Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Iklan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Iklan. Papar semua catatan

Ahad, 8 Julai 2012

Ucapan tahniah kilang arak yang pelik.

Sejarah dulu-dulu.


Nak cakap apa lagi? Bukti yang terang lagi nyata. Petikan akhbar dulu2. Mereka kata orang melayu dulu2 tak sama macam orang melayu zaman sekarang. Kesedaran agama pada zaman dulu memang kurang berbanding sekarang. 

Kalau itu betul maknanya kita semakin lama dah semakin baik dan bagus... tapi yang peliknya kalau kesedaran agama kita semakin tinggi pasai pa banyak jek kes buang bayi dan rogol sana sini? Apa dan di mana pula silapnya? 

Tak guna juga kalau kesedaran agama kita semakin baik tapi tetap tidak melaksanakan apa yang kita tahu. Kita bukan sahaja perlu tahu bahkan kita perlu amalkan ia sekali. Kalau setakat tahu.. tak amal pun tak guna juga. 

Jadilah dia macam piem kita yang sekarang neh. Tahu judi haram tapi pernah nak luluskan judi sukan. Tahu maksiat haram tapi still buat hub hiburan malam. Apa larh nak jadi dengan ko neh najib oiiiii..

kah kah kah

Khamis, 4 Ogos 2011

Pas, iklan tv9 yang boring dan permainan politik.

Maaf cakaplah ye. Aku mempunyai pandangan yang berbeza dengan pas dalam isu iklan tv9 neh. Aku rasa apa yang pas dan pakatan rakyat cuma buat ialah main politik. Mula2 korang pongpang2 mengamuk pasal iklan 8tv. Lepas tue pongpang2 mengamok pasal iklan tv9. Mereka gagal cari kelemahan iklan raya yang teruk macam tahun lepas kali neh tah hapa2 punya iklan asal dapat bantai mereka bantai.

Mereka bantai dengan mengabaikan roh. Maksudnya disini mereka main balon je asal boleh balon tapi sebab2 nak membalon iklan neh tiada ataupun tidak konkrit. Lihat bawah. Iklan yang dikatakan mentertawakan ibadah sahur di bulan ramadhan tue ;



Aku paksa diri aku. Aku paksa diri aku cari point untuk balon media prima berlandaskan iklan neh. Sama macam aku paksa diri aku cari point untuk balon 8tv pasal iklan mereka. Tapi pemikiran aku tak jumpa. Benda kat atas neh ialah iklan biasa. Iklan lawak yang sangat2 biasa. Iklan yang ada hampir tiap2 tahun di malaysia. Apa sebab iklan neh jadi berbeza pada tahun neh selepas tv3 dikecam teruk pada tahun lepas? Lue fikirlah sendiri.

Motif iklan neh pun jelas mempromosikan program hotradio dalam tema ramadhan. Of course lah ia akan membawa iklan yang mempertontonkan imej lawak dj2 radio berkenaan. So apa masalahnya? Takde pun aku nampak dorang hina ataupun memperlawakkan sahur. Aku tak terhibur langsung tengok iklan neh. Aku tak terhibur sebab lawak dorang lame. Lawak yang dah biasa aku tengok.

Bab aurat tue memang betul. Tapi bukan iklan neh je. Ada banyak iklan. Ada banyak drama. Apa sebab aurat dalam iklan neh je yang dipersoalkan?Boleh nampak tak? Benda neh just permainan politik. Dan ianya sangat boring. Daripada pas pongpang2 pasal benda neh lebih baik mereka pantau iklan tahlil berbayar di laman web mereka. Iklan yang mana satu lebih jelas menghina ramadhan neh? Iklan tersebut masih wujud di website harakah sehingga hari neh. Boleh semak sendiri. Baca sini pasal tahlil berbayar.

Jangan sia2kan bakat melukis dan kreativiti anda, mari sertai contest nescafe dan menangi rm10ribu 

Ameno : Menentang dengan emosi itulah yang dapat.

Sabtu, 30 Julai 2011

PAS, tahlil berbayar dan kesesatan.


