Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 6 November 2017

Ini Kisah Sebenar Kenapa Mangsa Banjir Tumpang Teduh Di Surau - Malulah Umat Islam Yang Ektremis.

Manusia ada yang baik dan ada yang jahat. Begitu juga dengan penganut Islam. Ada di antaranya mereka yang melihat penyebaran gambar beberapa orang non muslims yang menumpang teduh di dalam surau merupakan satu perkara baik yang dilakukan oleh AJK surau bagi menyelamatkan dan membantu mangsa banjir namun ada pula di antara mereka yang bersikap negatif dan memaparkan komen-komen ektremis seakan mengecam perlakuan tersebut.

Gambar - PAS Penaga
Tinjauan yang dilakukan oleh pihak kami mendapati ada sebilangan muslims yang menggunakan hukum agama bagi mengecam perkara tersebut.

Mereka bercerita tentang aurat, tentang pakaian, tentang kenapa ada yang berbaring, kenapa perlu ada cerek disitu, malahan ada yang lebih ektremis mengatakan kesemua mangsa banjir hanya patut dibiarkan berada di luar perkarangan surau jika sekalipun perlu diselamatkan atas nama menjaga kesucian agama!

Gambar - Facebook
Menerusi laporan Berita Harian Online hari ini, gambar tular tentang mangsa banjir yang tumpang berteduh itu ialah di Surau Taman Free School. 

Mangsa banjir seramai 70 orang ditempatkan di surau tersebut kerana air sudah naik hingga mencecah paras dada.

Kebenaran untuk memasuki premis berkenaan diberikan oleh Sapno Tukijo, 50 tahun yang bertugas sebagai bilal di surau tersebut.


"Pada mulanya mereka segan kerana menghormati surau, tetapi situasi pada waktu itu sangat genting kerana air sudah mencecah paras dada", katanya, memetik laporan portal Berita Harian.
Gambar - Berita Harian
Sapno berkata, dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, ramai penduduk cuba menyelamatkan diri dengan mahu menumpang di kuil berhampiran, namun arus deras menghalang mereka untuk ke kuil berkenaan.
"Kuil itu hanya terletak beberapa meter di seberang jalan dan saya cuba membawa mereka dengan mengikat tali di tiang elektrik, namun gagal kerana arus deras.
"Saya akhirnya mempelawa mereka menumpang di surau dan mereka akur demi keselamatan mereka," katanya ketika ditemui oleh wakil media.
Sapno turut menjelaskan berkata kesemua mangsa banjir seramai 70 orang itu membabitkan masyarakat Cina dan India yang tinggal di kampung sekitar Lengkuk P Ramlee.
Katanya, beliau tidak mahu mempedulikan pandangan orang ramai di media sosial yang mengecam gambar berkenaan, kerana apa yang lebih penting ialah keselamatan semua pihak.
"Saya tahu ada yang akan mengecam tindakan itu, namun saya akan berasa lebih bersalah sekiranya melihat mereka tanpa arah tujuan atau lebih buruk dihanyut arus deras," katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...