Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 26 Ogos 2019

Tiada Kesalahan Pasang Bendera Terbalik, Kenyataan Disalahtafsir Kata Aziz Bari.

RF8 Media | Kempen laskar siber (cybertrooper) pembangkang menghasut rakyat agar percaya anasir bukan Melayu penyokong Pakatan Harapan melancarkan bantahan senyap memasang bendera Malaysia secara terbalik mendapat perhatian pakar perlembagaan Dr Aziz Bari.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi berkata, tidak ada undang-undang khusus digubal mengenai Jalur Gemilang dan kaedah pemasangannya.

Susulan itu, Aziz mencadangkan kerajaan Persekutuan mengusulkan undang-undang baharu ke Parlimen kerana akta mengenainya didapati tidak khusus dan bercerai-cerai.

Akta yang dicadangkan jelasnya perlu dengan terperinci menjelaskan bentuk, warna dan cara memasang Jalur Gemilang termasuk menyenaraikan tindakan-tindakan yang dianggap menyalahi undang-undang.

“Perkara yang sama juga perlu dibuat untuk bendera negeri-negeri. Langkah sedemikian perlu bagi mengelakkan isu-isu remeh terus dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu serta menghentikan tindakan melampau,”
katanya dipetik.

Komen itu dibuat beliau setelah menjadi mangsa kecaman berhubung kenyataan beliau yang disalahtafsirkan.

Naib Pengerusi DAP Perak itu sebelum ini digambarkan seolah-olah berkata ‘tidak menjadi kesalahan memasang Jalur Gemilang terbalik’.

“Saya kata apa kena mengena bendera terbalik (Jalur Gemilang) dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong? Saya juga tak suruh pun orang pasang bendera terbalik,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Aziz dilapor berkata, tiada undang-undang yang menyatakan memasang Jalur Gemilang secara terbalik merupakan satu kesalahan. - 26 Ogos 2019.

Bimbang Sentimen Anti-China Merebak Mungkin Sukarkan Permohonan Penduduk Hong Kong Ke Malaysia.

The Malaysian Insight | EJEN yang membantu proses penghijrahan penduduk Hong Kong ke Malaysia bimbang Putrajaya akan tegas dalam proses itu untuk mengelak sentimen anti-China merebak ke negara ini.

Namun, mereka berkata setakat ini tiada tanda perubahan dalam pendirian kerajaan berhubung hasrat penduduk Hong Kong yang mahu meninggalkan pulau itu ekoran bantahan anti-China yang berlarutan.


Rusuhan demi rusuhan, ditambah pula dengan taraf hidup yang semakin memburuk telah menambahkan lagi sebab penghijrahan di mana Malaysia menjadi antara destinasi pilihan.

Presiden Persatuan Ejen Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) Lim Kok Sai berkata permohonan penduduk Hong Kong yang mahu berhijrah ke Malaysia meningkat baru-baru ini.
Lim bimbang Putrajaya akan mengambil tindakan lebih berhati-hati untuk meluluskan permohonan kerana bimbang sentimen anti China akan merebak di negara ini.

“Saya secara peribadi sedikit risau Putrajaya akan lebih tegas terhadap pemohon dari Hong Kong atas sebab tidak mahu sentimen anti-China merebak di Malaysia, tetapi saya tak boleh nak kata apa yang kerajaan fikirkan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau bagaimanapun berkata pemohon program MM2H telahpun disaring ketat, termasuk jika mempunyai rekod jenayah atau kes mahkamah yang masih berjalan.

“Kalau anda ada rekod jenayah atau pernah ditahan, Malaysia tak akan terima. Kerajaan hanya mahu pendatang yang bersih jika mahu tinggal di sini,” kata Lim.

Jelasnya, selain rekod yang bersih pemohon MM2H juga perlu stabil dari segi ekonomi walaupun kemahiran mereka tidak diambil kira.

Secara umum, pemohon MM2H berada dalam lingkungan mereka yang berumur 30-50 tahun dan kerajaan akan mengeluarkan permit untuk 10 tahun bagi pemohon yang layak, tetapi bukan taraf penduduk tetap.

Timbalan Pengerusi MM2H Kurt Tan berkata Malaysia menjadi destinasi pilihan penduduk Hong Kong atas faktor keselesaan hidup, persamaan makana dan budaya serta komunikasi kerana kedua-dua negara menggunakan Bahasa Inggeris dengan meluas.

Beliau juga berkata, pemohon perlu memohon dokumen kelakuan baik di konsulat Malaysia di Hong Kong untuk membuktikan mereka tidak mempunyai rekod jenayah, yang kemudian akan disemak dengan polis tempatan.

“Proses ini mengambil masa dalam tempoh sebulan. Secara umumnya, mereka yang lulus akan diberi permit tinggal untuk 10 tahun yang boleh diperbaharui pada tahun kesembilan selagi tidak melanggar mana-mana undang-undang selama tinggal di sini,” kata Tan. - 26 Ogos 2019.

Lebih Banyak GIANT Tutup Di Zaman PH, Najib Sindir Nik Nazmi.

NAJIB RAZAK | Hello Nik Nazmi.

Saya pinjam, copy dan edit kenyataan lama kamu sekejap.


Enam kedai sudah tutup tahun lepas dan dua puluh lagi akan tutup tahun ini tapi Nik Nazmi sekarang ini macam buat tak tahu.

Oleh itu, saya tolong edit sikit. Harap Nik tak marah.

---

Tutup Pasaraya Giant: Realiti ekonomi negara tenat

Laporan berita yang menyatakan bahawa Pasaraya Giant akan menutup l̶i̶m̶a̶ ̶ 𝐝𝐮𝐚 𝐩𝐮𝐥𝐮𝐡 (tidak ambil kira enam lagi yang sudah tutup tahun 2018 lepas) lagi pasaraya di sekitar Malaysia membuktikan sekali lagi bahawa ekonomi Malaysia bukanlah seindah yang digambarkan oleh N̶̶̶a̶̶̶j̶̶̶i̶̶̶b̶̶̶ ̶̶̶ ̶d̶a̶n̶ ̶K̶e̶r̶a̶j̶a̶a̶n̶ ̶U̶m̶n̶o̶-̶B̶a̶r̶i̶s̶a̶n̶ ̶N̶a̶s̶i̶o̶n̶a̶l̶.̶ Kerajaan Pakatan Harapan.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata, dengan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan sebagainya tidak memberi sebarang makna sekiranya perniagaan dan rakyat terus tertekan dengan keadaan ekonomi yang kian meruncing akibat kegagalan pentadbiran Kerajaan.

“Pengenalan cukai G̶S̶T̶ SST yang tidak teratur dan kejatuhan nilai ringgit sehingga mengakibatkan kenaikan harga barang jelas memberi kesan kepada peniaga dan juga pembeli yang semakin berkurangan kuasa membeli.

“Apa akan jadi kepada pekerja Pasaraya Giant, dan ribuan pekerja perniagaan lain yang terlibat dengan mereka?,” ujarnya.

Ketua Angkatan Muda PKR ini berkata isu penutupa pasaraya itu hanyalah sebahagian daripada krisis yang melanda sektor runcit negara.

Bagaimanapun ujarnya lagi, banyak kedai-kedai kecil dan sederhana serta pembekal-pembekal menjadi mangsa namun dalam pembentangan Bajet 2̶0̶1̶8̶ ̶ 2019 oleh p̶e̶r̶d̶a̶n̶a̶ ̶m̶e̶n̶t̶e̶r̶i̶ Lim Guan Eng, pun tidak menyentuh mengenai nK̶e̶r̶a̶j̶a̶a̶n̶ ̶U̶m̶n̶o̶-̶B̶a̶r̶i̶s̶a̶n̶ ̶N̶a̶s̶i̶o̶n̶a̶l̶.̶ Kerajaan PH yang selamas ini ujarnya, gagal membela rakyat.

“Ketidaktentuan masa depan mereka adalah akibat dasar K̶e̶r̶a̶j̶a̶a̶n̶ ̶U̶m̶n̶o̶-̶B̶a̶r̶i̶s̶a̶n̶ ̶N̶a̶s̶i̶o̶n̶a̶l̶.̶ Kerajaan PH yang gagal membela rakyat.

“Pengumuman bajet oleh p̶e̶r̶d̶a̶n̶a̶ ̶m̶e̶n̶t̶e̶r̶i̶ Lim Guan Eng,tempoh hari langsung tidak menyentuh isu-isu genting seperti ini atau memberi solusi kepada masalah rakyat, malah hanya berperanan menjanjikan gula-gula sempena pilihanraya.

“N̶a̶j̶i̶b̶ ̶d̶a̶n̶ ̶B̶N̶ Guan Eng dan PH tidak mampu memulihkan ekonomi negara sendiri.