Kat atas neh ialah screenshot iklan tahlil yang dipetik dari harakah. Sekarang neh aku nak meluahkan pandangan ikhlas tentang hal neh. Pandangan aku ialah pandangan jujur berasaskan kepada persekitaran aku. Ini bukan entry cari pasal atau entry nak kutuk pas. Jadi tak perlu lah nak salah faham kat sini. Ini ialah entry berdiskusi sesama kita. Andai salah, maka betulkan. Andai berbeza, maka belajar untuk terima. Simple.

Pertama aku nak sentuh isu tahlil berbayar. Merujuk kepada perkara di atas neh. Sila lihat iklan ini live disini.

Dan ini ialah pemahaman akal aku ;

1. Pondok hilir boleh buat majlis tahlil. = sama macam catering buat kenduri kahwin

2. Tapi pondok hilir tidak menetapkan bayaran khusus. Sekadar sumbangan ikhlas. Memang tiada ketetapan bayaran. Aku dah tanya sendiri <-- testimoni aku. Aku tanya ustaz neh berapa sumbangan yang dia nak, dia cakap terpulang lah. Lainlah catering. Dia memang ada bayaran khusus bagi perkhidmatan mereka.

3. Tapi satu benda yang sama yang aku nampak secara kasar ialah ;

majlis tahlil berbayar = catering berbayar = sama2 perlukan duit = sama2 berikan perkhidmatan mereka.

Apakah kita di bolehkan mencari "wang" dengan berbuat demikian? Maksud aku majlil tahlil berbayar neh. Boleh ka kita berbuat demikian?

Ini jawapan yang aku terima daripada orang yang terlibat dalam perkara macam neh [untuk rekod mereka neh semua aku interview atas dunia realiti bukan online]

Jawapan pakcik A yang keluar duit buat tahlil :

Pakcik neh cakap yang majlis tahlil berbayar neh boleh jimatkan duit dia. Beban kenaikan barang makanan di malaysia neh meningkat dari tahun ke tahun. Jika ramai2 orang membayar kepada satu organisasi untuk mengadakan kenduri tahlil, apa masalahnya? Ibarat 3,4 orang anak dikenduri dalam satu persandingan. Kat situ jimat kos catering. Jadi apa masalahnya sehingga aku sibuk2 tanya? 

Jawapan pakcik B yang keluar duit buat tahlil ;

Kita bukan taktahu yang majlis tahlil neh bidaah. Benda yang tiada dalam islam. Tapi niat kita menyumbang untuk buat majlis tahlil neh cuma niat atas kertas. Pada hakikatnya kita nak bantu mereka2 yang melaksanakan kerja2 dakwah. Takan nak bagi macam tue aje kot. Hari2 makan sumbangan dan derma ikhlas, dorang pun ada perasaan malu. Jadi apa salahnya mereka menawarkan perkhidmatan tahlil berbayar di samping menaja makanan berbuka puasa mereka? Kita tak rugi pun. Anggaplah derma ikhlas.

nota : tiada kaitan dengan pondok yang di iklankan oleh harakah.

Kedua2 di atas neh menderma lebih dari rm100 untuk majlis tahlil berbayar. Masing2 ada jawapan dan niat yang berbeza. Kalau ikut pandangan aku maka ;

Aku fikir mereka menawarkan perkhidmatan majlis tahlil berbayar neh sedang menjual perkhidmatan. Mereka cuba mengambil kesempatan di atas masyarakat islam yang semakin terpesong dari islam. Tapi nampaknya persepsi aku neh tidak mewakili keseluruhan mereka yang terlibat. 

Ini kerana ada yang tanya aku, ustaz2 yang ambil sumbangan buat majlil tahlil tue gunakan duit untuk beli kereta mewah ka? Rumah besar ka? Sampaikan aku beria2 siasat segala bagai? Ceh.. terkena aku bhai. Aku insaf. Aku tak patut buruk sangka neh.

