Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 Mac 2019

Analisis PRK Semenyih Pro Pembangkang.

KHAIRUL AZRI | ANGKA.

1. KEPUTUSAN.

BN berjaya merampas semula DUN Semenyih pada PRK Sabtu lepas dengan memperolehi 19,780 undi berbanding PH yang memperolehi 17,866 undi diikuti oleh PSM sebanyak 847 undi dan UK sebanyak 725 undi.




Maka BN menang dengan majoriti 1,914 undi.

2. PERBEZAAN
Dibandingkan dengan PRU14, dikerusi yang sama PH telah memperolehi 23,428 undi, BN -14,464 undi, PAS - 6,966 undi dan diikuti oleh PSM - 1,293 undi.

PH menang PRU 14 dengan majoriti: 8,964 undi

Maka dari segi angka kasar sahaja, PH telah hilang 5,562 undi, manakala BN telah menambah 5,316 undi.

Melihat perbandingan PRU-14 vs PRK pula, dari peratusan undian, peratusan undi PH telah merosot daripada 50.17% kepada 44.68% jika dibandingkan dengan BN yang mana peratusan mereka telah meningkat daripada 30.97% kepada 49.61%.


Berdasarkan undi Parlimen Rembau ketika PRU-14,

Kita akan dapati hanya 55% yang telah mengundi untuk BN daripada DUN Rantau iaitu 9,464 undi daripada keseluruhan 17,118 undi (83.6% peratusan keluar mengundi)

Jika dilihat daripada keseluruhan 20,472 pengundi berdaftar di Rantau, demografi pengundi adalah Melayu 54%, Cina 19%, India 27% Lain-lain 1%,

Berbanding Melayu 69%, Cina 16.8%, India 13% Lain-lain 1.2% di Semenyih.

3. PERATUSAN KELUAR MENGUNDI.

Peratusan keluar mengundi pula adalah merosot daripada 87.9% kepada 73.3%

Walaubagaimana pun Pusat Daerah Mengundi (PDM) majoriti Melayu mencatatkan peratusan keluar mengundi melebihi 80%.

Dibandingkan dengan Pusat Daerah Mengundi (PDM) majoriti bukan Melayu yang rata-ratanya peratusan keluar mengundi hanyalah sekitar 60%.

4. POLARISASI UNDIAN

Walaupun peratusan keluar mengundi merosot di PDM majoriti bukan Melayu dan juga dengan keadaan semasa kerajaan PH dikritik hebat dikala ini..

Ke semua 6 PDM Majoriti bukan Melayu iaitu - Semenyih Barat, Tarun, Kampung Baharu Semenyih, Pekan Semenyih, Bandar Rincing Seksyen 1-4, dan Semenyih Indah mencatatkan keputusan memihak kepada calon PH.

Lain keadaannya dengan di PDM majoriti Melayu yang mana PDM-PDM yang sebelum ini undinya terpecah tiga ketika PRU14 telah consolidate kepada 2 iaitu UMNO-PAS vs PH.

Ini telah mengakibatkan PH kehilangan 5 PDM iaitu Kampung Tanjong, Beranang, Bandar Rincing , Kantan permai dan Bukit Mahkota.

PDM yang menunjukkan peralihan sokongan yang paling jelas adalah Kantan Permai dan Bukit Mahkota.

Ada dua kemungkinan yang mungkin telah berlaku, sama ada telah berlaku 'swing' undian di PDM ini ataupun penyokong PH tidak keluar mengundi berdasarkan jumlah undian yang telah berkurang dengan agak ketara di PDM ini dan peratusan keluar mengundi yang lebih rendah di PDM ini iaitu kira-kira 70%, iaitu 3% lebih rendah berbanding peratusan keluar mengundi keseluruhan PRK iaitu 73%.

5. UNDI MELAYU

Malaysiakini menganggarkan PH telah mendapat 37% undi Melayu dalam PRK Semenyih.

Menurun berbanding 44% yang diraih ketika PRU ke-14.

Bagi undi Melayu kepada BN pula, anggaran Malaysiakini adalah 59% berbanding 35% pada PRU ke-14.

Mengambarkan bahawa sememangnya telah berlaku konsolidasi undi PAS+UMNO dan juga swing 3% daripada penyokong PH.

6 . RANTAU VS SEMENYIH

Berdasarkan undi Parlimen Rembau ketika PRU-14,

Kita akan dapati hanya 55% yang telah mengundi untuk BN daripada DUN Rantau iaitu 9,464 undi daripada keseluruhan 17,118 undi (83.6% peratusan keluar mengundi)

Jika dilihat daripada keseluruhan 20,472 pengundi berdaftar di Rantau, demografi pengundi adalah Melayu 54%, Cina 19%, India 27% Lain-lain 1%,

Berbanding Melayu 69%, Cina 16.8%, India 13% Lain-lain 1.2% di Semenyih.

7. DAPATAN

Berdasarkan daripada angka-angka di atas yang kita dapati daripada PRK Semenyih, adalah selamat untuk kita katakan bahawa sebenarnya dinamika demografi pengundi ketika PRU-14 masih lagi tidak berubah banyak walaupun dengan prestasi kerajaan PH yang dilihat telah membimbangkan ramai pihak.

Secara ringkas,

i. Undi Melayu PAS dan UMNO hanya konsolidasi, tidak berubah banyak.

ii. Swing undi penyokong Melayu PH masih rendah +-3%

iii. Undi Bukan Melayu masih solid kepada PH, walaupun tidak dinafikan seolahnya ada protes untuk tidak turun mengundi.


Maka adalah menjadi suatu yang menarik untuk diperhatikan apakah pendekatan yang akan digunakan oleh gabungan UMNO dan PAS di PRK Rantau yang mana 45% daripada pengundinya adalah terdiri daripada bukan Melayu.

Ditambah pula ada desas-desus bahawa terdapatnya desakan menendang keluar MCA dan MIC dari BN, malah MIC dan MCA turut mempertimbangkan idea untuk keluar daripada BN tersebut, yang secara jujurnya adalah sesuatu yang tidak kena pada masanya untuk blok BN dikala momentum baru nak mula dan PRK Rantau yang bakal menjelma.

Bak kata orang tua-tua bagaikan, "Berbual di alang, belayar di luar musim."

Rakyat Malaysia perlukan pembangkang yang beribawa, oleh yang demikian, janganlah gopoh, baru menang dua PRK, sudah mula bergaduh, gembira dan 'overconfident' terlalu awal.

Bak kata pujangga, "Belum sempat duduk, sudah berlunjur.

Sekian.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...