August 20, 2019: 20 more Giant and Cold Storage stores to close?

https://www.theedgemarkets.com/article/more-giant-stores-closing

Ahad, 25 Ogos 2019

Bukan PM Seorang Tapi Kabinet Setuju Tidak Hantar Pulang Zakir Naik, Kata Marzuki.

THE MALAYSIAN INSIGHT | KEPUTUSAN tidak menghantar pulang pendakwah Dr Zakir Naik ke India merupakan keputusan bersama yang dicapai dalam Kabinet, kata Timbalan Menteri Luar Marzuki Yahya.


Beliau menafikan ia sebagai keputusan peribadi Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kerana perkara itu sudah dibincangkan oleh anggota Kabinet sebelum dipersetujui.

“Keputusan itu bukanlah keputusan peribadi oleh mana-mana pihak sebaliknya ia adalah keputusan Kabinet.

“Kita tetap dengan keputusan kita sebab ini adalah keputusan kabinet. Jadi saya rasa tidak ada apa yang perlu kita bincangkan.

“Kepada pihak yang tidak berpuas hati rujuklah kepada pihak yang berkenaan,” katanya seperti dilaporkan New Straits Times.
Marzuki mengulas mengenai himpunan yang dirancang diadakan di Brickfields, Kuala Lumpur bagi membantah Zakir.

Himpunan ‘Katakan Tidak kepada Zakir Naik’ dibatalkan oleh penganjurnya tetapi polis masih mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyekat jalan dan mengawal kawasan itu semalam.

Zakir disiasat polis kerana didakwa kononnya membuat kenyataan kontroversi terhadap masyarakat India dan Cina di Malaysia semasa ceramah di Kota Bharu, Kelantan sebelum ini sehingga mencetuskan desakan banyak pihak supaya dia dihantar pulang ke negara asalnya.

Ia susulan 515 laporan polis yang dibuat terhadap pendakwah kelahiran Mumbai itu yang dituduh oleh kerajaan India melakukan pengubahan wang haram dan menggalakkan keganasan.

Walaupun digesa untuk dihantar pulang ke negara asal, Dr Mahathir tetap dengan pendirian mempertahankan Zakir kerana bimbang nyawanya akan terancam dan tidak mendapati perbicaraan adil jika kembali ke India.

Kempen Bendera Terbalik: Majoriti Gambar Sebelum 2018.

RF8 MEDIA | Selang beberapa hari lagi negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-62.

Berbanding tahun-tahun lepas suasana diambang kemerdekaan meriah dengan kempen memasang Jalur Gemilang di setiap premis dan kenderaan, tahun ini keadaannya berbeza.



Warganet terpengaruh dengan kempen memburuk-burukkan kaum Cina kononnya sengaja memasang bendera secara terbalik.

Walaupun dibuktikan gambar Jalur Gemilang yang tular itu kebanyakannya diambil pada 2016 dan 2017, malah bantahan pelajar di Taiwan pada 2013 serta tunjuk perasaan di Jakarta yang dilakukan oleh warga Indonesia, namun laskar siber pro pembangkang terus mempropagandakannya sebagai kebiadapan dilakukan bukan Melayu pasca pemerintahan BN.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Najwan Halimi menyuarakan kebimbangannya kepada pihak yang sengaja menghangatkan suasana membangkitkan rasa resah di kalangan rakyat itu.

“Saya juga dimaklumkan terdapat kes pengedar secara tidak sengaja mencetak bendera terbalik, kes ini sebenarnya sudah selesai.

“Hentikanlah daripada sebar perkara tidak benar seolah-olah kita sengaja mahu mewujudkan provokasi terutamanya menyentuh sensitiviti perkauman dan agama,”
katanya dipetik.

Menurut Najwan lagi, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah menjelaskan beberapa berita yang tular baru-baru ini antaranya kisah lamayang disiar kembali seolah-olah mahu menimbulkan kemarahan orang awam

“Merdeka bukan sekadar laungan sahaja tetapi kita perlu menzahirkannya dengan semangat dan penuh rasa cinta

“Kerajaan Selangor dan juga Malaysia menolak keras provokasi terutamanya cubaan untuk memecah belahkan rakyat,” 
tambahnya.

Media sebelum ini dilapor telah menyiasat beberapa kejadian pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik yang dilaporkan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, mana-mana pelaku boleh didakwa di bawah peruntukan Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 atau Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak menyebabkan bangkitan marah dan pecah keamanan membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 boleh dihukum denda tidak melebihi RM100 manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Netizens Pertahankan POS MALAYSIA, Kecam Tindakan ADUN DAP Tak Faham BM..

POLITIK | Semuanya bermula apabila POS MALAYSIA menjawab pertanyaan netizen mengenai POLISI PENGHANTARAN BARANG.

"Betul ke boleh pos keris guna setem?," soal seorang Facebooker yang dikenali sebagai Muhammad.

POS MALAYSIA kemudiannya membalas pertanyaan tersebut : "TIDAK, KERIS DAN SENJATA MERBAHAYA ADALAH BARANGAN LARANGAN UNTUK PENGEPOSAN".

Jawapan balas oleh POS MALAYSIA itu kemudiannya ditangkaplayar lalu disebarkan secara meluas oleh netizens bagi mempersoalkan dan mempertikaikan insiden ugutan yang diterima oleh Ahli DAP Balakong, Lee Khai Ming.

Lee kemudiannya bertindak balas dengan berkata telah menghantar bukti berbentuk rakaman CCTV kepada Pegawai Penyiasat Kajang pada khamis lalu.

Kenyataan Lee itu bagaimanapun tidak manpu menyakinkan pengkritiknya.

Mereka berterusan menyerang dan menyindir Lee, malahan sebahagian besar yang meninggalkan komen di posting Lee mempunyai tanggapan Lee membuat cerita tipu.

Apa yang mengejutkan ialah reaksi ADUN BALAKONG, Wong Siew Ki yang meminta POS MALAYSIA menarik balik kenyataan mengenai POLISI PENGHANTARAN BARANG.

Menurut Wong, POS MALAYSIA tak sepatutnya terburu-buru dalam mengeluarkan kenyataan yang menafikan ugutan.

Justeru itu POS MALAYSIA mempunyai tempoh tiga hari bagi menarik balik kenyataan tersebut.

Netizens yang mengikuti perkembangan kes itu pula rata-ratanya mengkritik tindakan ADUN BALAKONG itu kerana disifatkan sebagai bodoh, tidak matang dan gagal Bahasa Malaysia. 







Sebagai rekod, ini adalah bukti yang POS MALAYSIA sebenarnya menjawab persoalan netizen secara rambang berdasarkan SOP yang ditetapkan dan jawapan tersebut sebenarnya SAMA SEKALI TIDAK merujuk kepada UGUTAN yang diterima Lee. 

Hal inilah yang membuat netizens mempersoalkan kefahaman Bahasa Malaysia ADUN BALAKANG itu pula.


Katakanlah mungkin penyoal bertanya bagi mendapatkan kepastian samada cerita Lee itu boleh diterima atau tidak, POS MALAYSIA bagaimanapun TIDAK SEMESTINYA ketika menjawab sedang merujuk akan kes ugutan yang berlaku. Ia adalah JAWAPAN STANDARD bagi SOALAN seumpamanya kerana POLISI PENGHANTARAN BARANG oleh POS MALAYSIA sememangnya melarang mengepos senjata dan item yang melanggar perundangan negara.

Oleh itu dakwaan oleh Wong dan Lee itu sebenarnya bukan sahaja tidak berbangkit malahan memalukan diri mereka sendiri kerana tak faham keterangan POS MALAYSIA.

Berikut berita penuh dari Malaysia Gazette ;

Pos Malaysia Berhad diberi tempoh tiga hari untuk menarik balik kenyataannya di Facebook berhubung kiriman ugutan terhadap pembantu khas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Wong Siew Ki.

Malah, penyedia perkhidmatan mel itu juga perlu memohon maaf secara terbuka terhadap mangsa dan ahli keluarganya kerana perkara yang dikaitkan dalam kenyataan Pos Malaysia itu kini sudah dimanipulasi oleh warganet hingga mengeruhkan keadaan.
Dalam satu sidang media hari ini, Siew Ki melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Pos Malaysia yang telah membuat kenyataan secara melulu apabila menafikan ugutan jenayah diterima pembantunya itu sedangkan polis masih lagi menyiasat perkara tersebut.
Katanya, Pos Malaysia sepatutnya membuat siasatan dalaman berkenaan perkara itu memandangkan ia merupakan satu ugutan melibatkan senjata berbahaya yang tidak boleh dipandang ringan.