Tapi still.. still still.. boleh menimbulkan keraguan yang munasabah. Ini kerana tak semua mereka yang menganjurkan majlis tahlil berbayar neh mempunyai niat yang serupa. Mana yang ada niat ikhlas, mana yang ada niat sebaliknya kita tak tahu. Sebab tue wajar untuk kita pantau benda2 macam neh. Kita tidak mahu nanti ada persepsi yang mengatakan ustaz2 neh menjual bacaan tahlil mereka demi menghalalkan matlamat mereka.

Di samping itu benda neh juga ada side effect yang lain. Contohnya upah bacaan tahlil neh sendiri. Kenapa perlu susah payah upah orang buat tahlil? Ka sendiri tak pandai baca? Tak semestinya tahlil mesti dikendurikan. <-- siapa bagi persepsi neh? aku pun confused. 

Sendiri boleh buat tahlil ma. Sendiri baca sendiri lah sumbang bacaan tersebut kepada arwah. Daripada sumbang duit buat upah tahlil, baik bayar ustaz tersebut untuk mengajar mengaji. Lagi baguss wooo. Tapi niat orang yang menderma kepada pondok2 pengajian dakwah amatlah dipuji oleh aku. 

Walaupun mereka neh sedar bacaan tahlil neh tiada dalam amalan Nabi saw tetapi still mereka bagi duit. Mereka nak menderma dengan ikhlas. Mungkin ramai orang islam macam neh. Mungkin majoriti. Bukan sebab dorang tak reti baca tahlil. Bukan sebab dorang takde duit nak buat kenduri sendiri. Ataupun lain2 sebab. Sebaliknya mereka cuma nak menderma dengan ikhlas. Kagum aku.

Di sinilah kesalahan kerajaan umno bermula. Sepatutnya mereka memberikan peruntukan khusus kepada pondok2 seperti ini agar mereka tiada kerisauan dari segi kewangan dan keperluan harian. Tetapi disebabkan umno itu anti islam maka pondok2 seperti ini terpaksa hidup atas belas ihsan orang ramai. Sehingga kadangkala terpaksa menjual kebidaahan untuk sesuatu sebab. <-- ini fakta beb. Walaupun tak wajar menyalahkkan umno di atas majlis tahlil berbayar tapi still umno ada menyumbang kepada kesusahan mereka. Sedikit sebanyaklah.

Bacaan tahlil kepada si mati difahami oleh aku tidak akan sampai kepada arwah. Aku baca banyak pasal neh. Wujud pelbagai pandangan yang berbeza-beza. Dah macam tue, tak patutlah amalan neh diteruskan. Ataupun hentikan ia sekurang2nya sehingga mencapai satu persetujuan. Kita bukan mahu a memaksa b mendengar pandangan a dan begitulah sebaliknya. Cuma kita mahukan satu persetujuan di ikat bagi mengekang perbalahan umat islam. Once kita dah sama2 setuju kepada keputusan itu then kita patuhi lah. Adil bukan?

Berkaitan meminta derma dan sumbangan dengan menjadikan majlis tahlil sebagai platform aku rasa ianya tidak perlu diteruskan. Lebih baik terus terang je perlukan sumbangan dan derma ikhlas untuk berbuka puasa. Insya-Allah ramai orang akan derma. Mengharap pada Allah swt, bukan pada orang. Disebabkan mengharap pada orang lah kita kadangkala tersasar sehingga membidaahkan diri masing2. Tak perlu tengok jauh. Tengok diri sendiri sudah.

Dan pas sebagai parti islam sepatutnya alert tentang hal neh. Iklan neh berada di dalam harakahonline. Itu belum naskhah paper pas lagi. Mungkin lebih banyak dari yang neh. Yang mengundang persoalan di ahti aku ialah ;

iklan = product berbayar.

Maksudnya ko kena bayar dulu then mereka akan iklan kan product ko. Aik.. ko ada duit yerk bayar iklan? Bukan kah sepatutnya ko tiada wang disini? Ataupun harakah iklan kan secara percuma? Benda neh mewujudkan persepsi beb.

