Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 20 Februari 2020

Kerana Pemilihan, PPBM Bergaduh Sesama Sendiri, Londeh Melondeh Di Sosial Media.

PEMILIHAN PPBM | Ahli PPBM, terutamanya kem calon yang bertanding sedang merosakkan nama parti dan merosakkan imej masing-masing di sosial media.

Satu ketika dulu, mereka ini juga yang menghina pemilihan UMNO, PKR dan AMANAH, kononnya huru hara tetapi rupanya mereka juga adalah parti 'melayu' yang serupa.

Ironi bukan?

Parti. Melayu. 

Masihkah ingat insiden keganasan dalam program Nothing To Hide 2 yang berlaku pada 13 Ogos 2017?



Akhirnya. Selepas dua tahun berlalu, mereka pun mengakui, provokasi dan dalang program itu adalah dari team mereka sendiri yang berpecah dan bercakaran (atas sebab yang tak dapat kita pastikan).

Samada dibayar atau tidak, itu cerita lain. Ceritanya, mereka mengakui provokasi itu datang dari orang dalam.

Itu. Kelakar. Kan?

Semua ini bermula apabila Muzzamil Ismail mengisytiharkan dirinya akan melawan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Ketua Pemuda Armada yang baru. 

Sesetengah kem dilihat tidak dapat menerima perebutan jawatan tertinggi dikalangan ARMADA itu. 

Tetapi ada juga yang meraikan pertandingan itu dari sudut yang positif.

Muzammil didakwa membayar TTKM bagi memerangkap WAF;


Muzzamil mendakwa telah difitnah;
Isu Majlis Makan Malam Amal dan Ucapan

1. Saya sangat faham dan ambil maklum implikasi kehadiran saya di majlis makan malam yang menjadi isu sehari dua ini. Kritikan bahkan fitnah disulam bersama tanpa rasa bersalah. Kes Nothing to Hide 2.0 (N2H) itu sememangnya luka yang dalam.

2. BERSATU pada masa itu ditekan, diugut dan cuba diharamkan. Memang perkara ini sangat sensitif dan diingati oleh semua terutama ARMADA. Tambahan pula ia melibatkan keselamatan YAB Ayahanda Tun.

3. Tidak adil dan sangat jahat bila ada yang menangguk di air yang keruh dengan menggambarkan saya seolah-olah dalang atau individu yang merusuh pada waktu N2H hanya kerana saya memenuhi jemputan di majlis NGO bersama anak sekolah tahfiz di PWTC beberapa hari lalu. ‘Peluang keemasan’ itu telah digunakan oleh sesetengah pihak untuk menyerang dan melabel saya sebagai anti-Tun.

4. Apapun, hal ini bukanlah kali pertama pertama berlaku kepada saya dalam arena politik ini. Sanggup bayar blogger, page-page seperti Si Rashid, Friends of BN dan pelbagai. Fitnah London, Dana Anwar Ibrahim dan RM16j semua telah keluar. Walaupun sudah mangli dan masak dengan suasana ini, sebuah penjelasan perlu saya berikan.

5. Bila timbul kes tangkapan dadah yang terbukti dengan terang-terangan, alasan yang digunapakai adalah ‘setia kawan’, ‘jaga aib kawan’ dan tunggu siasatan selesai. Namun, bila menyangkut diri saya, lain pula laras bahasanya. Saya terima dan redha akan harga menongkah arus.

6. Saya akui terdapat ruang penambahbaikan dalam penyampaian atau penerangan kenyataan yang saya coretkan semalam di media sosial berhubung jawapan balas serangan terhadap kehadiran saya itu.

7. Saya juga amat maklum akan hasil siasatan kes serangan dalam program Nothing to Hide 2.0 yang kekal misteri. Saya ingin tegaskan bahawa pelaku dan dalang pencatur huru hara dalam majlis itu tidak boleh dilepaskan dan mesti diperoleh kepastiannya. Pendakwaan mesti dijalankan.

8. Sekembalinya saya dari urusan di Pantai Timur, saya akan berhubung dengan pakar perundangan sama ada perlu melakukan laporan polis ulangan terhadap laporan polis yang telah dibuat pada tahun 2017 bagi mendapatkan keadilan yang tertangguh itu. Pelaku dan dalangnya perlu diketahui dan dibongkar kepada awam.

9. Kehadiran saya dalam majlis itu tidak akan ‘mensucikan’ mana-mana pihak yang pernah menzalimi BERSATU atau ahlinya. Tidak menjadikan mereka ‘political asylum’ tetapi mereka semua perlu akur dan tunduk kepada undang-undang negara.

10. Sungguhpun majlis yang saya hadiri itu adalah majlis NGO bukan politik, tetapi saya ingatkan dalam ucapan saya agar sokongan terus diberikan kepada YAB Ayahanda Tun sebagai Perdana Menteri bagi mentadbir dan mengangkat martabat Islam dihadapan ribuan hadirin. Video di bawah.

11. Saya, Muzzammil Ismail, yang berhasrat untuk menawarkan diri sebagai calon Ketua ARMADA Nasional, dengan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kepada pejuang-pejuang ARMADA yang mungkin terguris dengan kehadiran saya di majlis itu sungguhpun saya tidak dimaklumkan akan jemputan lain yang hadir.

12. Sifat setiakawan, rasa hormat dan menjaga perasaan sahabat seperjuangan saya adalah perkara yang tiada kompromi dalam kamus ARMADA saya. Terima kasih kepada semua yang tidak putus menelefon dan mesej.

Haq dan batil sentiasa bertembung. Rapatkan saf. Hidup bermaruah.
Dalam perkembangan berkaitan, kiraan undi berlaku di rumah sendiri, lokasi kejadian dikatakan berlaku di Lipis.

"Parti PPBM yang setahun jagung, lagak pandai tapi banggang. Tak pernah berlaku dalam mana - mana parti kertas undi kira dirumah, mujur ada yang cerdik seekor dua dapat juga membongkar kebodohan pemimpin PPBM. Untuk rekod mesyuarat ini berlaku di Lipis.... buat malu orang Lipis je," tulis Jubaidi Chamkari Jubaidi Chamkari



Berdasarkan semakan, Jubaidi adalah anti PH. Dan sudah tentulah aksi yang memalukan di atas ini telah mencemarkan imej PH secara tidak langsungnya di mata rakyat.

Satu lagi kejadian dikatakan berlaku di Perak.
 

Perkara itu didedahkan Boodak Sri Kinta di Facebooknya pada Selasa.

Menurut individu itu 5 kotak undi berkaitan pemilihan PPBM telah dibawa ke dalam rumah.

Parti-parti ini kalau kita perhatikan mereka suka bercakap soal intergriti dan ketelusan. Tetapi bila berlaku pemilihan, intergriti dan ketelusan kelaut.

Sudah sampai masanya, untuk buat satu badan seperti SPR, bagi mengawalselia pemilihan setiap parti-parti politik di Malaysia. Mereka tak boleh uruskan pemilihan mereka dengan telus dan harmoni. Mereka kacau bilau dan huru hara. Bergaduh, berebut, saling melondeh dan bergaduh di sosial media - mereka halalkan tindakan bodoh ini atas nama parti-parti lain pun buat, bukannya nak cermin diri atas kelakuan bodoh mereka tu.

Kalau la agensi bebas seperti SPR diberikan ruang untuk kendalikan semua pemilihan parti di Malaysia, paling tidak, politik wang akan berkurangan. Anak muda, baton ini untuk korang. Buat ini pada masa akan datang. - 20 Februari 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...