“Pihak kami menghormati bahawa kes ini dalam siasatan polis dan kami berasa pihak Pos Malaysia juga perlu peka dengan situasi semasa sebelum mengeluarkan kenyataan yang akhirnya telah dimanipulasi oleh banyak pihak, seakan-akan pihak kami telah membuat laporan palsu.

“Pihak Pos Malaysia sepatutnya meneliti dahulu isu dan keadaan semasa sebelum mengeluarkan kenyataan, lebih-lebih lagi apabila siasatan polis sedang dijalankan,”
katanya pada sidang media itu.

Menurut Siew Ki lagi, Pos Malaysia tidak sepatutnya mengeluarkan apa-apa jua kenyataan atau cuba menolak tanggungjawab sebelum mereka sendiri mengambil inisiatif untuk melakukan siasatan secara dalaman.

Meskipun memberi kenyataan balas daripada komen yang diutarakan oleh netizen namun, ia merupakan satu tindakan tidak adil kepada mangsa.

Siew Ki menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pos Malaysia sekiranya pihak terbabit mengabaikan permintaan mereka sehingga tempoh yang diberi Isnin ini.

Sementara itu mangsa Lee Khai Ming pada sidang media sama berkata, beliau turut berasa kesal dengan sikap Pos Malaysia yang telah menjawab pertanyaan netizen di laman sosial itu seolah-olah memberi gambaran bahawa laporan polis yang dibuat olehnya adalah rekaan semata-mata.

Katanya beliau bimbang jawapan yang diberikan oleh Pos Malaysia itu akan mengundang pula tanggapan pihak lain hingga boleh menimbulkan isu perkauman.

“Saya ada bukti terhadap kiriman yang diterima oleh isteri saya berdasarkan rakaman CCTV di rumah menunjukkan sampul surat berisi keris diterima daripada posmen yang menghantarnya pada hari kejadian.

“Saya sudah serahkan segalanya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan tetapi apa yang dilakukan oleh Pos Malaysia dengan membuat kenyataan balas terhadap komen di Facebook, ia sesuatu yang tidak boleh diterima,” ujarnya.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili mangsa Quratulain Atiqah Norzahirul Anuar menegaskan: “Sepatutnya Pos Malaysia yang memberikan perkhidmatan berhati-hati ketika memberikan kenyataan kepada orang awam. Sebab maklum balas yang diberikan adalah respon daripada pertanyaan orang awam disatu link berita.

“Pos Malaysia ataupun admin group itu perlu menilai keadaan semasa sebelum meberi apa-apa jawapan.

“Kita faham ini satu standard jawapan, tapi dalam masa sama sebelum beri apa-apa jawapan lebih-lebih lagi kes ini dalam siasatan polis mereka perlu berhati-hati dan tidak boleh beri kenyataan mudah sebegitu sebab mereka perlu peka dan boleh baca keadaan semasa,”
ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan Pembantu Politik ADUN Balakong menerima ugutan melalui sampul surat yang mengandungi sebilah senjata tajam daripada individu tidak dikenali, disyaki ada kaitan dengan kempen membantah tulisan jawi. - 25 Ogos 2019.

Sabtu, 24 Ogos 2019

Kabinet Akan Putuskan Cara Laksana Diskaun Tol.

RF8 MEDIA | Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijangka akan membuat keputusan penting kaedah yang akan digunapakai dalam mengurangkan kadar tol beberapa lebuh raya pada mesyuarat minggu hadapan.


Biar pun penghapusan sepenuhnya tol sukar dilakukan dalam keadaan keberhutangan negara yang tinggi namun Kementerian Kerja Raya dijangka akan mengemukakan cara bagi memberi diskaun sekali gus menunaikan separuh daripada janji penghapusan tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya PH dikemukakan kepada rakyat sebelum pilihan raya umum ke 14 lalu.

Memetik harian Singapura, The Straits Times pengurangan tol berkenaan dijangka akan melibatkan 29 batang lebuh raya.

Sebelum ini pada Jun lalu, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan tawaran rasmi untuk mengambil alih empat lebuh raya di Lembah Klang iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong SMART dengan nilai RM6.2 bilion.

Bagaimanapun cadangan Menteri Kewangan Lim Guan Eng itu menyebabkan rasa tidak senang dengan Kementerian Kerja Raya kerana ia mengusahakan kertas cadangan berasingan dan membantah potongan bajet untuk projek lain bagi membiayai pengambilalihan empat lebuh raya daripada Gamuda Bhd.

Sehubungan itu, mesyuarat pada Rabu depan akan mengkaji penyelesaian dicadangkan bagi mengurangkan kadar tol terutama berkenaan jenis pembiayaan yang akan digunakan dan kos akhir yang akan ditanggung kerajaan, lapor Straits Times.

“Ada menteri mempersoalkan kenapa Lim enggan berbelanja untuk program lain tetapi minat hendak bayar RM6.2 bilion kepada Gamuda.

“Ia secara tidak sengaja sama jumlahnya dengan cadangan pakej menyelamatkan Felda yang mengambil masa lama untuk dimuktamadkan,” kata akhbar itu memetik sumber yang enggan dinamakan. - 24 Ogos 2019.

Jumaat, 23 Ogos 2019

Hutang Negara Naik Kerana Kerajaan Telus, Najib Kritik Guan Eng.

NAJIB RAZAK | Menteri Kewayangan akhirnya mengaku bahawa hutang negara telah naik jauh lebih pantas di bawah dia.


Untuk enam bulan pertama tahun ini sahaja sudah nak RM58.1 bilion. Cecah RM800 bilion.

Jauh lebih tinggi berbanding jumlah hutang RM686 bilion masa BN.

Tapi dia bagi dua alasan kenapa hutang naik.

ALASAN 1: Hutang negara naik jauh lebih pantas kerana dia kata dia telus/transparent.

Saya tak tahu bagaimana nak jawab alasan ini.

Cuma nak tanya sendiri kenapalah dahulu saya tak gunakan alasan seperti ini pulak?

"Hutang naik meroket kerana kita telus".

Habis cerita. Raykat percaya.
ALASAN 2: Hutang negara naik dengan jauh lebih pantas kerana perlu bayar hutang 1MDB.

Ini kes pinjam hutang untuk bayar hutang tapi hutang naik dengan lebih banyak lagi manakala hutang lama tak kurang.

Seperti pinjam RM100 untuk bayar hutang RM100 tapi jumlah hutang bertambah jadi RM200.

Atau:

RM100 - RM100 = RM200

Inilah satu lagi contoh ilmu hisab akauntan tak bertauliah salah titik perpuluhan.

Dia tak mengaku bahawa prinsipal hutang 1MDB tak pernah kurang satu sen pun sejak PH menjadi kerajaan.

Malah, kerajaan PH kuat menjual aset TRX dan Bandar Malaysia tapi wang tidak digunakan untuk bayar balik hutang 1MDB.

Bulan April sahaja, kerajaan PH telah jual sebahagian dari projek 1MDB kepada syarikat gabungan Malaysia dengan China dengan harga RM7.41 bilion.

https://www.sinarharian.com.my/article/24380/BERITA/Nasional/Projek-Bandar-Malaysia-diteruskan

Tapi satu sen wang dari situ tidak digunakan untuk bayar balik hutang 1MDB pulak.

Kenapa tak sebut penjualan itu?

Banyak lagi yang dia tak sebut.

Bukan sahaja defisit kerajaan dalam bajet 2019 dia jauh lebih besar pada kadar 3.7% berbanding masa BN tapi unjuran-unjuran bajet untuk harga minyak dan kadar pertumbuhan ekonomi sudah lari menyebabkan hasil kerajaan lebih rendah dari jangkaan.

Dia tak sebut hasil SST lebih rendah dari hasil GST dan kerajaan dia banyak membuat projek-projek seperti kereta nasional ke-3 dan kereta terbang.

Perlu sebut juga bahawa kerajaan PH jual aset negara secara lambak dan jarah RM82 bilion dari PETRONAS sehingga penarafan kredit PERTRONAS diturunkan.

Tapi hutang negara melonjak naik seperti roket DAP.

Itu tak nak sebut ke?

PH janji nak kurangkan hutang kerajaan tapi akhirnya mereka naikkan hutang negara dengan kadar jauh lagi pantas manakala Rakyat dikorbankan sehingga banyak bantuan telah dimansuhkan dan dikurangkan.

Lepas tu ada hati dia nak salahkan 1MDB dan BN pulak. - 22 Ogos 2019.

Tak Setuju Gojek, Setiap Tahun 4,000 Penunggang Motorsikal Maut.

Mohamad Khaled Nordin | Wajar ke perjudikan nyawa rakyat Malaysia demi memasukkan applikasi Gojek dari luar negara

Kes kematian yang melibatkan kemalangan jalanraya terutamanya untuk kategori motosikal tak pernah susut daripada angka 4,000 kes setiap tahun daripada tahun 2009 sampai 2018.