Rasa tak apa yang aku rasa? So benda neh just mengheret kepada satu situasi yang kurang menyenangkan kita semua. Aku bukan menyalahkan pas dalam isu neh. Team harakah mungkin tidak alert. Tetapi team harakah perlu open terima pandangan dan kritikan. Jangan bagi alasan macam neh kat aku ;

Hek eleyyy.. punyalah berlambak2 kemaksiatan yang berlaku di malaysia neh.. ko sibuk pongpang2 pasal pas.. ko ingat ko bagus dan alim sangat kaaa? Benda kecik takde apa pun. Diam sudey. <-- individu yang bakal marah aku kat sini.

Deerr.. rileks dulu derr. Aku tahu banyak benda buruk di dunia neh. Tapi sekarang skala aku pada pas. Pada harakahdaily. Dalam banyak2 kebaikan dalam harakah, aku spot satu benda yang kurang menyenangkan. So aku tegur sebagai kapasiti penyokong totok pas. Kerana apa aku tegur? Aku sayang maa. Aku sayangkan pas. Tapi pas kena faham lah. Islam itu islam. Pas itu pas. Pas bukan islam. Islam pun bukan pas. So, aku sekarang tegur pas. Bukan tegur islam. Kan ada beza disitu?

Boleh faham kan? Sekian.

Nota : Pakcik A dan Pakcik B bercakap dengan gaya bahasa dan ayat yang lain. Aku menulis balik kepada yang paling hampir dan menyamai maksud disitu. Harap maklum. 


Ameno : Pas ialah parti. Islam ialah kehidupan. Pas mengamalkan islam sebagai kehidupan. Oleh itu pas cenderung kepada kesilapan.

Jumaat, 27 Mei 2011

Kenapa iklan carlsberg tak boleh di sekolah?

Ada beberapa individu yang mempertikaikan aku mengenai munasabahnya iklan carlsberg di sekolah rendah jenis tamil dan cina. Kata mereka apa salahnya iklan carlsberg berada di dalam sekolah jenis tamil ataupun cina? Kan pemilik syarikat terbabit memberikan dana dan peruntukan kepada sekolah2 tersebut maka tak salah lah logo carlsberg berada dalam kawasan sekolah tersebut.

Walaupun dah dijelaskan dengan terperinci kenapa banner tersebut dipertikaikan tetapi masih ramai orang yang tak nampak kesan negatif angkara logo carlsberg terbabit. Aku bukan nya mempertikaikan bantuan syarikat tue kepada murid2 sekolah rendah jenis tamil ataupun cina. Malahan tiada siapa pun nak mempertikaikan keikhlasan syarikat arak terbabit. Kalau dia nak bantu, fine bantulah. Cuma tak perlulah buat banner macam kat bawah neh ;


Memang arak bukan haram pada orang bukan islam. Tetapi di malaysia kita ada undang2. Pelajar sekolah tanpa kira status agama dilarang minum arak, membawa arak dan terlibat dalam aktiviti pemabukkan di kawasan sekolah ataupun di luar sekolah kerana mereka masih di bawah umur. Memandangkan dah begitu, sepatutnya logo arak tak sepatutnya berada dalam bangunan sekolah. Mengiklan logo arak = mengiklan arak = mempengaruhi budak2 utk mendekati arak = minum arak. Takan masih tak nampak lagi connectionnya disini?

Dan aku dari dulu lagi memang agak hairan dengan segilintir sikap umat islam. Bagi mereka menjaga kepentingan umat islam lebih baik dari menjaga kepentingan seluruh manusia. Ini pandangan yang aku tolak bulat2. Walaupun budak2 neh bukan orang islam, kita tak boleh biarkan mereka dipengaruhi oleh banner arak di sekolah terbabit. Mereka masih budak2 dan budak2 tanpa kira status bangsa, agama apatah lagi sistem sekolah haruslah dipelihara dan di didik sebaik mungkin tanpa sebarang sikap pilih kasih. Tolonglah buka minda masing2. Disebabkan ramai orang islam fikir bahawa islam untuk umat islam sahajalah, ramai orang bukan islam takut kepada islam tak pasal2.

