Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 21 Februari 2020

Analisis Pembebasan 12 Suspek LTTE & Pelan Peralihan Kuasa.

POLITIK | Hari ini kecoh dengan tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas yang menggunakan kuasa budi bicaranya bagi menghentikan prosiding mahkamah terhadap 12 individu yang bersabit kesalahan dengan LTTE.


Dan ini adalah analisis. 

Penjelasan Tommy yang diringkaskan seperti berikut;

1. 6 tertuduh yang didakwa telah melakukan kesalahan diantara Mac hingga Disember 2014 (tahun yang sama).

2. Hujah Tommy ialah, kesalahan itu adalah kesalahan lampau, dan tidak sesuai untuk didakwa segera. Tommy menggunakan hujah : Peredaran masa adalah tidak boleh diterima bagi kes seumpama ini.

3. Manakala 6 tertuduh yang lain telah didakwa bagi kesalahan yang dilakukan pada Januari hingga Oktober 2019.
4.  Hujah Tommy disini ialah : Namun pada masa ini, walaupun LTTE masih lagi digazet di bawah undang-undang kita sebagai kumpulan pengganas, pihak pembelaan akan mencabar bahawa LTTE tidak bertanggungjawab terhadap keganasan waima dalam negara asalnya, Sri Lanka pada 2019, inikan pula mempunyai impak ke atas urusan seharian orang-orang awam di Malaysia.

Kaitannya adalah jauh, tidak betul dan lemah. Mudarat kepada warga Malaysia tidak boleh dibuktikan oleh pendakwaan
.
5. Ringkasan 34 pertuduhan kepada 12 individu itu ialah seperti berikut;
(i) 6 pertuduhan untuk “memberi sokongan” kepada LTTE dalam suatu majlis;

(ii) 13 pertuduhan untuk “memberi sokongan” kepada LTTE dalam media sosial;

(iii) 13 pertuduhan untuk “memiliki” bahan-bahan berkaitan dengan LTTE;

(iv) 1 pertuduhan untuk “mengedar” bahan-bahan berkaitan dengan LTTE;

dan

(v) 1 pertuduhan untuk “memaparkan” bahan berkaitan dengan LTTE.

Terma-terma “memberi sokongan”, “memiliki”, “mengedar” dan “memaparkan” ditakrifkan di dalam Kanun Keseksaan.

Seksyen 130J(1) Kanun Keseksaan menjadikan ianya satu kesalahan sekiranya seseorang “memberi sokongan” kepada:

a) mana-mana kumpulan pengganas;

atau

b) berlakunya perbuatan pengganas.

Seksyen 130J(2) menyenaraikan banyak contoh “memberi sokongan” termasuklah: “menggunakan media sosial atau apa-apa cara lain untuk–

(i) menyokong atau mempromosikan suatu kumpulan pengganas, sokongan untuk suatu kumpulan pengganas atau pelakuan suatu perbuatan pengganas;

atau

(ii) menjalankan atau memudahkan aktiviti suatu kumpulan pengganas.”

Seksyen 130JB(1) Kanun Keseksaan menjadikan ianya satu kesalahan bagi seseorang yang:

a) mempunyai milik, jagaan atau kawalan;

atau

b) menyediakan, memaparkan, mengedar atau menjual apa-apa bahan yang berkaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas atau pelakuan suatu perbuatan pengganas.



6. MUDARAT bagi maksud Tommy Thomas merujuk kepada pertuduhan di i, ii, iii, iv dan v yang tidak menjejaskan orang awam di Malaysia. Tommy menggunakan hujah berikut : 
Seksyen 95 memberi penekanan kepada “kemudaratan”: oleh itu, kesalahan yang tiada mangsa atau yang tidak “memudaratkan” sesiapa seharusnya dipertimbangkan dengan berhati-hati oleh pendakwaan.


