Selasa, 12 September 2017

Ungu Menandakan Sokongan Kepada LGBT, Kenapa Nak Pakai Juga Soal Pengkritik.

COMANGO & BAJU UNGU
1. COMANGO atau Community of Malaysian Angriest Opportunist sekali lagi mengajak segelintir masyarakat kita buat kerja tak berfaedah. Yang menariknya kali ini mereka berpakaian ungu.
2. Adakah anda tahu kenapa tiba-tiba banyak gerakan di Malaysia meminta pengikutnya memakai baju ungu?
3. Warna ungu ini mula menyerlah sebagai satu warna yang akan dipakai menandakan sokongan kepada gerakan LGBT. Sejarahnya bermula pada tahun 2010 apabila berlaku banyak kes bunuh diri golongan LGBT kerana tekanan masyarakat.
4. Jadi berlangsunglah Spirit Day yang dianjurkan bermula pada 2010 setiap tahun di luar negara. Pada setiap kali Spirit Day, penganjur akan meminta penyokong memakai baju berwarna ungu sebagai satu bentuk bantahan kepada golongan yang memandang hina individu LGBTQ.
5. Teknik menggunakan warna sebagai satu bentuk revolusi ini adalah satu tindakan psikologi yang berjaya sebenarnya. Ia bukan sahaja berjaya menyatukan kelompok yang mempunyai ideologi yang sama, malahan berjaya membuatkan masyarakat lain terjerat dengan taktik mereka.
6. Sebagai contoh, lelaki yang pakai baju berwarna pelangi kini dianggap menyatakan sokongan pada LGBT, sedangkan dahulu kala warna pelangi tidak pun melambangkang sebarang aktiviti songsang. Ya, LGBT adalah golongan songsang.
7. Untuk melawan gerakan revolusi menggunakan warna ini, kita sebagai orang normal tidak sepatutnya tunduk dengan permainan mereka. Jika mereka buat kita rasa memakai baju ungu atau pelangi menyatakan sokongan pada mereka - kita pakai sajalah sambil lawan gerakan songsang mereka ini. Warna saja pun.
8. Sejak bila pula warna-warna ini jadi milik gerakan LGBT?
9. Kita kena keluar dari penjara minda yang gerakan-gerakan ini sedang letakkan pada kita dan tidak mengaitkan benda-benda normal yang kita nampak hari-hari, dengan perkara songsang.
10. Kita kena neutralkan perkara ini kerana jika dibiarkan merebak, mungkin akan sampai satu tahap di mana kita jadi takut nak hidup, kerana semua benda dikatakan milik mereka.
11. Warna ungu dipilih bagi menandakan sokongan orang straight terhadap gerakan LGBT. BIla kita tahu perkara tersebut, kita pula elakkan pakai baju ungu. Sampai bila pusingan itu nak dibiarkan berlaku?
12. Memang aku tak dapat sahkan benar atau tidak dakwaan aku berkenaan warna ungu itu. Itulah hebatnya revolusi menggunakan warna ni. Yang terlibat boleh nafikan, kita pula nampak tapi kita sendiri tak sahih benar atau tidak, kerana tidak ada pihak yang dikenalpasti bertanggungjawab dalam perkara ini.
13. Tetapi itu adalah sebab yang aku nampak kenapa pemakaian baju ungu semakin digalakkan dalam acara-acara yang ada menyokong seksualiti songsang.
14. Aku faham kenapa kerajaan tak halang mereka ini daripada bersuara. Pasti banyak tekanan antarabangsa akan menyerang jika gerakan-gerakan warna ini datang dari masyarakat antarabangsa. Jika aku kerajaan, aku akan biarkan saja mereka berdemo tuntut hak.
15. Yang pasti, kita sebagai rakyat Malaysia, yang anti LGBT secara terbuka, yang tak mahu Malaysia mengiktiraf gerakan songsang dalam undang-undangnya, perlu memainkan peranan kita - dengan memastikan kuasa menggubal undang-undang tidak jatuh ke tangan mereka.
16. Jika perkara ini berjaya mereka lakukan dan kebanyakan warna dah ditakluk golongan songsang ni - pakailah baju hitam kerana itu adalah warna rasmi peminat muzik goth dan black metal.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...