Cuba tengok gambar kat bawah neh pula ;


Suatu ketika dulu utusan pernah menyiarkan berita neh untuk mempertikaikan kelemahan pentadbiran kerajaan dap di pulau pinang. Pelbagai iklan ditampal even di dalam bangunan sekolah sekalipun. Tujuan utusan berbuat demikian, tak lain tak bukan untuk memberikan gambaran buruk secara tidak langsung kepada parti dap di pulau pinang. Namun aku memang agak bersetuju dengan beberapa hujah CAPP = Persatuan pengguna pulau pinang bahawa iklan2 seperti pinjaman + kegiatan rumah urut [jika apa yang diperkatakan oleh utusan itu benar] memang tidak patut berada di atas jalan apatah lagi di dalam bangunan sekolah kerana ini boleh menjejaskan pemandangan di samping itu boleh menjurus kepada perkara yang tidak elok.

Tapi yang hairannya kenapa utusan bersikap dwi-standard? Kalau mereka boleh menyiarkan pandangan CAPP berhubung iklan2 yang tidak senonoh di pulau pinang, kenapa pula sekarang mereka taknak siarkan laporan banner carlsberg masuk sekolah? Apa yang membuatkan dorang bias dalam laporan dorang pula?Ini lah persoalan yang terfikir oleh kepala hotak aku. Orang yang adil tak pernah pandang parti sebelum menulis. Tapi orang yang menulis kerana parti.. lebih baik mampos. Sekian.

Artikel berkaitan disini.

Ameno  : Utusan terbukti bias.

Sabtu, 30 April 2011

Entry super lawak : Banner iklan sumpah laknat eskay!

Tadi aku dah nak out, tapi sempat gak jengah utusan nak printscreen dua tiga artikel kat dalam tue untuk dibahaskan di dalam belog neh kelak. Tengah sibuk-sibuk nak printscreen tue aku terjumpa iklan neh. Tak sangka aku utusan sanggup buat banner macam neh untuk mempromosikan sumpah laknat eskay. Mereka [najib dan umno] kata isu sumpah laknat tiada kaitan dengan umno. Tapi kenapa utusan beria-ria promote pula sedangkan utusan hak milik kekal abadi sampai mampos utusan punya? Why? Lihat bawah ;


Then diri ini paksa tangan ini untuk memaksa jari ini mengelik iklan tersebut. Hasilnya seperti dibawah ;


Hehehe..lawaknya.. patut aku nyanyi satu lagi lagu k-pop [bukan mpop harap maklum] untuk ditujukan kepada mereka neh ;

tajuk : lawak bangat [sanduran dream high kpop]

Jangan buat lawak.. 
wahai beer end.. kerana aku cuma ada satu perut..
aku takmo kesakitan di perut..akibat asyik gelak..bila melihat lawak-lawak ko..

Aku hairan dan pelik..
melihat bn yang beria-ria 
promote sumpah eskay.... di ruangan iklan....
tetapi mereka bilang... dalam masa yang sama..
sumpah eskay... 
tiada kaitan dengan mereka....
kalau tiada kaitan..
apsal buat banner dan promosikan ...
di website utusan......
lawak apakah ini...

ulang rangkap pertama  

kerana ko.. tersangatnya lawakk..
bisa membuatkan perut aku pecah..
kalau bukan kerana ada mode safety
dah lama perut aku pecah.. ooOoO00oo..

Aku semakin hairan..
dan menjadi semakin pelik..
bila najib cakap di berita tadi..
isu video seks tiada kaitan dengan umno..
dan dia minta rakyat nilai sendiri..
tetapi betul ke takde kaitan..
sedangkan blog umno yang edarkan rakaman..
kini muncul dalam bentuk vcd pula..
untuk edaran kepada penduduk kampung... 
diedarkan pula oleh orang umno... 
lawak apakah ini... 

ulang rangkap pertama..

kerana ko.. tersangatnya lawakk..
bisa membuatkan perut aku pecah..
kalau bukan kerana ada mode safety
dah lama perut aku pecah.. ooOoO00oo..
[Bahagian RAP]

