Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 11 Oktober 2019

Kerana Difitnah Ulama PAS, ADUN DAP Hantar Saman.

Kenyataan Media YB Edry Faizal, ADUN Dusun Tua | Pada 28 Ogos 2019, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Mokthar Senik telah memuatnaik suatu status Facebook di profil Facebook-nya, “Mokhtar Dup” yang memfitnah saya. 


Status Facebook tersebut antara lain mengandungi poster yang menggunakan foto saya tanpa kebenaran saya, dengan kata-kata kononnya saya mengatakan bahawa rusuhan kaum 13 Mei 1969 adalah kisah dongeng.

Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya untuk mengeluarkan surat tuntutan kepada Mokhtar Senik, menuntut, antara lain, supaya beliau menarik balik status tersebut dan memohon maaf kepada saya.

Mokhtar Senik telah membalas surat tuntutan peguam saya dengan mengatakan bahawa itu hanya ‘bahasa kesat/caci maki’ sahaja, tanpa membuat apa-apa permohonan maaf.

Oleh itu saya telah arahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap Mokhar Senik.

Peguam-peguam saya telah pada 09 Oktober 2019 memfailkan tuntutan saya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Mokhtar Senik atas kausa tindakan fitnah (defamation) dan kepalsuan niat jahat (malicious falsehood) berkenaan dengan status Facebook tersebut.

Di dalam pernyataan tuntutan saya, saya memohon relief antara lain, gantirugi am, gantirugi teruk dan gantirugi teladan, permintaan maaf dan injunksi untuk menghalang Mokhtar Senik daripada menerbitkan kata-kata yang memfitnah saya lagi.

Tujuan saya memfailkan tuntutan tersebut adalah untuk menegakkan hak saya dan membersihkan nama baik saya yang telah dijejaskan oleh Mokhtar Senik.

Saya ingin menambah bahawa saya rasa amat kecewa kerana sebagai seorang pemimpin sebuah parti yang mengakui paling Islam, Mokhtar Senik gagal melakukan tabayyun atau soal selidik yang diajarkan al-Quran. Atau hadis Nabi bahawa jika tiada perkara baik yang boleh diucapkan, lebih baik diam. Saya dulu sewaktu terima sebaran kononnya Mokhtar Senik menghantar gambar bogelnya kepada seorang gadis bernama Fikah, saya tidak menyebarkannya dan menolak penyebarannya kerana saya mahukan politik matang. Malangnya Mokhtar Senik tidak pula mengamalkan politik yang begitu.

Semoga tindakan ini menjadi pengajaran kepada kita semua supaya berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataaan yang tidak pasti. - 10 Oktober 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...