Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Ir Haji Idris Haron masing-masing dikritik kerana merasmikan Fiesta Getthis yang didakwa scam dan mempunyai unsur perjudian.
"Bagaimana menteri dan menteri besar boleh terlibat rasmikan acara yang dianjurkan oleh scam dan ada terlibat judi? Ada judi sebab kena bayar RM30 untuk masuk cabutan bertuah," soal Abdul Aziz Mohd Nor di facebook.
Dalam pada itu, page anti scammer, PW Community turut mempersoalkan tindakan menteri merasmikan syarikat yang berpaksikan perjudian bagi menjana pendapatan syarikat.
![]() |
Facebook DS Hamzah Zainuddin |
Apa business yang Getthiss buat untuk jana income selain dari money game scam? Beli saham pun yang jenis harga menjunam, masa beli harga 0.008 USD, la ni dah jadi 0.003 USD. KPDNKK sepatutnya mengekang, bukan bagi galakan dan endorsement", tulis admin page PW Community di halaman facebook mereka.
![]() |
Respon netizens |