Whooii umnoo dan najib.
jangan engko buat lawak lagi.
kalau ko suka buat lawak..
cepat masuk maharaja lawak..
aku takan undi ko.. jangan bimbang tapi ko pasti menang..
kerana lawak ko lebih hebat dari jozan..
tapi jangan lupa undang eskay dan saiful sekali..
semoga kami boleh terhibur di depan tv..
jangan sia2 kan bakat yang diberi..
kurniaan Allah swt haruslah dihargai.. yooo..

ulang rangkap pertama

kerana ko.. tersangatnya lawakk..
bisa membuatkan perut aku pecah..
kalau bukan kerana ada mode safety
dah lama perut aku pecah.. ooOoO00oo..

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Ameno : kah kah kah..

Ahad, 27 Februari 2011

Advertlets bayar atau tidak?



Aku rasa ramai kot yang tahu advertlets tue apa. Advertlets neh macam innity dengan nuffang gak. Pengiklan yang menyediakan iklan di belog-belog. Tapi dari segi perkhidmatan customer service advertlets agak keterbelakang berbanding innity dan nuffang. Bukan setapak kebelakang tetapi bertapak-tapak dan aku memang sangat heran.

Kalau korang search keyword "payment advertlets" ataupun "advertlets tidak bayar" korang akan perhatikan banyak belog mengeluh atas insiden tersebut. Apa yang menariknya insiden itu bukan insiden lama.Ada yang masih baru dan aku memang sangat heran.

Namun insiden baru itu cepat-cepat diubati oleh advertlets dengan membayar earning blogger's tersebut. Dibayar selepas blogger's tersebut mengumpat adverlets di belog. Itupun blogger's tersebut sempat menasihatkan sila mengata advertlets dengan penuh sopan.

Isu dia macam neh. 2 bulan lebih lepas aku cash out advertlets. Aku cash 4 empat kali. Ada jarak hari antara 3,4 hari untuk setiap cashout. Saja aku cashout sedikit - sedikit supaya duit tue aku leh fikir-fikir nak buat apa sebelum aku jahanamkan kesemuanya ke atas jalan yang sia-sia.

2 bulan dah berlalu. Aku pun tak check-check apa yang berlaku. Lupa pun ada juga. Then 2 minggu lepas adalah aku terbaca kat satu belog pasal pendapatan advertlets dia. Dia citer lah yang advertlets tak bayar dia then dah bayar dia lepas dia siarkan aduan tersebut menerusi belog dia.

Aku pula mempunyai sifat ingin tahu. So aku dig lah info pasal neh. Sekali berlambak-lambak rupanya kes advertlets tak bayar bloggers. Cis. Memang kebanyakkan kes tersebut kes lama tapi banyak yang dah settled [dah dibayar lah] tetapi ada juga yang aku baca advertlets tak bayar-bayar mereka sampai sekarang. Lebih kurang ada 3 bloggers macam tue. Kenapa? Mana aku tahu. Agaknya dorang tipu kot. 

So kat situ aku dah curious. Better aku check advertlets aku. Ceh. Rupanya aku nya pun dia tak proses lagi. Aku pun pergi lah email dia. Tak balas. Dah tunggu 3 hari tak balas. Aku call. Dia jawab. Bagi email. So aku email butiran. Aku dah tapi email tersebut salah. Samada aku salah dengar atau dia salah bagi. Aku malas nak call aku search email lain. Dapat, aku sent email lagi. Balas. Lambat. Takpe. Pada aku lebih baik balas daripada diam-diam je. At least ada respon. Tapi dia tak menjawab pertanyaan aku. Lain aku tanya lain dia jawab. 

2-3 aku dok ulang tanya. Then dia tak jawab. Sekarang diam je. Apa citer? Mana aku tahu. Dalam pada aku tengah tunggu respon dari advertlets, tiba-tiba aku dapat mesej yang income innity aku dah masuk. Haizh apa citer neh? Yang aku tunggu tak masuk, yang aku tak tunggu dah masuk pula. So macam mana advertlets nak bayar ke tidak? Kalau taknak aku nak remove seme iklan kat belog aku. 

