derma dan kemasukan kewangannya. Maka bertambah baiklah infra dan kelengkapan madrasah itu.

Hari ini ada maahad tahfiz yang sempurna dan ada lagi yang belum sempurna. Orang-orang bodoh akan mengira bahawa madrasah tahfiz ni memang sengaja nak madrasah mereka kekal buruk dan tak sempurna. Nak tunjuk zuhud dan warak. Begitulah mereka berfikir, lalu mereka marah dan melenting.

Warga Tahfiz usahlah sedih dan takut. Teruskan usaha dan jihad mendidik dan menyumbang untuk pembangunan negara. Nilai pembangunan rohani untuk negara adalah lebih utama daripada nilai pembangunan material walaupun semuanya penting dan utama.

Jika madrasah-madrasah rakyat ini ditimpa musibah seperti runtuh, kebakaran, kipas jatuh tertiarap atas meja atau kepala, dimasuki ular atau binatang berbisa dan apa-apa musibah lagi, maka itu adalah peringatan untuk empunya madrasah agar lebih gigih berusaha dan mencari dana untuk segera menyempurnakannya.

Ia juga menjadi satu panggilan untuk masyarakat agar terus gigih membantu. Semakin masyarakat membantu, semakin sempurnalah madrasah rakyat. Masyarakat pula tidak akan membantu jika mereka buta agama. Untuk mencelikkan mereka, maka anak-anak tahfiz inilah yang akan mencelikkan mereka. Ertinya wujud timbal balas yang saling menyempurnakan antara madrasah dan rakyat. Begitulah..

Ada pun kerajaan, kewajiban mereka tak payahlah saya syarah. Buat apa nama kerajaan rakyat kalau usaha baik rakyat tak disyukuri dan dikembangkan. Itu kerajaan mayat namanya.

Madrasah depan rumah saya tu dan madrasah-madrasah rakyat yang lain, selepas PAS menang pada tahun 90, maka infra mereka bertambah baik. Berjuta-juta ringgit kerajaan menambahkan peruntukan untuk sekolah ugama rakyat. Bahkan maahad tahfiz semakin berkembang pesat di Kelantan selepas itu. Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat Pulai Condong milik penuh kerajaan negeri adalah perintis utama kepada kejayaan dan kesedaran umat Islam untuk mendukung penubuhan sekolah-sekolah tahfiz di seluruh negara.

Simpul kejapnya, usah hiraukan suara buruk hanya kerana kejadian buruk yang berlaku. Jika tiada musibah, manusia akan sentiasa selesa untuk tidak bergerak ke depan. Melayan suara buruk adalah bergerak ke belakang.

Ingat, PAS dan Maahad Tahfiz adalah satu. Seiring sejalan di jalan Allah..

Allahu akbar wa liLlahil hamd..

Selasa, 12 September 2017

Ungu Menandakan Sokongan Kepada LGBT, Kenapa Nak Pakai Juga Soal Pengkritik.

COMANGO & BAJU UNGU
1. COMANGO atau Community of Malaysian Angriest Opportunist sekali lagi mengajak segelintir masyarakat kita buat kerja tak berfaedah. Yang menariknya kali ini mereka berpakaian ungu.
2. Adakah anda tahu kenapa tiba-tiba banyak gerakan di Malaysia meminta pengikutnya memakai baju ungu?
3. Warna ungu ini mula menyerlah sebagai satu warna yang akan dipakai menandakan sokongan kepada gerakan LGBT. Sejarahnya bermula pada tahun 2010 apabila berlaku banyak kes bunuh diri golongan LGBT kerana tekanan masyarakat.
4. Jadi berlangsunglah Spirit Day yang dianjurkan bermula pada 2010 setiap tahun di luar negara. Pada setiap kali Spirit Day, penganjur akan meminta penyokong memakai baju berwarna ungu sebagai satu bentuk bantahan kepada golongan yang memandang hina individu LGBTQ.
5. Teknik menggunakan warna sebagai satu bentuk revolusi ini adalah satu tindakan psikologi yang berjaya sebenarnya. Ia bukan sahaja berjaya menyatukan kelompok yang mempunyai ideologi yang sama, malahan berjaya membuatkan masyarakat lain terjerat dengan taktik mereka.
6. Sebagai contoh, lelaki yang pakai baju berwarna pelangi kini dianggap menyatakan sokongan pada LGBT, sedangkan dahulu kala warna pelangi tidak pun melambangkang sebarang aktiviti songsang. Ya, LGBT adalah golongan songsang.
7. Untuk melawan gerakan revolusi menggunakan warna ini, kita sebagai orang normal tidak sepatutnya tunduk dengan permainan mereka. Jika mereka buat kita rasa memakai baju ungu atau pelangi menyatakan sokongan pada mereka - kita pakai sajalah sambil lawan gerakan songsang mereka ini. Warna saja pun.
8. Sejak bila pula warna-warna ini jadi milik gerakan LGBT?
9. Kita kena keluar dari penjara minda yang gerakan-gerakan ini sedang letakkan pada kita dan tidak mengaitkan benda-benda normal yang kita nampak hari-hari, dengan perkara songsang.
10. Kita kena neutralkan perkara ini kerana jika dibiarkan merebak, mungkin akan sampai satu tahap di mana kita jadi takut nak hidup, kerana semua benda dikatakan milik mereka.
11. Warna ungu dipilih bagi menandakan sokongan orang straight terhadap gerakan LGBT. BIla kita tahu perkara tersebut, kita pula elakkan pakai baju ungu. Sampai bila pusingan itu nak dibiarkan berlaku?
12. Memang aku tak dapat sahkan benar atau tidak dakwaan aku berkenaan warna ungu itu. Itulah hebatnya revolusi menggunakan warna ni. Yang terlibat boleh nafikan, kita pula nampak tapi kita sendiri tak sahih benar atau tidak, kerana tidak ada pihak yang dikenalpasti bertanggungjawab dalam perkara ini.
13. Tetapi itu adalah sebab yang aku nampak kenapa pemakaian baju ungu semakin digalakkan dalam acara-acara yang ada menyokong seksualiti songsang.
14. Aku faham kenapa kerajaan tak halang mereka ini daripada bersuara. Pasti banyak tekanan antarabangsa akan menyerang jika gerakan-gerakan warna ini datang dari masyarakat antarabangsa. Jika aku kerajaan, aku akan biarkan saja mereka berdemo tuntut hak.
15. Yang pasti, kita sebagai rakyat Malaysia, yang anti LGBT secara terbuka, yang tak mahu Malaysia mengiktiraf gerakan songsang dalam undang-undangnya, perlu memainkan peranan kita - dengan memastikan kuasa menggubal undang-undang tidak jatuh ke tangan mereka.
16. Jika perkara ini berjaya mereka lakukan dan kebanyakan warna dah ditakluk golongan songsang ni - pakailah baju hitam kerana itu adalah warna rasmi peminat muzik goth dan black metal.