Kes kematian tertinggi yang melibatkan pengguna motosikal di jalanraya adalah pada tahun 2016 dengan kematian sebanyak 4,485. Paling terendah pula adalah pada tahun 2009 dengan jumlah sebanyak 4,067.


Parti pemerintah kerajaan terdahulu memutuskan supaya dego ride tidak diteruskan atas faktor keselamatan jalanraya.

Persoalan yang sama juga perlu ditanya kepada kerajaan sekarang. Adakah jumlah kematian jalanraya mencatatkan penurunan mendadak? Hakikatnya, jumlah kematian jalanraya yang melibatkan motosikal masih belum menunjukkan penurunan di bawah angka 4,000.
Utamakan keselamatan dulu sebelum menawarkan apa-apa pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Kehilangan nyawa adalah kerugian besar pada negara.

Kesimpulan yang boleh ditimbulkan. Keselamatan fizikal jalanraya dan mentaliti pemanduan rakyat Malaysia masih belum cukup untuk menurunkan kadar kematian jalanraya.

Jangan perjudikan nyawa rakyat Malaysia di atas jalanraya wahai YB Syed Saddiq. Bukan semuanya ialah kawan YB yang YB boleh masukkan bekerja di dalam pejabat KBS dengan suasana berhawa dingin.
Rujukan : Jabatan Keselamatan Jalan Raya. (2019). Buku Statistik Keselamatan Jalan Raya Kemaskini 17.05.2019. Retrieved from http://www.jkjr.gov.my/ms/maklumat_keselamatan/statistik/func-startdown/139/lang,ms-my/

Paul Yong Sentap Bila Diarah Cuti Oleh MB Perak.

KAMARUL YUSOFF | BILA DAP MENGGELUPUR
Waktu mula-mula kes rogol Paul Yong timbul, DAP Perak melalui Pengerusinya Nga Kor Ming menyebut pada 9 Julai bahawa DAP Perak menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan kes tersebut.

Nga Kor Ming juga berjanji bahawa tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap Paul Young bergantung kepada hasil siasatan oleh pihak berkuasa.

Ketika ditanya keperluan untuk Paul Yong bercuti, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, juga menyebut "baik di peringkat parti atau pimpinan negeri, kita akan tunggu hasil siasatan oleh pihak polis".



Sekarang bila hasil siasatan oleh pihak polis selesai dan Paul Yong dituduh di mahkamah kerana merogol, alih-alih beliau menuduh polis yang terlibat dalam siasatan kes beliau sebagai tidak profesional pula.

Tegas Paul Yong dalam menyalahkan pihak polis sebagai punca beliau didakwa, "kalau polis jalankan siasatan dengan profesional maka hari ini saya tidak dituduh di mahkamah".

Soalnya mengapa sekarang baru berbangkit isu kononnya pihak polis tidak profesional sedangkan pihak polis telah dua kali menambahbaik siasatan mereka berdasarkan kehendak pejabat pendakwaan.

Begitu juga kalau mahu dikatakan ada unsur tidak adil dalam siasatan ia langsung tidak berbangkit kerana pegawai penyiasat (investigating officer) dalam kes ini bukanlah Ali atau Ahmad tetapi Yap Siew Seng.

Paul Young juga bertanya, "mengapa saya mahu berhenti? Apa sebab saya mahu cuti?", sambil menyebut, "saya masih lagi EXCO Kerajaan negeri, saya mewakili rakyat".

Soal hormat kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Faizal Azumu, yang meminta beliau bercuti itu satu hal, tetapi lebih penting lagi ialah soal janji Nga Kor Ming dan Lim Guan Eng bahawa tindakan akan diambil terhadap Paul Yong jika hasil siasatan pihak polis mendapati ada kes terhadap beliau.

Tidak berbangkit soal siapa berada di belakang laporan polis terhadap Paul Yong kerana yang berbangkit sekarang hanyalah sama ada laporan polis itu benar atau tidak sahaja.

Apatah lagi bila Paul Yong sendiri, walaupun menyebut "saya lebih kurang tahu siapa di belakang ini", juga secara terbuka sudah mengakui "saya tak ada bukti yang kukuh" mengenainya.

Jika DAP berintegriti, DAP sepatutnya akur kepada keprofesionalan pihak polis dan mengambil tindakan seperti dijanjikan terhadap Paul Young berdasarkan hasil siasatan pihak polis ini.

Bila sudah menggelupur pihak polis pula yang disalahkan. - 23 Ogos 2019.

Kes SRC: Najib Tidak Nafikan Tandatangan Transaksi Bank.

RF8 MEDIA | Perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak yang dituduh menerima RM40 juta daripada syarikat berkaitan kerajaan SRC International Sdn Bhd semakin meyakinkan apabila pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rosli Husain berkata Najib tidak menafikan tandatangannya pada dokumen akaun dan transaksi bank.


Pegawai penyiasat SPRM itu berkata di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa tandatangan Najib tertera pada dokumen, termasuklah surat arahan meluluskan transaksi bernilai berjuta ringgit bagi akaun peribadi AmBank.

“Kesemua dokumen yang ditunjukkan pada Najib (semasa disoal siasat SPRM) dan beliau mengesahkan tandatangan adalah miliknya. Beliau tak nafikan,” kata Rosli dipetik TMI.

Tambahnya, bekas perdana menteri itu disoal siasat tiga kali iaitu pada 5 Disember 2015 serta 22 Mei dan 24 Mei 2018.

Sebelum ini para peguam Najib cuba memberi gambaran kepada mahkamah CEO SRC Nik Faisal Ariff Kamil memalsukan tandatangan Najib untuk menipu entiti berkaitan kerajaan itu.

Peguam juga mengemukakan teori ahli perniagaan Jho Low menguruskan akaun Najib, seolah-olah bekas PM itu tidak mengetahui secara terperinci transaksi yang berlaku dalam akaunnya.

Bagaimanapun, ketua pasukan peguam bela, Muhammad Shafee Abdullah kemudian membantah dan berkata keterangan Rosli adalah keterangan dengar cakap tidak boleh diterima.

“Kami mahu ia direkodkan bahawa apa yang dikatakan oleh saksi adalah keterangan dengar cakap,” Shafee memberitahu mahkamah yang dipengerusikan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Khamis, 22 Ogos 2019

Bukit Aman Sahkan Exco Perak Didakwa Merogol Esok, Bila Paul Nak Letak Jawatan?

POLITIK | Portal MSTAR melaporkan Paul Yong akan didakwa kerana merogol pembantu rumah Indonesia yang berusia 23 tahun pada Julai lepas.


Paul akan dituduh di Mahkamah Ipoh pada pagi jumaat esok..

Ini juga bermakna Paul perlu meletakkan jawatan atau bercuti serta-merta sehingga kesnya selesai dibicarakan.

Oleh kerana ini kes rogol dan pendakwaraya telah memutuskan untuk mendakwa, mungkin ada bukti konkrit yang menyebabkan kes ini diheret ke mahkamah. 

So, Paul, jangan keliru dan binggung lagi. Silalah bercuti je laju-laju ok. Jangan membusukkan nama DAP dan Pakatan Harapan.

Laporan penuh MSTAR : EXCO Perak, Paul Yong Choo Kiong, yang didakwa merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia, akan didakwa di mahkamah pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed mengesahkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh.

"Saya mengesahkan bahawa beliau akan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kes rogol.

"Beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Ipoh pada Jumaat," kata Huzir ketika dihubungi pada Khamis. - 22 Ogos 2019.

Najib Terima Hampir RM400j Dari Putera Arab Saudi, Kata Pegawai SPRM.

THE MALAYSIAN INSIGHT | BEKAS perdana menteri Najib Razak menerima hampir RM400 juta daripada putera Arab Saudi pada 2011, kata pegawai penyiasat agensi anti rasuah kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

asd

Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Hussain berkata, siasatan menunjukkan sebanyak RM396 juta dipindahkan ke akaun peribadi AmBank milik Najib yang berakir dengan nombor “694” dan wang berkenaan adalah daripada Putera Faisal Turki Al Faisal Al Saud.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Harvinderjit Singh, Rosli turut mengesahkan sebanyak RM243 juta ladi dipindahkan ke akaun Najib oleh kementerian kewangan Arab Saudi.

Pada September tahun lalu, Najib memuat naik surat yang kononnya dari Putera Arab Saudi Saud Abdulaziz Al-Saud bertarikh 1 Februari, 2011 di Facebooknya sebagai memperakui bekas perdana menteri itu diberi hadiah AS$100 juta kerana sumbangannya dalam dunia Islam.