Jangan salah faham aku bukan nak desak. Aku cuma nak kan kepastian. Apatah lagi aku tak suka dibuat macam peminta sedekah. Dan sebelum tulis neh pun aku siap mesej advertlets lagi. Bukan tak diberitahu. Dah diberitahu. Lainlah kalau aku buat keputusan ikut suka hotak aku, bolehlah nak marah aku.

Namun aku ada beberapa persoalan sebenarnya. Iaitu ;

1. Adakah team advertlets sengaja menunggu sehingga blogger menulis di dalam belog mereka mengenai bayaran advertlets?

2. Lepas tue nanti team advertlets akan muncul kemudian bayar blogger tersebut?

3. Lepas tue blogger tersebut akan buat artikel pasal advertlets bayar mereka dan dah terbuktilah advertlets memang bayar?

4. Untuk membina semula imej yang dah tercalar?

5. Ataupun memang advertlets nak tunggu blogger komplain baru dia nak bayar?

Aku tak peduli lah apa sebabnya pun. Tapi kalau inilah protokolnya aku memang tak larat nak layan. Bayangkan kalau untuk satu earning satu artikel. Lepas tue artikel balas ble advertlets dah bayar. Then kalau 10 earning? 10 artikel minta tuntutan agar dibayar? Gila weh..

Kerja sia-sia macam neh aku kena tinggal. Aku tak kesah kalau dibayar lambat. Tidak aku peduli pun kalau lepas 3 bulan baru advetlets bayar. Yelah mungkin pihak pengiklan bayar lambat kat advertlets so advertlets pun bayar lambat kat aku. Takpe. Aku leh sabar dan terima. Yang aku tak leh terima ble takde respon. Aku mesti marah. Kata putus mesti ada. Apatah lagi aku bukan men tipu klik-klik iklan sendiri.

So, dengan ini aku meminta team advertlets masuk sini untuk menjawab. Aku bukan minta apa. Aku cuma nak team advertlets menjawab semua pertanyaan di atas. Kalau boleh advertlets kena buat beberapa garis panduan. Neh nak mengelakkan advertlets daripada mendapat imej buruk. Ini cadangan aku ;

1. Hadkan bloggers yang boleh berdaftar dengan advertlets.

2. Hadkan impression dan visitor yang boleh berdaftar dengan advertlets.

3. Tentukan kriteria tertentu agar belog tertentu je leh letak iklan advertlets.

Kenapa advertlets kena wat cam tue? Sebab advertlets ada masalah duit. Advertlets takley bayar blogger on time. So, hadkan jumlah belog supaya masalah yang berbangkit boleh dikurangkan.

Jangan lupa tingkatkan mutu customer service anda. Punyalah teruk. Aku nak tulis cara baik macam mana kalau perkhidmatan tue teruk? Bukan satu, dua atau tiga individu yang menasihatkan advertlets di atas kecikaian mutu perkhidmatan pelanggan mereka tetapi nampaknya advertlets tak amek iktibar. Kenapa?

So advertlets fikirlah. Kalau takley cover benda neh usahlah jadi pihak pengendali iklan. Syarikat yang nak beriklan dengan advertlets pun akan rasa was-was. Yelah macam mana tak was-was, kalau dah ramai belog tak dibayar sudah tentulah ramai blogger akan angkat keluar iklan mereka dari advertlets kan? Lepas tue sudah tentulah iklan yang disiarkan oleh advertlets tak menyeluruh macam pihak pengendali iklan yang lain kan? So akhir sekali yang rugi sapa? Yang dapat imej buruk sapa? 

Masalah kami para blogger akan selesai juga. Kalau tak dapat income dengan advertlets kami ada income dengan nuffang, innity dan terbaru churp-churp. Namun tak dapat dinafikan memang akan wujud ketidakpuasan ahti disebabkan penipuan advertlets. Atau lebih tepat kecuaian.

Tiada kata seindah bahasa. Bahasa aku tidak mendapat bayaran sudah aku habiskan. Bahasa advertlets nak menjawab aku tunggu.



Ameno : rasa cam org bodoh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...