Isnin, 18 September 2017

Keluar PPBM - Dulu Wira Kini Pengkhianat Kata Netizens.

Bagi pembangkang sesiapa sahaja yang tidak bersama mereka, maka individu itu layak dianggap sebagai mahkluk yang jahat sejahat jahatnya.

Bagi pembangkang jika sekalipun mahafiraun, mahazalim ataupun mahakejam bersama perjuangan mereka, maka individu itu layak mendapat penghormatan tahap tertinggi kerana akan dianggap sudah insaf, sudah suci, kembali ke pangkal jalan dan layaklah diangkat perjuangannya bersama pembangkang untuk menyelamatkan negara (kelakar kan?).


Itu jugalah yang dihadapi oleh Anina Saaduddin dan Hamidah Osman berikutan mengumumkan keluar dari parti PPBM sejak beberapa hari lepas. Anina umum keluar PPBM pada 16 September 2017 manakala Hamidah Osman meletak jawatan dan keluar PPBM pada 17 September 2017.

Tidak dapat diketahui punca kenapa Hamidah Osman memilih untuk meletak jawatan dan keluar parti meskipun ada pihak-pihak yang cuba mengaitkan ia dengan kenyataan berbaur racist yang dikeluarkan oleh adik beliau, Hamizura Osman.

Anina dan Hamidah antara pengasas awal yang berperanan menubuhkan PPBM dari zero ke something (belum hero lagi). Anina sebelum ini telah diserang secara peribadi di laman sosial oleh beberapa pihak yang dilihat pro kepada PPBM. Serangan itu dipercayai ada kaitan dengan rakaman video yang dipegang oleh pihak tertentu bagaimanapun kesahihan cerita itu masih belum dibuktikan. Anina juga tidak mengesahkan dakwaan tersebut.

Sepertimana Anina, Hamidah Osman, bekas Naib Presiden PPBM juga pernah diserang oleh pihak-pihak yang dilihat pro kepada Syed Saddiq. Ini berikutan wujud pertikaian dalaman di antara kem Hamidah dan kem Syed Saddiq atas isu tertentu, mereka juga melibatkan media sosial dalam pertengkaran tersebut membuatkan ramai pihak menyedari wujudnya beberapa kem di dalam PPBM. 

Menurut Anina tindakannya keluar PPBM adalah berikutan pucuk pimpinan parti tidak lagi boleh ditegur mahupun dikritik. Ianya menjadi parti yang melindungi kepentingan elitis untuk menyambung hayat politik.

"Saya hadir dalam politik hari ini bukanlah untuk menaikkan mana-mana individu secara spesifik sebagai bakal perdana menteri yang baru. Bukan untuk memperjuangkan pembebasan sesiapa dari penjara. 

Bukan untuk meranapkan kuasa politik bangsa melayu dan bukan untuk mencari pangkat, kuasa dan harta kekayaan.

Saya bukan keldai, lembu atau anjing kepada sesiapa," kata Anina pada sidang media bagi mengumumkan keputusan keluar parti.

"PPBM kini adalah menjadi wadah untuk mencatur politik bagi individu tertentu. Perebutan kuasa atas dasar kronisma menghantui parti yang pada awalnya ditubuhkan untuk membela kepentingan rakyat. 

Status sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri, bekas Menteri Besar mahupun status elitis dan legasi politik tidak memberikan seseorang itu kuasa mutlak dalam parti baru yang menuntut sokongan rakyat,".

"Pucuk pimpinan parti dilindungi dan tidak boleh dikritik mahupun dicuit. Jika anda mengkritik pemimpin anda adalah ancaman kepada parti dan perlu segera disejukbeku," katanya lagi dalam sidang berkenaan.

Tinjauan pula mendapati kebanyakkannya memilih mengecam Anina yang membuat keputusan untuk keluar parti.

"Anina tidak ikhlas berjuang. Kecewa dengan Anina sekarang. Kalau dia ikhlas berjuang demi rakyat dia tak buat PC sekarang neh," kata Sabrina respon terhadap keputusan Anina keluar parti.

"Kecundang sebelum bertarung. Ini bukan pejuang. Gengam bara api biar sampai jadi abu, belum gengam dah melatah," kritik Fadzil Hashim pula.

"Hang buat untuk hang bukan untuk rakyat. PPBM Langkawi tak perlukan orang macam hang. Rahsia hang semua orang Langkawi tahu," kata Abu Rayyan.

"Dengan pengumuman ini, saya tarik balik sokongan ke atas kamu Anina," respon Hassan Abdullah.

"Baru dapat dedak itu yang buat PC," kata SK Roseniza.

"Tak payah layan la, meroyan je," kata Maria.

"Setakat isu WhatsApp pun dah kecik hati macam mana nak berjuang besar," soal Malek pula.

Dalam sidang yang sama, Anina turut mengumumkan sedia berdebat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PPBM bagi menjawab segala persoalan mengenai permasalahan yang timbul di dalam kepimpinan PPBM.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...