Putera Faisal sebelum ini dilaporkan mempunyai kaitan dengan Blackstone Asia Real Estate Partners, sebuah syarikat berkaitan 1MDB yang disebut di mahkamah.

Dalam satu lagi posting di Facebook pada September tahun lalu, Najib berkata Raja Abdullah memberikan sumbangan kepadanya untuk memerangi kebangkitan sama seperti Arab Spring, yang menyaksikan beberapa pemimpin negara Islam di Timur Tengah digulingkan.

Najib turut memuat naik tiga dokumen yang didakwa daripada Raja Abdullah, salah satunya tertera perkataan ‘Recognition of Contribution to the Islamic World’ (pengiktirafan sumbangan kepada dunia Islam) bertarikh 1 Februari 2011.

“Almarhum Raja Abdullah sangat bimbang ketika itu dan bertindak membiayai pemimpin dan kerajaan negara Islam dengan sejumlah wang yang banyak bagi mengekalkan kestabilan.

“Lantaran kebimbangan dan hubungan akrab kami, pada awal 2011, baginda berjanji untuk turut menyediakan dana kepada saya dan parti bagi kegunaan di Malaysia,”
katanya.

Najib berdepan tujuh pertuduhan jenayah berkaitan pinjaman RM4 bilion yang dikeluarkan kepada sebuah entiti pada 2011 dan 2012. yang mana beliau didakwa menerima RM42 juta dalam akaun peribadinya pada 2014 dan 2015. – 22 Ogos 2019.

Ahli DAP Terima Ugutan Keris Sahkan Hantar Rakaman CCTV Ke PDRM.

POLITIK |Nampaknya berlaku salah faham dalam cerita terima ugutan keris. Ramai menyangka yang mendapat ugutan keris ialah ADUN DAP Balakong, Wong Siew Ki tetapi rupa-rupanya hanyalah ahli DAP biasa sahaja, iaitu Lee Khai Ming.

Lee mendakwa telah menghantar rakaman CCTV kepada pihak polis petang tadi.

"Rakaman CCTV sudah hantar bagi IO Kajang. Video tu berjaya rakam Pos Malaysia hantar hadiah. Esok pejabat Pos Malaysia yang i akan sampai," katanya di Facebook.

Sebelum ini netizens mempersoalkan apa 'merit' Lee untuk menerima ugutan keris.

Alasan mereka;

i) Lee bukanlah pihak yang dikenali membantah tulisan jawi. Sepatutnya orang seperti pemimpin Dong Zong, MCA, Waytha, Kulasegaran, P. Ramasamy, Lim Lip Eng lebih berpotensi menerima ugutan.

ii) Ejaan yang tunggang langgang - membayangkan ia mungkin umpan bagi memupuk perasaan benci melayu-cina yang semakin membarah. Masyarakat cina merasa marah menerima ugutan. Melayu berasa marah kerana fikir difitnah. Akhirnya perkauman akan mengambilalih.

iii) Ugutan yang dihantar menggunakan setem dan dokumen biasa itu mustahil untuk sampai kepada penerima kerana melanggar peraturan Pos Malaysia.

Alasan itu disokong oleh kenyataan yang dikeluarkan oleh POS MALAYSIA menerusi Facebook mereka ketika menjawab pertanyaan netizens;


Menurut POS MALAYSIA, senjata seperti keris adalah barang larangan untuk pengeposan. Jika dipos, item itu akan ditahan dan dirampas.

Berdasarkan semakan, pengirim juga berpotensi didakwa jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Lee bagaimanapun mempertahankan dakwaannya itu dan menyatakan bukti berkaitan telah diserahkan kepada IO.  
- 22 Ogos 2019.

Peniaga Boleh Berniaga di Mana-Mana, Hanya di Negeri Sembilan!.

Edy Noor Reduan | Peniaga Boleh Berniaga di Mana-Mana, Hanya di Negeri Sembilan!

Muktahir ini, telah berlaku sedikit kecoh di sebuah laman facebook mengenai isu yang sengaja ditular melibatkan Majlis Perbandaran Nilai (MPN), sebuah PBT dalam Negeri Sembilan. 


Apa yang dipaparkan dalam episod tular itu ialah tindakan penguatkuasa MPN kononnya di atas 'polisi yang baru', sebilangan peniaga telah diberi notis supaya hentikan perniagaan di tepi jalan kerana premis/gerai mereka akan dirobohkan.



 
Dari garapan penulisan dan foto-foto yang ditonjolkan laman Facebook tersebut, dapat digambarkan penularan isu jelas berniat untuk memburukkan reputasi kerajaan Pakatan Harapan N.Sembilan. Namun respon dari netizen adalah bercampur-baur, kritikan tidak berlaku secara sehala di mana ada netizen yang membantah tindakkan MPN tetapi tidak kurang juga jumlah netizen yang menyokong tindakan penguatkuasa MPN dengan hujah masing-masing.

Sebelum saya memberikan ulasan lanjut, izinkan saya mencoretkan di sini sedikit pengalaman saya sebagai anak seorang penjaja. Selepas bapa saya meninggal dunia pada tahun 1993, ibu saya yang hanya berpelajaran SRP tidak mempunyai sebarang mata pencarian untuk menyara 6 orang adik beradik yang semuanya masih bersekolah, termasuk seorang bayi berumur sebulan. Ibu saya suri rumah sepenuh masa, apa yang ibu saya mahir selain menjahit baju raya sedondon ialah, memasak dan memasak.

Maka ibu saya pun mula berniaga di hadapan rumah, di Taman Paroi Jaya, meniaga goreng pisang sahaja. Saya ketika itu baru masuk tingkatan satu, hanya membantu sedikit-sedikit sebelum berjinak berniaga burger di dalam Stadium Paroi ketika musim bola. Dari meniaga goreng pisang, ibu saya mula berniaga Laksa Penang, dan kemudian menambah menu Nasi Ayam. Dari meniaga depan rumah, ibu berniaga di depan simpang, hingga satu ketika menjual lauk pauk di depan kilang-kilang di Senawang. Berniaga jenis buka payung, dan tutup kemas selepas berniaga.

Selepas beberapa tahun, timbul niat ibu saya untuk berniaga di tempat yang tetap, tidak lagi seperti nomad. Ibu saya mohon gerai statik Majlis Perbandaran Seremban dan Alhamdulillah permohonan berjaya dan telah ditempatkan di Gerai MPS Jalan Tampin. Berbelas tahun meniaga di sini, ada hari untung banyak, ada hari untung sikit. Dengan duit perniagaan kecilan ini, kami enam beradik dibesarkan. Ok cukup sampai sini, kalau cerita semua boleh jadi telenovela sinetron.

Berbalik kepada isu berbangkit, adakah berniaga gerai tepi jalan ini telah dibenarkan Kerajaan Negeri Sembilan sejak sekian lama? Jika dibenarkan, di mana garis panduannya? Saya tidak bertanya tentang polisi kerana saya yakin polisi kebenaran membuka gerai di tepi jalan tidak pernah wujud. Hanya dengan kata-kata verbal pemimpin kerajaan terdahulu sahaja, secara tidak langsung menjadi modal memburukkan kerajaan sedia ada.

Ia tidak bermaksud kerajaan yang baru tidak bersetuju dengan kebenaran berniaga tepi jalan. Malah jika imbas kembali ketika menjadi pembangkang, sosok ini lah juga memperjuangkan peniaga jalanan. Dulu ketika sebagai pembangkang, sentiasa digalakkan supaya orang ramai khususnya orang melayu menceburi perniagaan, dan kita kerap pertahankan nasib peniaga yang diusir oleh penguatkuasa zalim zaman pemerintahan BN. Ini jelas, sehingga ramai aktivis politik yang meringkuk dalam lokap bagi pertahankan rakyat. Inilah roh perjuangan rakyat yang tidak pernah luntur sehingga ke hari ini.

Dalam konteks Kerajaan Baharu Negeri Sembilan pimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun, di atas sifat yang prihatin terhadap rakyat, memang ada kelonggaran yang diberi kepada peniaga untuk membuka gerai payung ataupun kanopi di tepi jalan (lokasi sesuai). Namun kelonggaran yang diberi itu tidaklah bermakna kita boleh membuka gerai berniaga sesuka hati di mana-mana, apatah lagi ada pihak yang mengambil kesempatan siap dengan menaikkan premis kekal di tepi jalan. Apakah ianya wajar?

Kelonggaran yang diberi antaranya ialah meniaga buka payung/kanopi di lokasi sesuai dan tutup/kemas selepas habis berniaga. Dengan bahasa yang mudah, buka gerai berniaga dan tutup gerai setelah selesai berniaga, sambil itu kebersihan tempat berniaga perlu dijaga rapi. Jika berhasrat untuk berniaga di premis yang tetap, peniaga perlulah mohon dengan prosedur yang betul.