Sabtu, 9 September 2017

Kenapa Harga Minyak Malaysia Naik Walaupun Harga Minyak Dunia Turun? Ini Penjelasan Dari Pro Najib.

Oleh : Syahir

HARGA MINYAK DUNIA TURUN, HARGA MINYAK MALAYSIA NAIK

Selepas harga RON95 meningkat sejumlah 4 sen daripada RM2.16 kepada RM2.20 liter bermula tengah malam semalam saya ada terbaca status dan tweet di Facebook dan Twitter seperti di bawah.


Di pasaran minyak antarabangsa, harga minyak mentah Brent "merosot" 19 cent kepada AS$53.19 setong, tapi di Malaysia?

Status seperti ini menunjukkan betapa rendahnya pemahaman rakyat Malaysia tentang kaedah pengiraan harga minyak runcit di sini.

Mereka membaca berita tentang harga minyak antarabangsa yang jatuh sedikit untuk satu hari kemudian membuat kesimpulan harga minyak minggu ini perlu turun.


Sudah 5 bulan harga runcit petrol dan diesel ditetapkan secara mingguan. Sepatutnya semua sudah tahu bagaimana harga runcit ini ditetapkan setiap minggu. Saya pernah tulis bagaimana harga minyak Malaysia ditetapkan di bawah Automatic Pricing Mechanism semasa harga ditetapkan secara bulanan.

Mungkin sudah tiba masanya saya terangkan bagaimana harga minyak ditetapkan secara mingguan walaupun formulanya tetap sama, untuk mengelakkan kekeliruan saya tunjuk cara pengiraannya. 


Harga runcit petrol dan diesel di Malaysia ditetapkan melalui ditetapkan secara apungan terkawal mingguan sejak 30 Mac 2017.
Harga runcit petrol ditetapkan berdasarkan komponen-komponen iaitu:

1. Produk Petroleum

Untuk RON95, MOPS95 digunakan sebagai penanda aras harga produk minyak yang telah diproses. Ianya berbeza dengan harga minyak mentah yang belum diproses. Produk petroleum seperti MOPS95 adalah lebih mahal daripada harga minyak mentah seperti minyak mentah Brent.

Data harga MOPS95 adalah data yang hanya tersedia untuk mereka yang melanggan data tersebut, bermakna orang awam tiada akses kepada data tersebut. 


Walaubagaimanapun laman web seperti Australian Institute of Petroleum ada menunjukkan secara kasar pergerakan harga MOPS95. Dengan itu anggaran sama ada harga MOPS95 naik atau turun boleh dibuat dengan melihat carta yang disediakan.

2. Tukaran Matawang

Harga MOPS95 adalah dalam US Dollar. Untuk mendapatkan harga runcit dalam Ringgit, ianya perlu ditukarkan kepada Ringgit. Saya gunakan tukaran USD/MYR yang diambil di laman web Bank Negara Malaysia setiap hari pukul 5 petang.

