Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 19 November 2019

Beberapa Teori Netizens Kenapa 22 Ahli Parlimen BN Jumpa Azmin Ali.

SOSMED | Malam tadi media sosial agak kecoh dengan laporan 22 Ahli Parlimen BN dan 5 Ahli Parlimen PKR datang ke kediaman Menteri Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali di Putrajaya.


Netizens dari pelbagai kelompok parti menzahirkan bermacam pandangan bagi membincangkan situasi terbaru ini.

Berikut adalah rangkuman teori-teori netizens mengenai perjumpaan tersebut;

1. Azmin Ali mahu menunjukkan kepada kem Anwar bahawanya dia mampu menghuru-harakan Pakatan Harapan jika desakan untuk peralihan kuasa semakin kuat. Sebenarnya tiada istilah lompat parti. Apa yang ada Azmin mahu membuktikan dia juga berkeupayaan untuk meranapkan kerajaan ini.

2. Azmin Ali didesak oleh Tun Mahathir bagi mencari jalan agar Tun boleh berkuasa menjadi PM sepenggal. Kenyataan terbuka oleh Hanif Katri, peguam Tun Mahathir mengesahkan teori ini. Semalam Hanif membangkitkan isu mengenai video semburit dimana telah tergantung selama 5 bulan. Pemerhati beranggapan isu video itu adalah satu tekanan kepada Azmin Ali untuk mendapatkan sokongan BN dan PAS bagi mempertahankan kedudukan Tun Mahathir.

3. Azmin tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri kerana ia akan menyebabkannya hilang kedudukan. Oleh itu perjumpaan dengan BN dibuat bagi mencari jalan keluar.

4. Azmin Ali mahu protes. Oleh kerana desakan untuk Tun berundur semakin kuat maka Azmin Ali sengaja menganjurkan majlis makan malam bersama Ahli Parlimen BN tanda beliau mahu protes secara terbuka. Ini juga merupakan satu amaran kepada PKR dan DAP bahawanya dia ada peluang melompat atau membawa lebih ramai dari BN untuk masuk ke dalam PPBM.

5. Ahli Parlimen BN yang hadir ke majlis tersebut sekadar mendengar tawaran dan memerhatikan situasi politik terkini. Seterusnya akan berbincang dikalangan mereka dan memikirkan strategi yang terbaik bagi menghancurkan Pakatan Harapan.

6. Ahli Parlimen BN yang hadir telah bersiap sedia dengan rakaman. Apabila tiba masa yang tepat, rakaman versi cut, akan diedarkan bagi menjatuhkan musuh.

7. Ahli Parlimen BN sekadar memenuhi undangan untuk melayan game Azmin yang mahu protes terhadap PH, khususnya PKR. Mereka sebenarnya tepuk tangan melihat PH bergaduh sesama sendiri selepas kekalahan teruk di PRK Tanjung Piai.

8. Ahli Parlimen BN sebenarnya datang untuk menjadi mata-mata kepada Najib dan Zahid. Mereka tak berminat pun nak bergabung dengan PH yang sepenggal.

9. Ahli Parlimen BN datang kerana penyatuan ummah memandangkan yang dijemput semuanya orang melayu - tiada kaum cina dan india. Mereka plan nak singkirkan DAP dari kerajaan dengan membawa masuk lebih banyak melayu ke dalam Pakatan Harapan.

10. Ahli Parlimen BN yang datang sebab nak cari talian hayat bagi membebaskan mereka dari pertuduhan rasuah ataupun bakal dihadapkan atas pertuduhan rasuah.

11. Ahli Parlimen BN yang hadir inilah Ahli Parlimen yang akan melompat untuk membentuk kerajaan pintu belakang. Mereka hadir bagi membuktikan mereka akan melompat parti bagi menyakinkan Azmin Ali. Perbincangan dengan Hishammuddin dah lama berlaku tetapi tiada 'number' diterjemahkan dalam bentuk perjumpaan, maka inilah tujuannya.

Nota : Rangkuman teori dipetik dari komen-komen berita di portal Sinar Harian, Free Malaysia Today, Malaysiakini dan Berita Harian. Komen-komen tersebut kemudiannya diolah semula bagi memudahkan pembacaan. - 19 November 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...