Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 12 November 2017

Bising Isu Dobi Muslim Tetapi Bila Wanita Muslim Dinafikan Hak Pakai Tudung, Kenapa Diam Soal PAS.

HAK MEMPRAKTIS SYARIAH
Oleh : Nasrudin bin Hassan
1. Tika seorang pengusaha dobi meletakkan label perniagaan dobinya “hanya untuk muslim sahaja”, telah menjadikan negara gegak gempita. Semua respon, dari sebesar-besar hinggalah sekecil-kecil pangkat manusia.
2. Pelbagai kata nista dilempar. Kononnya itu adalah satu tindakan yang merosakkan keharmonian masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama. Semuanya jadi emotional tanpa terlebih dahulu merujuk kepada didikan agama dan pedoman ajaran Islam
3. Mutaakhir ini timbul isu wanita muslimah tidak dibenarkan memakai tudung sewaktu bertugas sebagai “frontline staff” dan mendakwa bahawa ia adalah polisi sektor perhotelan antarabangsa.
4. Malangnya, tiada pembelaan wajar dari orang ramai terhadap wanita muslimah yang ingin mempraktis suruhan agamanya sebagaimana tiada juga kecaman hebat kepada mana-mana pihak hotel yang menafikan hak muslimah memakai tudung untuk menutup aurat sewaktu bertugas.
5. Bukan sahaja ia memperlihatkan satu sikap double standard tetapi jelas menunjukkan mereka masih tersangkar dalam pengaruh “Islamophobia”* yang sangat ketara meskipun mereka menafikannya.
6. Saya biasa musafir ke negara-negara bukan Islam dan saya pernah bertemu dengan pekerja hotel yang beragama Islam dan memakai tudung. Tidak pula mereka dilarang atau diambil tindakan kerana mengamalkan ajaran Islam di negara itu.
7. Kenapa boleh berlaku dalam negara Malaysia yang mana Islam adalah agama persekutuan ? Ummat Islam sendiri tidak bebas untuk mengamalkan ajaran Islam di dalam negara sendiri semata-mata alasan polisi antarabangsa sedang hotel-hotel tersebut beroperasi dalam negara ini.
8. Memakai tudung dengan maksud *menutup aurat adalah suatu yang bersifat fundamental dan diketahui kewajipannya oleh umum.* Ia merupakan perintah agama Islam yang wajib ditaati oleh penganutnya. Lebih penting, tudung bukan menjadi penghalang untuk hasilkan mutu kerja.
9. Larangan terhadap wanita muslimah memakai tudung sekalipun hanya waktu mereka bertugas adalah suatu tindakan yang boleh dilihat mencabar sensitiviti ummat Islam. Selayaknya galakan dikeluarkan terhadap wanita muslimah agar mereka menutup aurat.
10.  Saya akan mengusahakan satu pertemuan dengan pihak Persatuan Hotel Malaysia dan juga pihak berkenaan bagi menjelaskan perkara ini serta mengembalikan hak beramal dengan ajaran Islam kepada wanita muslimah yang bekerja sekalipun dimana sektor mereka di negara ini.
Sejahtera Bersama Islam
Sekian

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...