Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 14 November 2017

Gambar-Gambar Kemusnahan Hutan Simpan Bukit Galing Di Pahang.

Seorang pengguna Twitter hari ini membidas tindakan kerajaan negeri Pahang yang disifatkan tidak peka tentang kemusnahan Hutan Simpan Bukit Galing yang kini hampir digondolkan sepenuhnya.

Dengan menggunakan akaun yang diberi nama CorruptedCat, beliau turut berkongsikan beberapa gambar kemusnahan hutan simpan berkenaan. 

Difahamkan, Hutan Simpan Bukit Galing itu terletak hanya beberapa meter dari Pejabat Hutan Daerah Kuantan.


"Di manakah kewarasan pemimpin dan pemerintah Negeri Pahang sehinggakan Hutan Simpan seluas 'sekangkang kera' buat menjana oksigen di Bandar Kuantan Lestari itu pun mahu ditarah dan dicantas? We are losing our urban green lungs!," katanya dalam satu kicauan petang tadi. 

Individu berkenaan turut mengimbas kembali apa yang pernah berlaku pada tahun 2007, di mana Hutan Simpan Biodiversiti musnah digondolkan hasil kerjasama dengan 'orang dalam'. 

"Sekitar tahun 2007, Hutan Simpan Biodiversiti di tapak Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan yang terletak bersebelahan Hutan Simpan Bukit Galing ini juga digondolkan dengan kerjasama 'orang-orang besar dari dalam'," katanya.




Bagaimanapun beliau tidak menamakan 'orang dalam' yang dimaksudkannya dalam kicauan berkenaan.

"Selepas itu, Kuantan juga menjadi perhatian dunia sebentar disebabkan kegilaan terhadap bauksit tanpa menghiraukan kesan pencemaran alam sekitar kepada penduduk. 

Bagai bandar Planet Marikh dahulu dek merah debu bauksit Kalau berterusan kegilaaan memusnahkan khazanah alam ini, maka bakal hancurlah bumi Pahang tidak lama lagi," katanya mengakhiri pendedahan tersebut.

Setakat ini tweetnya itu telah diulangtwit lebih dari 600 kali sejak dikongsikan petang tadi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...