3. Kos dan Margin

Kerajaan menetapkan kos tetap seperti kos operasi yang terdiri daripada kos pengangkutan (hantar minyak ke stesen) dan kos pemasaran sejumlah 9.54 sen seliter. Kerajaan juga menetapkan margin kepada stesen minyak sejumlah 5 sen seliter dan kepada pengusaha stesen minyak sejumlah 12.19 sen seliter. Terdapat juga kos Alpha sejumlah 5 sen iaitu kos perbezaan di antara harga sebenar produk petroleum dan harga MOPS95 yang diterbitkan.

Jumlah kos tetap = Alpha (5 sen) + Kos Operasi (9.54 sen) + Margin Keuntungan Syarikat Minyak (5 sen) + Margin Keuntungan Pengusaha Stesen Minyak (12.19 sen) = 31.73 sen setiap liter = 32 sen (selepas dibundarkan).

Contoh Pengiraan Harga Runcit

Saya ambil contoh harga semalam 6 September 2017. Harga MOPS95 adalah AS$71.070, tukaran USD/MYR = 4.2415.

Pertama untuk menukar harga setong kepada seliter, 71.070 perlu dibahagi dengan 158.99 (1 tong minyak = 158.99 liter minyak).

1 liter MOPS95 = 71.070/158.99 = AS$0.447

Kemudian untuk menentukan 1 liter MOPS95 dalam Ringgit perlulah didarabkan dengan tukaran matawang semalam 4.2415

1 liter MOPS95 (dalam RM) = AS$0.447 x 4.2415 = RM1.90

Untuk mendapatkan harga runcit RON95, kita tambah dengan kos tetap yang saya sebut di atas berjumlah 32 sen.

Harga Runcit RON95 pada 7 September 2017 = RM1.90 + RM0.32 = RM2.22 seliter.

RM2.22 adalah harga untuk semalam atau sehari sahaja. Di dalam penetapan harga minyak secara mingguan harga RON95 perlu dikira untuk tempoh 5 hari daripada hari Khamis sehingga hari Rabu minggu depannya (hari bekerja sahaja) kemudian dikira secara purata untuk 5 hari tersebut.

Dibawah adalah pengiraan harga minyak 2 minggu lepas dan minggu lepas.


Minggu sebelum Merdeka iaitu 24 Ogos sehingga 30 Ogos, purata harga RON95 adalah RM2.16 berbanding harga yang ditetapkan pada minggu sebelumnya iaitu RM2.15. Maka harga RON95 pun dinaikkan 1 sen. Minggu lepas (31 Ogos - 6 September) purata harga RON95 adalah RM2.22 dan harga yang ditetapkan adalah RM2.20.

Sebagai rumusan, harga runcit petrol ditetapkan dengan harga purata 5 hari sebelumnya bukan ditetapkan mengikut pergerakan harga minyak harian atau satu hari sahaja. Katakan harga minyak pada hari Rabu turun, belum tentu purata harga 5 hari lebih rendah daripada minggu sebelumnya. Kata kuncinya, harga purata.


Dan sememangnya harga runcit petrol di Malaysia mengikut trend pergerakan harga minyak antarabangsa seperti carta di atas.

Berbalik kepada isu harga minyak antarabangsa turun, harga minyak Malaysia naik. Sekali lagi kita kena ambil harga purata minggu sebelumnya (5 hari sebelumnya). Yang dilaporkan Berita Harian sebagai merosot adalah harga satu hari bukannya harga purata 5 hari.

Benar harga minyak mentah Brent "merosot" 19 sen kepada AS$53.19 setong tetapi banyak yang tak sedar harga minyak mentah Brent pada awal minggu adalah sekitar AS$52.38 bermakna hari sebelum Brent merosot 19 sen, ianya meningkat hampir 1 dollar.


Kalau harga minyak mentah turun 1 sen pun, berita akan melaporkan ia sebagai "merosot" tanpa mengambil kira harga yang meningkat lebih banyak pada hari hari sebelumnya. Ambil contoh di atas, harga Brent "merosot" 0.78% pada 4 September, tetapi hari-hari sebelumnya iaitu 31 Ogos dan 1 September ianya telah pun meningkat 2.99% dan 0.71%.

Janganlah berita melaporkan harga minyak mentah turun sehari, kita terus anggap harga runcit petrol yang ditetapkan secara mingguan kena turun. Mesti ambil kira harga purata minggu tersebut. Ini perkara asas.

Saya harap sedikit sebanyak boleh fahamkan kekeliruan harga minyak dunia turun, harga minyak Malaysia naik. Kepada yang malas membaca tulisan panjang, boleh tonton video dibawah tentang cara pengiraan harga runcit minyak di Malaysia mengikut mekanisme APM.

 


Kita kena banyak membaca supaya tidak mudah tertipu, terpedaya dan terikut-ikut dengan apa yang orang lain cakap. Tidak salah jadi skeptik sebelum hadam berita atau post yang kita baca. Biar otak lebih laju daripada jari jangan jari lebih laju daripada otak.

Selamat membaca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...