Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 18 September 2017

Stadium Bukit Jalil Ada CF, KJ Tunjukkan Bukti.

Dikala ramai pihak yang tampil menyeru agar pusat tahfiz berusaha mendapatkan CF & FC ataupun FIRE CERTIFICATE dari pihak bomba sebelum beroperasi sepenuhnya ada juga pihak-pihak yang mempertikaikan cadangan tersebut.

Menurut sesetengah netizens, ada juga premis-premis kerajaan yang sebenarnya langsung tidak memiliki CF dan juga FC namun tetap dibenarkan untuk beroperasi.

"Sedangkan Stadium Bukit Jalil yang boleh memuatkan sampai 70,000 nyawa itu pun tiada sijil CF. Kebanyakkannya tidak memenuhi piawaian JKR, Bomba dan CIDB," kata Edi Hezri yang postnya menjadi tular di laman sosial.

Rentetan dari dakwaan tersebut, Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin tampil menafikan tuduhan tersebut.

"Semak fakta anda sebelum tweet @edihezri, melainkan anda dah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku kelak," kata KJ sebagai merespon terhadap dakwaan tersebut.

KJ turut mengepilkan beberapa dokumen yang membuktikan Stadium Bukit Jalil memiliki sijil CF (selamat untuk diduduki/operasi) bagi menepis dakwaan yang tular.


Tweet dari pengguna itu bagaimanapun tidak dapat dikesan, mungkin sudah dipadamkan. Berikutan itu, penyokong pembangkang juga dikecam di FB KJ kononnya sebagai serba tahu dalam semua hal tetapi hakikatnya pakar membuat fitnah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...