7. Dari pecahan itu, Tommy menghujahkan;


- Salah satu suspek telah didakwa bagi kesalahan yang belum ditakrifkan kesalahan pada ketika itu. Suspek ini memberikan sokongan dan mengedarkan bahan berkaitan LTTE pada Mac dan Jun 2014 sedangkan LTTE ditakrifkan sebagai pengganas pada 12 November 2014. (dengan pertimbangan suspek akan mengelak melakukan itu selepas ditakrifkan sebagai kesalahan). 

- Tommy juga berkata, : Perisytiharan bahawa LTTE adalah kumpulan pengganas pada 12 November 2014 berkemungkinan tidak sah atau setidak-tidaknya patut dibatalkan selaras dengan kajian semula Perintah di bawah Seksyen 66B(9).

- Seksyen 66B(9) : * Suatu entiti adalah kumpulan pengganas tidak dimaksudkan untuk kekal dan bertahan selama-lamanya

** Parlimen mengiktiraf bahawa, dengan peredaran masa, satu kumpulan yang menggunakan keganasan untuk mencapai matlamatnya mungkin bertukar atau menyesuaikan pendekatan dengan menolak keganasan dan menerima kaedah-kaedah yang aman sebagai ganti

***
Menteri tersebut hendaklah mengkaji semula perintah yang dibuatnya “tiap-tiap 6 bulan untuk menentukan sama ada masih terdapat alasan yang munasabah bagi perintah tersebut untuk terus terpakai bagi sesuatu entiti tertentu.

- Yang bermakna, menurut faham Tommy, LTTE tidak lagi terpakai untuk ditakrifkan sebagai KUMPULAN PENGGANAS.

- Yang bermakna, menurut faham Tommy, seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan berupa sokongan dan pengedaran, berdasarkan IDELOGI tanpa ada mana-mana pihak menjadi MANGSA, untuk LTTE yang perlu kepada takrifan baru (kerana ketiadaan mudarat pada orang awam di Malaysia), maka, kes bagi mereka haruslah tidak diteruskan.



Implikasi dari tindakan Tommy Thomas.



1. Hari ini 21 Februari 2020, iaitu juga hari penentuan kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 8. Majlis Presiden PH bermesyuarat bagi membincangkan tarikh dan pelan peralihan kuasa.



2. Bukanlah perkara baru untuk Tommy mengetahui dan memahami fakta-fakta hujah pendakwaan dalam kes LTTE - SOSMA di atas, memandangkan kes telah memasuki ke peringkat PENDAKWAAN.


3. Tiada mangsa, tiada mudarat kepada pihak ketiga, berdasarkan idelogi, adalah fakta yang telah diketahui sebelum 21 Februari 2020, tetapi kenapa hanya memutuskan untuk menggunakan dan mengumumkan kuasa budi bicara pada hari ini? Ini adalah persoalan yang timbul.

4. PH juga akan terkait. Samada positif atau negatif. Masyarakat kita ada 30 juta dengan 30 juta akal. (dengan penegasan, kita meraikan hujah, persoalan dan kritikan, tetapi bukannya fitnah).

5. Persoalan baru : Kenapa memutuskan untuk mendakwa kes yang dah 6 tahun berlalu? Motif, politik, mungkin? Tekanan, barangkali? Rundingan - ada kemungkinan?

6. Bagi 6 suspek yang melakukan kesalahan pada tahun 2019, kerana ideologi dan kepercayaannya, tanpa memangsakan mana-mana pihak, perbandingan akan dilakukan dengan tahanan SOSMA-ISIS.

7. Secara positifnya, desakan boleh dilakukan kepada AG bagi tahanan SOSMA-ISIS (berdasarkan per kes) yang melakukan kesalahan berdasarkan idelogi dan kepercayaan, kerana tiada pihak yang menjadi mangsa. Atas budi bicara jugalah tahanan seperti ini perlu dibebaskan.

Sekian. - 21 Februari 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...