Bagaimana takrifan lokasi yang sesuai? Pastinya bukan kawasan tepi jalan yang mengundang bahaya kepada pelanggan mahupun peniaga itu sendiri. Tidak sesuai juga berniaga di kawasan yang akan menyebabkan kesesakan lalu-lintas apabila pelanggan berhenti untuk membeli. Lokasi yang sesuai mengikut pandangan saya antaranya ialah area lot parkir yang pada sebelah malamnya tidak sesak, kawasan lapang yang separa terbiar, kawasan yang tidak mengganggu urusan seharian penduduk setempat.

Kerajaan negeri juga sebenarnya sudah memberi galakan kepada orang ramai cebur berniaga secara buka/tutup dengan bercambahnya uptown, downtown, pasar pagi, 'car boot sale' dan sebagainya. Semua ini berkonsepkan buka kedai dan tutup selepas selesai. Lihatlah sambutan di Bandar Enstek pada Jumaat malam dan malam minggu, lihat juga bazaar pagi di Stadium Paroi setiap pagi Ahad yang begitu meriah, dan yang terbaru 'car boot sale' di Bandar Sri Sendayan pada malan Sabtu, konsep berniaga seperti ini mendapat sambutan yang amat besar.

Dengan kata lain, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, seperti kisah ibu saya berniaga, penuh kecekalan. Bukan kita tak boleh meniaga, namun diri sendiri perlu prihatin dan peka dalam membuat keputusan, bab lokasi dan cara kita berniaga agar hasilnya nanti penuh keberkatan. Ayuh sama-sama kita bertoleransi dan sentiasa berfikiran rasional.

Pesan saya untuk semua dan diri sendiri, kita harus bijak menilai setiap berita yang cuba diviralkan kerana mungkin ada agenda tertentu tanpa kita sedari. Janganlah kita bersekongkol dan menyatakan sokongan terhadap perkara yang fitnah.

Gojek Idea Terburuk Syed Saddiq?

SHAHBUDIN HUSIN | GOJEK IDEA TERBURUK SYED SADDIQ?

Kabinet dilaporkan telah bersetuju dengan cadangan memperkenalkan perkhidnatan teksi motorsikal atau Gojek di negara ini.

Idea ini diusulkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sebelum itu membawa pengasas Gojek daripada Indonesia bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Menurut Syed Saddiq, Gojek diperkenalkan untuk memastikan mat motor diberi peluang pekerjaan demi kelangsungan hidup mereka.


Jelas beliau, menerusi perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek adalah langkah terbaik bagi mat motor menjana pendapatan.

“Dalam kehidupan realiti, mat motor mahukan pekerjaan demi kualiti hidup yang lebih baik. Mereka juga mahukan peluang pekerjaan diberikan kepada mereka,” katanya.

Yang menjadi persoalan, apakah Gojek ini yang diperlukan dalam erti kata untuk membantu anak muda dan mat motor menambah pendapatan mereka?

Kenapa Syed Saddiq selaku Menteri Belia dan Sukan tidak memberi penekanan kepada menambah program latihan, kemahiran dan jati diri untuk anak-anak muda menghadapi cabaran kehidupan?

Adakah Gojek sebahagian daripada janji 1 juta pekerjaan yang mahu diwujudkan oleh PH?

Apakah juga Gojek benar-benar perlu di negara kita, sama seperti perlu dan larisnya ia di Indonesia?

Memperkenalkan Gojek sebenarnya adalah idea terburuk Syed Saddiq, bukan saja untuk anak-anak muda dan mat motor, tetapi juga untuk negara.

Tiada keperluan mendesak untuk memperkenalkan perkhidmatan itu kerana kesesakan jalanraya di ibukota Kuala Lumpur belumlah di tahap begitu teruk seperti di Jakarta di mana seseorang perlu menaiki teksi motorsikal untuk mempercepatkan perjalanan.

Di Kuala Lumpur ini, jadual pertemuan atas pelbagai urusan masih boleh diatur sama ada dengan menaiki kereta sendiri, teksi, grab, LRT, MRT, komuter, monorel dan sebagainya.

Yang penting, mesti bijak menyusun masa dan dapat menetapkan waktu yang munasabah untuk setiap urusan yang mahu dilakukan.

Selain itu, kadar kemiskinan di negara kita tidak sekritikal di Indonesia di mana menjadi pemandu Gojek merupakan antara pilihan untuk menyara kehidupan.

Di negara kita, masih banyak peluang terhidang untuk menambah pendapatan, malah menjadi penghantar makanan seperti Grab Food atau FoodPanda turut menjanjikan pendapatan yang lebih lumayan.

Yang paling dibimbangi ialah dengan adanya Gojek ini akan menambah lagi kadar kemalangan jalanraya berikutan lebih ramai penunggang motorsikal yang akan memandu laju untuk mengejar pelanggan.

Tidak seperti khidmat perkongsian kereta Grab, teksi motorsikal Gojek lebih mendedahkan penumbang kepada risiko keselamatan seperti kemalangan, terjatuh dan sebagainya.

Sebab itu, ada cubaan sebelum ini untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motorsikal ini telah ditolak oleh pentadbiran BN atas faktor-faktor keselamatan.

Kalau BN pun pernah menolaknya, apa hebatnya PH bila setuju pula memperkenalkannya?

Atau ini bukan saja idea terburuk Syed Saddiq, bahkan juga sebagai tanda-tanda awal menunjukkan PH akan jadi lebih buruk lagi daripada BN? - 22 Ogos 2019.

Selepas Kantoi Menfitnah, Khairuddin Kini Hina DSAI Pula..

POLITIK |PKR hari ini menafikan dakwaan Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan kononnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sengaja tidak hadir satu mesyuarat bersama Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad petang semalam.

Menurut Fahmi Fadzil kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan berniat jahat.

Sebelum ini, di Facebook, Khairuddin mendakwa tindakan Anwar tidak hadir mesyuarat membuktikan Ahli Parlimen Port Dickson itu tidak menghormati konsensus Pakatan Harapan.

"Apa motif anwar ibrahim tidak hadir mesyuarat di antara presiden-presiden parti komponen PH dengan perdana menteri petang tadi?!

Apa penting sangat mesyuarat biro politik parti pkr bila semua sepatutnya hadir ke mesyuarat tersebut?! Mana yang lebih penting apabila perdana menteri jemput semua presiden-presiden parti komponen untuk hadir mesyuarat?!

Inilah masalah dengan sesetengah orang bila paras ‘ego’ terlalu tinggi!!

Kalangan ini serang dato seri azmin ali kononnya gagal menghadiri beberapa siri mesyuarat parti pkr kononnya!!

‘Gajah di tepi mata tak nampak tapi kuman di seberang laut mereka jelas kelihatan!! Ini masalahnya dengan gelagat sesetengah pihak yang ‘ego’ yang tidak nampak kesalahan sendiri tetapi lihat kesilapan orang lain saja!!,"
katanya dalam satu kenyataan semalam.

PKR bagaimanapun menafikan tuduhan Khairuddin itu dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi, Anwar tidak hadir dalam perjumpaan semalam kerana tidak terlibat dalam pembentukan kabinet Mei 2018. 

Ini juga membuktikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Anwar masuk campur dalam urusan pembentukan kerajaan pada 2018 adalah tidak berasas dan karut sama sekali.  

Berikut kenyataan penuh PKR;

KENYATAAN MEDIA | TUDUHAN KHAIRUDDIN TIDAK BERASAS, BERNIAT JAHAT



Saya rujuk satu kenyataan yang dibuat Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan dalam laman Facebook beliau yang menuduh Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sengaja tidak hadir satu mesyuarat bersama Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad petang semalam.

KEADILAN difahamkan jemputan YAB Perdana Menteri adalah khusus buat pimpinan Pakatan Harapan yang mula-mula terlibat dalam pembentukan kabinet pada Mei 2018, dan pertemuan tersebut adalah untuk mendapatkan pandangan dan maklumbalas mengenai hal ehwal perjalanan kerajaan yang menyentuh perkara-perkara portfolio dan kementerian-kementerian.

Ini bermaksud KEADILAN diwakili Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang pada ketika pembentukan kerajaan pasca PRU14 merupakan Presiden KEADILAN.

Maka KEADILAN berpandangan tuduhan yang dilempar DS Khairuddin bahawa DS Anwar tidak menghormati konsensus Pakatan Harapan adalah tidak berasas dan berniat jahat.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

22 Ogos 2019


--------------

Setelah penjelasan dibuat, Khairuddin kemudiannya membuat pusingan U.

Beliau membuat permohonan maaf kepada Anwar namun secara sinis dan mengkritik Anwar sebagai seseorang yang tiada nilai dalam Pakatan Harapan.  

