Selasa, 19 September 2017

Mereka Yang Kecam Tahfiz Tu Bodoh Kata Nik Abduh.

Oleh : Nik Abduh


Maahad Tahfiz Rakyat

Anda marah Maahad Tahfiz bukan kerajaan tak lengkap dan gagal?

Begini, Maahad Tahfiz ni macam PAS-lah. Dalam banyak-banyak parti, PAS paling miskin dan paling tak cukup. Ramai hina PAS kerana kekampungannya. Boleh memerintah pun hanya negeri miskin dan serba serbi tak cukup. Bunyi dapat 90 juta dah rasa macam menang Malaysia dah..

Rupanya kaya kena fitnah, bukan kaya wang.

Warga pengurus Maahad Tahfiz jangan bersedih dimarah dan dikecam. PAS lagi kuat kena kecam dek tak cukup dan tak lengkapnya. Mereka kata nak merintah Malaysia macam mana kalau bangunan PAS pun masih cap ayam?

Saya dulu, lebih 30 tahun dulu, lepas tamat darjah 5 terus 'dimasukkan' ke sekolah ugama rakyat depan rumah. Ia milik ayahanda saya. Buruknya mengerikan sungguh. Tiris sana sini. Tutup jendela pun sama macam buka jendela. Lantai simennya pecah sana sini. Boleh luka akibat eksiden kaki tersadung atau rebah.

Kerusinya goyang menunggu patah. Mejanya berlubang-lubang sana sini macam telaga buruk sampai saya terpaksa 'drive n brake' pensil saya masa menulis takut terjatuh dalam telaga buruk tu, lalu koyaklah buku tulis saya. Sedih saya, budak cerdik bergeliga lagi bijaksana macam saya ni patutnya ayahanda saya sediakan meja berkilat-kilat, berwarna-warni dan kalau boleh ada komputer di atasnya. Masa tu, asyik teringat saya masa sekolah kebangsaan milik kerajaan. Di kampung saja, tapi lengkap dan sempurna. Menitis air mata saya..

Tapi entahlah, apalah ayahanda saya ni? Dia nak suruh saya jadi bodoh agaknya. Marahnya saya masa tu..

Warga Tahfiz usahlah gundah gelana. Mereka yang kecam dan hina Tahfiz ni bodoh macamlah bodohnya saya hari itu. Bezanya satu saja, masa tu saya masih kecil. Mereka pula dah dewasa. Tak sama bodoh masa kecil dengan bodoh masa dewasa. Rasanya lah..

Bila saya dah besar dan cerdik otak saya tu dah nampak liklak-liklaknya, barulah saya tahu, begitulah jihad sekolah ugama rakyat. Dapat buat sekolah ada atap tu dah kira A. Kalau dapat sediakan meja kerusi dan papan hitam yang cukup tu kira A+ lah. Kalau ada lagi wang lebih barulah jendela dan lain-lain disempurnakan.

Rupa-rupanya ia bukan hanya cerita sekolah ayahanda saya. Bahkan itulah halnya sekolah ugama rakyat yang lain. Bukan hanya di negara kita, bahkan begitulah di negara lain juga. Oh bukan hanya sekarang, bahkan sejak beratus-ratus tahun dulu lagi, begitulah halnya madrasah-madrasah ugama rakyat. Mereka hidup dengan bantuan orang ramai yang sudi.

Akhirnya, semakin lama, apabila madrasah itu semakin dikenali dan mula menuai hasil, maka bertambahlah derma dan kemasukan kewangannya. Maka bertambah baiklah infra dan kelengkapan madrasah itu.

Hari ini ada maahad tahfiz yang sempurna dan ada lagi yang belum sempurna. Orang-orang bodoh akan mengira bahawa madrasah tahfiz ni memang sengaja nak madrasah mereka kekal buruk dan tak sempurna. Nak tunjuk zuhud dan warak. Begitulah mereka berfikir, lalu mereka marah dan melenting.

Warga Tahfiz usahlah sedih dan takut. Teruskan usaha dan jihad mendidik dan menyumbang untuk pembangunan negara. Nilai pembangunan rohani untuk negara adalah lebih utama daripada nilai pembangunan material walaupun semuanya penting dan utama.

Jika madrasah-madrasah rakyat ini ditimpa musibah seperti runtuh, kebakaran, kipas jatuh tertiarap atas meja atau kepala, dimasuki ular atau binatang berbisa dan apa-apa musibah lagi, maka itu adalah peringatan untuk empunya madrasah agar lebih gigih berusaha dan mencari dana untuk segera menyempurnakannya.

Ia juga menjadi satu panggilan untuk masyarakat agar terus gigih membantu. Semakin masyarakat membantu, semakin sempurnalah madrasah rakyat. Masyarakat pula tidak akan membantu jika mereka buta agama. Untuk mencelikkan mereka, maka anak-anak tahfiz inilah yang akan mencelikkan mereka. Ertinya wujud timbal balas yang saling menyempurnakan antara madrasah dan rakyat. Begitulah..

Ada pun kerajaan, kewajiban mereka tak payahlah saya syarah. Buat apa nama kerajaan rakyat kalau usaha baik rakyat tak disyukuri dan dikembangkan. Itu kerajaan mayat namanya.

Madrasah depan rumah saya tu dan madrasah-madrasah rakyat yang lain, selepas PAS menang pada tahun 90, maka infra mereka bertambah baik. Berjuta-juta ringgit kerajaan menambahkan peruntukan untuk sekolah ugama rakyat. Bahkan maahad tahfiz semakin berkembang pesat di Kelantan selepas itu. Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat Pulai Condong milik penuh kerajaan negeri adalah perintis utama kepada kejayaan dan kesedaran umat Islam untuk mendukung penubuhan sekolah-sekolah tahfiz di seluruh negara.

Simpul kejapnya, usah hiraukan suara buruk hanya kerana kejadian buruk yang berlaku. Jika tiada musibah, manusia akan sentiasa selesa untuk tidak bergerak ke depan. Melayan suara buruk adalah bergerak ke belakang.

Ingat, PAS dan Maahad Tahfiz adalah satu. Seiring sejalan di jalan Allah..

Allahu akbar wa liLlahil hamd..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...