Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 17 Februari 2019

Papa Gomo Dibawa Ke Balai Polis, Asyraf Dusuki Kata Syed Saddiq Buat Laporan Palsu.

LAPORAN | Nampaknya pergaduhan Exco Pemuda UMNO, Muhammad Azri dengan Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq semakin panas.

Papa Gomo melaporkan menerusi Twitternya beliau telah dijemput oleh beberapa anggota polis berhubung kes mengasari dan mengugut Syed Saddiq sebentar tadi.




"Yang hak pasti berdiri, yang bathil pastil jatuh. Saya dibawa ke IPD Kajang untuk diambil keterangan bagi laporan Polis palsu yang dibuat oleh YB Menteri @SyedSaddiq semalam.

Terima kasih IPD Kajang jemput Saya dirumah memandangkan banyak pulak special team dari Bukit Aman dah berkumpul depan rumah saya sejak pagi tadi nak ambush.

Apa pun terima kasih atas sokongan anda semua. InsyaAllah sokongan dan doa semua akan pastikan kemenangan kita dalam menentang kerajaan Pakatan Hancing DAP. InsyaAllah ," katanya dalam kenyataan itu.
 

Dalam satu kenyataan bagi menjawab tuduhan menteri itu, Papa Gomo menafikan beliau mencekak leher Syed Saddiq, bahkan mahu menyaman menteri itu kerana didakwa menfitnahnya.

Pihak yang menyokong Papa Gomo juga menyebarkan rakaman video yang dianggap sebagai bukti bahawa Syed Saddiq tidak dicekak leher oleh Papa Gomo. Setakat ini Menteri Belia Dan Sukan itu belum lagi memberikan apa-apa reaksi balas berhubung pendedahan video itu.

Kes tersebut turut mendapat perhatian Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang beranggapan Syed Saddiq membuat laporan polis yang palsu. Berikut adalah kenyataan penuh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki;

"SYED SADDIQ : CEKAK LEHER ATAU PEGANG BAHU?

Semakin terserlah sketsa sandiwara YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membuat laporan polis palsu kononnya mendakwa, Muhammad Azri atau Papagomo, Exco Pemuda UMNO Malaysia telah mencekak leher beliau sewaktu kekecohan kelmarin tatkala beliau melalui kawasan penyokong BN berkumpul.

Ramai pihak telah tampil samaada berkongsi video paparan sebenar kejadian bahkan membuat laporan polis menafikan dakwaan YB Syed. Selaku Ketua Pemuda UMNO, saya sendiri berhubung terus dengan Sir Azri untuk dapatkan penjelasan beliau. Beliau memaklumkan kepada saya hanya memegang bahu YB Syed seraya berkata "Kau ini bodoh bro!", untuk mengelakkan daripada beliau diapa-apakan setelah secara sengaja masuk melalui kawasan BN yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya.

Justeru, saya ulangi nasihat saya kepada YB Syed Saddiq sudah-sudah lah bersandiwara. Tindakan beliau tidak mengikut arahan keselamatan dan 'zoning' SPR serta sanggup menipu laporan polis benar-benar menyerlahkan betapa terdesaknya PPBM untuk memenangi PRK N24 Semenyih ini.

YB Syed Saddiq harus sedar bahawa Seksyen 182 Kanun Keseksaan memperuntukkan denda RM2,000 atau/dan penjara 6 bulan sekiranya disabitkan kesalahan. Ini boleh menyebabkan kelayakan YB selaku Ahli Parlimen Muar gugur.


Namun sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, kita semua harus mengamalkan politik berakhlak dan berhemah dengan mengelakkan diri daripada mencetuskan provokasi mahupun bertindak di luar batasan agama dan moral. Kita semarakkan politik matang, kasih sayang dan harmoni sekaligus menghindari permusuhan dan kebencian melampau,"
katanya. - 17 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...