Berikut kenyataannya;

Kenyataan Media | RUPANYA ANWAR IBRAHIM TIDAK DIJEMPUT MENGHADIRI MESYUARAT DENGAN KETUA-KETUA PARTI SEMALAM!! SAYA SIMPATI DENGAN ANWAR IBRAHIM SEOLAH-OLAH DIRINYA TIDAK DIIKTIRAF DAN MOHON MAAF DI ATAS KENYATAAN SAYA!!

Saya amat simpati dan kasihan dengan anwar ibrahim selaku presiden parti pkr tetapi tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat ketua-ketua parti komponen dengan perdana menteri semalam!!

Sepatutnya orang yang digelar PM8 mesti dijemput hadir kerana kuncu-kuncu anwar ibrahim amat yakin bahawa beliau bakal pengganti tun dr mahathir mohamad selepas ini!!

Kalangan yang kurang sabar dan tidak bernas inilah yang membuatkan rakyat di tanahair kita menyampah dengan agenda perebutan kuasa dalam politik PH!!

Puak-puak rakus kuasa ini juga tidak pernah mahu mempelajari kesilapan silam dan masih mengulangi kesilapan!!

Golongan ini memberi sokongan yang bakal membawa rebah buat selamanya kepada bos mereka!!

Apapun saya amat simpati dengan PM8 yang rupanya tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut dan seolah-olah dirinya tidak diiktiraf oleh PH!!

Kini, saya rasa anwar ibrahim kena cerminkan mukanya dengan cermin yang paling besar!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Penyelaras Parlimen Jasin
22 Ogos 2019



---------------

Awalnya dia yang menfitnah Anwar tak hadir mesyuarat tanpa mendapatkan maklumat tepat sedangkan dia mempunyai pelbagai akses bagi mendapatkan info.


Kemudiannya selepas penjelasan diberikan, dia meminta maaf tetapi dia hina dan kutuk pula Anwar tidak diiktirafkan oleh Pakatan Harapan sebab tu tak dapat jemputan.

Apa masalah orang macam neh? Boleh ke kita percaya padanya? Nak dapatkan maklumat tepat pun gagal. Apatah lagi percakapannya entahkan logik entahkan tidak.

Anwar bukan dalam kabinet Tun Mahathir. Dia hanya Ahli Parlimen sahaja. Andai dia dapat jemputan mungkin Khairuddin akan hina Anwar sebagai tak sabar dan siapa Anwar yang sibuk-sibuk nak menyertai mesyuarat yang membincangkan perjalanan dan urusan kerajaan.

Ini bukan masalah samada hadir ke tak hadir mesyuarat. Ini masalah apa pun Anwar buat Anwar dah awal-awal dicop banduan kat mata Khairuddin. 

Tindakan ini hanya akan menguatkan dakwaan adanya usaha dan agenda terancang bagi menghalang laluan Anwar ke kerusi PM 8. - 22 Ogos 2019.

Zakir Naik Ke Bukit Aman Kali Ketiga..

THE MALAYSIAN INSIGHT | PENCERAMAH kontroversi Zakir Naik kembali untuk disiasat di ibu pejabat polis Bukit Aman buat kali ketiga, hari ini.
 


 
Siasatan pada kali ini tertumpu kepada aduan warga India itu ke atas lima individu termasuk Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran, kata peguamnya Akberdi Abdul Kader.

Jelasnya, laporan polis itu dibuat Zakir berhubung fitnah ke atasnya oleh lima individu itu berdasarkan kenyataan dalam ceramahnya pada 8 Ogos lalu di Kota Bharu.

Katanya empat lagi yang diadu kepada polis termasuk Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, Adun Bagan Dalam, M Satees, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy.

Seorang lagi yang diadu Zakir dalam laporan polisnya adalah bekas duta Malaysia, Dennis Ignatius.

“Selepas mengambil keterangan Zakir, polis akan memanggil lima individu itu pula,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.

Zakir yang ditemani Akberdin tiba pada jam 3.38 petang ini. – 22 Ogos 2019.

Kes Rogol : Paul Yong Mungkin Didakwa Esok.

POLITIK |Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, Paul Yong Choo Kiong, mungkin didakwa esok dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaaan bagi kesalahan merogol lapor portal The Malay Mail hari ini.
 


Portal itu mendakwa menerima maklumat dari sumber yang enggan dinamakan bahawa kes tersebut mungkin akan dibicarakan di mahkamah esok.


Sumber itu didakwa datang dari Pejabat Pendakwaraya Negeri.

"Saya tak boleh sahkan apa-apa pada ketika ini. Tetapi media boleh menunggu (untuk buat liputan) di mahkamah esok pagi," katanya ketika wakil wartawan itu meminta pengesahan atas satu spekulasi tersebar yang mendakwa Paul Yong akan dituduh esok pagi.

Sebelum ini Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Risikan/Operasi) Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman mengesahkan pihak polis telah menerima resit kertas penyiasatan daripada pihak pendakwaraya.

"Ya, kami telah menerima kertas siasatan. Tetapi saya tidak pasti apa perintah (aturan) itu. Saya perlu menyemaknya," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, media tempatan melaporkan seorang pembantu rumah Indonesia yang berusia 23 tahun mendakwa dirogol oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh dari DAP di rumah majikannya di Meru dan membuat laporan polis pada 8 Julai 2019.  

Paul Yong kemudiannya menafikan dakwaan tersebut dengan berkata beliau binggung dan keliru atas dakwaan tersebut namun menyerahkan kepada pihak polis bagi membersihkan namanya.

Beliau juga menafikan sekeras-kerasnya telah melakukan perbuatan rogol dan mendakwa telah menjadi mangsa fitnah. Dan bersedia membawa saksi-saksi bagi membuktikan dirinya tidak bersalah. 


Untuk rekod, sepanjang proses siasatan berjalan, dua kali kertas siasatan telah dipulangkan pendakwaraya kepada pihak polis. Awalnya dipulangkan kerana belum menerima laporan lengkap dari Jabatan Forensik.

Kali kedua pula polis berkata ia dipulangkan kerana mahu melakukan siasatan yang lebih teliti dengan mengambilkira keadilan kepada kedua-dua pihak yang terlibat.

Kertas siasatan kemudiannya diserahkan sekali lagi kepada pendakwaraya pada 19 Ogos lalu. 

Mangsa rogol kini dilaporkan berada di rumah perlindungan di satu lokasi di Malaysia dengan kawalan yang rapi bagi memastikan keselamatannya terjamin. - 22 Ogos 2019.

Selasa, 20 Ogos 2019

Pengerusi PKR Terengganu Nafi Anwar Mahu Layanan Istimewa, Dakwa Surat Asal Telah Disunting.

RF8 MEDIA | Penyebaran salinan surat berkait lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu yang telah diubahsuai di laman sosial baru-baru ini dianggap sebagai tindakan berniat jahat.



Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail berkata, surat berkenaan telah disunting oleh pihak tertentu sebelum disebarkan kepada umum.

Menurut Azan, PKR ada mengutus surat kepada Malaysia Airport Sdn Bhd bagi meminta kerjasama untuk tujuan keselamatan di lapangan terbang sempena lawatan Anwar ke negeri itu pada 24 Ogos ini. Namun ia bukanlah surat dikeluarkan dari pihak Anwar seperti yang ditularkan.

“Kita ahli parti peringkat negeri juga maklumkan (lawatan) kepada pihak polis untuk tujuan keselamatan, begitu juga untuk keselamatan trafik, itu perkara biasa. Kita juga maklum kepada pihak lapangan terbang, kalau tidak nanti kata tiada makluman kepada mereka pula.

“Kita tidak minta apa-apa keistimewaan, cuma nak maklumkan kedatangan presiden PKR. Ia prosedur biasa tapi kita boleh lihat surat itu memang dipinda dengan niat untuk menyebarkannya kepada umum,”
katanya.

Terdahulu, salinan surat berkaitan lawatan rasmi Anwar yang telah disunting itu mendapat kritikan banyak pihak kerana surat itu merujuk Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8.

Berbanding surat asal yang bertujuan memaklumkan, surat yang disunting itu mengambarkan seolah-olah Anwar memohon layanan istimewa sempena lawatannya.

“Soalnya, mengapa ada yang meminda dan berniat tidak baik sehingga nampak keterlaluan. Jika pihak lapangan terbang tidak bersetuju dan tidak membenarkan, kita tiada masalah. Itu terpulang kepada mereka,” katanya dipetik.

Berhenti Desak Tun Mahathir Berundur - Anwar Ibrahim Tegur Ahli PKR.

POLITIK | ANWAR Ibrahim meminta ahli PKR berhenti mengeluarkan kenyataan mendesak Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berundur untuk memberi laluan kepadanya.
 


Presiden PKR itu berkata konsensus pemimpin Pakatan Harapan supaya beliau mengambil alih tampuk kepimpinan negara daripada Dr Mahathir masih sah.

“Setakat yang Tun (Dr Mahathir) dan saya tahu, tidak ada yang berubah,” katanya dipetik portal Free Malaysia Today di sebuah majlis di Shah Alam pada ahad.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang daripada PKR Hassan Abdul Karim menggesa Dr Mahathir segera berundur untuk menyelamatkan PH.

Menurutnya, Dr Mahathir sudah hilang kemampuan menguruskan isu hangat melibatkan kaum, agama dan Raja-Raja.

Mengulas isu Dr Zakir Naik, Anwar berkata kepimpinan tinggi PKR akan menentukan pendirian parti selepas bermesyuarat.

“Saya ada pandangan sendiri tetapi saya juga mahu dengar (pandangan) pemimpin lain tentangnya dalam mesyuarat Biro Politik pada Rabu.

“Perdebatan tentang pengenalan khat (Jawi) di sekolah adalah kecil dibandingkan dengan keperluan untuk menguasai bahasa kebangsaan dan meningkatkan kualiti pendidikan,”
katanya.

Zakir Teruskan Saman Terhadap Kulasegaran, Ramasamy, Charles, Satees Dan Dennis J.

THE MALAYSIAN INSIGHT | ZAKIR Naik akan menghentikan siri jelajahnya dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia tetapi satu perkara yang tidak akan dilakukannya, iaitu menarik balik tindakan mahkamah terhadap lima ahli politik dan seorang bekas duta yang didakwa memfitnahnya, kata peguam beliau hari ini.



 
Akhberdin Abdul Kader memberitahu The Malaysian Insight, saman itu akan difailkan minggu depan selepas kesemua lima individu berkenaan enggan menerima tawaran awal Zakir untuk memohon maaf serta membayar jumlah wang penyelesaian yang berpatutan.

Lima individu yang menerima notis tuntutan itu ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Ramasamy; Ahli Parlimen Klang Charles Santiago; Adun Bagan Dalam, Satees Muniandy; Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran - kesemuanya ahli Parlimen DAP - dan bekas duta Dennis J Ignatius.

Kesemua mereka secara berasingan memberitahu Zakir bahawa mereka akan berjumpanya di mahkamah.

“Anak guam saya (Zakir) mengeluarkan permohonan maaf pada pagi ini dan mahu meminta maaf kepada semua yang mungkin tersinggung. Beliau bertegas dirinya bukan rasis tetapi seorang yang cintakan kedamaian.

“Bagaimanapun, tuntutan saman terhadap lima individu akan diteruskan. Kami akan memfailkannya minggu depan,”
kata peguam kepada The Malaysian Insight.

Zakir menuntut lima individu itu memohon maaf dan menawarkan jumlah penyelesaian yang berpatutan dalam tempoh 48 jam atau berisiko disaman kerana fitnah.

Mengulas mengenai sesi soal siasat Zakir yang memakan masa panjang di ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman malam tadi, Akhberdin berkata pendakwah kelahiran Mumbai itu mahu memastikan tiada kesilapan dalam kenyataannya.

“Sebenarnya tiada apa-apa. Kami selesai pada pukul 8 malam tetapi Zakir mahu memastikan tiada kesilapan dalam kenyataan itu. Beliau mahu memastikan setiap perkataan membawa makna yang betul.

“Kenyataan itu dipinda beberapa kali dan kami meninggalkan Bukit Aman pada jam 1.30 pagi,”
katanya. - 20 Ogos 2019.

Pekerja Utusan Sampai Kena Pinjam AhLong Untuk Sara Hidup..

SEMASA | Ibarat sudahlah jatuh ditimpa tangga. Syarikat ditutup, gaji dan pampasan tak dapat. Pekerja hilang mata pencarian, dan duit pula tiada. 
 

 
Beberapa media tempatan melaporkan penerbitan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo akan menghentikan operasinya minggu ini dengan edaran terakhir terbit pada Rabu.


Keputusan itu dibuat kerana Kumpulan Utusan menanggung kerugian purata sehingga RM3 juta sebulan sejak dua tahun lalu.

“Esok (Selasa) adalah hari terakhir kerja, untuk surat khabar terbit pada Rabu,” kata sumber kepada portal The Malaysian Insight yang turut melaporkan hal itu.

Utusan terbelit masalah kewangan yang teruk sehingga gagal melunaskan gaji bulanan kakitangannya sejak Jun lalu, selain pampasan pemberhentian hampir 800 bekas kakitangannya sejak awal tahun.

Sementara itu, seorang sumber lain memberitahu, Utusan dijangka akan melelong asetnya bagi menyelesaikan masalah kewangan yang sedang ia hadapi.

Wang hasil jualan harta itu akan digunakan untuk membayar hutang dan baki pampasan bekas kakitangannya.

Semalam 100 kakitangan Utusan mengadakan piket selama kira-kira satu jam di perkarangan ibu pejabatnya di Kuala Lumpur menuntut syarikat menunaikan tanggungjawab membayar gaji mereka.



Untuk rekod, sudah tiga bulan kakitangan Utusan tidak mendapat bayaran gaji yang sepatutnya. Mereka juga punya keluarga yang perlu ditanggung dan bayaran bulanan yang perlu dilunaskan. 


Sebelum terpalit dengan dakwaan tidak membayar gaji pekerjanya, Utusan sejak tahun 2018, gagal melunaskan bayaran gaji mengikut jadual sehingga hal itu dilaporkan oleh media-media tempatan berikutan luahan yang dibuat oleh kakitangannya. 

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) cawangan Utusan Melayu Bhd Mohd Taufek Razak mendakwa Kumpulan Utusan Melayu Berhad tidak akan membayar gaji kakitangannya berikutan syarikat tidak mempunyai keupayaan kewangan.


Taufek berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad Abd Aziz Sheikh Fadzir dalam pertemuan mereka di Putrajaya, semalam.

“EC (Pengerusi Eksekutif Abd Aziz) beritahu mereka tak akan bayar gaji kita,” katanya.


Nik Hasmazi Hassan, 48, yang berkhidmat lebih 20 tahun bersama Utusan pula berkata, situasi semasa dihadapinya ketika ini adalah cabaran terburuk dalam hidupnya bersama Utusan.


Malah dia terpaksa meminjam daripada pihak lain untuk pergi bekerja yang tidak dibayar gajinya.

Nik turut mendedahkan, terdapat kakitangan syarikat itu turut meminjam ah long untuk terus hidup.

“Ada antara kami yang terpaksa pinjam ah Long, semata-mata untuk makan…sehina itu kami kakitangan Utusan Melayu.

“Sudah 23 tahun saya bekerja di sini, macam-macam bentuk jatuh bangun saya dah saksikan tapi ini yang paling teruk,”
katanya lagi.




Utusan, yang kini berstatus PN17 atau syarikat yang menghadapi masalah kewangan selepas gagal membayar hutang terkumpul hampir RM1.2 juta kepada dua bank, pada November lepas memberhentikan hampir 800 kakitangannya melalui skim pemberhentian sukarela (VSS) bagi mengurangkan kos operasi.

Aziz dilantik pengerusi eksekutif Utusan pada Jun dan sebulan kemudian memangku jawatan ketua pengarang kumpulan selepas dua pengarang kanannya melepaskan jawatan dan bersara.

Beliau bagaimanapun letak jawatan pada pertengahan Disember 2018, serentak dengan pelantikan Ibrahim Yahya sebagai pengarah urusan merangkap ketua pengarang kumpulan. Ibrahim bekas setiausaha akhbar Ahmad Zahid Hamidi.

Aziz bagaimana kembali menerajui Utusan pada 31 Januari lalu untuk memastikan program penstrukturan semula kumpulan syarikat ini berada pada landasan yang betul.

Pada Februari lepas, Umno melepaskan 31.6% pegangannya dalam syarikat kepada kepada Opulence Asia Sdn Bhd, syarikat milik penuh Aziz, dan menjadikan bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu (2013-2018) itu sebagai pemegang saham terbesar Utusan.

Pada Julai lepas, tokoh perniagaan Syed Mokhtar Albukhary meningkatkan pegangan ekuitinya kepada 19.72% menjadikan beliau pemegang saham kedua terbesar melalui Nilam Setar Sdn Bhd, diikuti Umno yang masih memegang 18.1%.

Utusan mula terbit sebagai Utusan Melayu dalam tulisan Jawi pada 1939 sebelum muncul dalam edisi Rumi sebagai Utusan Malaysia pada 1 September 1967. Keluaran Ahadnya, Mingguan Malaysia terbit pada 30 Ogos 1964, sementara Kosmo mula terbit pada 30 Ogos 2004. - 20 Ogos 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...